~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Lunch. Show all posts
Showing posts with label Lunch. Show all posts

Thursday, July 29, 2010

Weekend at Trafford Centre!~

17/7/2010 - Sabtu 2 minggu lepas, kami ke Trafford Centre.. saja jenjalan bawa Ibrahim.. suka betul dia!! sampai2 je tengah hujan renyai2.. dapat parking plak kt open area.. nasib baikla ada payung, takdela Ibrahim & babah kebasahan, hehehe..


ramai betul orang time weekend ni.. puas gakla berjalan.. Ibrahim sibuk nak ice cream.. bila dah dpt baru dia cool!! :) kami sempatla makan kat food court mengisi perut setelah puas berjalan, hehehe.. kali ni makan fish & chip plak.. memang sedap!! tengah lapar pun ye.. 'Harry Ramden's Fish & Chip', harga pun agak berpatutan..

so lepas tu kami pun balikla.. sebelum tu singgah Tesco dulu beli barang..

Monday, February 15, 2010

Jom makan best!~

Sempena hari jadi mama baru ni, mama masak nasi briyani, rendang daging & ayam goreng ala KFC, hehe.. Nasi briyani guna rempah briyani mix maggi, dulu pernah buat mama tambah ayam, kali ni mama tambah daging plak.. masak sebentar diatas dapur rempah briyani dengan daging lepas tu masuk je dalam rice cooker gaul sebati dgn beras yang telah dibasuh & ditos..


Manakala rendang daging guna rempah Brahims.. masak rempah Brahims dalam periuk dgn daging & masukkan 1 cawan air, masak hingga daging empuk & hampir kering... memang sedap & mudah!! Ayam goreng plak gaul sebati dgn satu biji telur sebelum dilumur dengan tepung ayam goreng Adabi & digoreng garing.. babah kata sedap!! macam makan kat rumah orang kawin, hehe.. Ibrahim pun suka!! hehe..

sbb takde sayur, mama potong timun je sebagai ulam, kira ok la tu kan, ehehe.. laju je masing2 menjamu selera.. alhamdulillah kenyang!! ;)

Sunday, February 7, 2010

Jom tengok baby Rayan!~

Hari Khamis baru ni 4/2/2010, kami dijemput makan tengahari oleh kawan babah, bro Zamhar datang kerumahnya di city center.. lebih kurang 15 minit perjalanan dari rumah kami.. sambil tu juga, melawat wife bro Zamhar yang baru selamat melahirkan second baby end of December baru ni.. so masih dalam pantang :)


Kami sampai dalam 12 tghr, berborak sakanla sampaila makanan ready, hehe.. hasil masakan mak bro Zamhar, yang datang December lepas untuk menjaga Iman & cucunya yang first, Arif yg muda setahun dari Ibrahim.. Ibrahim pun busy main dgn Arif, Arif ni pun suka Thomas & Friends collection, so bleh gengla dgn Ibrahim, hehehe..

lauknya punyala byk!, ada ayam goreng, ikan bilis + kacang berlada, sotong campur masak rempah, masak lodeh, daging kurma & puding caramel.. memang sedap!! tengah lapar pun ye, hehehe..


Inila baby Rayan!! beratnya ketika lahir 4.3kg.. besar kan!! bila tengok baby Rayan teringat Ibrahim dulu pun suka menoleh satu arah je, sampaikan nenek letak sapu tangan supaya Ibrahim tengok tegak ke depan je takla asik menoleh je satu arah.. tp insyaAllah, dah besar nanti ok kan.. Kami balik dari rumah bro Zamhar dalam kul 2.30 ptg.. terima kasih byk2 ye bro Zamhar sekeluarga!!

Friday, October 23, 2009

Tabung Haji & Sunshine Square!~

Pagi Isninnya, kami bertiga & atuk keluar dlm kul 10.00 pergi sarapan dulu.. Atuk bawa kami ke Taman Tun Sardon, byk juga gerai kt sini.. makan nasi lemak, capati & kuih muih..

lepas tu baru kami ke Kompleks Tabung Haji yang terletak di Bayan Lepas, tujuannya nak simpan duit raya Ibrahim, sebelum raya arituh dah buka akaun TH Ibrahim kt Kajang, ni nak simpan duit rayala plak.. Alhamdulillah, byk jugala collection Ibrahim raya tahun ni, tak sempat2 nak pergi masa di KL, alhamdulillah, ada juga kesempatan masa kt Penang ni..


Babah & mama je yg masuk, atuk & Ibrahim tunggu kt luar.. tau tak apa yg Ibrahim buat?? hehe.. dia main kat air pancut + kolam kt luar, suka betul dia!! Kompleks ni kira besar jugala, siap ada tempat penginapan skali..

Lepas tu kami ke Sunshine Square kt Bayan baru.. tujuannya sbb Wan dpt boucher Sunshine RM100 masa cabutan bertuah hari keluarga Recsam tu, so dptla atuk RM50 & kami RM50..thanks Wan!! apalagi gembirala kan..itu yang kami pergi Sunshine ni.. sampai dalam kul 11 pagi.. supermarketnya memang dah buka awal pagi, tp bahagian atas (department store) yg menempatkan pakaian, barang elektrik tak buka lagi, pukul 12 tghr baru buka, pelik kan!! 1 jam jugala kami menunggu.. sambil2 tu jalan2 jugala kat bhgn supermarket.. Ibrahim suka betul naik trolley supermarket tu..


Selain tu, sempatla kami duduk2 kejap kt foodcourt minum air & jalan2 tengok2 kerepek & tudung yg dijual depan supermarket tu.. Bila dah buka bhgn atas, kami pun pergila naik lift ke tkt 3, sampai kt pintu department store tu, boleh guard tu cakap tak boleh masuk trolley!! ish ish.. angin betul dibuatnya!! last2 turun balik, babah je yg naik, mama & Ibrahim tunggu kt bawah.. rupa2nya atuk pun ada kt bawah tgh baca newspaper..

Then Ibrahim nampak ice cream, belila utk Ibrahim, vanilla cone.. abisla meleleh2 Ibrahim makan ice cream, mama pun makanla juga, nak kurangkan meleleh tu, hehehe.. tiba2 ada plak lalat hinggap kt ice cream Ibrahim, terkejut Ibrahim & mama dibuatnya!! last2 Ibrahim tak nak makan ice cream dia!! hehehe.. nasib baik dah makan byk jugala.. terpaksala buang! lama juga menunggu babah..

Lepas babah turun, atuk plak naik!! iskkk.. so kami pun singgah balik kt foodcourt, kali ni mama makan laksa & babah makan nasi lemak, then bungkus nasi ayam bawa balik rumah, nasib baik atuk tak lama, tp penat gakla, Ibrahim siap melepas lagi (buang air besar) gi ler tukar jap kat toilet wanita, takde tempat baby kt situ.. pastu kitaorg balik!! penat sungguh!!

Esoknya dah nak balik KL, nanti sambung cerita lg ye :))

Sunday, October 18, 2009

Jom ke Penang lagi?!~

2 Oct 09, kami ke Penang lagi! bertolak tengahari dari Cheras, sampai dlm 5 ptg, 2 kali berhenti makan & solat.. Malam tu makan Ala Thai di Jelutung, memangla best!! hehe..tengokla beria2 betul Ibrahim makan, hehehe..


Esoknya 3 Oct 09, ada hari keluarga Seameo Recsam, tempat Wan bekerja, so kami pun joinla skali.. Tak join main pun, join makan2 je, ehehehe.. family day ni diadakan di Bayu Beach Hotel & Resort, Batu Feringgi, Penang.. Best gakla!!


Kami sampai hampir pukul 12 tghr, sessi penyampaian hadiah sedang dijalankan, lama gakla.. sampaikan sempat gak babah bawa Ibrahim jalan2 kt tepi pantai, waktu ni mama tak ikut, agak2 apa yg Ibrahim buat ye?? main pasir? main air? kejar burung? hehe.. mcm2 rupanya yg dia buat.. alhamdulillah cuaca memang cerah & panas! hehe..


Lepas tu makan kt ballroom hotel sambil2 cabutan bertuah.. Makanan dia pun agak menyelerakan!! biasala kan kalau makan kt hotel, mestila buffet.. so mcm2 ada!! nasi goreng, lauk pauk, ayam, udang, daging, ikan, sayur2an.. ada rojak buah, laksa, ice cream, agar2, kek2, buah2an & mcm2 lg..


Dapatla makan puas2 hehe, Ibrahim plak sampai2 je makan laksa, pastu ice cream plak.. ada gakla mama suap nasi goreng, dah kenyang dia busy jalan2 pastu main atas pentas! sabarjela anakku, risau dibuatnya!! naik tangga, turun tangga, takut jatuh je!! mula2 dia sorang2 je, pastu ada plak budak2 lain yg join sama, hehe.. Last2 babah bawa dia kuar kat tepi kolam sbb tak nak ganggu majlis cabutan bertuah..


Suka betul Ibrahim dpt main tepi kolam, adala anak pak Arab ni pun tengah mandi manda kt dlm kolam tu, suka betul dia mengusha Ibrahim, hehehe.. Ibrahim plak busy main air, abis basah!! dahla baju semua dlm kereta.. bila dah main, susah plak nak suruh berhenti, ehehe..

Last2 kami naik semula ke tempat makan, tapi hanya duduk kt luar, sessi cabutan bertuah masih berjalan, mama just ambil barang & stroller tunggu Wan and Atuk kt kereta sbb Ibrahim dah basah kuyup.. sampai di kereta tukar baju and seluar, sbb lepas ni ada nak pergi tempat lain pulak.. kemana tu? insyaAllah mama sambung next time ok! tunggu ye :)

Saturday, August 15, 2009

Jalan2 ke Muzium & City!~

22nd July lepas, mama & Ibrahim ikut babah gi uni ada hal skit tp kena tunggu plak sampai lepas lunch, ada 3 jam masa untuk menunggu.. so kitaorg pun pergila Manchester Muzium under Uni of Manchester yg terletak di Oxford Road.. masuk free je, besar jugakla, 5 tingkat semuanya..


Masuk2 je terus kitaorg gi tkt 2, ada pelbagai haiwan reptilia spt ular, katak & mcm2 lg kt tingkat ni termasukla juga kumpulan burung & rama2 yg diawet.. suka betul Ibrahim dpt tengok pelbagai haiwan.. Lepas tu kitaorg jalan2 lg dlm muzium tu sampaila ke ground floor, ada kedai juga dlm tu.. Babah belikan Ibrahim soft toy Sabertooth Tiger.. Suka betul Ibrahim!

Lepas tu, kitaorg gi singgah makan kt Abdul, mmg selalunya mkn kat sini kalau gi uni, food dia pun ok.. then lepas mkn, kitaorg teruskan berjalan di sepanjang Oxford road ke arah Utara.. on the way tu, nampakla BBC station tv kt Manchester ni, Palace Hotel yg cantik then akhirnya sampaila kami di St Peter's Square.. jauh gak tempat ni, dudukla kejap rehat kt situ..


Di St Peter's Square ni ada Metrolink Tram Station yg terletak dihadapan Manchester Central Library.. menghubungkan Piccadily Garden & G-Mex Metrolink Station.. dptla kami tengok train lalu.. ingatkan kami nak gi ke Town Hall tp dah tak larat.. last2 kitaorg patah balik ke arah uni of Manchester.. lepas settle hal babah, kitaorg pun balik..

Sunday, June 14, 2009

Jom kita lunch!~

Lunch kitaorg baru2 ni, Tomyam Ayam & sambal ikan bilis, nak kata istimewa tu biasa je, tp yang lainnya adalah mama buat sendiri pes tomyam tu sbb perencah tomyam sudah lama abis kt rumah ni, hehe.. babah teringin plak nak makan tomyam, so mama tryla cari resepi pes tomyam ni..


Alhamdulillah, menjadila tomyam mama tu!! memang puas ati.. babah cakap memang ada umpphh, hehe.. kalau tengok resepi pes tomyam ni agak simple, memang senang, cuma mama tak letak belacan je sbb takde, so waktu nak masak tomyam tu yg kena tambah lg lain2 bahan, mcm serai, air limau & etc.. so nak sharela dgn kawan2 yg teringin nak try buat pes ni ok, sila2la mencuba kalau rajin ye :))

PES TOMYAM
Source: http://hanieliza.fotopages.com/?entry=894696

Bahan

3 s/b cili kering kisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara

1. Campurkan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Nota Tambahan
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.

Wednesday, June 3, 2009

Anniversary celebration!~

Semalam pagi2 lg babah dah dpt cheque, so after breakfast kitaorg keluar gi Natwest bank clearkan cheque tu, walaupun tak byk babah suka betul!! hehehe.. mama plak tunggu je dgn Ibrahim dlm kereta..


Lepas tu, kitaorg ke Argos, beli kipas tinggi.. menambah lg satu koleksi kipas yg sama, hehe.. mana taknya skrg ni dah start summer, punyala panas!! rasa berkuap je dlm rumah..dah tak pakai jacket bila keluar.. walaupun temperature dlm range 15-18 darjah celcius, cuaca memang terik!! maybe sbb dah lama terbiasa sejuk, hehehe..


Lepas tu babah ajak kitaorg makan di Kebabish, kira specialla ni sempena 3rd Anniversary mama & babah.. dah 2 bulan gakla kitaorg tak dtg makan kt sini, hehe.. sampai2 je takde org, nampak gayanya memang cepatla sampai makanannya, dah kitaorg je yg ada kt situ.. Kitaorg order, Shanghai Chicken, Cheese Nan & Chicken Briyani, tak teringat nak amik pict dah kena ngap dulu, hehehe..


Ibrahim punyala suka, tak duduk diam, semua dia nak usik, majalah, bunga orkid plastik tu, ke hulu ke hilir, mentang2 takde orang, bermaharajalela sungguh!! hehe.. sampaikan ajak makan pun susah sbb busy main je.. padahal bukan ada mainan pun kt situ, hehehe..


Sempat lagila mama amik gambar restaurant ni sementara tunggu food sampai.. Suasana restaurant ni memang ekslusif & amat selesa skali, siap ada tv flatscreen lg utk tontonan customer yg dtg, harga pun agak berpatutan, so memang best sesekali kalau nak makan kt sini.. so lepas makan kitaorg pun balik!!

Monday, May 18, 2009

Jom kita gi Bury!~

Dari Manchester Fort, babah ajak jalan2 gi Bury, yelakan selama ni asik dengar je tp tak tau camna tempatnya, kitaorg pun pergila.. takla jauh sangat, dalam 20 minit gitu & kena lalu Prestwich & Broughton.. On the way tu, babah cakap laparla plak, ternampakla Mcd, hehe.. Kitaorg pun singgah.. Mcd ni area Prestwich..


Dah lama betul rasanya tak makan Mcd, tp biasala kan kalau dah gi sini, memang tak byk choicela.. Sampai2 je, kitaorg tengok ada ruang utk budak2, so lepas order kitaorg duk je kat situ, Ibrahim suka betul dapat crayon & kertas, mulala tak ingat nak makan, hehe.. kitaorg makan Filet-O-Fish, kentang goreng, air orange & Mcflurry with M&M's candies, alhamdulillah, selera betul, hehe..


Lepas tu kitaorg teruskan perjalanan, sebenarnya kitaorg tak singgah mana2 pun, just duk dalam kereta je, sempatla mama snap mana2 tempat yg agak menarik walaupun tak berapa jelas dlm gambar, hehe.. Bury ni tak sebesar Manchester city, tp okla agak menarik jugala.. so dah abis satu town kitaorg round, hehe.. nak gi mana lagi, balikla ye tak?? hehe..

Tuesday, May 5, 2009

Jom ke Piccadilly Garden!~

Weekend baru ni, kitaorg jalan2 gi town lg.. sbnrnya tak plan pun, bila dah keluar takde arah.. ke Arndale la, mana lg.. tp memang mudah parking kat sini.. then masuk Arndale, singgah sekejap di Clinton Cards Shop.. ala2 Memory Lane, then keluar ke Market Street, Ibrahim belum apa2 dah dpt bola dgn pemukul yg dijual oleh org2 dijalanan market street tula.. suka betulla dia.. Kami pun terus ke arah Piccadilly Garden.. on the way tu, ada plak org jual2 kat lorong pejalan kaki, so kitaorg pun singgahla kejap tengok2.. kebanyakannya baju & bag..


Then pastu, terus ke Piccadilly Garden, ramai betul org hari ni.. melepak2 di garden tu.. cuaca pun tengah best ni, panas2 sejuk.. pastu babah ckp laparla plak.. kitaorg pun pergi ke Rice Restaurant, babah ckp kat sini halal, mama tengok memang ada tanda halal kat pintu, masuk2 je, jumpa 2 Malaysian, Rahmah & kawannya Azie tengah order & tunggu makanan.. style nya layan diri, order & bayar dikaunter, pastu tunggu makanan siap, kami take away je, pastu makan diluar..


Bleh tahan sedap gak, Nasi goreng Indonesian yg direkomen oleh Cashier tu, isinya ayam & udang serta cili capsicum & rebung, dasyat tak?? siap ada rebung lg tu, hehe.. pastu minum Oasis Orange, memang best, berselera betul kami, Ibrahim pun suka!!hhehee.. lagi2 masih panas2 kan.. lepas makan kami pun terus berjalan balik ke Arndale.. masa utk balik umah :)

Friday, April 24, 2009

Jom jalan2 cuci mata!~

Semalam petang, kitaorg jalan2 kat city lagi.. keluar dari rumah dalam 2 lebih, menuju ke Arndale Shopping center.. cuaca pun agak redup.. sampai Arndale, jalan2 sekejap dlm tu, pastu keluar depan Arndale tu.. berhadapan dgn Triangle Shopping Center ada tempat duduk.. kiranya betul2 belakang the eye of manchester.. duduk2 kejap kat situ..


Then kitaorg tengok ramai betul mat salleh ni pakai baju bendera england.. ingatkan pasukan bola sepak england ada buat pertunjukan ke apa kan.. tp tak mcm pemain bola pun semuanya, hehehe.. takper biarkanla diorg, maybe ada occasion kot, sbb tula ramai agaknya org, hehehe..


Lepas tu kitaorg masuk Triangle plak.. lengang je takde org, keluar balik.. jalan2 di Urbis Garden then lintas jalan ke The Print Works.. tempat ni byk restaurant & pub, gelap semacam je dalam dia & ada Odeon Cinema dalam tu, masuk kejap, kitaorg beli juice 'Orange + Pineapple + Banana' rasanya macam vitagen je, hehehe..


Lepas tu, kitaorg keluar balik & round2 lagi, then jumpa Aladdin restaurant..kedai pakistan ni, siap ada selamat dtg lagi tu, hehe bangga sekejap jadi org Malaysia :) then kitaorg order cheese nan kebab makan bertiga, sungguh sedap!! tengah laparla katakan, hehehe..

Lepas makan, kitaorg gi jalan2 lagi ke arah Market Street, pastu melangkah masuk ke Primark.. ramai betul org, round2 bhgn pakaian lelaki ditingkat 2..dptla cari sweater utk babah... nak byr punyala ramai yg beratur!! nasib baik cashier ramai, kalau tak mesti tension, hehehe.. then kitaorg pun masuk semula ke Arndale, jalan2 lagi.. sampaikan Ibrahim pun tertido distrollernya.. puas berjalan kami pun balik.. dah lama tak berjalan jauh2, lenguh juga dibuatnya, hehhehe..

Tuesday, March 17, 2009

Saturday's Activity!~

Sabtu baru ni, penuh gak activity.. pepagi lagi dah memasak, mana taknya, jemput jiran dekat kami makan tengahari dirumah.. family Bro Shahrin & Kak Siti Fatimah dgn anak mereka Danish & Sarah..


Masak biasa2 je, nasi putih, ayam blackpaper, sayur campur, buah apple & limau serta kek batik! berselera betul masing2, best agaknya makan ramai2.. Ibrahim pun suka bukan main, jumpa kawan dpt main sama2, hehe..

Malam plak, rumah mereka menjadi hos utk ceramah mingguan bersama warga2 MCCH, ceramah disampaikan oleh Ustaz Shah berkaitan niat, sedeqah, zakat & mcm2 lagi.. mama pergi dgn ibrahim dihantar oleh babah.. ramai juga yg hadir, penuh gak rumah..

Biasanya jika ada ceramah2 begini diadakan, port luck amat2 dialukan, so mama bawala kek batik tu, hehe.. Kak Siti sbg tuan rumah masak Laksa Johor, wah memang sedap!! pedas & enak, sampai ada gak yg tak dapat.. takperla yg tak dapat ada byk lg makanan lain, nasi goreng, muffin, tart buah2an & etc..

Ibrahim memula je behave, bila dah boring mulala start activity dia sendiri, hehe.. duduk pula dekat dgn makanan, asik nak makan je, sekejap kang nak biskut, pastu muffin plak, hehe.. bagus juga, time mama makan dia dah tak kacau dah, maybe sbb dah kenyang.. lepas mkn kitaorg pun call babah suh jemput nak balik..

Thursday, March 12, 2009

Lunch @ Kebabish

Isnin baru ni, pagi gi Tesco, beli barang dapur skit.. pastu balik, mama ingatkan nak masakla kan.. pastu babah cakap dah lapar sgt, so babah ajak kuar balik.. kitaorg makan kat Kebabish.. ewah2 untung betul restaurant ni, dah brapa kali dah kitaorg order kat dia, pastu gi makan lagi kat sini, hehe..


sampai2, memang takde org pun, so okla, mesti dia buat betul2 punya, hehe.. kita org order, nan cheese, baby chicken (spit roasted with peri2 source) & chicken briyani.. & memang skali dgn salad, sauces & plain water.. desert plak cheese cake..


makanla kitaorg dgn berseleranya, memang sedap!! punyala banyak sampai tak larat nak abiskan.. last2 cheese cake tu bungkus bawa balik, hehe..


tengokla gelagat Ibrahim ni, memang posing sakan, ehehe.. suka betul makan nan cheese tu..