~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Thursday, November 12, 2009

Kisah 2 hari sebelum berangkat pulang!~

Isnin (12/10/09), mama dah mula berkemas apa yg patut.. tghr kami makan di Carrefour foodcourt, sambil2 tu jalan2 di Carrefour yg baru dibuka di Bandar Tun Hussein Onn..

Malamnya, Auntie Lang nak belanja makan lagi, yeyyyy.. thanks auntie.. tak tau nak makan kt mana, kami ke KFC Carrefour, BTHO.. wah wah.. makan KFC lagi ye.. sambil mama & auntie abiskan makanan, babah & ibrahim yg dah kenyang, pergi beli dypers & susu Ibrahim..


Bila babah dah selesai, kami ingat nak balikla.. Auntie ajak plak gi Mines, katanya nak belanja San Francisco Pizza, rasanya mcm baru je ada kt Mines tu.. sbb dah kenyang, kami makan pizza sederhana 1 & sup je.. okla tak besar pun pizza nya, sekejap je habiss, hehehe.. ibrahim plak makan sup dgn auntie.. Lepas tu, kitaorg pun balik!


Esoknya (13/10/09), malam lepas makan malam & solat isyak, nenek & atuk sampai di BTHO, then kami semua bertolak ke KLIA 2 kereta sbb barang byk jugala.. sampai2 kt KLIA terus ke tempat online check in counter , alhamdulillah.. takde orang pun, lepas tu kami duduk kt depan kedai gift & souvenir tu sebelum makan kt McD sebelahnya.. punyala mahal kan harga McD kt KLIA tu berbanding kt luar..


Dalam pukul 11.30, Auntie Lang & Atuk Cheras pun balik sbb esoknya kan auntie nak kerja.. then pukul 12.00pagi, kami pun masuk, atuk & nenek tunggu sampai kami masuk.. Ibrahim punyala menangis!! sbb dia ingat atuk & nenek ikut jugak, errmmm.. sampai kt kaunter imigresen, masih lagi nangis, tak taula nak pujuk camna, nasib baik encik kat kaunter tu saja tegur ibrahim, ermm.. diam gakla dia akhirnya..


Alhamdulillah, kawalan imigresen kt KLIA tu sgt ok, kalau dulu waktu kami di Manchester on the way balik ke Malaysia, habis dibuangnya air panas & segala air yg ada dlm beg kami, even dah ckp utk baby still tak boleh, sabar jelakan.... tp selepas tu boleh minta air panas kt restaurant2 yg ada dlm airport tu, kira lecehla juga..

Ada 2 jam lagi masa nak berlepas.. so kami terusla menuju kt tempat diluar balai menunggu, lepas tu babah bawa ibrahim jalan2 dalam airport tu.. agak2nya kemana?? babah bawa ibrahim naik bahagian atas, ada tempat duduk yg siap boleh baring lagi, then ada golden lounge utk business & first class penumpang, punyala best kan.. tapi harga pun best!! hehe..


mama pulak tunggu hand luggage kt bawah, sampaila babah datang baik dalam 1.30a.m. waktu tu dah ramai penumpang yg beratur.. kami antara penumpang yg akhir beratur nak masuk balai menunggu tp terus dapat naik first dalam plane sbb ada ibrahim & sbb tengah berjalan time tu terus dilambai oleh crew emirates, alhamdulillah senang! so dudukla kami dlm plane selama 7 jam menuju ke Dubai utk transit 3 jam sebelum ke Manchester..


Ibrahim awal2 dah lelap! waktu makan pun tak bangun, mama just simpankan je makanan ibrahim.. penat betul duduk dlm plane lelama.. Ibrahim bestla siap baring lagi, hehe.. sampai di Dubai, kena naik bas pulak dari terminal 1 ke terminal 3, Airport Dubai yg baru.. then kena scan lg, pastu amik stroller utk ibrahim tp tak duduk pun jadi tempat letak hand luggage... solat subuh, then terus ke ruang menunggu yg disediakan.. seperti biasa, babah bawa ibrahim jenjalan dulu sebelum tiba waktu masuk.. bila dah masuk, naik bas semua ke terminal 1, memang penatla..


pukul 10.30pagi bertolak dari Dubai ke Manchester, bila masuk plane balik, tak lama tu ibrahim pun tido, lama jugala.. lama lagi nak sampai 7 jam lagi, memang penat sungguh!! bila ibrahim bangun, tengokkan dia mickey mouse & friend, disney channel, sukala dia!! hehe.. akhirnya kami sampai di Manchester 12.30 tghr (14/10/09) waktu tempatan..

lepas imigresen & ambil beg, babah call airportcarz & kami tunggu kat terminal 1.. sampai rumah kul 1.30ptg.. alhamdulillah..cuaca punyala sejuk!! kami ambil kunci kereta & rumah kt jiran kami, kak siti yg tolong tengok2kan rumah & jaga kereta semasa ketiadaan kami, terima kasih byk2 ye kak siti & bro shahrin.. then kami keluar beli barang dapur..

itula kisahnya semasa di Malaysia, sebulan memang rasa sekejap je.. alih2 dah nak balik.. tp memang best!!! alhamdulillah! :)

Tuesday, October 20, 2009

Jom ke Paradise Sandy Beach Resort! ~

Lepas balik dari Bayu Beach Hotel & Resort, kitaorg terus check in di Paradise Sandy Beach Resort, at Tanjung Bungah, tak jauh dari situ.. kali ni Wan yg belanja..


bilik dia cantik jugala, cuma aircond tak berapa nak sejuk!! tak berapa bernasib baik skit..


permandangan luar pun cantik!!


indah sungguh ciptaan tuhan! :)



sampai2 je Ibrahim memang dah tdo dari dlm kereta lagi sampaila masuk bilik.. penatla tu main air!! hehe.. kami pun berehat sambil tengok tv.. dalam pukul 6pm, barula turun, ingatkan nak bawa Ibrahim mandi pool, tp tetiba sampai kt pool tu, angin punyala kuat dari arah pantai, sampai terbalik semua kerusi & meja di situ.. kami semua dah cuak!! semua bergegas masuk hotel!! tak jadila nak mandi pool.. last2 babah & ibrahim berendam je dlm bath tub kt dlm bilik! hehehe.. jadila kan daripada kempunan.. takper esok masih ada, insyaAllah!


malam lepas maghrib, Pakteh dah sampai dari lepas kerja terus join kami makan kt Delifrance kt hotel tu.. semestinya buffetla juga kan.. malam tu mostly Italian food, pasta, spaghetti, lasagnea, lamb ribs & mcm2 lagi desert yg disediakan..


keesokan paginya, breakfast kt tempat yg sama dlm kul 8.00pagi, then babah, mama & wan bawa Ibrahim mandi kt pool!! hehe.. first time ni Ibrahim masuk pool, suka betul dia!!! ramai juga budak2 yg mandi sekali dlm pool tu.. memula Ibrahim asik berjalan je dlm air tu, almaklumla tak dlm pun, hehe.. lepas tu babah ajar camna nak float, lama2 baru la dia seronok imbang badan guna pelampung, hehe..sampai tak nak naik dia!! menggigil2 pun tak kisah dah, sabar jela..


then lepas tu babah bawa gi pool org dewasa plak, kali ni manala bleh berjalan kan sbb dalam sgt!! asik berpaut jela dgn babah, main lambung2 la pulak, hehe..


pastu gi plak kat tempat air terjun, main air lg kt situ!


sampai masuk air telinga Ibrahim! hehe


then lepas tu, kitaorg bawa Ibrahim mandi kt pantai plak, tp tak lama pun, Ibrahim takut ombak, hehehe.. bagus juga, sbb risaula kan..


Belakang tu bangunan hotel yg kami menginap! tinggi gakla..


siap ada horse lagi kalau nak tunggang..

pastu kami masuk balik kawasan pool, babah & ibrahim bersihkan diri then naik bilik.. mama kemas2 apa yg patut, pastu sedia utk check out.. balik rumah makan tengahari, berehat.. petang lepas Asar kami keluar semula pergi Gurney Plaza, saja jln2 & window shopping.. then kami dinner kat Manhattan Fish Market..


Ibrahim siap makan ice cream McD lagi, suka betul dia dpt mkn ice cream!!


Wan n Pak Teh..


Kami bertiga! :)


lepas tu balik rumah solat Maghrib, pastu gi Tesco plak, hehe.. punyala sakan berjalan..

Esoknya kemana pula? nanti mama sambungla lagi ye :)

**Hari ni hari jadi Nenek TPG! Happy Birthday Nenek! Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki & bahagia selalu disamping Atuk insyaAllah.. Kami disini sentiasa doakan kesejahteraan nenek di Malaysia..

p/s ada problem skit nak upload gambar kt scrapbook sebab tu gambar tunggang langgang, layan je la eh ;P

Monday, October 5, 2009

Jalan2 beraya!~

Jumaat, 25 Sept kitaorg balik semula ke Cheras.. masa sampai dirumah, kami disambut oleh Awe, nenek babah.. kira pangkat moyangla bagi Ibrahim yg duduk kt Kuala Pilah..


waktu ni Ibrahim tengah lena diulit mimpi, hehehe...

Sabtunya dapatla beraya ke rumah saudara sebelah babah plak..

Tengahari kami ke Seri Kembangan, rumah ibu saudara babah, dptla Ibrahim jumpa Abg Ashraf, yg lagi 2 org, Abg Syafiq & Hafiz takde keluar.. pastu jumpa Abg Iqbal & bondanya Kak Intan.. kiranya diorg ni cucu2 ibu, panggilan utk ibu saudara babah tu..


Best betul Ibrahim dpt main car, helicopter & mcm2 mainan lg kt sini..


Malamnya kami ke PJ pulak, rumah nenek Hawa.. di sini kami jumpa skali dgn keluarga Auntie Uji, adik Wan..


Bila dah ramai2, memang syokla berborak sakan, hehe.. dekat kul 11 jugala kami bergerak balik.. on the way balik, Ibrahim pun lena.. suka betul tido dlm kereta :)

Friday, September 18, 2009

Malaysia, kami sudah tiba!~

Ibrahim sewaktu menunggu waktu berbuka di Airport Manchester, ceria kan?!

Alhamdulillah, selamat tiba di KLIA Selasa lepas 10.00pm.. letih! tp seronok!! sempat gakla makan KFC waktu berbuka di TPG hari Rabu nya..

Ibrahim dlm plane ok & behave, tengok movie, makan & byk tdo! senangla mama, hehe..

Khamis balik Cheras, berkemas apa yg patut & hari ni nak gi Penang pulak, wah wah sungguh padat jadualnya, hehe.. Ibrahim?? sangat suka jumpa atuk2, nenek & auntie Lang!!! Wan & Pakteh nanti kita jumpa di Penang ok, insyaAllah..

Dikesempatan ini, ingin kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir & Batin pada semua yg mengenali kami, semoga ceria2 di Aidilfitri! Kalau ada waktu, insyaAllah nanti kita bertemu..

Sunday, September 13, 2009

Balik raya tak?!~

Ermm.. soalan ni memang selalu diajukan oleh sahabat2ku.. alkisahnya, mula2 memang nak balik, ingatkan nak collect data.. lepas babah discuss dgn supervisor dia, cakap tak yah collect data pulak! makanya plan dah tukar balik, tak jadila balik tahun ni..so dah bagi tau keluarga & kawan2 semua tak balik raya tahun ni :(



Tp last2, babah decide nak balik!! hehehe.. mama tukar muka gembira!!! alhamdulillah, so jawapannya .....




YEEE...KAMI BALIK RAYA KAT MALAYSIA TAHUN NI, YAHHHHOOOOOO!!!!



Tiket baru je beli minggu lepas, express rakyat betul!! nasib baik harga ok.. insyaAllah Isnin ni terbang.. So harap semua dapat doakan kami selamat sampai ke Malaysia Selasa ni ye, insyaAllah :D, so jumpa di Malaysia!!!

**Pada kawan2 yg nak dtg rumah beraya kat Manchester ni, sorry sgt2, maybe ada lepas 14 Oct nanti ye..