~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label MBS. Show all posts
Showing posts with label MBS. Show all posts

Saturday, August 15, 2009

Jalan2 ke Muzium & City!~

22nd July lepas, mama & Ibrahim ikut babah gi uni ada hal skit tp kena tunggu plak sampai lepas lunch, ada 3 jam masa untuk menunggu.. so kitaorg pun pergila Manchester Muzium under Uni of Manchester yg terletak di Oxford Road.. masuk free je, besar jugakla, 5 tingkat semuanya..


Masuk2 je terus kitaorg gi tkt 2, ada pelbagai haiwan reptilia spt ular, katak & mcm2 lg kt tingkat ni termasukla juga kumpulan burung & rama2 yg diawet.. suka betul Ibrahim dpt tengok pelbagai haiwan.. Lepas tu kitaorg jalan2 lg dlm muzium tu sampaila ke ground floor, ada kedai juga dlm tu.. Babah belikan Ibrahim soft toy Sabertooth Tiger.. Suka betul Ibrahim!

Lepas tu, kitaorg gi singgah makan kt Abdul, mmg selalunya mkn kat sini kalau gi uni, food dia pun ok.. then lepas mkn, kitaorg teruskan berjalan di sepanjang Oxford road ke arah Utara.. on the way tu, nampakla BBC station tv kt Manchester ni, Palace Hotel yg cantik then akhirnya sampaila kami di St Peter's Square.. jauh gak tempat ni, dudukla kejap rehat kt situ..


Di St Peter's Square ni ada Metrolink Tram Station yg terletak dihadapan Manchester Central Library.. menghubungkan Piccadily Garden & G-Mex Metrolink Station.. dptla kami tengok train lalu.. ingatkan kami nak gi ke Town Hall tp dah tak larat.. last2 kitaorg patah balik ke arah uni of Manchester.. lepas settle hal babah, kitaorg pun balik..

Wednesday, August 5, 2009

Jalan2 ke MBS & Ikea!~

Hari Isnin 6/7/09, paginya.. mama & Ibrahim ikut babah pergi Manchester Business School.. hantar first year review report, nenek & atuk tak nak ikut.. so kitaorg jela yg pergi.. masa ni mmg tak ramai orang pun, semua org dah start bercuti Summer..


Masa amik gambar ni mama & Ibrahim je sbb babah pergi hantar report kt office, so Ibrahim jadi model mama sekejap, hehe.. Lalu depan Precinct Library, pastu pergi Percinct Shopping Centre, ada Barnardo's Store, jual pakaian & buku, Blackwell book store, Cafe, Netwest Bank, kedai buah & makanan & etc.. Kitaorg singgah makan & bungkus kt Abdul, pakistan restaurant di Oxford Road, pastu balik rumah..

Petangnya, kitaorg ber5 pergi ke Enterprise Car Rental, sewa kereta.. pastu terus balik rumah sekejap ganti kereta & solat Asar skali.. Lepas tu kitaorg ke Ikea Ashton-U-Lyne.. first time kami bawa nenek & atuk kesini, alhamdulillah sampai juga dgn bantuan GPS Navigation..


Memang besar Ikea ni & waktu ni tengah sales!! sampai2 je kami isi perut dulu kt cafenya, hehe.. lepas tu barula pusing2 Ikea tu.. dptla beli carpet rugs utk bilik tv & beberapa perkakas rumah yg lain.. lepas tu kitaorg pun balik!! Esoknya kemana pula?? tunggu ye.. luar skit dari Manchester :)

Sunday, January 18, 2009

Jom gi University of Manchester!~

Ahad lepas, pepagi lagi cam biasa, mama prepare food sbg bekalan.. babah nak bawa mama & Ibrahim gi Manchester Business School (MBS), tempat babah study.. sblm bertolak, mama practise bawa keta dulu, hehe.. kali ni bawa jalan jauh skit, adala confident skit, tp still have to make more practise!!


Pastu bertolakla kami ke The University of Manchester, tak jauh pun, around city gak.. Sampai2 je startla berposing, hehe.. memula jenjalan kat bhgn luar MBS west, babah tunjuk kat mana selalu babah gi kelas.. bangunan atas tu la.. Dari awal lagi Ibrahim dah tak nak duk dalam stroller, puasla kitaorg pujuk..


Lepas tu kitaorg lintas jalan.. ingatkan nak naik gi cafe tempat babah selalu gi, tp susah skit sbb kena naik tangga, takde lift kat bhgn ni, lagipun kebanyakannya tutup hari Ahad, semuanya berkunci.. so just jalan2 kat luar jela.. lalula sblh Kilburn building, pastu terus ke Crowford House bhgn east, tempat dimana study room babah terletak.. nak masuk ni kena ada password, sempat lagi bergambar dalam lift, hehe..


Sampai kat atas, babah lupa code password utk masuk, call la kawan2 dia yg sama2 study kat situ.. dah dapat, masukla kitaorg ke bilik study babah.. ingatkan takde org, ada 2 org kawan babah tengah study, hehe.. Dapatla mama & Ibrahim jumpa diorg, Wan Nur dari KL & Kong dari Vietnam, suka plak Ibrahim dgn Kong ni, hehe..


Tengokla gelagat Ibrahim, suka betul dapat jalan2 kat school babah, pas bergambar kitaorg makan kat pantry , diorg ni baik2 belaka, siap jamu biskut & coklat lg tuh utk Ibrahim..


Sebelum balik, sempat lg posing kat depan MBS building, lepas tu kitaorg balik umah jap, solat & kuar balik gi Manchester Fort, gi Asda Living & Argos.. Then terus ke Worldwide, halal supermarket, agak ke atas lagi ke arah Bury Old Road, beli barang2 dapur, alang2 ada kereta jalan2 la tempat lain plak kan.. Lepas beli barang, kitaorg pun balik rumah..

Wednesday, November 5, 2008

Genap 2 bulan di perantauan..

Hari ni dah 2 bulan dok kat sini, sekejap je masa berlalu, rasanya baru semalam je tiba.. Alhamdulillah, semua problem pasal rumah ni dapat diatasi insyaAllah.. Semoga Allah akan terus memberi bantuan kepada kami utk terus menempuh hidup di bumi Manchester ni.. Semoga kami tabah selalu!

Ni la Manchester Business School, tempat babah belajar.. Mama & Ibrahim pun belum sampai lagi tempat ni, hehe.. InsyaAllah kalau babah nak bawa, pergila kitaorg nanti..