~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label MCCH. Show all posts
Showing posts with label MCCH. Show all posts

Friday, July 23, 2010

Hari penyampaian hadiah SKMM & AGM MCCH!~

10/7/2010 - Sabtu bertempat di Abraham Moss High School Canteen, pihak sekolah mengadakan hari penyampaian hadiah bagi sessi persekolahan Sekolah Komuniti Melayu Manchester 2009/2010.. majlis bermula 10 pagi selama sejam.. dengan itu berakhirla sessi persekolahan SKMM bagi sessi 2009/2010..

Setelah itu, majlis disusuli dgn Annual General Meeting MCCH serta perlantikan AJK baru bagi sessi 2010/2011 bagi MCCH, Helwa & SKMM secara mengundi..


Memang meriah!! ramai jugala yg hadir.. kami pun sempatla makan nasi lemak 1gbp sebelum majlis bermula.. alhamdulillah, walaupun tak berapa formal, tp masih lagi berjalan dgn lancar.. tahniah diatas perlantikan baru MCCH, Helwa & SKMM yg dilantik!! :) majlis diakhiri dgn makan tengahari.. lepas makan kami pun balik!

Sunday, June 20, 2010

Happy Father's Day & Family Day MCCH!~

Happy father's day to all father in this world!! especially to my hubby, atuk2.. semoga sentiasa dirahmati Allah selalu!!

Hari ni, kami rehat2 je kt rumah, sbb semalam dah enjoy sakan ke Family day anjuran MCCH utk semua Malaysian komuniti kt sini.. tempat pun tak jauh dari rumah kami, kt Padang Cardinal je.. so mmg jalan kaki jela dari rumah..


Pepagi, mama & ibrahim pergi dulu ke padang.. start kul 9.00 pagi, tp kami pergi lewat 1/2 jam.. sampai2 je, tak ramai lagi.. siap dapat lagi early bird prize untuk 20 keluarga terawal, alhamdulillah.. then 2 botol mineral & sebungkus biskut rich tea as breakfast.. nasib baik mama bawa bekal makanan gak utk ibrahim, so takla kelaparan sgt..


Lepas tu terusla mama pergi berborak2 sakan dgn rakan2 disini yg dah sampai sementara menunggu lagi mereka yg lain..cuaca plak, agak mendung & sejuk!! nasib baik, pakai jacket.. acara start pun agak lewat, dalam 10.00 lebih.. Baru nak tengok acara pertama, Ibrahim sibuk nak gi playground, so mama bawala dia.. main slide, swing & jongkang-jongket, ramai gak anak2 family yg lain pun main kt situ..


tengah main, babah sampai.. dah puas ibrahim main, kami bertiga duk plak under khemah MCCH, tengok diorg main dari jauh.. borak2 dgn budak2 lain yg tengah mewarna, ibrahim pun busy gak nak mewarna.. so bagila dia mewarna pinjam budak2 tu punya warna..


sepanjang acara berjalan mmg mama, babah & ibrahim duk kt khemah tu dgn budak2 lain, tak lama tu babah balik rumah kejap & dtg balik masa lunch.. mama plak duk kt atas alas yg mama bawa dari rumah dgn ibrahim, sbb AJK nak prepare food under khemah tu.. borak2 lagi dgn makcik kawan kt sini sementara tunggu lunch.. lunch start waktu acara dah nak abis, mama amik awal gak sbb tak nak beratur, hehehe.. terus makan dgn ibrahim, lauknya ayam goreng, gulai kambing masak hitam & acar timun, buah pisang & jus mango.. makanan punyala byk, sampaikan boleh tambah banyak kali, hehhe..


sambil makan, ada cabutan bertuah & penyampaian hadiah.. alhamdulillah, nombor kami terpilih antara 30 cabutan bertuah yg disebut.. walaupun tak dpt hadiah utama, jadila kan :) sebelum balik, budak2 dpt goodie bag, ibrahim pun dptla skali.. then akhir sekali bergambar beramai2 sebelum beransur pulang!! sungguh penat walaupun tak join pun acara2 tu, hehehe..

Antara family yg hadir memeriahkan Family day tahun 2010..

Thursday, June 18, 2009

Program Hari Keluarga MCCH 2009 di Heaton Park

Sabtu lepas ada diadakan program hari keluarga MCCH bagi 2009 di Heaton Park, so kitaorg pun joinla juga bagi memeriahkan lg program ni.. ada lebih kurang 60 keluarga yg hadir, so lebih kurang 300 org semuanya, mmg meriah!! cuaca pun cerah, so memang best!!


Sampai2 je terus amik gambar, tu la pintu gerbang yg nak masuk ke Heaton Park tu, first time kami dtg sini.. parking di bahagian lake car park.. ada byk pintu masuk Heaton Park ni, dulu yg kami pergi ke playground tu, masuk di bhgn lain.. Park ni memangla teramat besarnya.. waktu kami sampai mmg tak ramai lg yg dtg, waktu ni belum pukul 9.00pg lg..


Tak lama lepas kami sampai, pendaftaran dibuka, babah pun daftar, kitaorg dpt nombor 4 utk tukar2 hadiah sesama keluarga, nampak sgtla antara org yg terawal mendaftar.. tengokla senarai aktivitinya, punyala byk utk semua yg hadir.. lepas tu mama pun cari la port utk duduk & berkenalan dgn kawan2 yg dah sampai, ada yg memang dah kenal & ada juga yg baru jumpa.. semuanya ramah2 belaka.. babah plak balik rumah sbb ada benda nak kena buat, so tak joinla main2 tu.. tinggalla mama jaga Ibrahim..


Sarapan pagi adalah tajaan masing2 keluarga yg hadir, dgn kata lain port luck, mcm2 ada, pasta goreng, nasi goreng, bihun goreng, roti jala, sandwich, kek coklat, agar2, kuih bakar, tepung pelita & etc.. semuanya sedap2 belaka.. mama hanya sempat masak nasi goreng je, okla kan drpd takde.. makan tengahari pula disediakan oleh ajak MCCH atas sumbangan semua ahli yg ingin menyumbang, nasi putih, kari kambing, ayam berempah, salad & sambal belacan.. memang terangkat!!

Sambil2 acara sukaneka dijalankan disusuli dgn acara cabutan hadiah antara family, so setiap family hanya tunggu nombor pendaftaran masing2 diumumkan pastu bolehla ambil hadiah masing2..


Acara memang byk, tp Ibrahim tak join satu pun, takper next timela ek, insyaAllah.. Ibrahim buat aktiviti sendiri je, hehehe.. memula, asik main bola je kejenya, memang dah bekalkan bola ni awal2 lg, sbb takut Ibrahim rembat orang lain punya, hehehe..


Dah puas main bola, main kereta plak, yg ni pun bawa gak tp 2 je, then main skuter (pinjam), pastu main stroller plak(pun pinjam gak) rasanya girl yg punyala sbb pink kan warnanya, then main stoller sendiri plak, yg ni memang tak sahla kalau tak main, hehe.. pastu melukis & mewarna (ni pun pinjam), anak penghulu punya tu, nasib baik maknya sporting, hehehe.. suka betul dia.. memang tak tau penat..

Dalam kul 1.30ptg babah pun dtg, waktu ni barula mama join 1 aktiviti sbb tak cukup org iaitu bisik2 sementara babah jaga ibrahim, ada 4 kumpulan, 1 kumpulan 8 orang, tp takde rezekila, hanya 1 kumpulan je dikira pemenang, takperla lain kali leh cuba lg ye tak.. suka2 je kan..


Dalam kul 2.30ptg, babah ajak balik, time ni belum abis lg, so kitaorg balik dulu, ada gak kawan2 lain yg mmg tak tunggu sampai abis, maybe ada hal masing2, so gambar atas ni adalah kawan2 yg tunggu hingga ke saat akhir program, memang meriah!! insyaAllah tahun depan kita join lagi ye kalau diberi kesempatan & takde aral melintang...