~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Heaton Park. Show all posts
Showing posts with label Heaton Park. Show all posts

Thursday, June 18, 2009

Program Hari Keluarga MCCH 2009 di Heaton Park

Sabtu lepas ada diadakan program hari keluarga MCCH bagi 2009 di Heaton Park, so kitaorg pun joinla juga bagi memeriahkan lg program ni.. ada lebih kurang 60 keluarga yg hadir, so lebih kurang 300 org semuanya, mmg meriah!! cuaca pun cerah, so memang best!!


Sampai2 je terus amik gambar, tu la pintu gerbang yg nak masuk ke Heaton Park tu, first time kami dtg sini.. parking di bahagian lake car park.. ada byk pintu masuk Heaton Park ni, dulu yg kami pergi ke playground tu, masuk di bhgn lain.. Park ni memangla teramat besarnya.. waktu kami sampai mmg tak ramai lg yg dtg, waktu ni belum pukul 9.00pg lg..


Tak lama lepas kami sampai, pendaftaran dibuka, babah pun daftar, kitaorg dpt nombor 4 utk tukar2 hadiah sesama keluarga, nampak sgtla antara org yg terawal mendaftar.. tengokla senarai aktivitinya, punyala byk utk semua yg hadir.. lepas tu mama pun cari la port utk duduk & berkenalan dgn kawan2 yg dah sampai, ada yg memang dah kenal & ada juga yg baru jumpa.. semuanya ramah2 belaka.. babah plak balik rumah sbb ada benda nak kena buat, so tak joinla main2 tu.. tinggalla mama jaga Ibrahim..


Sarapan pagi adalah tajaan masing2 keluarga yg hadir, dgn kata lain port luck, mcm2 ada, pasta goreng, nasi goreng, bihun goreng, roti jala, sandwich, kek coklat, agar2, kuih bakar, tepung pelita & etc.. semuanya sedap2 belaka.. mama hanya sempat masak nasi goreng je, okla kan drpd takde.. makan tengahari pula disediakan oleh ajak MCCH atas sumbangan semua ahli yg ingin menyumbang, nasi putih, kari kambing, ayam berempah, salad & sambal belacan.. memang terangkat!!

Sambil2 acara sukaneka dijalankan disusuli dgn acara cabutan hadiah antara family, so setiap family hanya tunggu nombor pendaftaran masing2 diumumkan pastu bolehla ambil hadiah masing2..


Acara memang byk, tp Ibrahim tak join satu pun, takper next timela ek, insyaAllah.. Ibrahim buat aktiviti sendiri je, hehehe.. memula, asik main bola je kejenya, memang dah bekalkan bola ni awal2 lg, sbb takut Ibrahim rembat orang lain punya, hehehe..


Dah puas main bola, main kereta plak, yg ni pun bawa gak tp 2 je, then main skuter (pinjam), pastu main stroller plak(pun pinjam gak) rasanya girl yg punyala sbb pink kan warnanya, then main stoller sendiri plak, yg ni memang tak sahla kalau tak main, hehe.. pastu melukis & mewarna (ni pun pinjam), anak penghulu punya tu, nasib baik maknya sporting, hehehe.. suka betul dia.. memang tak tau penat..

Dalam kul 1.30ptg babah pun dtg, waktu ni barula mama join 1 aktiviti sbb tak cukup org iaitu bisik2 sementara babah jaga ibrahim, ada 4 kumpulan, 1 kumpulan 8 orang, tp takde rezekila, hanya 1 kumpulan je dikira pemenang, takperla lain kali leh cuba lg ye tak.. suka2 je kan..


Dalam kul 2.30ptg, babah ajak balik, time ni belum abis lg, so kitaorg balik dulu, ada gak kawan2 lain yg mmg tak tunggu sampai abis, maybe ada hal masing2, so gambar atas ni adalah kawan2 yg tunggu hingga ke saat akhir program, memang meriah!! insyaAllah tahun depan kita join lagi ye kalau diberi kesempatan & takde aral melintang...

Tuesday, May 26, 2009

Jom ke Sainsbury's Heaton Park!~

Jumaat baru ni, lepas babah solat jumaat.. babah ajak keluar jln2 lagi.. kali ni kami ke Sainsbury's Heaton Park.. supermarket macam tesco & asda yg ada disini.. dalam 15-20minit dari rumah.. dah 2 kali dtg sini, kali ke 3 ni baru amik gambar.. Sampai2 je hujan renyai, tp tak kira, nak amik picture gak!! hehe.. sbb tu Ibrahim tu pakai hood :) Mama pun amik gambar tertunduk skit sbb hujan :P hehe..


Selain Sainsbury, ada juga kedai2 yg lain seperti Currys (electrical shop), Wickes (Home appliances shop) & American Goft Shop.. Pernah masuk skali je dulu waktu first time dtg sini.. Bagus juga tempat ni, selain supermarket, ada cafe, pharmacy, dentist & petrol station, so sambil membeli belah boleh check gigi & mkn2, hehe.. Harga pun lebih kurang je mcm tesco & asda, adala pro & cons..


Habis shopping, sambung lg amik gambar, hehe.. rupa2nya dah 140 tahun juga Sainsbury's ni kt UK.. lama gak tu kan, kalau tak dtg sini, tak tau pun ada supermarket ni, hehehe.. Bila dah masuk supermarket, ada je barang yg nak dibeli, trolley pun mulala penuh, nasib baik muat bonet kereta comel kitaorg ni, hehe..

Monday, March 23, 2009

It's time to play!~

Sabtu baru ni, pepagi lagi kami dah bersiap, tak sarapan pun sbbnya kitaorg nak pegi bersarapan di Abraham Moss School.. Sebenarnya memang setiap sabtu di sinila Malaysian Community berkumpul bersarapan pagi disamping menghantar anak mereka utk menghadiri kelas bahasa Melayu di Sekolah Malaysia disini.. So this week first time mama & ibrahim dtg sini.. Babah dah pernah pergi sebelum ni, hehe..

Macam2 makanan yg dijual, nasi lemak, laksam, nasi hujan panas, nasi kerabu, kuew teow sup, mee rebus, roti canai, nasi minyak gulai kambing, popia goreng, karipap & bermcm2 lagi kuih muih.. punyala banyak sampai confius nak makan apa, hehe.. last2 kitaog makan laksam, nasi lemak & roti canai.. pastu beli karipap & mee rebus bungkus..


Lepas tu, babah bawa kitaorg pergi Heaton Park.. adalah dlm 15-20 minit perjalanan.. Kitaorg pergi playground yg kat Heaton Park tu, saja bawa Ibrahim.. ramai juga org yg bawa anak mereka disini.. Suka betul Ibrahim!! Memula Ibrahim main gelongsor.. lepas dah puas, kitaorg pusing lagi keliling playground tu.. siap ada gelongsor yg besar lagi, punyala tinggi, hanya budak2 yg berumur 7-14 thn je yg dibenarkan naik, tp kitaorg tengok siap bapak budak pun ada yg naik, hehe..


Tp yg ok nya, base dia agak lembut, so kalau budak2 jatuh pun tak sakit, tp minta dijauhkanla kan.. lepas tu nampak ada buaian kt bahagian hujung tu.. tryla dudukkan ibrahim atas buai.. mula2 ibrahim tak leh lagi imbang badan dia atas tu, babah pegang dia sambil buai perlahan2.. bila dah lama2 ibrahim dah boleh imbang sendiri, bolehla babah lepas sekejap, tp takleh lelama, takut dia terjatuh plak, hehe.. Aik, mama pun nak join jugak ke? yelakan last pergi playground dah berzaman dulu2, hehe..

dah puas main, kitaorg pun balik umah.. sampai umah bedal mee rebus & karipap, hehe.. bayangkan ibrahim bleh mkn karipap tu sengsorang je, dasyat tak?? hehe..