~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label London. Show all posts
Showing posts with label London. Show all posts

Sunday, October 3, 2010

Beraya ke London?!~

21/9/2010 - Alhamdulillah, birth cert Aishah settle pagi di register office di Manchester.. petangnya kami bertolak ke London.. tujuannya nak register kelahiran Aishah sbg rakyat Malaysia & buat passport sekali kat High Commission Malaysia London.. Tak rancang pun, sementara ada Wan & Atuk ni, kira senangla skit nak bawa Ibrahim & Aishah sekali..


Kami sewa kereta kawan kami disini, alhamdulillah Wan ada license Uk, so insurances pun tak mahal sgt nak top up.. perjalanan pergi yg agak lama sbb tersalah masuk jalan A, dekat 3 jam juga Mr GPS bawa kami sampai ke Stoke On Trent lagi.. sempat singgah Morisson, hehe.. lepas tu baru dpr keluar highway.. terus ke Travelodge Heathrow Terminal 5.. kami pernah menginap kt sini Summer last yr masa bawa nenek & atuk.. hotel ni pun kami booking 3 days before.. tak dptla murah sgt, 2 family room utk 2 malam kira okla drpd menginap dlm London..


Sempat berhenti sekejap kt service, makan malam & isi minyak.. Sampai hotel pun dah malam, memang tinggal tido je..


Pagi, kul 8 lebih dah bertolak ke High Commssion Malaysia London, pepagi semua org nak gi keje, jam le juga.. sampai dekat kul 10.00.. ramai gak org tengah menunggu.. tp tak ramai nak register baby.. kena amik gambar Aishah dulu, alhamdulillah Aishah jaga time ni, so dpt amik gambar dia buka mata, itu requirement dia.. pastu isi form yg original kt situ walaupun kami dah isi form yg download dari internet.. okla tak lama pun.. yg penting document semua cukup lengkap!! alhamdulillah.. 2 counter kena pergi, birth registration & juga passport..


Lepas tu, kena tunggu nak pick up plak, kul 3.00 hingga 4.00 ptg.. kt situ siap ada gerai mkn lagi, mmg mudah, makanla kt situ je.. pastu sementara nak menghabiskan waktu.. kami pun pergila Hyde park.. tak jauh pun dari situ.. cuma nak kena carila, hehe.. mmg besar park ni.. jenuh gakla berjalan nak sampai ke lake dia tu.. Ibrahim suka betul dpt tengok duck!! Aishah plak, mmg tido je kerjanya, hehe..


Lepas tu, kami dtg semula ke HiComm, sempatla solat qasar Zohor & Asar skali, dont worry ada prayer room kt situ.. then kami menunggu lagi nak pick up birth registration & passport Aishah.. selepas tu kami ke Malaysian Hall London, di Bayswater.. nak jumpa abang Wan yg dah menetap lebih 35 tahun kt London tu.. dptla jumpa Uncle Omar.. alhamdulillah masih sihat lagi!! kami makan2, borak2.. Ibrahim plak dah lena!! dah nak balik baru bangun..


Then, bila dah keluar dari Malaysian Hall, ingatkan nakla pergi ke London Eye, semua pun dah kepenatan.. tengok jela dari dalam kereta.. hehehe.. jalan2 di kota London mencari jalan keluar nak pulang ke hotel!! :)


Alhamdulillah semua settle, so next day dlm kul 11 camtu, baru kami keluar.. menuju pulang ke Manchester.. sempat singgah ke Oxford services, mengalas perut.. sampai rumah kul 4.00ptg jugala..

Sunday, July 12, 2009

Jom ke Windsor Part2!~

Lepas abis naik boat, babah pergi tempat parking nak tambah duit lg utk parking hour.. sementara tu kitaorg pergi ke Royal Windsor Wheel tunggu babah disana, tak jauh pun dari situ.. Ibrahim pun dah lena time ni..


Jadinya mama, nenek & atuk je yg naik wheel tu, babah plak tunggu Ibrahim kt bawah, nasib baik ada pokok besar & rendang, blehla babah & ibrahim berteduh, takla panas sgt.. walaupun panas tp angin dia masih best!! Permandangan sekitar Windsor dari atas wheel memang cantik, nampak River Thames, Windsor Castle & bangunan2 sekitar Windsor tu.. disekitar Windsor wheel tu juga ada funfair & gerai2 utk pengunjung enjoy, tp kitaorg tak tengok pun..


abis je naik wheel, terus kitaorg jalan kaki ke aras Bus Sightseeing yg terletak di luar Windsor Castle.. Time ni blehla rehat, sambil round2 sekitar Windsor.. time panas2 ni memang tak teringin pun nak naik bahagian atas, skali lg kitaorg conquer bhgn bawah bas tu, hehehe.. Bas ni valid 24 jam & berhenti 11 perhentian, dlm masa 45 minit..


Dapatla kami melihat tempat2 menarik disekitar Windsor ni seperti, Eton College, The Home Park, Windsor Castle, River Thames & etc.. Kami tak berhenti mana2 pun, cuma perhentian ke 11 sbb lebih dekat ke parking lot.. dan terusla berjalan ke tempat parking..


Lepas tu, terus drive menuju ke Windsor Legoland, sampai sini hanya mama, nenek & atuk je yg turun.. tak masuk pun hanya nak amik gambar kt depan tu je, hehehe.. alang2 dah sampai, amik gambar je pun jadila kan.. mmg best tempat ni, mcm2 permainan ada, mcm genting highland gitu, tp sbb Ibrahim kecik lg rasanya masuk pun bukannya bleh main kan.. Ticket pun bleh tahan mahal gakla..

Then kitaorg terus bergerak nak cari Travelodge Hotel di Terminal 5 Heathrow.. punyala sesat, tak sampai2 tempat tu, kitaorg duk pusing airport Heathrow tu, last2 terus ke London, hehehe.. sampai London, ingatkan nak cari Malaysian Hall London, tp sbb dah nampak NCP carpark kat Edgware road, terus je kitaorg parking kt situ..


Edgware road ni mmg byk restaurant makanan halal, then kitaorg pun makan di Islamic Halal Restaurant, nenek & atuk makan nasi & kari ayam, kitaorg plak makan nasi ayam panggang.. alhamdulillah kenyang!! pastu kitaorg pun bertolak keluar dari London untuk cari balik Travelodge hotel, on the way tu lalu Chelsea menuju ke Heathrow Airport Terminal 5.. Akhirnya kitaorg jumpa hotel tu!! hehe.. Hotel ni lg best dari yg kt Bicester, ada aircond lg! memang selesala, tdo pun nyenyak!!

Esoknya kemana plak?? Next Entry ye!! :))