~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Crumpsall. Show all posts
Showing posts with label Crumpsall. Show all posts

Monday, November 22, 2010

Marhaban Aishah & Hadi!~

13/11/2010 yang lepas, Alhamdulillah, Helwa Manchester menganjurkan majlis marhaban Aishah & juga baby Hadi, berlangsung dari 2pm hingga 5pm..


Majlis diadakan di rumah Doktor Aini yang juga ibu kepada baby Hadi yang berada di Crumpsall.. Baby2 & ibu masing2.. baby Hadi tua sebulan je dari Aishah :)


Banglong Ibrahim & Aishah :), Aishah dalam Moses basket milik Helwa :)


Para hadirin yang hadir.. termasuk juga staff doktor Aini, orang2 putih semuanya :)


Majlis bermula dengan video & tazkirah : permulaan yang baik (perkembangan bayi dari alam rahim hingga keluar menurut perspektif Islam) & disusuli dgn selawat atas nabi..


Sambil berselawat, sambil bertahnik (memberi tamar & air zam zam kepada baby) & diakhiri dgn bacaan doa selamat, serta penyampaian cenderahati.. Sempat juga bergambar dgn AJK Helwa 2010/2011, gambar ke-4 dibawah :)


Selepas itu acara makan2.. ada nasi ayam panggang madu, kek coklat, tiramisu, puding buah, kuih muih & mcm2 lagi!! meriah!! :)


Sempatla kami bergambar sekeluarga.. alhamdulillah :) Terima kasih kepada Helwa Manchester & juga Doktor Aini diatas majlis yang diadakan!!

Sunday, June 27, 2010

Jemputan kenduri lagi!~

Dah lama dah kenduri ni, awal June arituh.. 6/6/2010.. Kenduri kesyukuran ni diadakan oleh keluarga ex-penghulu MCCH tahun 2008/2009, bro Zaini sempena kejayaan isterinya Kak Nazian meraih PhD bulan May yg lalu.. alhamdulillah, tahniah ye!!!


Majlis bermula jam 2.00ptg, kami sampai dalam 2 lebih camtu.. makanan punyala best, ayam kicap, masak lemak labu, sayur campur & yg paling best ikan bakar cecah air asam.. kaum wanita duduk kt bhgn dalam & kaum lelaki diluar.. gambar ni semua diambil oleh babah, manakala gambar mama, ibrahim & kak intan serta anak bongsunya Hanie diambil dari blog kak intan, thanks kak! :)

Majlis bacaan yassin & doa selamat oleh pihak lelaki diluar, manakala pihak wanita hanya makan2 & bersembang je kt dalam, serta mengaminkan doa! kami balik hampir kul 4.00ptg juga.. terima kasih kepada keluarga bro Zaini & kak Nazian, selamat meneruskan perjuangan di Malaysia nanti, insyaAllah..

Thursday, May 13, 2010

Check up update part 7!~

4/5/2010 (Selasa) yang lepas - ada appointment lagi di North Manchester General Hospital (NMGH).. kali ni 2 appointment tu! pagi kena jumpa pakar darah Dr Greenfield di area Outpatient A & petang pula ultra sound scan di Antenatal Clinic..

Pagi kul 9 lebih dah bertolak dari rumah sbb appointment kul 10.05pagi.. sampai2 je babah drop mama, mama pun terus register kt kaunter, tp sebab mama lupa nak bagi duit parking kt babah, mama keluar balik, mencari babah kt luar.. alhamdulillah nampak babah & ibrahim so mama bagi duit & amik ibrahim masuk dalam balik tunggu nama dipanggil..


Bila nama dipanggil terus ikut staff hospital masuk dalam dgn babah & ibrahim.. kena ambil darah lagi sebelum menunggu jumpa doktor.. lama jugala dalam 1jam 1/2 baru dapat jumpa, ramai orang!! sementara tunggu, ibrahim busy main brochure yang ada kt situ.. sbb takde budak2 langsung, so ibrahim main sorang2 je, hehehe..

Alhamdulillah, darah makin ok, dan doktor check badan mama juga, takut ada bengkak dimana2, tp alhamdulillah takde!! :) so insyaAllah jumpa lagi nanti bulan Jun utk check seterusnya.. habis jumpa dalam kul 12.00, kami balik rumah lunch..


Petang - lepas solat Zohor, keluar lagi ke NMGH, tempat hari tu Antenatal Clinic utk 2nd scan.. appointment kul 1.50ptg, sampai2 je babah drop mama & Ibrahim.. babah tak dapat nak teman sbb ada appointment dgn Supervisor.. so mama tengok baby dgn Ibrahim je.. alhamdulillah tak ramai orang & ibrahim pun behave je, seperti biasa suka sgt tengok brochure, hehee..


Sebelum kena panggil mama minum 2 gelas air supaya tak jadi cam aritu, tak nampak.. dalam 10 minit lepas tu kena panggil dgn scan officer.. alhamdulillah, masa scan, officer tu terangkan balik tentang keadaan baby, tangan, kaki, kepala, tulang belakang, dapatla mama & ibrahim tengok baby tu.. mulut ibrahim riuh!! asik cakap its a baby!! hehehe..

tp lepas tu officer dah tak tunjuk, sibuk check perut mama, dalam 10 minit, settle, memula mama tanya juga, apa jantina baby, tp officer tu senyap je.. bila dah abis scan, mama tanya lagi.. last2 dia cakap juga.. its baby girl! wah terperanjat mama bila dia bagi tau, hehehe.. tp dia tak tunjuk bukti pun.. dia cakap masa dah settle, tak taula betul ke tak.. takperla, tunggula sampai bersalin nanti baru tau.. insyaAllah semoga dipermudahkan!! :)

lepas ni dah takde scan, tp kalau boleh mama nak scan lagi sekali..maybe kena tanya midwife.. sbb at least babah bleh tengok pula.. dalam kul 2.10 dah settle.. mama inform babah, tp sebab babah lambat lagi, so mama minta tolong jiran kami, kak siti ambil.. alhamdulillah kak siti ditemani kak julia & anaknya dtg ambil mama & ibrahim kt NMGH, thanks bebanyak ye!!

Wednesday, April 28, 2010

Check up update part 6!~

20/4/2010 - Selasa 9.00am, Appointment with Dr CF Rice, gynecologist North Manchester General Hospital, first time jumpa ni. Seawal 8.30pagi kami dah bertolak dari rumah.. sampai2 je babah turunkan mama & terus cari parking.. Mama plak menuju ke klinik antenatal & gynecology clinic.. tempat yg sama je dgn scan haritu, cuma lain reception counter..


Pagi2 ni tengok mcm tak ramai je.. lepas daftar, kena tunggu sekejap sebelum nama dipanggil.. bila nama dah dipanggil, kena ambil sample urine & tunggu lagi utk jumpa doktor.. lepas tu baru nampak ramai yang menunggu nak jumpa doktor.. lama jugala sejam lebih, baru dpt jumpa doktor.. alhamdulillah, result darah mama makin meningkat, tp still akan ada appoinment dgn pakar darah lepas ni..

Doktor pun ok, agak peramah dan terangkan pada kami satu2 tentang result test darah tu.. kemudian, check heart beat baby, pastu set utk next appoinment, awal June nanti.. Ibrahim pun behave masa jumpa doktor, siap duk atas kerusi tunggu mama kena check, hehehhe.. alhamdulillah, semuanya ok!! semoga segalanya berjalan lancar sampaila akhir nanti, insyaAllah :)