~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Dugaan. Show all posts
Showing posts with label Dugaan. Show all posts

Sunday, August 15, 2010

Dugaan!~

Wah, lama nya tak update blog kan, buka pun tak sempat!! Ni nak cerita skit cerita minggu lepas :)

Bermula pada 3/8/2010, mama kena makan ubat tambah darah tu, then bila dah 3 hari, keluarla bintik2 merah kt perut hari Khamis malam.. mama dah cuak, apakah? bila babah searching kt net, mcm chicken pox je.. badan pun dah start demam, apalagi makan panadol jela..

Jumaat pagi, try call Hemotologist, alhamdulillah dapat.. so doc advise stop dulu ubat tu, then kena gi GP.. tp bila call clinic, diorg advise jumpa midwife yg bertugas di walk in center kt Fulmead and Cheetham Park Children centre, Waterloo Road.. okla kami pun pergila kt situ.. bila midwife check pun, dia suspect chicken pox.. dia amik darah je nak check sama ada betul ke tak.. resultnya nanti Isnin appoinment baru dpt tau.. Ibrahim sempat lagi main lego kt situ!! hehhee..


Balik tu, mmg demam lagi.. Sabtu pagi, babah ajak gi A&E NMGH pulak.. pergila kan.. tp bila sampai sana, mcm nak tak nak je staff & doctor kt situ layan, siap cakap sepatutnya tak yah dtg sbb takut berjangkit.. sabar jela dengar.. balikla kami.. sempat lagi singgah Tesco beli barang, tp mama pergi half way je, pastu tunggu dalam kereta sbb takut berjangkit dgn org lain kan..


Hari Ahad, still demam, baik, pastu demam balik.. Bintik2 kt muka pun makin banyak & membengkak!! punyala sakit!! sabar jela.. nasib baik babah & Ibrahim tak kena.. babah dah pernah kena, Ibrahim plak kami dah bagi vaksin Chicken pox masa umur dia 1 thn lebih, so memang dia tak kena langsung! :) Yang mama plak, tak ingat dah kena ke belum, kalau tau belum, dah lama amik vaksin kan, tp apakandaya.. dah dugaan namanya!!

Hari Isnin pagi 9/8/2010 - mmg ada appointment dgn Hemotologist kt Ward J5 NMGH, bila cakap kt nurse yg mama ada chicken pox, terus dia kuarantin kami bertiga dalam satu bilik, heehee.. dudukla kami bertiga sampai doktor dtg.. bila jumpa doktor, memang dah agak, kena masuk ward.. bermulala procedure nak masuk ward, masuk jarum kat lengan utk masuk ubat drip.. dan menunggu sampai dpt bilik..


Petang, dalam kul 2 lebih barula bilik ready, Ward J3, bilik 15.. bilik 1 katil, ada toilet, tv & fridge.. okla selesala juga.. tp yg tak best, tak leh keluar bilik langsung sbb takut jangkit kt org lain.. bermula masuk ubat & air dari Isnin sampai Rabu.. kalau ikut doctor bhgn infection, mama dah boleh balik Rabu, tp sbb setiap hari test darah, semakin menurun, terpaksala stay lagi, start makan ubat tambah darah balik & kena masuk darah 3 beg plak, barula ok.. tu yg dpt balik semalam.. bayangkan 6 hari, punyala lama.. sampai dah naik bosan!!! hehe


Kesian kt babah & Ibrahim, dahla tengah puasa kan.. mama tak dpt masak, babah beli utk berbuka & makan ala kadar je utk sahur, setiap hari dtg melawat mama sampai malam, pastu balik buat kerja rumah lagi, mmg penat!! alhamdulillah, masih boleh survived, thanks sbb memahami!! luv both of you!!


Baby dlm perut pun alhamdulillah ok, baby still banyak gerak, cuma belum contraction lagi, masih awal kan, 35 weeks.. everyday, midwife akan check movement baby (CTG).. semoga mama cepat sembuh dari chicken pox ni!! aminn..


Sempat lagi Ibrahim, gi tengok bird kt park sementara nak beli makanan utk buka puasa.. kt sini puasa hampir 17 jam sbb masih summer..

Esok 16/8/2010 - ada appointment dgn Hemotologist lagi, harap2 darah still maintain okla kan.. insyaAllah!! doakan ye semua!! :)

Rasanya tak terlewat lagi, utk mama ucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan" kepada semua!! semoga Ramadhan kali ni lebih barakah & membawa rahmah dari yg Ramadhan yg lalu! insyaAllah..

Monday, April 27, 2009

Ibrahim 2nd visit to Booth Children Hospital!~

Semalam, selepas mkn tghr kami ke Booth Children Hospital.. memang ada sebab pun kami kesana.. Ibrahim nila, malam sabtu baru ni, agaknya nak cepat sgt turun dari sofa selepas bangun dr tido, terseliuh kaki kirinya.. waktu tu mama didapur tgh masak dinner.. lama juga Ibrahim menangis, sakit sgtla agaknya.. sampaikan tak nak berjalan.. merangkakla pula.. mama pun letak minyak & urut skit2..sampai semalam tghr masih tak nak berjalan, kalau berjalan pun mesti kena berpegang, mcm baru nak bertatih tu.. itu yg kami bawa ke hospital ni..


Sampai2 di hospital, terus ke tempat accident & emergency.. ada juga parents & anak2 yg masih menunggu nak jumpa doktor.. bila di hospital kan byk toys, ibrahim punyala suka, barula nak berjalan sikit2 sbb nak main, itupun masih merengek2 juga..dalam 15 minit, nama ibrahim dipanggil oleh nurse.. masuk bilik nurse utk kenal pasti sakit dulu sblm berjumpa dgn doktor yg bertugas.. lepas tu kami keluar balik menunggu lagi utk jumpa doktor..


Inila ruang menunggu & toys yg ada & boleh dimain sesuka hati oleh budak2 yg dtg ke sini.. masa menunggu doktor, ibrahim sambung main lagi, tp sekejap je, then berpangku dgn mama sampaila jumpa doktor.. doktor yg kami jumpa pun tidak byk membantu selain check kaki pastu advice kami utk tunggu sehari 2, kalau nampak makin teruk baru bawa balik ke hospital utk x-ray.. di sini lain spt di Malaysia mesti dah dpt ubat, kat sini jarang ubat diberi.. kalau nak, beli sendiri kat pharmacy itupun hanya yg general shj bukan yg under control item..


Sewaktu nak balik, kami suruh Ibrahim jalan sendiri, biar cepat baik.. punyala lambat!! mcm baru nak belajar berjalan waktu setahun dulu, hehe.. tp tak nak berpimpin, nak jalan sendiri.. sabarjela kan.. kenala mama menunggu sbb risau kereta lalu lalang.. harap2 kawan2 dpt doakan Ibrahim cepat sembuh ye & aktif spt biasa, insyaAllah..

Saturday, November 15, 2008

The power of the Internet!!


Internet connection down dari Khamis malam, alhamdulillah pagi ni baru ok.. Mati kutu dibuatnya semalam, tak best betul!! tak tau nak buat apa... Contact Virgin, our internet provider, buat report pasal down ni.. diorang cakap pagi ni baru nak anta technician, tp semalam hubby dapat sms dr virgin cakap, memang tgh down area rumah kitaorg ni, then after 8hours baru ok.. so appoinment cancelled.. So bersabar jela sampai internet ok balik..

Monday, October 27, 2008

Weekend activity...

Semalam bermulala day light saving, so waktu di UK kena lewatkan se-jam, jadi beza waktu Malaysia & UK bertambah 1 jam menjadi 8 jam berbanding sebelum ni 7 jam..

Around 10.30a.m kami didatangi oleh Penghulu MCCH, bro Zaini.. Tak tahu kisah, beliau bagi tau kami tentang robohnya lantai toilet rumah Kak Sabariah dalam pukul 4.00a.m semalam, innalillah.. amat terkejut kami mendengarnya, kami pun siap2 nak pergi rumah Kak Sabariah yg hanya selang 3 rumah je dari rumah kami..

Sampai rumah Kak Saba, ramai gak org.. tuan rumahnya pun ada, tgh berkemas papan2 yg jatuh kat dapur dari atas.. kesian betul.. sbb ada tetamu 1 keluarga dari Portmouth keluarga Kak Fazlina dgn suami & anak2 5 org, saja dtg beraya.. So kami pun pinjamkan toilet utk diorg mandi & buang air.. yela susahkan kalau takde toilet, dahla satu je..

Mama & Ibrahim, duk kat umah kak Saba, sementara babah gi kat umah tunggu diorg guna toilet, Ibrahim apa lagi, best betulla dia, dapat main wooden bead-wire maze, setiap kali dtg sini, benda ni la yg dicari, memang suka betul, pastu semalam ada plak kereta mainan, lagi la bertambah busy.. Mainan ni memang banyak kat UK ni, kat klinik ada, kat hospital ada satu ruang lg.. penuh dgn mainan ni..

Inila wooden bead-wire maze, skrg kitaorg tgh usha2 kat eBay Uk, kat umah kak Saba lebih kurang camni tp lagi besar, tak sempat nak snap pic pun
Tak taula bila boleh betulkan toilet tu, tp tuan rumah tu janji nak pasang tiles kat toilet tuh sementara waktu, maybe siap arinih, kak Saba pun nak try cari rumah lain, sbb risau gakkan kalau jadi lagi.. Setakat ni tak tau lagi pindah kemana.. tak bestla kitaorg takde jiran dah lepas ni.. tp semoga mereka dpt rumah yg lebih baik, insyaAllah..

Malamnya plak, kami dapat call dari Kak Saba bagi tau yg mereka dah ambilkan Stokin Khuff dari bro Wan M.Tarmizi, memang ada order tapi tak sempat lagi nak gi rumah beliau, alhamdulillah, semalam Kak Saba pergi rumah beliau ambilkan sekali utk kami, saiznya besar 1 saiz dari kasut kita.. bolehla guna masa winter nanti, amik air wudu' atas stokin ni je, salah satu sunnah Rasulullah gak..


Inilah stokin Khuff yg telah dipakai oleh Babah

Leather Socks (Khuffain) Azad Brand

These are the “Azad Brand” Leather Socks (Khuffain), “Azad” is delivering high class products since 1986, Azad is a renowned name in Local & International market famous for Perfect design and comfortable Fittings.

You can wear these socks house or mosque, true alternative of shoes best for use in winter. These leather socks have a zipper and snap closure. It is just like socks, you have to wear shoes with them if you are outside home or mosque. Each pair comes individually packaged in plastic bag.

Tips to size selection: if you want a tight fit select the same size as your shoe size, if not select the next larger size than your shoe size. We recommend you to wear normal socks inside these socks for better results. Due to hygienic reasons, this product is not entitled for refund or exchange.

Source:http://www.idara.com/store/index.php?act=viewProd&productId=635

Wednesday, October 22, 2008

Al-kisahnya Ibrahim..

21 Oct08, Semalam pagi, memang cukup 4 minggu lepas first injection harituh disini.. so mama pergi bawa Ibrahim ke Cheetham Hill Primary Care Center.. Babah plak ada class full day hari ni.. Kami keluar pagi dalam kul 10.00 selepas sarapan, bila buka pintu, hujan lebat! Kitaorg redah je.. haha kesian Ibrahim basah seluar skit walaupun ada baju hujan utk strollernya.. sampai tengah jalan, hujan dah mula reda.. alhamdulillah..

Sampai lebih kurang 10.20a.m.. register terus masuk ruang menunggu.. Tunggu tak lama, dalam 20 minit.. pastu Ibrahim dah kena panggil.. kali ni kena inject Pneumococcal ~"This vaccine, also called Prevnar, protects against pneumococcal (pronounced new-m'COCKL) infections, which mostly strike children under age 5 and can lead to some of the worst childhood diseases. Kids under 2 years old are most at risk."Source:www.babycenter.com

Kali ni kena inject kat lengan plak, barula mama faham nurse tu terangkan, kalau 18 months n below, diorang inject kat peha, more than 18 months dah start kat lengan, mcm kita kena inject bcg tuh.. Alhamdulillah, Ibrahim nangis sekejap je, maybe sbb jarumnya pendek.. Pastu nurse tu suruh rehat jap 10 minit kat luar sblm balik..

Ibrahim pic selepas kena injection, itula ruang menunggu yg disediakan di sini, selain tu ada tempat duduk yg tengah mama duduk ni, muatla 4 orang..
Kitaorg pun balikla lepas 10 minit, alhamdulillah kat luar tak hujan, tp dah dekat sampai rumah hujan mula nak turun balik! Cepat2 mama tolak Ibrahim supaya sampai rumah cepat! Sampai2 je biasala Ibrahim tengok tvla dia.. Pastu nak dijadikan cerita Ibrahim sibuk nak amik barang atas meja tepi sofa dalam bilik tv ni, dia pun berdirila atas sofa, pastu tetiba je terjatuh meniarap, mama ingat takde apala.. rupa2nya bila Ibrahim bangun, banyak betul darah kat kening dia!

Mama pun panic, memula amik wipe byk2 pastu tekap kening Ibrahim.. Tak mau berhenti gak darah! pastu mama teringat kitaorg ada bawa kain kasa & plaster waktu fly arituh, mama pun pegila amik kat atas.. Ibrahim dah menangis kuat2 tak berhenti, sakitla tuh, pastu asik nak lap muka je, sbb byk darah keluar! Sabar jela anakku ini.. Mama pun lekap kain kasa dgn plaster kat kening Ibrahim, luka tak dalam cuma agak lebar dalam 1cm.. Alhamdulillah darah dah tak keluar banyak tp still ada skit2.. Mama pun sms babah kat uni, nak bawa gi klinik ke? babah call suruh gi klinik.. So siap2 nak bawa Ibrahim gi klinik balik.. alhamdulillah kat luar dah tak hujan.. On the way to klinik, Ibrahim dah terlelap, mana taknya mama bagi paracetemol lepas balik inject tadi sbb takut Ibrahim demam..

Masih tido ketika sampai di Klinik sambil menunggu uncle Fadil, kesian dia
Sampai2 klinik, mama gi terus kat receptionist cakap yg Ibrahim punya kening berdarah! tp dia boleh cakap klinik dah tutup, suruh pergi hospital.. sabar jela.. nak menangis je rasa.. mana taknya, dok fikir camna nak gi hospital ni.. pastu mama call babah, cakap klinik dah tutup, then babah try minta tolong hos kami yg ke-2, bro Fadil.. alhamdulillah bro fadil tak busy, so bleh hantar Ibrahim gi Booth Children Hospital.. sblm bro Fadil sampai, receptionist tu tengok gak luka Ibrahim, dia kata tak teruk, pastu minta mama try tanya Pharmacist kat building sebelah.. Bila mama tanya Pharmacist plak, diorang suh bawa Ibrahim pergi hospital gak.. ermm so mama pun masuk balik Primary Care Center, tunggu bro Fadil datang..

Dalam kul 1.15pm, bro Fadil sampai.. Ibrahim still tdo lg.. tp bila mama angkat nak masuk kereta dah terjaga.. so pergila kitaorg ke Booth Children Hospital untuk dapatkan rawatan kecemasan.. sampai2 je mama terus register Ibrahim, walaupun tak bawa card NHS, alhamdulillah dia still bleh traced nama Ibrahim.. pastu masuk ke ruang menunggu, dalam 5 minit masuk jumpa nurse, timbang berat, pastu nurse tukar plaster kat kening Ibrahim dgn kain kasa & plaster yg lebih besar & tanya apa yg berlaku, mama pun terangkanla.. Selain Ibrahim, ramai gak budak2 lain yg datang untuk rawatan..

Ibrahim yg still active nak main kat hospital ni walaupun tengah sakit2..
Pastu tunggu doktor plak.. lama gakla dalam 1 jam.. nasib baik ada ruang tempat bermain untuk kanak2.. Ibrahim seronok betul dapat main! Sakit2 pun masih active.. Sampaikan, doktor panggil masuk pun tak nak, mama tarik je dukung dia masuk dalam.. nasib baik dalam bilik doktor ada mainan lagi.. Main lagi.. Pastu doktor just tanya mama berkenaan incident tersebut.. Doctor check mata Ibrahim & minta kitaorg duduk kejap.. Then tunggu lagi utk diglu oleh attendant hospital.. Menangis Ibrahim masa tgh diglu, pedih agaknya.. Attendant hospital tu nasihat supaya tak kena air selama 5 hari kat tempat luka tu.. Pastu settle, kitaorg pun bertolak balik..

Nampak tak kat kening kiri Ibrahim tu bertanda 1 cm? Itula tempat luka yg telah diglu
Penat sungguh mama hari ni, mana taknya ulang alik gi klinik, pastu gi hospital plak, alhamdulillah semuanya ok.. terima kasih bebanyak pada bro Fadil sbb tolong bawa Ibrahim pergi hospital.. Harap semua dapat doakan Ibrahim cepat sembuh ye, insyaAllah..

Tuesday, October 14, 2008

Boiler Heater dah ok, alhamdulillah, tapi.....


12 Oct08 - Tunggu punya tunggu.. tak sampai2la Uncle Khan ni.. Last2 kul 5.00 lebih baru kelihatan, sambung paip yg belum bersambung.. akhirnya kul 9.00 mlm baru settle, alhamdulillah.. tp ada lagi yg belum settle, barang uncle ni tak di pick up lagi sampai la hari ni..

13 Oct08 - semalam kata nak datang lagi, kononnya nak check heater ok ke tak ok, kira cam post moterm la.. Tp malam tadi, mama saja2 belek2 heater boiler baru tuh, macam ada yg tak kena je.. rupa2nya ada satu lagi paip tak bersambung lagi, paip sambung ke luar utk buang air yg berlebihan.. patutla tak berkemas lg barang uncle ni.. tak siap lagi keje rupanya..

Sudahnya berkejar2 la kami semalam, membeli barang2 dapur di Manchester Super Store, sbb dah berjanji dgn uncle ni nak dtg tengok heater kami.. sepatutnya weekend arituh, tp sbb kerja2 ni tak selesai, dah bertangguh.. alih2 jumpa uncle ni kat situ, hehe.. dalam 1/2 jam selepas kami balik ke rumah datang uncle ni tapi tak buat apa2 pun, cuma check air kat sinki panas ke tidak.. pastu tanya lagi bila lagi babah free, nak dtg tengok lagi, maybe nak sambungkan paip yg masih belum bersambung.. tak taula bila bleh settle abis problem ni kan.. sabar jela..

Sunday, October 12, 2008

Bila la nak ok nih??

Semalam bro Khan, merangkap juruteknik tuan rumah kami.. pembaiki serba boleh datang ke rumah kami utk menukar boiler heater yg lama kepada yg baru.. sepatutnya start kul 1.00pm tapi bro Khan sampai lebih kurang 3.00pm.. banyak gak barang2 utilities yg dibawa.. pastu tengok2, check2, dalam 1/2 jam lepas tu, bro Khan kata nak keluar, tak tau gi mana.. rupanya gi makan, balik semula dalam kul 4.00pm & bawa brg2 baru, maybe ada yg tak cukup kot.. and then berjaya membuka boiler yg lama.. Yeyyy!


Beginilah tempat boiler yg telah dibuka.. Agak2 ke mana perginya boiler yg telah dibuka?? Dah dihumban ke belakang rumah bersama barang2 lain yg rosak, hehe..


Lepas tu, dalam kul 4.45pm, keluar balik.. tak taula buat apa plak.. kul 5.30pm tak datang lagi, last2 dekat kul 6.00pm baru datang balik.. punyala kitaorg ni risau bila la nak siap kalau camni?? So agak2 dalam pukul baper siap pasang boiler baru?? Mama pun tak tau, sbbnya kul 7.00pm mama dah bawa Ibrahim naik atas sbb tak tahan asik nak mengacau je Ibrahim ni.. haha.. Ibrahim memang suka tunjuk skills..

Siap dah tdokan Ibrahim, mama terjaga balik kul 12.30pm, tengok babah masih berjaga buat kerja babah, mama tanya dah siap pasang ke? babah cakap belum, sambung balik esok tengahari, maknanya, rumah ni takde heaterla malam ni.. ishh, sabar jela.. terpaksala mama masak air sbb nak air panas.. nak tdo plak, nasib baik ada duvet, takdela sejuk sangat time tdo..

Pagi ni, kena masak air lagi, byk kali gakla, bila turun bawah tengok memang boiler dah pasang.. Cantik lagi! Alhamdulillah..


Tapi tak siap pasang abis.. paip penyambung ke boiler tak pasang lagi.. sbb tu takde air panas.. Sabarjela kan..


Tak taula arinih start bila.. kita tengok jelakan.. alhamdulillah ada heater electric, bolehla pasang nak mengurangkan kesejukan dalam bilik tv ni.. kalau tak, mahu beku dibuatnya, Ibrahim pun tengah lena skrg ni..


Ni la gambar Ibrahim semalam waktu bangun dari tdo.. Baru senang uncle tu nak buat keje time Ibrahim lena, kalau tak lagi la lambat siap, hehe.. tak taula sbb apa Ibrahim nangis, nak susu ke?? Jom mama buat susu kegemaran Ibrahim..


Dah dapat susu, senang hati! Babah plak tgh busy baca buku.. Sepatutnya harinih babah ada discussion kat uni, tp sbb ada problem ni babah settlekan part babah je kat umah dan antar pada group mate, so tak yahla dtg discussion lagi.. alhamdulillah.. Doakan kami supaya semuanya settle hari nih ye..