~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Helwa Manchester. Show all posts
Showing posts with label Helwa Manchester. Show all posts

Monday, November 22, 2010

Marhaban Aishah & Hadi!~

13/11/2010 yang lepas, Alhamdulillah, Helwa Manchester menganjurkan majlis marhaban Aishah & juga baby Hadi, berlangsung dari 2pm hingga 5pm..


Majlis diadakan di rumah Doktor Aini yang juga ibu kepada baby Hadi yang berada di Crumpsall.. Baby2 & ibu masing2.. baby Hadi tua sebulan je dari Aishah :)


Banglong Ibrahim & Aishah :), Aishah dalam Moses basket milik Helwa :)


Para hadirin yang hadir.. termasuk juga staff doktor Aini, orang2 putih semuanya :)


Majlis bermula dengan video & tazkirah : permulaan yang baik (perkembangan bayi dari alam rahim hingga keluar menurut perspektif Islam) & disusuli dgn selawat atas nabi..


Sambil berselawat, sambil bertahnik (memberi tamar & air zam zam kepada baby) & diakhiri dgn bacaan doa selamat, serta penyampaian cenderahati.. Sempat juga bergambar dgn AJK Helwa 2010/2011, gambar ke-4 dibawah :)


Selepas itu acara makan2.. ada nasi ayam panggang madu, kek coklat, tiramisu, puding buah, kuih muih & mcm2 lagi!! meriah!! :)


Sempatla kami bergambar sekeluarga.. alhamdulillah :) Terima kasih kepada Helwa Manchester & juga Doktor Aini diatas majlis yang diadakan!!

Friday, July 23, 2010

Hari penyampaian hadiah SKMM & AGM MCCH!~

10/7/2010 - Sabtu bertempat di Abraham Moss High School Canteen, pihak sekolah mengadakan hari penyampaian hadiah bagi sessi persekolahan Sekolah Komuniti Melayu Manchester 2009/2010.. majlis bermula 10 pagi selama sejam.. dengan itu berakhirla sessi persekolahan SKMM bagi sessi 2009/2010..

Setelah itu, majlis disusuli dgn Annual General Meeting MCCH serta perlantikan AJK baru bagi sessi 2010/2011 bagi MCCH, Helwa & SKMM secara mengundi..


Memang meriah!! ramai jugala yg hadir.. kami pun sempatla makan nasi lemak 1gbp sebelum majlis bermula.. alhamdulillah, walaupun tak berapa formal, tp masih lagi berjalan dgn lancar.. tahniah diatas perlantikan baru MCCH, Helwa & SKMM yg dilantik!! :) majlis diakhiri dgn makan tengahari.. lepas makan kami pun balik!

Monday, April 20, 2009

Program Hari Ibu by Helwa Manchester

Khamis lepas, mama & Ibrahim join program hari ibu di Elizabeth Park, Cheetham Hill.. punyala meriah.. Ibu je dalam 26 org, anak2 lagi dalam 50 org.. memang ramai & best!! macam2 acara diadakan.. acara utk ibu2 & anak2 dari 3-10 tahun.. so mama jela yg masuk.. nasib baik acara pertama je.. passing belon berair secara berpasangan.. alhamdulillah mama & auntie Shidah dpt second place..


lepas tu dah makan tengahari.. masing2 ibu dah ditugaskan utk masak food.. mama masak spaghetti bolognese utk 10-15 org, kuahnya je satu periuk besar & spaghettinya 3 bekas besar gak.. alhamdulillah.. hampir licin!! hehe.. sukanyala mama.. selain tu ada nasi goreng cina, ayam panggang, home made pizza, salad & pelbagai jenis kuih muih, serimuka, onde2 & mcm2 lagila.. nasib baik ibrahim nak makan.. memang stop kejap main bola, makan dulu dgn mama..


then lepas tu mama dah tak consentrate sgt dgn acara seterusnya, busy dgn ibrahim yg suka sangat berlegar di kawasan tu.. susah betul nak kawal.. asikla dgn bola je.. mama terlupa plak nak bawa bola ibrahim.. abis bola budak lain dirembatnya, hehe.. sorryla pada empunya bola ye.. ibrahim ni masih belum bleh main sama2 lagi.. dia main sorang2 je.. mamala yg penat asik mengejarnya.. nasib baik tempat ni berpagar.. so takdela risau sgt.. masih under kawalan lagi...


Jom kita tengok apa lagi yg ibrahim buat kat park ni?? hehe.. ada girl ni tetiba je pegang tangan ibrahim.. mama pun tak taula anak siapa, namanya pun mama tak tau.. tp mama ketawala bila girl ni suka kat ibrahim, hehe.. nasib baik sempat capture pict diorg ni..


acara2 lain, mengisi air dalam botol acara utk ibu & anak 3-5 thn.. pastu mini treasure hunt utk anak2 berusia 6-9thn.. acara ibu & anak utk 10 thn keatas, mengutip alat tulis sambil tutup mata.. Gambar 4 diatas tu, mama & auntie Shidah dgn hadiah tempat ke2 acara ibu2..


Acara terakhir yg dinanti2 oleh ibu2, tukar2 hadiah harga antara 3-5gbp sesama ibu.. mama dapat hadiah dari auntie Aida, set pinggan & mangkuk utk outing, suka2!! alhamdulillah, thanks auntie aida.. hadiah mama plak dapat kat auntie Adilla.. hopefully auntie suka dgn hadiah mama ye..


Last skali, sebelum berkemas & balik.. sempatla kami semua bergambar beramai2 sbg kenangan dipark tu..

Sunday, January 25, 2009

First time join Program Helwa Manchester!~

Semalam pepagi lagi babah dah kuar gi uni, byk keje nak dibuat sebelum discussion ptgnya, pastu Kak Siti, jiran dekat ngan rumah call ajak mama join program Helwa yg diadakan di rumah Dr Nur Hafizah, dekat area Appleton Gardens.. Babah bagi, so dalam 2.30pm mama pun pergila dgn Kak Siti & 2 anaknya, Danish & Sarah.. tak jauh pun, jalan kaki je..

Rumah baru, amatla cantik.. 3tkt lagi tuh.. sampai2 je gi tingkat 1 ruang tamu, adala 3-4 org kakak2 yg dah sampai tgh solat Asar.. pastu sembang2 sementara tunggu yg lain tiba.. Ada gak yg dah kenal muka, tp sbb dah lama tak jumpa, maka lupala nama, hehe.. Ramai gak yg datang, dekat 20 org gakla campur dgn anak2..


First pict, Ibrahim sampai2 je terus dah nak main,, excited betul dia!! macam rumah dia plak, hehe.. pastu yg tudung purple tula, tuan rumah, Dr Hafizah.. Acara bermula dgn ucapan pengerusi majlis, Puan Mastura merangkap chef kita hari ni (Pict2).. Lepas tu kitaorg semua kena turun ke dapur sbb acara masak memasak akan bermula, menu kita arinih, Lasagne & Soup Carrot.. Pict ke-4 semua kakak2 yg berminat nak tengok camna cara nak buat lasagne..


Mama plak duk bersembang dgn Kak Ku, pict-2 tu anak diala, baru nak masuk setahun.. Ibrahim bila dah penat, barula dtg kat mama, nak susu.. pastu dah tak main dah sampaila waktu makan.. Pict-4, 2 chef kita, Kak Mastura utk Lasagne, Kak Ina utk Carrot Soup & itula jiran saya Kak Siti & Sarah..


Inila Carrot Soup & Lasagne yg dah siap dimasak, memang sedap!! Lepas ni blehla try ye, insyaAllah.. Ada gak makanan lain, kuew teow goreng, karipap, muffins, cup cakes & etc..Semuanya sedap2 belaka..Lama gak kat sana, sbb demo & makan2 lagi, pastu ada tazkirah.. tp kitaorg tak sempat tunggu tazkirah, sbb Sarah tak sihat sgt, so mama & Ibrahim ikut Kak Siti balik awal, yelakan pergi sama2, balik pun mestila sama2 kan.. Lagipun dah maghrib, lambat2 gelap..

*Pict makanan tu mama amik dari facebook Kak Nazean, tq ye kak.. tak sempat snap pict makananla..