So semalam, pihak sekolah ada buat majlis sempena hari guru.. majlis bermula jam 11 pagi, dihadiri juga oleh ibu bapa.. Cikgu Haslin sebagai pengacara majlis.. dimulai dgn ucapan guru besar, Tuan Haji Farid & disusuli persembahan pelajar.. tahap 3 & 4 ada 2 persembahan, bersajak & berlakon serta menyanyi didalam bahasa melayu..


manakala tahap 1 pula menyanyi nasyid Raihan Cahaya Selawat.. cikgu2 lain termasukla mama, kena arrange pelajar2 yg nak bersedia utk buat persembahan, tau jela.. diorg ni tak reti nak duk diam, heehehehe.. setelah itu acara penyampaian hadiah pula utk guru2 & bergambar beramai2 antara pelajar & guru..

Majlis diakhiri dgn makan2 di kantin Abraham Moss.. setiap pelajar, guru & ajk pentadbiran sekolah dijamu nasi tomato, air bandung cincau serta kuih muih & kek yang disumbang oleh ibu bapa.. alhamdulillah memang meriah!!..


dpt gakla mama hadiah, hadiah dari pihak sekolah, hadiah tukar2 sesama guru & juga hadiah dari murid (Marini & Muaz).. wah penat jugala mama semalam, hehhe.. terima kasih kepada semua pihak yang meraikan hari guru!! :)
