~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label TPG. Show all posts
Showing posts with label TPG. Show all posts

Thursday, November 5, 2009

Jom pergi kenduri!~

Hari Khamis (8/10/09) paginya, nenek & atuk melawat org meninggal (arwah nenek Teh) yg dikebumikan di Sijangkang, mama & ibrahim duduk kt rumah..

Jumaat (9/10/09) pagi, sempatla mama, ibrahim & nenek beraya ke rumah Atuk Hashim & nenek Rugayah di Sri Andalas, Klang.. petangnya, nenek & atuk pergi hantar anak sepupu mama, kak nor nikah anaknya Fahmi & pasangannya di Masjid Lipat Kajang, Klang.. mama & Ibrahim tak pergi..

Sabtu (10/10/09) tengahari pula acara menghantar pengantin lelaki di Taman Kesenian Islam, berhadapan dgn Masjid Negeri Shah Alam.. sebelum ke sana, kami ber4 berkumpul dulu di rumah sepupu mama di Seksyen 7, rumah Auntie Rukiah..


kira berayala jugak ni, walaupun sekejap je :)


Dalam pukul 12.30tghr bertolak ke Taman Kesenian Islam, dalam 4 kereta juga, dan lagi 4 kereta dari Seksyen 4.. ramai juga sebelah lelaki.. sampai2 je terus makan, Ibrahim makan kek coklat yg dibungkus kecil2 sbg tanda mata pihak lelaki, byk jugala, sampaikan nasi pun tak nak dah..


lepas tu busy nak jalan2 kt bahagian bawah, ada air pancut, so atuk tolong bawakan ibrahim sementara mama makan, hehhe.. pengantin pula makan lambat skit sbb ada acara bersanding & bergambar dgn family.. so dptla mama ambil gambar pengantin masa mereka tgh makan.. dalam 2 lebih, kami pun balik..


Petang nya, kawan2 mama pula yg dtg.. memang berborak sakanla, hehe.. auntie Sue, auntie Zura, auntie Erin, auntie Azida & anaknya Adam serta maid mereka.. terima kasihla byk2 sbb sudi jenguk kitaorg ni, hehehe.. insyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi ye..

malamnya, lepas solat maghrib, mama, ibrahim, atuk & nenek pergi kenduri arwah nenek Teh di Sijangkang, ramaila jumpa saudara mara yg dtg.. habis kenduri kami pun balik rumah nenek semula..

Sunday, November 1, 2009

Apa lagi aktiviti kami?!~

Sambung balik cerita..

Lepas balik dari Penang, hari Rabu (07/10/09) tu kami kena settlekan hal LHDN, so terpaksala pergi LHDN Kampung Attap, KL.. Alhamdulillah, sekejap je ambil masa.. Then balik terus ke Jusco Cheras Selatan, lunch.. pastu balik rumah..

Malam, mama, babah, auntie Lang n Ibrahim ada jemputan dinner dgn uncle Nasrul, auntie E'in serta baby Umar, di Seri Kembangan.. restoren Ala Thai belakang Jusco, alhamdulillah, sedap jugala..thanks ye uncle sbb belanja kitaorg makan..


Suka betul Ibrahim makan tomyam, siap hirup mangkuk lagi tu, hehehe.. yg Umar plak tengah aktif nak berjalan, tak nak duduk diam, penatla ummi nak melayan.. Ibrahim plak, bila dah kenyang pun nak join Umar skali, hehe.. sabar jela, nasib baik dah nak abis makan, kalau tak haru gakla nak menjaganya..


Lepas tu, babah & auntie hantar kami, mama & Ibrahim balik TPG.. sampai rumah nenek & atuk dah pukul 10.30mlm.. tak lama tu dapat berita nenek Teh telah selamat kembali ke rahmatullah, innalillahi wainnailaihirajiun.. semoga rohnya berserta dgn mereka yg beriman, insyaAllah.. sedih juga.. alhamdulillah, kami sempat jumpa waktu raya hari tu, memang nampak uzur sgt dah.. Allah lebih sayangkan dia..

Then 11.00mlm babah & auntie Lang balik ke Cheras.. Ibrahim dah tido pun waktu sampai rumah nenek, terus tido sampaila ke pagi.. insyaAllah, nanti mama sambung lagi ye :)