~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 18, 2009

Jom ke Penang lagi?!~

2 Oct 09, kami ke Penang lagi! bertolak tengahari dari Cheras, sampai dlm 5 ptg, 2 kali berhenti makan & solat.. Malam tu makan Ala Thai di Jelutung, memangla best!! hehe..tengokla beria2 betul Ibrahim makan, hehehe..


Esoknya 3 Oct 09, ada hari keluarga Seameo Recsam, tempat Wan bekerja, so kami pun joinla skali.. Tak join main pun, join makan2 je, ehehehe.. family day ni diadakan di Bayu Beach Hotel & Resort, Batu Feringgi, Penang.. Best gakla!!


Kami sampai hampir pukul 12 tghr, sessi penyampaian hadiah sedang dijalankan, lama gakla.. sampaikan sempat gak babah bawa Ibrahim jalan2 kt tepi pantai, waktu ni mama tak ikut, agak2 apa yg Ibrahim buat ye?? main pasir? main air? kejar burung? hehe.. mcm2 rupanya yg dia buat.. alhamdulillah cuaca memang cerah & panas! hehe..


Lepas tu makan kt ballroom hotel sambil2 cabutan bertuah.. Makanan dia pun agak menyelerakan!! biasala kan kalau makan kt hotel, mestila buffet.. so mcm2 ada!! nasi goreng, lauk pauk, ayam, udang, daging, ikan, sayur2an.. ada rojak buah, laksa, ice cream, agar2, kek2, buah2an & mcm2 lg..


Dapatla makan puas2 hehe, Ibrahim plak sampai2 je makan laksa, pastu ice cream plak.. ada gakla mama suap nasi goreng, dah kenyang dia busy jalan2 pastu main atas pentas! sabarjela anakku, risau dibuatnya!! naik tangga, turun tangga, takut jatuh je!! mula2 dia sorang2 je, pastu ada plak budak2 lain yg join sama, hehe.. Last2 babah bawa dia kuar kat tepi kolam sbb tak nak ganggu majlis cabutan bertuah..


Suka betul Ibrahim dpt main tepi kolam, adala anak pak Arab ni pun tengah mandi manda kt dlm kolam tu, suka betul dia mengusha Ibrahim, hehehe.. Ibrahim plak busy main air, abis basah!! dahla baju semua dlm kereta.. bila dah main, susah plak nak suruh berhenti, ehehe..

Last2 kami naik semula ke tempat makan, tapi hanya duduk kt luar, sessi cabutan bertuah masih berjalan, mama just ambil barang & stroller tunggu Wan and Atuk kt kereta sbb Ibrahim dah basah kuyup.. sampai di kereta tukar baju and seluar, sbb lepas ni ada nak pergi tempat lain pulak.. kemana tu? insyaAllah mama sambung next time ok! tunggu ye :)

Friday, October 16, 2009

Alhamdulillah selamat tiba di Manchester!~

Kami tiba hari Rabu 14 Oct 09 lalu, jam 2 ptg di rumah! sungguh penat!!Alhamdulillah.. memang best dpt beraya di Malaysia! dpt jumpa family!! dan juga kawan2.. Pada kawan2 yg dpt jumpa, thanks sbb sudi luang masa jumpa kami..

Pada yg tak sempat tu, minta maaf byk2 sbb memang tak cukup masa!! byk benda yg perlu diselesaikan masa balik ni.. Nak update blog ni pun tak sempat2.. InsyaAllah, lepas ni mama akan update aktiviti2 kitaorg masa kt Malaysia ye..

Monday, October 5, 2009

Jalan2 beraya!~

Jumaat, 25 Sept kitaorg balik semula ke Cheras.. masa sampai dirumah, kami disambut oleh Awe, nenek babah.. kira pangkat moyangla bagi Ibrahim yg duduk kt Kuala Pilah..


waktu ni Ibrahim tengah lena diulit mimpi, hehehe...

Sabtunya dapatla beraya ke rumah saudara sebelah babah plak..

Tengahari kami ke Seri Kembangan, rumah ibu saudara babah, dptla Ibrahim jumpa Abg Ashraf, yg lagi 2 org, Abg Syafiq & Hafiz takde keluar.. pastu jumpa Abg Iqbal & bondanya Kak Intan.. kiranya diorg ni cucu2 ibu, panggilan utk ibu saudara babah tu..


Best betul Ibrahim dpt main car, helicopter & mcm2 mainan lg kt sini..


Malamnya kami ke PJ pulak, rumah nenek Hawa.. di sini kami jumpa skali dgn keluarga Auntie Uji, adik Wan..


Bila dah ramai2, memang syokla berborak sakan, hehe.. dekat kul 11 jugala kami bergerak balik.. on the way balik, Ibrahim pun lena.. suka betul tido dlm kereta :)

Monday, September 28, 2009

Jom beraya di TPG!~

Hari raya ke 4, kami balik TPG pula.. sampai2 je rumah nenek & atuk, saudara mara sebelah atuk dah ramai yg tiba.. alhamdulillah dptla jumpa diorg semuanya..Tok Teh sekeluarga, Tok Tam sekeluarga & Nenek Lang sekeluarga..


Hari raya ke 5, pagi2 lagi sebelum keluar posing dulu dgn atuk & nenek, then terus ke rumah Tok Teh kt Shah Alam.. kt sini je yg sempat berposing sakan..


bergambar dgn Nenek Teh, Tok Teh & mama's cousins Auntie Iza & Auntie Lin


seterusnya ke rumah nenek Lang kt PJ, lunch, then jumpa saudara mara yg lain juga di sini.. Lepas tu, kami bertolak ke rumah cousin mama di Pandamaran Jaya, Klang sbb nak jumpa Nenek Long, alhamdulillah masih sihat lg walaupun skrg ni dah tak berapa selera nak makan..

Pastu kami ke rumah Nenek Teh sebelah nenek kt Sijangkang, sedang sakit terlantar tak boleh nak bangun, rasa sedih pula bila tengok keadaannya.. semoga Allah permudahkan segalanya insyaAllah..

Akhir sekali, kami singgah ke rumah cousin mama juga di Sijangkang, Aunty Nor & Uncle Hilal, alhamdulillah dpt gak jumpa cucu sedara mama, Amar, anak Halilah..

Best tak Ibrahim berjalan raya?? mestila best!! waktu ni baru bangun tido.. asal masuk je kereta Ibrahim mesti tido! hehe.. penat ye beraya? :D

Sampai2 je rumah nenek & atuk lepas balik beraya, dpt panggilan yg abang Atuk, Atuk Alias Shah Alam telah kembali ke rahmatullah, Innalillahiwainna ilaihirajiun, semoga rohnya dikalangan orang yg beriman, insyaAllah..

Wednesday, September 23, 2009

Beraya di Penang!~

Tahun ni agak lain skit, sbb kami beraya di Penang! first time merasa perjalanan jauh sewaktu musim perayaan.. bertolak pukul 3pm, pukul 10 malam baru sampai.. 7 jam tu, punyala lama!! ehehe.. hujan!!! boleh dikatakan sepanjang perjalanan.. ditambah dgn berhenti berbuka & etc..

alhamdulillah selamat sampai.. Ibrahim punyala excited, kekdg meragam, tp overall ok!! mama siap bawa bekal chicken ball utk Ibrahim sbb kitaorg semua puasa..


Hari raya pertama, hanya duk kt umah & pergi shopping mall, Gurney Plaza & Queensbay Mall...


hari kedua baru ada open house, staff Wan Penang yg buat, mkn best!!! nasi hujan panas, kari ayam, daging dendeng, roti jala, pulut & serunding, agar2, tak lupa juga bermcm2 kuih raya & maruku..

Hari raya ketiga, bertolak balik ke Cheras, still agak jammed juga sepanjang perjalanan, errmm.. agaknya org2 di Penang ni pun nak balik semula ke KL.. setiap perhentian, penuh je dgn orang!! hehe.. sampai rumah dah kul 11mlm.. punyala penat!! tp enjoy!!! sbb kt Malaysia, hehehe..

Ibrahim plak, tak nak minum susu yg kami beli, memula Fernleaf, sampai 2 bungkus, ingatkan ok sbb sebelum kami ke UK kami bagi Ibrahim minum susu ni, tp K.O.. Ibrahim tak nak langsung, lepas tu try beli Dutchlady 1 2 3 plak, tak nak juga, mama dah buntu.. last2 beli Dumex Dugro 1+, baru la nak, alhamdulillah!!! memilih juga anak mama ni ye :P..


Ibrahim still busy dgn Thomas Engine nya walau dimana jua berada, sabar jela, hehehe..

Friday, September 18, 2009

Malaysia, kami sudah tiba!~

Ibrahim sewaktu menunggu waktu berbuka di Airport Manchester, ceria kan?!

Alhamdulillah, selamat tiba di KLIA Selasa lepas 10.00pm.. letih! tp seronok!! sempat gakla makan KFC waktu berbuka di TPG hari Rabu nya..

Ibrahim dlm plane ok & behave, tengok movie, makan & byk tdo! senangla mama, hehe..

Khamis balik Cheras, berkemas apa yg patut & hari ni nak gi Penang pulak, wah wah sungguh padat jadualnya, hehe.. Ibrahim?? sangat suka jumpa atuk2, nenek & auntie Lang!!! Wan & Pakteh nanti kita jumpa di Penang ok, insyaAllah..

Dikesempatan ini, ingin kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir & Batin pada semua yg mengenali kami, semoga ceria2 di Aidilfitri! Kalau ada waktu, insyaAllah nanti kita bertemu..

Tuesday, September 15, 2009

Tag from Niena!~

1. Apakah hubungan awak dan si dia?
suami & isteri sejak 3 thn yg lalu

2. 5 impression terhadap si dia
* buat sesuatu dgn bersungguh2!!
* agak penyabar
* suka berterus terang
* suka manjakan Ibrahim (beli toys)
* suka berbincang

3. Perkara yang paling memorable yang si dia lakukan
kat awak
bagi hadiah tak ikut masa, hehehe..

4. Perkara paling memorable yang dia kata pada awak
sayang mama..

5. Kalau dia kekasih awak.....awak akan.....
dah jadi isteri pun, hehe..

6. Kalau dia jadi musuh awak.....awak akan.....
tak pernah jadi musuh..

7. Kalau dia jadi musuh awak.....mungkin kerana.....
sama jawapan diatas

8. Overall impression tentang dia.....
true himself, takde selindung2, hehe..

9. The most desirable thing to do to her/him
belikan baju baru, hehe..

10. Apakah awak rasa tentang pandangan orang terhadap awak?
peramah, hehe.. agaknyala..

11. The character of you for yourself?
mcm2 ada, hehe..

12. On contrary, the charecter you hate about you
cepat gelabah..

13. The most ideal person you want to be with.....
suamiku

14. For people who like you.....tell something about them
terima kasih ye :)

15. 10 People you tag:
sesiapa yg nak buat tag ni :)

Sunday, September 13, 2009

Balik raya tak?!~

Ermm.. soalan ni memang selalu diajukan oleh sahabat2ku.. alkisahnya, mula2 memang nak balik, ingatkan nak collect data.. lepas babah discuss dgn supervisor dia, cakap tak yah collect data pulak! makanya plan dah tukar balik, tak jadila balik tahun ni..so dah bagi tau keluarga & kawan2 semua tak balik raya tahun ni :(



Tp last2, babah decide nak balik!! hehehe.. mama tukar muka gembira!!! alhamdulillah, so jawapannya .....




YEEE...KAMI BALIK RAYA KAT MALAYSIA TAHUN NI, YAHHHHOOOOOO!!!!



Tiket baru je beli minggu lepas, express rakyat betul!! nasib baik harga ok.. insyaAllah Isnin ni terbang.. So harap semua dapat doakan kami selamat sampai ke Malaysia Selasa ni ye, insyaAllah :D, so jumpa di Malaysia!!!

**Pada kawan2 yg nak dtg rumah beraya kat Manchester ni, sorry sgt2, maybe ada lepas 14 Oct nanti ye..

Saturday, September 12, 2009

Jom ke Asda Harpurhey!~

Sabtu lepas pergi Asda Harpurhey, saja nak gi jauh skit.. dah bosan gi Tesco, hehe.. lagipun hari Sabtu ada market kat sini so, bestla skit.. Dapatla membeli stokin Thomas utk Ibrahim, Thomas lagi!! then kitaorg beli carpet, wah wah mcm nak beraya sakan je.. takdela.. carpet kecik je letak kt bilik tv ni..


Pastu masuk Asda, beli barang dapur, then keluar balik duduk kat luar sementara tunggu babah gi beli cat kat Morrisson, sbb kat Asda takde.. Beli Cat??? ye, wallpaper dah terbukak kt bhgn atas, senang cerita kitaorg nak cat je, hehe sorryla tuan rumah! buat mcm rumah sendiri la plak, hehhe..

Kat luar Asda tu ada Cawan berpusing, Ibrahim biasala, kalau stop mesti nak keluar dari stroller, nasib baik ada cawan tu, lekala skit dia.. lepas tu kitaorg pun balik!

Friday, September 11, 2009

Jom buat Tart Nenas!~

Kelmarin petang mama try buat tart nenas! bukan utk raya pun, saja nak cuba2, hehehe.. mama beli jem nenas dari tesco, nasib baik ada, puasla menelek!! hehe.. satu adunan dapat dalam 23 biji je, tak guna acuan pun, bentukkan je dgn tangan, mama tak mahir nak buat comel2 & hias dgn biji cengkih..

pastu bakar dalam 150'c(dlm resepi tak cakap, agak2 je) selama 30 minit.. memang besar jadinya!!!.. tp alhamdulillah.. rasanya enak!!! gebu & melt in your mouth, hehe..


Semalam pagi buat lagi, ingatkan nak buat kecik2la skit, tp tak bleh gak, sama je saiznya, hehehe.. babah & mama memang suka biskut ni, tp yg lagi surprise Ibrahim yg tak suka buah tu pun suka!!! maybe sbb dah jadi biskut :D

Dapatla bawa ke rumah Kak Siti, jiran dekat kami ni, mereka jemput kami iftar semalam.. makan nasi briyani, ayam masak merah, kari kambing, acar, pai peach, memang lazat!!! ehehe.. sorryla picture terlupa nak amik :)

Resepi Tart Nenas
junjs11@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 balang kecik )
200gm tepung gandum
1 biji kuning telur
150gm butter
20gm tepung kastad
jem nenas secukupnya

Cara-cara
1.masuk semua bahan kecuali jem ke dalam mangkuk n gaul hingga jadi doh.
2.buat bentuk disukai, isi jem n bakar 30min.

Wednesday, September 9, 2009

Iftar with a friend from Surrey!~

Sunday baru ni, kawan babah, uncle Azlin Shah dari Surrey dtg beriftar dgn kami.. uncle ni baru je abis Master, bestla dia, hajatnya dah tercapai, tahniah ye!! so mama pun masakla yg best2 skit.. Nasi tomato, Ayam masak merah, Acar timun & nenas, bergedil ayam & macaroni carbonara bakar.. Wah memang lazat2 semuanya!! Bertambah2 kami makan, hehehe..


Gambar makanan memang mama amik sebelum uncle tu dtg, tp gambar uncle lupa nak amik plak, hehe.. asik borak sakan je sampaila terlupa.. Ibrahim pun excited ada orang datang rumah! suka betul dia jumpa ngan uncle Azlin, hehehe..

Pukul 10, uncle pun balik semula ke hotel, nak teruskan vacation katanya keesokan harinya ke arah utara UK, insyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi ye uncle.. selamat bercuti sakan!!

Monday, September 7, 2009

Award Dari Kak Oja!~



Terima kasih Kak Oja kerana sudi beri award pada saya... So Award ni goes to:-

1. Dyla
2. Zeaty
3. Isya
4. Mama3Hz
5. Tunfrida
6. Anis
7. Mama2Haqq
8. Gee Ryder
9. Mas Alina
10.Finee
11.Baiya
12.MummYaeesh

Syarat-syarat untuk ambil awards ini:

1. Buat Posting tentang Award ini - done!
2. Linkkan pemberi awards ini di entri itu - done!
3. Copy-paste Image di atas - done!
4. Sebelum ambil jangan lupa tinggalkan komentar di entri pemberi award ini - done!

ok..sudi-sudikan ambil award ini ye.