~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Seri Kembangan. Show all posts
Showing posts with label Seri Kembangan. Show all posts

Sunday, November 8, 2009

Ke KLIA & Seri Kembangan!~

Hari Ahad (11.10.09) pagi, babah & auntie Lang ambil mama & ibrahim dari rumah nenek & atuk.. sarapan dulu sebelum bertolak.. Ibrahim menangis sbb ingat nenek & atuk pun pergi sama, rupanya tak pergi.. takperla insyaAllah nanti boleh jumpa lagi..


so kami pun bertolak ke KLIA sbb nak jumpa Wan dari Penang yang akan terbang ke Terengganu sbb ada meeting.. kiranya lepas ni tak dpt nak jumpa dah sehinggala kami berangkat ke Manchester..

Sampai2 je di KLIA, kami tunggu Wan di Foodcourt untuk makan tengahari.. Ibrahim biasala tak tinggal Thomasnya, mesti ada sama! hehe.. kami makan nasi goreng USA, nasi goreng Pattaya, kuew teow ladna & minum jus buah.. alhamdulillah, kenyang! :)


Selepas tu kami hantar Wan ke balai berlepas penerbangan dalam negeri, Ibrahim punyala excited sbb dia ingat dia pun pergi, punyala susah nak amik dia dari Wan dia, pun nangis jugak!! iskk.. sabar sabar.. lepas je Wan masuk kitaorg pun terus balik!

Petangnya kami ber3 ke rumah Ibu(ibu saudara babah) di Seri Kembangan, then kami bawa ibu, Syafiq & Ashraf pergi rumah baru Kak Intan (anak ibu) tak jauh dari rumah Ibu.. cantik juga rumahnya, belum ada sofa lagi, so nampak luas! apalagi, Ibrahim, Syafiq & Ashraf main baling2 bola dalam rumah tu, hehehe.. anak kak Intan, Iqbal takde keluar dgn ayahnya, so tak dptla main sama..


Siap ada ikan lagi dalam balang, nasib baik Ibrahim tak celup lagi tangan nak amik ikan, hehehe.. nampak tak mcm geram je rupanya tengok ikan tu! kami dijamu dinner spaghetti goreng oleh Kak Intan, terima kasihla byk2 ye.. tak lama lepas makan, Iqbal pun balik, dptla jumpa juga walaupun sekejap.. dekat pukul 11.00mlm kami pun mengundur diri, hantar ibu, ashraf & syafiq sebelum balik rumah..

Sunday, November 1, 2009

Apa lagi aktiviti kami?!~

Sambung balik cerita..

Lepas balik dari Penang, hari Rabu (07/10/09) tu kami kena settlekan hal LHDN, so terpaksala pergi LHDN Kampung Attap, KL.. Alhamdulillah, sekejap je ambil masa.. Then balik terus ke Jusco Cheras Selatan, lunch.. pastu balik rumah..

Malam, mama, babah, auntie Lang n Ibrahim ada jemputan dinner dgn uncle Nasrul, auntie E'in serta baby Umar, di Seri Kembangan.. restoren Ala Thai belakang Jusco, alhamdulillah, sedap jugala..thanks ye uncle sbb belanja kitaorg makan..


Suka betul Ibrahim makan tomyam, siap hirup mangkuk lagi tu, hehehe.. yg Umar plak tengah aktif nak berjalan, tak nak duduk diam, penatla ummi nak melayan.. Ibrahim plak, bila dah kenyang pun nak join Umar skali, hehe.. sabar jela, nasib baik dah nak abis makan, kalau tak haru gakla nak menjaganya..


Lepas tu, babah & auntie hantar kami, mama & Ibrahim balik TPG.. sampai rumah nenek & atuk dah pukul 10.30mlm.. tak lama tu dapat berita nenek Teh telah selamat kembali ke rahmatullah, innalillahi wainnailaihirajiun.. semoga rohnya berserta dgn mereka yg beriman, insyaAllah.. sedih juga.. alhamdulillah, kami sempat jumpa waktu raya hari tu, memang nampak uzur sgt dah.. Allah lebih sayangkan dia..

Then 11.00mlm babah & auntie Lang balik ke Cheras.. Ibrahim dah tido pun waktu sampai rumah nenek, terus tido sampaila ke pagi.. insyaAllah, nanti mama sambung lagi ye :)