~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Deserts. Show all posts
Showing posts with label Deserts. Show all posts

Wednesday, February 24, 2010

Homemade Dadih & Jemput2 Pisang!~


Baru2 ni babah suruh mama buat dadih, jumpala satu resepi ni dalam Myresepi.com, okla mama pun try.. kalau ikut resepi ada 2 jenis dadih, tp mama buat sejenis je, guna susu strawberry Yazoo, kegemaran mama ni, hehe.. alhamdulillah memang menjadi!! masuk dalam bekas sederhana besar, okla tu yang penting sedap!! hehehe..

Yang ni plak, jemput2 pisang, buat hari yang lain, permintaan babah juga, hehe.. kebetulan pisang banyak & dah masak sangat, mama tryla buat jemput2 pisang, cari jugak resepinya..mama guna gula perang, mmg mengancam!! hehe.. walaupun hitam tp sedap!! rangup diluar, lembut didalam!! sekejap je licin!! tinggal tu je yg sempat nak ambil gambar.. sabar jela..

kalau nak resepi, blehla amik kt bawah ni ye, tak rugi try, memang best!!

Dadih Homemade
Source: Myresepi.com

Bahan-bahan ( 16 bekas -spt dlm gambar )

* 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
* 1 liter susu segar biasa
* 1 liter susu segar berperisa coklat
* 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
* 1.2 liter air
* 1 sudu teh garam
* 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
* 1sudu teh coklat emulco

Cara-cara

1. Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
2. Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
3. Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
4. Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
5. Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
6. Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
7. ** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )
8. **Saya harap kawan2 semua dpt faham kaedah yg saya maksudkan ini dan jika masih keliru bolehlah bertanya semula.

Jemput pisang sedap
Source: Myresepi.com

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 5-6 biji pisang berangan pisang lain pun boleh
* 1/2 cawan gula(kalau nak manis tambahlah gula lagi :) )
* 1 cawan tepung - bergantung atas besarnya pisang..(agak2 bila bancuh tepung tu jadi pekat dan tak cair oklah..mcm wat jemput pisang)
* 1 1/2 sudu kecil bikarbonat soda
* minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. satukan kesemua bahan di atas kecuali minyak lah ia.. dan perapkan selama 15-20 minit
2. selepas 20 minit tu sediakan kuali dan panaskan minyak utk menggoreng.. Gorenglah wat cam jemput2 tu sampai habissss...
3. sedia untuk dimakan.. sarapan atau waktu petang.. nyamnyam
4. Selamat mencuba... :)

Thursday, May 14, 2009

Let's try to make Brownie!~

Baru2 ni mama try buat Brownie, dah lama tak buat kek, so teringinla nak buat.. bahan2 pun ada so cari2 resepi kat net, jumpa kat myresepi.com.. alhamdulillah tak susah sgt & menjadi!! babah & Ibrahim pun suka!!


mama guna almond flakes, so tinggal tumbuk skit2 je.. kalau ikut masa utk membakar tu dalam 20 minit, tp mama bakar dekat 40 minit juga, eehehe.. maybe bergantung kepada oven masing ;) so siapa2 yg nak try tu, mama paste kan resepinya skali ok :)

Brownie

oleh: nure Brownie nure@myresipi.com
coklat+nuts dlm bentuk mudah pegang

Bahan-bahan ( 6~7org )
bhn diayak: 100g tepung gandum dan 1/4 sudu teh baking powder
100g gula halus
2 bj telur (suhu bilik)
150g coklat bar
100g butter
70g kacang (boleh campur almond, walnut dan lain2 ikut suka) dan potong kecil2
Cara-cara cairkn coklat dan mentega sekali dlm oven selama lbh krg 2 minit
dlm bekas lain, pukul telur dan gula sampai sebati
masukkn bahan yg diayak dan kacau dgn senduk sampai semua tepung rata.
masukkn coklat+mentega yg dicairkn td dan kacau.
bila coklat sudah rata, masukkan pula kacang dan gaul lagi.
dlm bekas 4 segi yg telah dialas dgn cooking paper, tuangkan adunan tadi dan ratakn.
bakar dlm oven pd suhu 170C selama 20 minit. Bila dh betul2 masak, biarkn sejuk( dlm bilik) baru keluarkn dr bekas. Potong bentuk 4 segi panjang.

Monday, March 30, 2009

Jom buat Tart Kastard!~

Khamis lepas, mama buat Tart Kastard.. sebenarnya nak menghabiskan fresh milk yg masih berbaki dalam peti sejuk tu, sayang plak expired walaupun fresh milk kat sini murah je, hehe..


Dapatla 6 ketul tart yg agak besar, sampaikan babah cakap, nak abiskan pun tak larat hehe.. mama hias dgn nenas dlm tin, tu yg rasa masam2 manis.. rasanya memang sedap!! :) makan satu je dah kenyang.. seperti biasa mama skrg suka tengok myresepi.com, so amik resepi kat situla.. ada sesiapa ke nak try?? so mama pastela resepi kat sini ye..

Tart Kastad
Source: liana_pg@myresipi.com

Bahan-bahan ( satu acuan besar(saya guna acuan pai) )

PASTRI RAPUH::
2-3 sdb susu segar
250gm tepung gandum
1 sdb gula castor
1 biji telo
125gm mentega sejuk(potong kecil2)
sedikit garam

KASTAD FILLING::
500ml susu segar
2 biji telor
50gm tepung kastad
100gm gula castor
1/2 sdt esen vanilla
kismis hitam(optional) - mama letak nenas dlm tin

Cara-cara Pastry

satukan tepung n garam...(ayak)
gaul mentega bersama adunan tepung hingga sebati...
masukkan telor,gula,dan susu...adun hingga adunan lembut...
rehatkan adunan selama 30 min..then terapkan mengikut acuan yg dikehendaki...
bakar separuh masak..ketepikan dahulu... (mama bakar 160'c selama 10 -15 minit)

CARA MEMBUAT KASTAD FILLING::

Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga sebati...
masak di atas api yg perlahan hingga agak pekat...
kemudian tuang kedlm pastri tadi...dan taburkan dgn kismis hitam ...
bakar sekali lagi pada suhu 160 'c hingga masak.... (dlm 20-25 minit)

Wednesday, March 4, 2009

Cream puff again!~

2 hari lepas, tetiba je rasa rajin nak buat cream puff.. maka project bermula pukul 7mlm.. memang remehla, haha.. nak makan punya pasal, buatla jugak.. ibrahim waktu ni tgh tdo.. sbb tula mamanya rajin skit.. tp tengah2 masak tu, dia bangunla plak.. hehe apalagi, jadi teman setiala ketika mama masak..


bukan apa, nak test nozzle baru babah belikan sbb tu tetiba rajin.. tp sbb baru nak try so puff mama jadi comel2 gitu, hehe.. maka dptla 2 bekas plastic ware cream puff, bagus jugakkan, senang nak makan.. babah & ibrahim pun suka.. sbb creamnya tak manis sangat.. best sbg desert lepas makan!! Kali ni nak tepek resepi, so pada sesiapa yang nak buat, silakan!!

Cream Puff Jagung
oleh: zaliana@myresipi.com
Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Bahan-bahan untuk inti jagung
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula

Cara-cara

Cara-cara untuk puff

Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Sejukkan
Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.
Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,
panaskan oven 25 minit sebelum bakar.
suhu 180'c lebih kurang 30 minit
Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

Cara-cara untuk inti

Kacau tepung kastad dan air.
Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.
Kacau hingga naik wap
Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.
Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

Thursday, February 26, 2009

Jom minum petang!~

Semalam ptg mama try lg new resepi, kali ni mama buat manggo lemon muffin.. mama masukkan jus manggo rubicon & perahan buah lemon.. kebetulan lebihan filling yogurt tart masih ada dalam peti ais, mama campur je skali, hehe.. senang cerita..


Then untuk hiasan, mama letak almond nuts yg telah dihiris & raisin, nuts & choc chip.. tak lama pun buat dia, buat adunan dalam 1/2 jam pastu bakar 15 minit.. dah siap!! dapat 12 biji kesemuanya.. kebetulan babah takde sbb ada discussion kat uni.. so mama & ibrahim makan dulu waktu masih panas!! memang yummieeeee..

Monday, February 23, 2009

Let's try more recipes!~

Semalam mama try buat new resepi lagi, wah! memang bersemangat & rajinla plak.. adala sebabnya.. Kan hari jumaat tu beli barang, adala beli plain yogurt.. pastu Sabtu baru ni sajala tengok2 yogurt tu balik, rupa2nya expired date dia 'use by 22nd Feb09', maksudnya semalamla.. Sabar jela kan, lain kali memang kena check betul2 dulu sblm beli..

Malam Sabtu tu berputarla dalam kepala ni nak buat apa ya dgn yogurt tu, hehe.. So semalam 2 resepi terus try, haha.. nak abiskan yogurt punya pasal.. Yela kan, sayangla kalau buang.. Then Mama try buat Yogurt Tart & Simple Cheese Cake .. Dua2 resepi ni mama tengok kat Myresepi.com..


Alhamdulillah, kedua2nya menjadi.. Yogurt tart tu semalam malam lagi dah tinggal separuh.. dapat dalam 14 biji... 12 kecil, 2 besar.. Rupanya tak cantik sbb kulitnya susah betul nak dibentuk, hehe.. Tp rasanya memang best, crunchy & lembut!! Babah & Ibrahim pun suka!! Tak sempat nak tunggu sejuk, dah kena pow! hehe


Yang cheese cakenya, memang senang betul nak buat!! main blend je semua bahan pastu bakar.. tp mama pandai2 plak tambah basenya dgn biskut coklat digestive & lapis dgn strawberry jem kat atas basenya.. lepas bakar & sejuk, mama simpan dulu semalaman dalam fridge sebelum makan.. tadi malam potongla.. alamak, basenya tak kukuh sgt, berderai gakla skit, hehe.. tp cake nya memang amat sedap!! Lemak, masam & manis, semua cukupla.. rasa puas ati, tp still byk yg perlu diimprove, hehe.. Babah & Ibrahim amatla sukanya pd cake ini!!

Alhamdulillah, rasa lebih bersemangat nak mencuba lagi resepi!! insyaAllah, kalau diberi kekuatan..

Monday, February 16, 2009

Weekend activity: Makan2 dirumah

Semalam malam, kitaorg adala buat makan2 skit kat umah, tak jemput ramai pun, hanya 1 family je.. Bro Fadil, Kak Lin & anak diorang Irfan.. saja2 nak menjamu diorang yg dah lama tak jumpa, hehe..

Mama pun tak masak banyak, lauk 2 jenis, ayam masak lemak cili api & sayur campur.. Pastu buat Macaroni bakar, kira menu bestla tu, hehe.. Babah & Ibrahim memang suka kalau masak ada cheese ni.. Pastu mama try buat agar2 cocktail.. Nampak memang menjadi, tp bila nak potong, terlembikla plak, so dah tak cantik rupanya, tp rasa memang sedap!! Then hari nih, mama masak balik tambah agar2 biar keras skit barula ok kan..


Nasib baikla diorang datang malam, sempatla nak masak semua tu.. Pastu Kak Lin bawa desert lagi, kuih onde2 or buah melaka & ice cream buah2an, wah bertambah2 lagi makanan, memang best!! Thanksla Kak Lin buat susah2 je..

Ibrahim suka betul dapat main dgn Irfan, yelakan selalu asik dgn mama je.. kali ni barula best ada kawan.. sampaikan nak ikut balik, hehe.. bila tanya nak ikut tak, jawabnya memang nakla, tapi mata dia still tengok babah & mama diala sama ada nak ikut gak ke tak, hehe.. Thanks bro Fadil & Kak Lin sbb sudi dtg umah kitaorg ye..

*Bila dah berborak, lupala plak nak take pict diorang..

Saturday, December 6, 2008

Jom kita makan!!~~

Dalam minggu ni je, sempat gak mama buat 3 jenis dessert.. Yang first buat pengat pisang, tp takde sagu, so semata2 pisang, gula & santan jela, hehe.. dah lama tak makan pengat, alhamdulillah memang sedap!..


Pastu buat puding lapis jelly plak hari Selasa lepas, ni kira 2nd versionla, arituh tak lapiskan, kali ni buat lapis terus puding, jelly & buahan2 cocktail.. buat 2 jenis, jelly strawberry & mangga.. memang best!! Buat banyak, bleh makan puas2!!



Lastly, Khamis baru ni, buat moist choc cake lebihan adunan yg lepas, alhamdulillah, masih ok lagi.. cuma kali ni tak sebanyak yg harituh.. Ibrahim suka betul dapat makan kek!!


Time sejuk2 ni, memang asik lapar je, walaupun dah makan nasi.. so adanya desert2 ni blehla makan2 waktu tengah lapar, hehe..

Friday, November 21, 2008

Alhamdulillah..

Hari ni nenek dah boleh balik umah setelah seminggu di hospital.. Alhamdulillah syukur sangat pada Allah, selera makan pun dah bertambah baik.. Semoga nenek akan terus sihat ye!!

Semalam, mama masak ayam black paper & bergedil ayam.. fuhh.. memang terangkat!! Babah suka betul!! Ibrahim je tak leh makan byk sangat sbb pedas!! Tp memang Ibrahim suka pedas, cuma mama je yg risau sbb takut sakit perut!!


Ayam Black Paper yg masih dalam kuali, tak sempat angkat lagi ;)



Ni plak, Bergedil ayam.. Makanan favourite babah!


Hari ni mama masak apple pie, ingatkan nak buat ala2 McD, tp tak menjadila plak, last2 buat bulat2 jela, alhamdulillah, rasa memang sama cuma rupa je tak sama! hehe..

Apple Pie yg tinggal 3 je, nasib baik sempat amik pic, yg lain sudah dimakan oleh babah..
Selain tu, mama masak ikan bawal sweet sour, tp tak amik pic la plak..

Ibrahim dgn Dragon setelah makan malam..

Thursday, November 20, 2008

Saat Tengah Rajin!~

Weekend lepas, atas permintaan babah, mama buat Yorkshire puding, beli instant punya je, tp sbb takde puding tray, tak terbuat2 sampaila babah beli puding tray, hehe.. seperti biasa malam lepas Ibrahim tdo, barula start.. tak susah pun cuma tambah telor & air, pastu bakar.. baunya memang harum.. tp rasanya biasa je..


Then mama buat chicken soup knorr utk dimakan dgn puding ni.. Barula terangkat.. Nak dijadikan cerita, abis je masak, Ibrahim pun bangun.. Macam tau2 je masa makan, hehe.. Makan tengah panas!! Sedap!!


Ni la Ibrahim yg dah bangun & tgh tunggu nak makan Yorkshire puding!

Isninnya plak, mama buat puding roti chocolate, yg ni pun kena bakar gak, resepi cari kat internet, buat petang waktu Ibrahim tdo, alhamdulillah, memang menjadi gakla.. Seperti biasa, abis je masak, Ibrahim pun terjaga, agaknya bau membakar tu yg buat dia bangun tu!!


Alhamdulillah, skrg ni dah tau guna oven, so pasni blehla try lagi, insyaAllah..


Hari ni, nenek dah dipindahkan ke ward bawah bahagian darah sebelah cafeteria hospital, insyaAllah dalam 1 or 2 hari lagi bleh balik, semoga kesihatan nenek bertambah baik!

Saturday, November 15, 2008

Let's try make more desert!!

Khamis lepas, dah malam gakla lepas Ibrahim tdo around kul 10.30pm, barula ada masa skit.. kali ni nak try buat Cream Puff plak, :) adunan semua ok, tp time nak membakar tu.. almaklumla takde piping nak bentukkan dia, so main bedal jela.. Adala rupa, tp nampak cam karipap pun ada, hehe.. Rasanya alhamdulillah, memang yummy!!

Cream Puff

Fruit Cocktail Jelly

Semalam tghr plak mama buat fruit cocktail jelly perasa blackcurrent plak, memang sedap!! Hubby & Ibrahim memang suka jelly, sbb tu asik buat je.. Lepas ni ada lagi resepi yg nak di try, tp kena tunggu ada mood!! :)

Hari ni Birthday my mother in law or Ibrahim panggil Wan! Happy Birthday Wan!! Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki selalu, insyaAllah..

Friday, November 7, 2008

Desserts~ Yummy!!

Sebenarnya last week lagi dah buat desert ni, saja2 nak try, tp tak sempat nak post lagi.. Try buat apam balik, puding jagung, puding jelly cocktail & Falooda drink milk.. Alhamdulillah, semuanya menjadi & amat sedap!! Resepi puding & apam balik semestinya from internetla.. mana lagi nak cari ye tak??


Puding jelly tu from puding jagung tu gak + dgn strawberry jelly & cocktail buah2an dalam tin, amat mudah & very delecious! Falooda drink milk tu plak rasanya cam air bandung tp style pakistan ada tambahan kacang, cincau & selasih.. Jelly tu sebenarnya utk Falooda drink tu, tp mama letak kat puding tu, hehe.. Macam ni la kotaknya..


So agak2 lepas ni nak try resepi apa ye?? InsyaAllah.. tungguuuu!