~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Manchester Fort. Show all posts
Showing posts with label Manchester Fort. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

Jom jalan2!~

Jom gi Asda Manchester Fort!! hehe.. mana lagi nak pergi.. tempat ni je yg paling dekat ngan rumah.. dah lama gak ni 28/10/2010 aritu.. pergi Asda mencari baby carrier.. alhamdulillah dptla apa yg dihajati..



Then, 30/10/2010, kami pergi Arndale plak.. yg ni pun mmg tempat favourite bila ke bandar sbb senang nak parking.. pergi sini tak sah kalau tak singgah foodcourt.. Ibrahim yg beria nak makan ice cream.. tapi takdela plak.. takperla, makan je apa yg ada ye..



Pastu balik singgah plak Toy'sRus.. tempat ni pun favourite gak.. Ibrahim suka betul bila dtg sini.. tak lain tak bukan membelek Thomas n Friends trains toys!! peminat setiala katakan, hehehe..


Tp kali ni, suka plak dia naik kereta ni haa.. pusing2 kt dalam tu, sampai tak nak balik!! isk isk.. last2 nak juga balik.. tp nak naik Thomas dulu! hehehe..


Aishah mcm biasa, tido!! hehe.. dia jaga bila lapar je.. sejuk2 ni mmg best tido!! hehe..

Thursday, June 24, 2010

Ice cream time!~

Panas2 ni mmg best makan ice cream!! sekarang ni, bolehla dikatakan panas!! ibrahim hari2 makan ice cream.. suka betul dia!! time ni masa kami ke Manchester Fort.. kami tryla beli ice cream ni kat Thorntons, kedai coklat.. ni pun rekomen dari jiran, so kitaorg pun try.. mcm2 flavor ada & suitable for vegetarians..


memang sedap!!! bolehla setanding dgn baskin robin.. harga pun sedap!! hehehe.. 2 scoop ice cream strawberry & coklat dalam con besar bersalut coklat harganya gbp2.50.. puas makan!! sbb banyak.. tp berebutla gak dgn ibrahim, hehehehe..

Sunday, April 18, 2010

Enjoy in Weekend!~

Sabtu 10/4/2010 yang lepas, kami ke Manchester Fort, lepas parking terus ke Boots, nak mencari vitamin Ibrahim yang kehabisan, sambil2 tu jalan2la dlm Boots tu.. Ibrahim sekarang dah pandai nak beli barang, kita busy nak tengok vitamin, dia pun busy gak.. siap ambil & letak dalam bakul lagi, konon2nya nak beli la, heheehe. sabar je..


pastu, pandai dia pergi tempat specticals, tengok2 mcm nak beli je gayanya, hehe.. dah abis kt situ, pergi tempat card plak.. mencari card Thomas, pastu sibuk nak beli!! hehehe.. susah betul nak ajak dia pergi dari tempat tu.. last2 bila kami cakap bye Ibrahim, mama & babah nak pegi, barula dia cepat2 nak ikut skali.. Lepas bayar kami ke tempat main..


Masa kami sampai memang dah nampak, so babah cakap nak bawa Ibrahim main kt dalam Trampoline tu, okla... suka betul Ibrahim!! lompat2, hehehe.. selain tu ada keretapi juga, bila dah penat lompat2 Ibrahim nak naik train plak, Ibrahim cakap nak naik Thomas, hehe.. so kenala babah temankan, dua2 tu je berharga 1.50gbp seorang, so sbb babah nak teman, kenala bayar gak.. tp lama gk dia pusing, dalam 2-3 minit gitu.. sempat gak mama amik video diorg naik keretapi! :) tp video tak leh nak load plak kt sini :(

Lepas dah abis, kami pun balik.. tp sempat lagi menyinggah ke rumah jiran kami sebelum masuk rumah, hehehe.. rumah kak Siti, Ibrahim mmg suka datang sini, sbb ada abang Danish & kakak Sarah.. Ibrahim main tangkap fish & ketuk2 drum, hehehe..

tengah borak2 datang pula Hakim & ibunya Kak Zai.. bawa kek punyala banyak!! siap ada juga utk kami, hehe.. terima kasihla byk2 ye kak.. dalam kul 6.00 kami pun balik..

Tuesday, March 30, 2010

Menyambut kedatangan rakan dari Malaysia!~

Dah nak setengah bulan baru sempat update pasal ni! hehe..

17/3/2010 yang lalu, senior mama masa MMU dan juga rakan sekerja dulu di TM sambung ACCA di Manchester, kak Aida, husband, 4 orang anak mereka dan ayah kak Aida selamat sampai disini, alhamdulillah.. sempatla mama masakkan utk mereka sekeluarga.. selain mama, Baiti juga turut sama membantu masa kak Aida sampai.. Baiti ni tengah buat PhD di sini.. kira rakan bloggerla ni, hehe..


Dalam kul 12.00tghr camtu, kami sampai rumah sewa kak Aida di Crumpsall.. Ibrahim pun mmg suka kalau jumpa kawan ramai.. borak2 sakan dan kami decide nak keluar beli barang keperluan yang masih tak mencukupi lepas solat Zohor.. sbb semua letih, hanya husband kak Aida je yang pergi serta kami & Baiti.. kali ni Baiti bawa kami ke Home Bargain, Regent Park, area Eccles, Salford.. first time pergi ni.. mcm2 la beli.. penuh gakla trolley!! hehe..


Lepas tu kami ke ASDA Trafford pula, mencari heater & microwave serta barang2 lain.. tp takde plak heater, so beli microwave + food je.. habis shopping terus bergegas balik ke rumah kak Aida balik, solat Asar.. sempat lagi Ibrahim, anak2 Baiti & anak2 Kak Aida main sama2, hehehe.. lepas tu kami pun beransur pulang..

Keesokannya, 18/3/2010 kami pergi lagi rumah kak Aida, antar lauk skit.. waktu tu, kak Aida takde, gi register kt uni dgn Baiti, so kitaorg pun decide nak carikan heater utk mereka di Argos.. so kami bawa anak kak Aida yang 1st, Amni sekali.. pergi Argos Manchester Fort, tp takde stock juga heater tu, then kami balik rumah kejap.. sbb Ibrahim poo poo plak..


Then lepas Asar keluar balik, pergi Argos kt Central Retail Park, kat city, still takde stock, so call kak Aida balik, then option lain, beli portable fan heater.. so okla.. settle bab heater.. Ibrahim dgn Amni sempat lagi main kejar2 dalam Argos tu, hehehe.. then abis membeli kami terus ke Worldwide plak beli groceries utk kak Aida, ayam halal, buah2an & etc sbb tak sempat nak beli sebelum ni.. abis tu hantar barang semua, singgah jap.. then kami pun balik..

semoga Kak Aida & family dapat menyesuaikan diri disini ye, insyaAllah :)

Friday, March 12, 2010

Check Up Update part 3!~

Isnin 8/3/2010 - Crumpsall Children Center.. kali ni walk in je.. takde temujanji, midwife mama, Jennifer yang suruh datang utk Urine Test & Glucose.. so mama kena puasa dari malam Ahad sampaila ambil darah, baru boleh makan, minum bolehla, makan je tak boleh..


Kami sampai pukul 9.00pagi, tempat ni ada nursery juga.. so ramaila ibu bapa yg hantar anak masa kami tiba, waktu kami sampai, dah ada orang lain yang sampai lebih awal lagi, so kenala tunggu turn utk jumpa midwife yg bertugas.. mama pun tengok2la papan kenyataan yg ada kat situ.. bila sampai kt carta aliran staff, ternampak plak gambar midwife mama, so apa lagi suruhla babah amik gambar, hehehe.. dapatla mama tunjuk kt sini.. rupanya Jennifer tu community midwife kt center ni..


sambil tunggu tu, ibrahim pun busy main, nampak aje mainan yg ada kt situ, apalagi mengangkutla dia semua track tu nak main.. sabar jela.. babah panggil nak amik gambar pun tak nak pandang.. busy sungguh!! hehe.. mama dipanggil masuk kul 9.30pagi.. rasa dah tak larat sbb tak makan pagi.. tp tahan jela.. bila dah amik darah & urine, kira settle la, alhamdulillah, bleh makan!! :)


kami pun terus ke Worldwide beli daging & ayam halal.. sambil2 tu belila makanan lain.. then balik rumah hantar barang sekejap, lepas tu keluar balik pergi Manchester Fort plak.. mentang2la pagi lagi ye tak!! hehe.. jgn tak caya babah ajak makan KFC lagi, hehehe.. katanya nak jamu mama yg puasa, alhamdulillah!! mama ikut je, perut mmg tengah lapar!! hehehe.. kami sampai ke KFC, takde orang pun, so best!! lepas tu kami ke Poundland & terus balik rumah..

Friday, February 19, 2010

Hadiah hari jadi!~

Alhamdulillah, memang setiap kali hari jadi kami, Wan Penang akan masukkan duit sbg hadiah.. so mama pun dpt juga!! terima kasih Wan!! maka Khamis baru ni babah bawa mama & ibrahim ke KFC Manchester Fort.. Ye!! KFC yg kt MF tu sekarang ni dah dpt sijil halal HFA (Halal Food Authority License).. kami pun baru je tahu, hehe.. alhamdulillah dapat juga hajat mama nak makan KFC..


Kami keluar rumah 12.30tghr lepas solat Zohor, terus menuju ke KFC.. mmg tengah lapar!! hehe.. ada juga kawan Malaysian sekeluarga yang juga makan KFC masa kami sampai.. so adala geng! hehe..

rasanya memang sama je, cuma meal menu dia tak sama mcm kt Malaysia.. kami makan variety meal (2 ketul original, 2 hot wings (hot & spicy) & 1 boneless fillet, kentang goreng & minuman bergas), kalau kt malaysia sure ada wipped potato, coleslaw & bun.. so macam tak lengkap je kan menu tu, tak seimbang, hehe.. satu lagi kt sini takde sos cili, hanya ada tomato ketchup shj, so kurang ummpphh, kena bawa cili sendiri la nampaknya, hehhee.. Apapun alhamdulillah, yang penting kenyang!! harga pun agak berpatutan..

Model Hot cup hot water dispenser :)

lepas tu kami jalan2 di Asda & Argos.. sampai di Argos, kami membeli hot cup hot water dispenser.. ni kira hadiah hari jadi mamala.. senang & mudah!! hanya dgn tekan button, air akan dimasak & auto keluar ke dalam mug, jimat air & juga electric.. Thanks again Wan for the birthday gift!! :)

Wednesday, January 20, 2010

Ibrahim naik bas!~

Cerita ni dah lama gakla, hehe.. 16 December lalu, sebenarnya Babah hantar kereta ke servis center nak buat MOT, kira macam Puspakom inspection la.. kt sini kena buat every year.. setiap kereta tak sama masa MOTnya.. so babah bawa kereta comel kami utk dicheck & tukar apa2 yg patut ikut specification yg sepatutnya.. & at the end dpt MOT certificate..

Kebetulan takde cash in hand, so babah ajakla mama & Ibrahim pergi Manchester Fort nak keluar duit.. nasib baik sekarang ni Ibrahim dah tak nak duk dalam stroller, so senangla skit.. memula ingat nak jalan kaki je, tp sbb hujan & kebetulan bas pun sampai, so apalagi kami pun naikla bas..


Nak kata jauh, hanya 2 stop je dah sampai, hehehe.. charge bas walaupun dekat 2.40 gbp so mama & babah je yg kena bayar, Ibrahim free sbb under age.. sampai2 je kat Manchester Fort, babah pergi ATM machine, mama & Ibrahim tunggu kt Halford.. memula masuk dalam jalan2 dalam tu pastu, tunggu kt luar plak.. Ibrahim busy main kt besi2 tempat parking basikal ni, hehehe.. nasib baik hujan dah berhenti..

Tak lama tu babah datang, kami melintas jalan plak pergi opposite site, ada kedai baru buka 'B&M Bargains' kira macam superstore gakla, sebelum pernah pergi kedai ni kt Harpurhey, tp sbb baru buka kt sini, tu yg semangat nak pergi ni, hehehe.. bila dah pergi, mana boleh balik dgn tangan kosong kan, mesti ada gak yg nak dibeli..

Lepas tu kami pun balik, naik bas semula ke rumah.. Then babah keluar balik pergi ambil kereta kami..

Friday, November 20, 2009

Kunjungan tetamu dari Cardiff!~

31/10/09 yang lalu, sempena Autumn break, kami terima kunjungan tetamu dari Cardiff, keluarga Bro Azhan & Kak Zubaida, bersama 3 orang anak mereka, Aisyah, Humaira & Ziyad serta adik bro Azhan yg dtg berkunjung ke UK, sampai Jumaat malamnya, tapi Sabtu pagi baru dtg ke rumah kami, alhamdulillah dptla mama masak2 skit untuk menjamu tetamu..


Sampai2 je, isi perut dulu, nasi briyani, ayam masak kurma, bergedil, keropok & buah2an.. lepas tu kami bawa mereka ke Manchester Arndale, kemudian keluar.. sambil2 tu dptla mereka naik The Eye of Manchester.. kami ber3 tunggu je kt bawah, hehe.. mama jaga stroller manakala babah busy melayan Ibrahim tak berhenti naik turun tangga, isk isk.. memang aktif!!


then ke Piccadily Garden.. Tengok air pancut & anak2 busy mengejar burung2! heehe..Lepas tu kami semua makan di Rice Restaurant tak jauh dari situ.. alhamdulillah kenyang! thank bro Azhan sbb belanja! :)


Lepas tu jalan2 semula dlm Arndale, ke T.K.Maxx & Sport Direct.. kemudian balik semula ke rumah kami utk solat & keluar semula.. Ingatkan nak ke Manchester Stadium, tp bila sampai sana, rupa2nya ada game hari tu, punyala ramai orang, nak parking pun susah, last2 tak jadi pergi.. akhirnya ke Manchester Fort sahaja.. best jugala kan.. macam2 ada!! Takper, esok ada lagi! hehe.. memang kena singgah stadium sebelum balik, kalau tak rugila kan dah sampai sini, ehehe..

Kemudian, balik semula ke rumah kami utk Dinner & rehat sebentar sebelum mereka balik semula ke Hotel.. alhamdulillah, semuanya dah keletihan!! tp memang seronok sesekali ada tetamu, terima kasihla kepada keluarga Bro Azhan & Kak Zubaida kerana sudi singgah ke rumah kami yg tak seberapa ni.. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi nanti jumpa lagi ye :)

Monday, July 27, 2009

Jalan2 ke Manchester Fort, Kebabish, City & Sainsbury's!~

Hari Khamisnya, 2/7/09, kitaorg bawa nenek & atuk jalan2 kat Manchester Fort, pergi Boots, Asda, Sport Direct, Argos & etc.. Ibrahim mestila dpt something kan, DIY puppet from mister maker (antara rancangan kegemaran Ibrahim di Cbeebies), hehe.. punyala suka dia!!


lepas tu, kitaorg makan kat Kebabish Restaurant, bawa nenek & atuk menjamu selera makanan pakistan disini.. atuk ckp briyani kt Malaysia lg best!! hehe..


Dah abis makan, kitaorg jalan2 naik kereta round Manchester city centre.. abis satu city tu kitaorg round.. tak singgah mana2 pun.. dah puas round kitaorg pun balik rumah..


Hari Jumaat plak, babah ada keje skit kt uni pagi, so petang baru kitaorg keluar gi Sainsbury's Heaton Park bawa nenek & atuk shopping barang dapur disana plak.. sambil2 tu dptla pergi Curry's skali tengok2 barang electric, hehe.. banyak lg aktiviti nenek & atuk disini, nanti cerita lagi ye :)

Saturday, May 16, 2009

Bila Ibrahim dpt lepas!~

Baru2 ni kami ke Manchester Fort lagi, sini jela yg selalu dipergi sbb dekat, hehe..sempat lg tu masuk kedai Clarks, ;), tp tak lama pun, ngeri tengok harganya, huhuhuh.. time ni kitaorg saja tak dudukkan Ibrahim dalam stroller, tau tak apa yg dia buat??


Ibrahim dok busy menolak strollernya sendiri, hehe.. sampaikan tak nak kitaorg pegang langsung stroller tu, ditepisnya tangan kita, sabar jela.. sudahnya memang tak masuk dah kedai mana2, duk kejar Ibrahim dgn stroller je, hehe.. tak tau penat dia.. best agaknya dpt lepas.. last2 babah ajak balik, hehe.. tak tahanla tu, melayan Ibrahim yg active, mama pun tak larat gak, hehe.. tp kitaorg tak balik rumah lg, sambung lg ke destinasi seterusnya, tunggu next entry ye!!

Wednesday, April 1, 2009

Model Cermin Mata Hitam!~

Hari yg sama waktu beli hadiah Ibrahim tu, keluar dari Sport Direct, kitaorg masuk Boots plak, yg ni memang saja window shopping, pergila bhgn cermin mata, hehe.. saja2 mama nak try pakai.. bleh tahan gak semuanya cantik2.. Then babah bagi ibrahim pakai gak, hehe..


Amacam?? Nampak glamer tak saya?? hehe.. bagus juga cermin mata hitam ni, ada 100% UV protection, hehe.. takdela sakit nanti, tp bukan nak beli pun.. saja nak try je.. Then kitaorg pun pusing2 dalam Boots tu, pastu keluar then balik umah..

Friday, March 27, 2009

Window Shopping at T.K.Maxx

Selasa baru ni, kitaorg pergi Manchester Fort lagi.. memula kitaorg masuk Argos, lepas tu kuar balik.. masuk T.K.Maxx plak.. ala2 Parkson la kalau kat Malaysia.. tgh sales skrg ni!! hehe.. tp sales pun takdela murah pun.. boleh tahanla.. tak semua barang yg ada discount.. kena pilih2 tp limited choice.. memula, kitaorg naik atas bhgn accessories rumah & baju lelaki.. lepas tu kitaorg turun bawah plak..

Byk giler handbag, hehe.. mama pun tengok2la.. uikss.. semuanya mahal2 belaka.. mcm2 brand ada.. pastu babah offer mama kalau nak beli.. so mama pun tengok2la kan, ada satu sling bag ni, babah yg pilihkan.. okla mama pun berkenanla juga, harga pun agak reasonable la..


Then kitaorg jalan2 lagi bhgn toy budak2, hehe.. biasalakan itu jela tempat yg dituju kalau gi window shopping.. tetiba mama ternampak fire engine riding car, hehe.. mama pun cakapla kat babah.. mcm bleh try je.. pastu babah suruh ibrahim duduk & ride car tu.. punyala suka dia, hehe.. sekejap tolak, sekejap duduk, macam2la aksi Ibrahim, hehehe.. tempat tu pun tak ramai org waktu tu, bermaharajalela Ibrahim memandu, hehe..

Yang mama plak suka tengok baju budak2, memang cantik2 & ada yg tgh clearance, tp tak jumpa plak ibrahim punya size, kalau ada pun tak berkenanla plak.. lama gak Ibrahim main benda alah tu, bila dah puas, kitaorg pun pergi cashire counter, nak bayar beg mama tu la.. fire engine car tu nak beli ke?? hehe.. takla, kitaorg pinjam kejap je bagi ibrahim main, pastu letakla balik.. hehehe..


Haa, ni la sling beg yg babah belikan tu.. amacam ok tak?? okla tu kan.. bleh tukar2 dgn beg skrg ni.. puas atila, hehehe.. thanks babah ye!! :)

Sunday, March 15, 2009

Hot Chocolate yg best!~

Baru2 ni, kitaorg ada la pergi Manchester fort lagi, hehe.. tak abis2la gi tempat ni, nak buat camna.. memang dah dekat kan.. gi Argos, pastu gi Borders, saja tengok2 buku, adala jumpa malaysians family kat sini tengah belek2 buku gak, so berkenanlanla kitaorg, hehe.. pastu kitaorg kuar balik, ingat nak take away subway, tp dah tutupla.. so kitaorg masukla O'briens, tak jauh pun selang beberapa kedai je..

Memula ingat nak take away, last2 makan kat situ.. mama makan baked potato with cheese & coleslaw, babah plak makan seafood sandwich.. minum hot chocolate.. agak istimewa gak hot chocolate dia dalam cawan yg agak besar, so order satu pun cukup, hehe..


ibrahim punyala suka dapat makan kan.. tapi yg dia paling suka Hot Chocolate tu la.. tak menyempat2 nak minum.. kan ke panas, so kenala tunggu sejuk skit kan.. seboleh2 dia nak minum gak, hehe.. abis bising satu tempat tu.. babah pun bagila pakai sudu, pastu dah agak sejuk barula minum pakai cawan.. pastu ibrahim pandai2 sendiri amik cawan tu minum sendiri, hehe.. suka betul dia! amacam comot tak saya??!!

Thursday, February 5, 2009

Jalan2 ke Manchester Fort

Selasa lepas babah ada discussion kat uni ptg, so pepagi lg dah kuar rumah sbb nak baca dulu sblm discuss, mama cam biasa duk umahla dgn Ibrahim.. tp dalam kul 2 lebih babah balik,rupa2nya discussion cancel..

Then babah ajak gi Manchester Fort.. mama pun apalagi siapkan makanan & bersiap.. kitorg makan & solat asar dulu sebelum pergi.. cuaca pun cerah, salji pun dah cair.. Dah lama gak tak gi MF, 2 minggu gakla..


Ibrahim pun excited!! suka betul bila kita pakaikan dia jacket & glove, dia dah tau nak keluar!! hehe.. Sampai2 je terus masuk Comet, memang favourite.. window shopping je, pastu kuar balik..

Masuk Asda plak.. terus naik ke atas, adala benda yg dicari, hehe.. mangkuk utk masak dalam oven, sudip kayu & periuk besar, pastu babah beli sweater.. Ibrahim sudah lelap masa kat Asda, senang betul dia tdo.. lepas bayar kitaorg pun balik..

Monday, December 22, 2008

Pagi yang Indah!~

Semalam pagi, pepagi lagi mama dah sedia sarapan sebelum pergi.. Dah kenyang barula kuar.. Kami bertiga pergi ke Manchester Fort, alhamdulillah cuaca pun cerah walaupun ramalan cuaca cakap akan hujan, :) Sampai2 je biasala masuk Comet, hehe.. pastu kuar balik masuk Sport Direct, tengah ada sales!~ sampai 70% off..


Okla dapatla shopping skit ~ sepasang sweater, 1 set glove, topi & scarf untuk Ibrahim, Mama & babah plak beli sweater.. Lama gak kat situ, hehe.. rambang mata betul..


Pastu masuk Asda plak, tengah offer gak tp biasa2 je, sempatla bergambar dgn Wall E & Kungfu Panda kat tingkat 1, hehe.. first time bawa Ibrahim naik atas.. pastu pegi Boots plak, beli vitamin C then kuar balik.. semua kedaila kami masuk, window shopping je, sbb takde sales sgt.. pastu ternampakla ada rumah salji kat luar bahagian car park.. sajala amik gambar Ibrahim dgn atuk Santa, hehe..


Pastu kitaorg sambung balik window shopping, hehe.. pastu babah ajak kitaorg gi Subway, tak jauh dari situ, makan Tuna Sandwich, itu je yg boleh makan, hehe.. alas perut setelah lama berjalan.. Lepas makan, kitaorg pun balik rumah..

Wednesday, November 26, 2008

Happy Birthday My Hubby!!

Hari ni hari jadi Babah!! Selamat hari jadi Babah! semoga panjang umur & dimurahkan rezeki selalu ye!! Semoga sentiasa bahagia selalu disamping isterimu & anakmu ini!!

So pagi tadi bersiapla kami anak beranak ke Manchester Fort.. Alhamdulillah waktu kami keluar, baru lepas hujan.. Sempat gak berposing depan umah sebelum pergi, :)..


Sampai2 je, masuk Comet.. Then kuar balik, terus ke kedai seterusnya.. adala bendanya yg hubby nak beli, tapi takde yg berkenan & offer yg kurang menarik, hehe..

Last2 masuk Orange Shop.. Memang banyak pilihan, satu2 kitaorg tengok, byk gak yg best2! Tp punyala mahal, last2 adala yg berkenan! Belek punya belek, tanya sedetail2nya kat sales girl tu, last2 babah nak beli! Agak2 beli apa??

Sewaktu di Orange Shop, Ibrahim tu tau jela, asik bising je, hehe.. bagi biskut, barula diam :)
Beli handphone Samsung F480, tp utk mama, pelik tak, hari ni hari jadi babah, tp mama plak yg dapat hadiah!! Terima kasih bebanyak babah!! Memula mama ingat nak tengok2 je, tp tak sangka plak babah nak belikan, hehe..


Tambahan plak, skrg ni tgh offer, kan tengah nak Krismas ni.. dapat gift box & macam2 dalam dia, hp strips, sticky note, hp cover & magnetic frame, semuanya dari Orange provider..

Pastu, kitaorg pergi Boots plak, beli brg skit & terus balik.. Dah lama tak keluar, rasa lenguh gak kaki ni, hehe.. Nak kata panas.. tak, sejuk pun biasa2 je, sbb pakai baju tebal kan.. tp rasa haus kemain lg.. tp tak terus balik rumah, terus ke arah Manchester Super Store plak, nak beli barang dapur skit.. babah hantar barang2 balik rumah, mama & Ibrahim tunggu kat tepi jalan besar..


Sempat lagi mama amik gambar Ibrahim yg tengah tdo ni, dalam baju stroller, nyenyak betul dia tdo, pastu bila babah sampai, amik gambar mama plak dgn pondok telefon, hehe.. 2 lagi gambar Ibrahim tu amik setelah sampai umah, Ibrahim skrg ni, pandai berposing, dia amik camera bagi kat mama suh amik gambar dia! kelakar betul anakku ini, hehe..

Sebelum balik, babah beli Briyani ayam & Pizza Pepperoni & Cheese kat Punjab Tandoori Fast Food restaurant, pastu gi top up electric meter & kami pun berjalan balik.. Sampai rumah apalagi, makanla.. hehe..

Tuesday, November 4, 2008

Jalan-jalan cari makan!!

Semalam, 3rd Nov, kebetulan babah tak berapa busy.. So babah ajak mama & Ibrahim gi jalan-jalan.. agak kemana kita ye?? kemana nak gi lagi, kalau tak ke Manchester Fort.. Memang ada hajat! hehe.. Pagi keluar dalam kul 11.00a.m, alhamdulillah hari ni cuaca amat cerah!!

Kami pun berjalanla menuju ke Manchester Fort.. Sampai2 je terus masuk Comet, saja nak jalan2 tengok barang2 electronic, memang minat bab2 camni, hehe :) pastu teringat yg microphone yg kitaorg beli arituh, tak bagus rupanya & bising bila guna skype, so kitaorg pun carila yg lain. Dapatla yg reasonable & siap dgn earphone skali.. Time nak gi membayar, terjumpa Malaysian also tgh window shopping kat situ, Erni with hubby & anak seorang.. Diorang dah setahun gakla kat sini..Borakla kejap..

Pastu kitaorg masuk Asda Living plak, tengok2 baju utk Ibrahim, dapatla beli Sweater & Jeans, mama plak beli stokin baru yg tebal skit, berus toilet & some stationary.. Then masuk plak Boots, semuanya sebelah2 je.. Babah beli eye drop, panadol, cord liver oil+garlic & clarinese..

Then kuarla, ingat nak balik umah terus, pastu babah sibuk lapar2.. so babah ajak makan kat Kebabish Restaurant. Restaurant ni pernah direkomen oleh kawan kitaorg, Kak Lin, so babah cakap jom kita try! Tp tempatnya ke atas lagi lepas Manchester Fort ke arah city center.. So menapak lagi..

Kena lalu beberapa kedai gak & akhirnya sampai gak kami!! Tak nampak sangatkan sign board restaurant tu..
Sampai2 je, amik pic dulu depan restaurant, hehe.. siap ada tempat parking khas for customer, memang patut pun kan.. Bila masuk kat dalam memang nampak ekslusif, tp takde org pun.. maybe sbb arinih org keje, sure ramai kot bila weekend.. Tapi ada gak perasan, beberapa customer yg take away.. So kitaorg pun bebas nak duk kat mana pun boleh, customer service memang bagus.. Food pun sekejap je sampai.. Apa yg kitaorg order?? Jom tengok menu!! Macam2 ada, Grill, Sizzling, Chinese, Vegetarian, Sundries(Roti2 like Nan, Paratha & Rice - ada nasi pilau, tak taula camna rupanya), Briyani, Burgers, fries, Juice, Cake pun ada.. Memang banyak pilihan.. Dan boleh gak home delivery..

Babah, tengah menjamu selera..Tengokla Ibrahim tu, cam orang besar je, pegang garfu & pisau, risau gak menengoknya, tp kalau tak bagi kang ngamuk plak! Gambar jalan tu adalah Cheetham Hill Road, depan restaurant Kebabish..
Chicken Briyani, Paratha Keema (mince meet) & Hot Chocolate, tp bila sampai ada tambahan salad & sauces & plain water.. okla.. food presentation biasa je, tp bila makan, memang sedap!! Briyani tu amatla banyak & pedas! penuh dgn rempah.. Ibrahim sure tak tahan punya, mama & babah pun tak tahan, hehe.. Nasib baik ada paratha.. yg ni Ibrahim bleh makan sbb tak pedas.. Harga pun reasonable la..

Bila nak balik, babah cakap tak laratla nak jalan, hehe almaklumla dah kekenyangan.. so kitaorg pun panggilla private taxi..memang ada nombornya dapat dari kawan2 kat sini.. tp yg peliknya bila kitaorg call, yg pick up call tu plak tanya kita kat mana restaurant tu?? sepatutnya dia kena taula area sini kan.. dah bagi alamat pun still blur gak, sabar jela.. dah puas explain akhirnya datang gakla seorang mamat india.. pun tak tau kat mana arah rumah kitaorg.. so babah tunjuk jalan.. siapa yg lebih lama tinggal kat sini ni?? takkan tak study langsung pasal jalan2 kat cheetham hill ni.. camnala diorg ni buat business.. pastu mahal plak tuh! Akhirnya kitaorg sampai ke rumah dgn selamat!!

Wednesday, October 8, 2008

3rd Trip to Cheetham Hill Primary Care Center

Hari ni pagi dalam kul 9.00, kitaorg bertiga pergi ke Cheetham Hill Primary Care Center, tujuannya utk menemani babah yang ada appoinment first check up.. sampai2 je takla ramai sangat, ibrahim macam biasa terus nak main kat meja permainan dia..

Then tak lama lepas tu, dtg 1 family malaysian pun bawa anak gak, tp girl.. borak2, bro Min yg study ACCA kat sini, wifenya Kak Rod just follow dgn anaknya Mia Sofia.. Then, dalam 10 minit, nama babah appear at board kena masuk room 16, pastu babah pun masuk.. mama pun borak2la dgn diorang..


Ibrahim & Mia main kat tempat mainan, pastu memasing busy plak pusing2 kat tempat kitaorg borak, sempat makan crips lg.. sabar jela anak ku ini, suka makan sampai minta makanan orang, haha.. bukan tak makan kat rumah tadi.. dah kenyang sblm keluar lg..

Mia pun sama baya dgn Ibrahim cuma, tua Ibrahim seminggu je..Diorang pun kira baru gak sampai kat Manchester, sebelum puasa arituh, kira awal skit dari kitaorg.. cuma baru pindah rumah kat area opposite Manchester Fort, sblm ni duduk rumah kawan diorang kat sini..

Dalam 15 minit, babah pun keluar.. So kitaorg still borak2 lagi.. Kak Rod ni arkitect waktu kat Malaysia, cadang nak cari kerja kat sini, kebetulan harituh, babah ada berkenalan dgn sorang Malaysian yg also architect kerja kat Manchester ni, so babah bagi no contact En Ghazali tuh pada bro Min.. kami pun bertukar phone number gak..

Then dah lama borak, pastu kami minta diri.. Agak2 kemana lepas ni?? Nak balik ke? alang2 dah sampai sini, apalagi.. gi Manchester Fortla.. dah tak jauh kan, hehe.. Lama mama & Ibrahim tak kuar rumah, sekali keluar nak gak jenjalan kan..

Sampai Manchester Fort kemana agaknya kitaorg? Mula2 pergi Asda Living, window shopping je, pastu kuar balik.. masuk Argos plak, ada je benda nak beli ye tak?? Ni je tempat yg kira boleh afford kalau nak beli barang yg berquality skit, tp reasonable price..


Babah belikan mama deep fat fryer, boleh guna untuk goreng chips & ayam, skrg ni tengah promotion, dapat harga murah.. pastu tgh fikir nak belikan ibrahim apa.. so kami belikan single air bed utk Ibrahim, bleh letak depan tv utk Ibrahim lepak2, hehe.. pastu kami pun balikla.. jam pun dah dekat 12.00pm..

Monday, October 6, 2008

5th Day Raya

Last Saturday, 4th Oct08, hari ni pagi2 lagi babah dah suh mama siap.. kemana kita nak pergi ni?? :) Pergi beli barang kat kedai Pakistan.. mcm2 nak beli sbb arituh kedai banyak tutup, so beli skit je.. bertolakla kami pukul 9.00a.m ke Manchester Super Store.. sejuk betul pagi ni.. sebelum ni kitaorg dah belikan baju hujan utk stroller Ibrahim, sbb takut hujan mcm hari tuh.. so insyaAllah Ibrahim dah tak kena hujan lepas ni..


Sampai kat Manchester Super Store, mama pun pilih sayur, buah, amik fresh milk, ikan & seafood(frozen), roti & mcm2 lg.. Terjumpa hos kami yg first dulu, bro Mokhriz nak beli ayam, ajak kami ke rumah sewa baru beliau di Crumpsall, dah 3 minggu pindah.. Thanks for undangan, memang byk undangan open house hari raya.. minta maafla bebanyak bukan tak mau pergi, nak menapak tu yg berat skit.. hehe.. lagipun tak familiar lg area sini.. jgnla marah ye kengkawan.. insyaAllah ada kesempatan berjumpa gak nanti..

Pastu dah abis membeli, balikla kami ke rumah.. Sampai rumah, babah cakap nak pergi Argos kat Manchester Fort plak.. nak beli apa? so masuk rumah dulu.. makan roti + coklat jem, tukar dypers Ibrahim, siapkan susu Ibrahim.. kemas barang2 yg dah dibeli, keluar balik kul 10.45a.m ke Manchester Fort..

Sampai Manchester Fort, pergi Comet (barang2 electric & electronic) tujuannya nak tengok barang yg kitaorg nak beli.. nak belek2 dulu sbb kat Argos tak leh belek2 dulu, kena terus beli.. So jumpala barang yg diidamkan.. fikir2 okla bolehla nak beli benda ni, compare harga, memang Argos lagi murah.. so kuar balik

On the way to Argus, terjumpa 3 Malaysian.. bro Zamri & wife Kak Hana dgn kawan diorang, bro Jefry, kak Hana & bro Jefri, Master degree student from Salford Uni.. diorang ni keje kat Bank Negara.. borak2.. dekat depan tempat kitaorg borak tu, ada charity sales, macam2 barang2 ada, iron, toaster, bola boling + pin dia skali, mainan, dresses & mcm2 lagi.. sempat tengok je, tak membeli pun, Ibrahim busy betul nak pegang bola boling.. puasla mama bawa Ibrahim pusing2 kat tempat tu, tak nak diam gak.. agaknya kesian tengok Ibrahim yg bising, one of the sales person tu bagi ibrahim belon, yeyyyy! bestla Ibrahim, terus diam.. thanks ya!


Agak2 apa benda yg kitaorg beli tuh.. Portable electric heater.. nak letak kat bilik tv.. sbb skrg ni heater boiler kat rumah kitaorg ni still problem, tak boleh nak set heat paling kuat, setakat medium je, so kesejukanla kitaorg 3 beranak bila time hujan.. minggu ni baru tuan rumah nak fix..


so kira heater ni blehla nak panaskan skit bilik ni sbb most of the time we all duk kat bilik tv ni.. pilih yg reasonable & kira murah gakla.. Then beli indoor airer (penyidai baju dalam rumah) sbb yg sedia ada kat umah ni tenant lama punya, balik dari M'sia nanti diorang nak amik balik, so kena beli sblm diorang balik sini.. 2 barang ni je beratnya kemain, nak balik camna ni? so kitaorg pun panggil taxi untuk balik umah..

Saturday, September 27, 2008

3rd Trip to Manchester Fort


25th Sept08 yg lepas, kitaorang pergi lagi Manchester Fort pepagi, alhamdulillah hari ni babah free tak pergi uni. Kali ni ada piccas!! Sebelum pergi sempat lagi bergambar depan rumah :)


Pastu barula bertolak, hehe macamla jauh sangat.. First, dah sampai jalan besar, nila Cheetham Hill Road.. nampak tak masjid yg dalam construction tu, itula Khezra Mosque, tempat babah selalu pergi Jumaat prayer..

Pastu jalan lagi ke depan, nampak tak bus panjang tu, bus 135 bas yg selalu babah naik untuk ke city.. Singgah jap kat bus stop, bukan nak naik bus pun.. terus lagi ke depan, kat sini pun ada bus lane jugak macam kat Malaysia, cuma kat sini memang bus je bleh lalu, kereta dah ada lane dia memasing, sempat lg berhenti kat signboard, so where are we going?? straight lagi ke depan!!

Then kami lalu depan Cheetham Hill Primary Care Center, camnila rupanya.. pastu Pharmacy tu kat sebelah je.. Then terus lagi melintas jalan menuju ke arah city.. Kalau ikutkan Cheetham Hill ni tak jauh dari city, kalau tengok bangunan tinggi2 tu la Manchester City.. cuma kena naik kenderaanla, kalau jalan kaki mau pengsan dibuatnya.. So dah tak jauh! Sekejap lagi sampaila kita ke MF Shopping Park..


Akhirnya sampaila kami di Car Park MF, kali ni kami decide nak pergi the other side plak, boleh dikatakan semua kedai masuk, NEXT, kedai baju, cantik2 baju baby dia, tp mahal gakla, tak macam kat ASDA, then ke Superdrug Store, kira macam BOOTSla, beli vitamin C, pastu masuk Outfits, ni semua pakaian branded, cam Dorothy Perkins, lagi mahal dari NEXT, masuk BORDERS, beli file folder, dalam tu ada Starbuck Coffee, jumpa tenant lama kitaorg kerja kat situ, bro Shahrin..

Pastu masuk kedai Game, H Samuel ni kedai Jam. Kalau nampak Costa tu kedai Coffee, cam Starbuck gakla.. Org kat sini memang suka minum coffee, sejukla katakan.. pastu ke kedai electronics. Then last skali, kitaorg pergi BOOTS lagi, beli susu Ibrahim & perfume babah.. Pastu kami pun berjalan balik, penat gakla.. hehe boleh kurus macam ni, lagi2 tengah puasa!

So agak2 apa Ibrahim buat masa jalan2 ni?? dah puas minum susu, apalagi.. ZZZzzz la dia, sejuk!!


So Enjoy!!!