~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 31, 2009

Thanks Wan, I like it very much!~

Jumaat lepas, kitaorg pergi Manchester Fort lepas babah solat Jumaat, kali ni memang ada hajat.. nak belikan hadiah Ibrahim lagi special from Wan Penang.. mama & babah tolong belikan je, hehe.. so kitaorg pergi Sport Direct.. Lama gakla kat situ, mula2 bhgn kasut, pastu bhgn baju plak.. tgh sales skrg ni, so harga pun agak berpatutan gitu..


Ibrahim dapat sepasang kasut Nike, sehelai sweater Go Diego (Nickelodean) & sehelai jacket Airwalk.. Suka betul Ibrahim berposing dgn baju & kasut baru.. thanks bebanyak Wan ye!! :)

Monday, March 30, 2009

Jom buat Tart Kastard!~

Khamis lepas, mama buat Tart Kastard.. sebenarnya nak menghabiskan fresh milk yg masih berbaki dalam peti sejuk tu, sayang plak expired walaupun fresh milk kat sini murah je, hehe..


Dapatla 6 ketul tart yg agak besar, sampaikan babah cakap, nak abiskan pun tak larat hehe.. mama hias dgn nenas dlm tin, tu yg rasa masam2 manis.. rasanya memang sedap!! :) makan satu je dah kenyang.. seperti biasa mama skrg suka tengok myresepi.com, so amik resepi kat situla.. ada sesiapa ke nak try?? so mama pastela resepi kat sini ye..

Tart Kastad
Source: liana_pg@myresipi.com

Bahan-bahan ( satu acuan besar(saya guna acuan pai) )

PASTRI RAPUH::
2-3 sdb susu segar
250gm tepung gandum
1 sdb gula castor
1 biji telo
125gm mentega sejuk(potong kecil2)
sedikit garam

KASTAD FILLING::
500ml susu segar
2 biji telor
50gm tepung kastad
100gm gula castor
1/2 sdt esen vanilla
kismis hitam(optional) - mama letak nenas dlm tin

Cara-cara Pastry

satukan tepung n garam...(ayak)
gaul mentega bersama adunan tepung hingga sebati...
masukkan telor,gula,dan susu...adun hingga adunan lembut...
rehatkan adunan selama 30 min..then terapkan mengikut acuan yg dikehendaki...
bakar separuh masak..ketepikan dahulu... (mama bakar 160'c selama 10 -15 minit)

CARA MEMBUAT KASTAD FILLING::

Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga sebati...
masak di atas api yg perlahan hingga agak pekat...
kemudian tuang kedlm pastri tadi...dan taburkan dgn kismis hitam ...
bakar sekali lagi pada suhu 160 'c hingga masak.... (dlm 20-25 minit)

Sunday, March 29, 2009

Jom kita lumba!~

Baru2 ni babah ada belikan Ibrahim kereta baru! suka betul dia dapat kereta lumba baru.. warna merah tu.. so dah ada 2 la kereta ibrahim skrg ni, cuma yg lama tu tak nampak real sgt sbb bentuk lego, hehe..


So tunggu apa lagi, jom kita lumba siapa yg menang!!! hehe.. mama pun suka kereta baru Ibrahim ni, hehe..

Friday, March 27, 2009

Window Shopping at T.K.Maxx

Selasa baru ni, kitaorg pergi Manchester Fort lagi.. memula kitaorg masuk Argos, lepas tu kuar balik.. masuk T.K.Maxx plak.. ala2 Parkson la kalau kat Malaysia.. tgh sales skrg ni!! hehe.. tp sales pun takdela murah pun.. boleh tahanla.. tak semua barang yg ada discount.. kena pilih2 tp limited choice.. memula, kitaorg naik atas bhgn accessories rumah & baju lelaki.. lepas tu kitaorg turun bawah plak..

Byk giler handbag, hehe.. mama pun tengok2la.. uikss.. semuanya mahal2 belaka.. mcm2 brand ada.. pastu babah offer mama kalau nak beli.. so mama pun tengok2la kan, ada satu sling bag ni, babah yg pilihkan.. okla mama pun berkenanla juga, harga pun agak reasonable la..


Then kitaorg jalan2 lagi bhgn toy budak2, hehe.. biasalakan itu jela tempat yg dituju kalau gi window shopping.. tetiba mama ternampak fire engine riding car, hehe.. mama pun cakapla kat babah.. mcm bleh try je.. pastu babah suruh ibrahim duduk & ride car tu.. punyala suka dia, hehe.. sekejap tolak, sekejap duduk, macam2la aksi Ibrahim, hehehe.. tempat tu pun tak ramai org waktu tu, bermaharajalela Ibrahim memandu, hehe..

Yang mama plak suka tengok baju budak2, memang cantik2 & ada yg tgh clearance, tp tak jumpa plak ibrahim punya size, kalau ada pun tak berkenanla plak.. lama gak Ibrahim main benda alah tu, bila dah puas, kitaorg pun pergi cashire counter, nak bayar beg mama tu la.. fire engine car tu nak beli ke?? hehe.. takla, kitaorg pinjam kejap je bagi ibrahim main, pastu letakla balik.. hehehe..


Haa, ni la sling beg yg babah belikan tu.. amacam ok tak?? okla tu kan.. bleh tukar2 dgn beg skrg ni.. puas atila, hehehe.. thanks babah ye!! :)

Thursday, March 26, 2009

Jom pekena nasi tomato!~

Ahad baru ni, pepagi lagi dah buat sarapan lepas tu sempat plak masak nasi tomato, then kitaorg pergi tesco.. lepas balik dari tesco tu, barula mama masak ayam masak merah & acar timun carrot... yg nasi tu, mama guna perencah imam.. yg ayam masak merah plak guna rempah brahim's.. semuanya dari Malaysia.. sebab tula sekejap je dah siap, hehe.. acar timun mama masak guna resepi dari myresepi.com..


lepas masak je terus makan masa panas2 lg, berselera betul kami, hehe.. selalunya kami makan nasi sekali je sehari, tp hari tu petangnya kami makan nasi tomato lagi, hehe.. memang best!!

Wednesday, March 25, 2009

It's about him..

Tag dari Puan Tulip, jom kita mulakan..

1. He is sitting in front of the TV, what is on the screen?
Cbiebies, rancangan kegemaran Ibrahim.. nak tak nak kenala tengok sama ;)

2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Semua jenis pun boleh, janji sedap, hehe..

3. What is one food he doesn't like?
Yogurt

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Tuna Sandwich & hot chocolate

5. Where did he go to high school?
SAAS Kajang

6. What size shoe does he wear?
8 or 9

7. If he was to collect anything, what would it be?
Toy Ibrahim, ada je nak beli, hehe..

8. What is his favorite type of sandwich?
Tuna, Seafood

9. What would this person eat every day if he could?
Cheestring, hehe..

10. What is his favorite cereal?
Tak sukanya dia..

11. What would he never wear?
gelang & rantai..

12. What is his favorite sports team?
Tak minat pun..

13. Who did he vote for?
So, takdela vote sesiapa..

14. Who is his best friend?
Me & Ibrahim

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
Naik angin, hehehe..

16. What is his heritage?
Melayu..Lahir di KL, tp kampung kat N9

17. What is his favourite colour?
Hijau

18. What is his habit?
Membaca, membaca & membaca lagi...

19. What is he proud of?
Ibrahimla siapa lagi kan kan kan..

20. Lastly, do you think he will read this?
Yup, confirm!! hehehe

Monday, March 23, 2009

It's time to play!~

Sabtu baru ni, pepagi lagi kami dah bersiap, tak sarapan pun sbbnya kitaorg nak pegi bersarapan di Abraham Moss School.. Sebenarnya memang setiap sabtu di sinila Malaysian Community berkumpul bersarapan pagi disamping menghantar anak mereka utk menghadiri kelas bahasa Melayu di Sekolah Malaysia disini.. So this week first time mama & ibrahim dtg sini.. Babah dah pernah pergi sebelum ni, hehe..

Macam2 makanan yg dijual, nasi lemak, laksam, nasi hujan panas, nasi kerabu, kuew teow sup, mee rebus, roti canai, nasi minyak gulai kambing, popia goreng, karipap & bermcm2 lagi kuih muih.. punyala banyak sampai confius nak makan apa, hehe.. last2 kitaog makan laksam, nasi lemak & roti canai.. pastu beli karipap & mee rebus bungkus..


Lepas tu, babah bawa kitaorg pergi Heaton Park.. adalah dlm 15-20 minit perjalanan.. Kitaorg pergi playground yg kat Heaton Park tu, saja bawa Ibrahim.. ramai juga org yg bawa anak mereka disini.. Suka betul Ibrahim!! Memula Ibrahim main gelongsor.. lepas dah puas, kitaorg pusing lagi keliling playground tu.. siap ada gelongsor yg besar lagi, punyala tinggi, hanya budak2 yg berumur 7-14 thn je yg dibenarkan naik, tp kitaorg tengok siap bapak budak pun ada yg naik, hehe..


Tp yg ok nya, base dia agak lembut, so kalau budak2 jatuh pun tak sakit, tp minta dijauhkanla kan.. lepas tu nampak ada buaian kt bahagian hujung tu.. tryla dudukkan ibrahim atas buai.. mula2 ibrahim tak leh lagi imbang badan dia atas tu, babah pegang dia sambil buai perlahan2.. bila dah lama2 ibrahim dah boleh imbang sendiri, bolehla babah lepas sekejap, tp takleh lelama, takut dia terjatuh plak, hehe.. Aik, mama pun nak join jugak ke? yelakan last pergi playground dah berzaman dulu2, hehe..

dah puas main, kitaorg pun balik umah.. sampai umah bedal mee rebus & karipap, hehe.. bayangkan ibrahim bleh mkn karipap tu sengsorang je, dasyat tak?? hehe..

Sunday, March 22, 2009

Happy Mother's Day!~

Pagi tadi kitaorg pergi Tesco, ingat nak beli barang skit.. bila masuk tengok ramai org tengah beratur nak rapping bunga.. mama & babah pelik gak.. rupa2nya hari ni Mother's day bg org kat sini.. kalau tak silap kat Malaysia, bulan 5 kan.. so takperla, kitaorg pun meneruskan pencarian barang2 yg nak dibeli..


Bila nak balik, babah ajak balik ke tempat bunga tu, rupanya2 babah nak beli bunga!! hehe.. babah kata bunga tulip ni dedicated for mama, wan & nenek sempena mother's day ni from babah & Ibrahim.. amacam cantik tak bunga tulip ni??? macam2 jenis bunga yg dijual, tp yg ni plak yg berkenan, hehe.. Ibrahim pun suka sbb berwarna-warni.. Suka sangat bila dapat pegang bunga!!

Selain tu, mama juga nak ucapkan happy mother's day utk kawan2 mama yg telah pun bergelar ibu, mak, ummi & etc.. semoga gembira selalu disamping keluarga tersayang.. kasih ibu hingga ke syurga insyaAllah..

Hadiah for Ibrahim!~

Kita sambung balik cerita pasal birthday boy ya, lepas balik dari city.. kitaorg pun balik makan kek birthday!! Mama buatkan ibrahim Strawberry Cheese Cake, kali ni mama ikut resepi lain plak, mama buat kek ni hari Khamis malam, dah kul 9.30mlm baru mula.. sampaila ke pukul 1.00 barula settle semuanya.. pagi Jumaat barula hias dgn topping chocolate & buah strawberry..


Alhamdulillah menjadi & sedap!! Ibrahim pun memang suka, lagi2 ditopped with chocolate, bertambah lajula dia mamam, hehe.. Nak tau tak hadiah apa lagi yg kami bagi Ibrahim?? Card 2nd birthday, Igglepiggle & Upsy Daisy, siap dgn batch skali.. Ibrahim pun berposingla gak dgn batch & card tu, hehe..


Jom kita lihat "What a noisy Pinky Ponk", buku cerita bunyi2an Ibrahim yg terbaru tula.. cerita ttg pengembaraan character2 in the night garden (igglepiggle, upsy daisy, tumbliboos, makka pakka & pontipines) ni menaiki ballon terbang (pinky ponk) suka betul dia dengar mcm2 bunyi bila picit kat button tepi buku tu, hehe..

Dalam buku ni siap ada games lagi.. games macam snake & ladder tu tp character of in the night gardenla.. mama & babah plak yg mainnya, hehe.. Ok Ibrahim.. hopefully our birthday boy enjoy on his birthday!!

Saturday, March 21, 2009

Meraikan birthday Ibrahim!~

Semalam petang lepas babah balik solat Jumaat, kitaorg pun bersiap & makan dulu sebelum keluar.. kitaorg jalan2 round city dgn kereta.. babah nak tunjuk tempat2 yg babah selalu pergi bila pergi uni.. agak sesak juga city of Manchester ni..


Habis semua tempat kitaorg pusing, last2 kitaorg pergi Arndale.. sampai2 je kami round2 dalam Arndale tu la, pastu keluar depan Eye of Manchester, posing2 lagi, hehe.. Ibrahim suka tengok benda tu bergerak..


Lepas tu kitaorg masuk WH Smith, kedai buku.. round2 dalam tu, mama mencari hadiah utk Ibrahim, babah plak dgn Ibrahim pusing2 bhgn lain.. pastu bila jumpa balik mama nampak Ibrahim ada pegang something, apa agaknya?? oOOo, hadiah dari babah rupanya.. Buku Cerita In The Night Garden siap dgn bunyi2an lagi tu.. semuanya bunyi2 character In The Night Garden.. Suka betul Ibrahim, gelak sakan bila dia dengar :) sbb tula babah belikan!!


Lepas tu kitaorg jalan2 lagi dalam Arndale, pastu singgah Starbuck jap, pekena Hazelnut Hot Chocolate topped with cream & Raspberry blackcurrant ice blended, huhu.. Tengokla birthday boy ni, suka betul ice blended tu, pandai plak tu dia sedut, hehe.. sekejap jela, pastu dah kena sambar dgn babah, minum hot chocolate jela ye sayang!

Lepas tu kitaorg pun balik! Nanti cerita lagi pasal hadiah ye! To be continued....

Onde2@Buah Melaka!~

2 hari lepas, mama try buat onde2 plak utk minum petang.. tp gula melaka takde, so mama masakla gula merah dgn air skit.. wah, menjadila jugak, lembut & sedap!! Sekali hadap je, abis!! hehe.. So pada siapa2 yg nak try buat, silala ye copy resepi bawah ni..


Buah Melaka
Source: http://as-hajar.fotopages.com/?page=10

Tepung Pulut(mama buat 1 cawan je)
+ Sedikit Tepung Gandum (2 sudu besar)
+ Air Suam Secukupnya
+ Pewarna (mama letak warna hijau)
= Doh
Gula melaka - dipotong2 halus (masak 5 sudu besar gula merah + 1/2 cawan air)
Kelapa parut + Sedikit garam

1. Uli tepung pulut & tepung gandum dgn air suam sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg lembut sehingga tak melekat ditangan, pastu campur skit pewarna hijau..
2. Ambil sedikit doh, letakkan sedikit potongan gula melaka ditengah2nya, dan bulatkan doh. Buat sehingga habis doh tersebut.
3. Didihkan air, masukkan doh...apabila doh timbul, biarkan seketika, angkat.
4. Salutkan doh dgn kelapa parut.

Friday, March 20, 2009

Happy 2nd Birthday Ibrahim!~

Hari ni genapla usia Ibrahim yg ke-2 tahun, begitu pantas masa berlalu kan.. dah besar dah anak mama & babah ni.. Sempatla mama buat gambar perkembangan Ibrahim dari hari pertama hinggala sekarang..


memang byk perubahan kan, makin lama semakin pintar & hensem, hehe.. Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa merahmatimu anakku sayang, insyaAllah & menjadi anak yg soleh & taat kepada mama & babah ye..

Agak2 apa perkembangan Ibrahim sekarang ni ye?? Ibrahim sekarang, makin byk celoteh, suka bercerita, hehe.. cakap pun ada yg jelasla perkataan yg disebut, bolehla mama & babah faham.. bolehla disuruh, tp yg simple2 jela.. dah pandai pegang sudu nak makan sendiri.. boleh dah bagi salam (kum) & jawab salam (lalam), hehe.. dah bleh makan buah tp banana jela, yg lain lum lagi.. suka sangat makan sayur especially carrot..

Dengar cakap gakla Ibrahim ni, pandai dah dia, kalau kitaorg bawa keluar rumah nak gi memana terus masuk kereta & duduk atas car seat, pastu keluar kereta terus duduk atas stroller.. bagus2, tak yah paksa2 dah, hehe.. Masih lagi suka menonton rancangan kegemarannya Cbeebies, byk juga yg dia blaja dari rancangan2 tu!! So agak2 apa babah & mama bagi hadiah birthday Ibrahim?? tungguuu..