~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 2, 2009

Sunday, May 31, 2009

Jom ke Car Boot Bowlee

Last Sunday, buat kali pertamanya kami pergi sendiri ke Car boot Bowlee, sebelum ni kitaorg ikut kawan2 kt sini sbb takde kenderaan, alhamdulillah kali ni kami mengexplore sendiri jalan ke car boot bowlee.. Pagi2 lg dah bangun around 6.00a.m, mama buat sarapan & kami bertolak jam 7.00pg ke arah Bowlee Community Park, Heywood Old road, Middleton..

Dalam 20 minit dah sampai, pagi2 memang jalan lengang tak byk kereta.. tp bila dah sampai terperanjat juga kitaorg sbb jam nak masuk parking, hehe.. mcm kt federal highwayla plak.. tak sangka plak camni, mulala mama call some of kawan2 kt sini mmg camni ke kalau gi carboot?? rupa2nya memang camtu, maybe sbb sampai awal, bertembung skali dgn org2 yg nak berjual skali.. alhamdulillah dekat 30 minit juga baru dpt masuk & parking..


Ramai betul orang, mahupun yg berjual & yg membeli, rasa2nya lebih 100 penjual, lenguh juga kaki berjalan, hehehe.. mcm2 jenis brg yg dijual, pakaian, buku, peralatan rumah, toy, elektrik & elektronik, dptla mengusha toy ibrahim yg memang dah lama kami nak beli, akhirnya jumpa juga.. Bead maze toy.. penat betul berjalan, cuaca punyala terik mcm dah tengahari.. ada juga jumpa ramai malaysian yg ke sini, sempatla bertegur sapa..


Pastu jumpa story book utk Ibrahim, Disney Enchanted Tales, terus berpusing2 lg sampaila ke hujung, babah plak berkenan nak beli sack chair, besar gak, nasib baik ringan blehla mama mengangkutnya, hehe.. puas betul berjalan sampai dah tak larat, berhenti jap beli juice orange, sebenarnya ibrahim yg nak, juicenya tertinggal dlm kereta.. ada disediakan gerai juga utk para penjual & pembeli..

Sambung jalan balik pusing lagi ke tempat yg kitaorg tak pergi lg.. dah abis semua tempat kitaorg pun berjalan balik ke kereta & balik rumah, penat sungguh hari ni!! hehe..

Saturday, May 30, 2009

Simple & yummy!~

Mama memang selalu buat dinner yg simple je, fish filet & mash potato yg memang menjadi kegemaran kitaorg ni.. tp kali ni mama teringin plak nak try buat sos mash potatonya, apa lagi, carila resepi kt my resepi.com.. jumpala satu resepi yg agak simple..


Alhamdulillah, memang best!! rasa mcm kfc punya pun ada, hehe.. so lepas ni blehla buat lg, insyaAllah.. makin selerala kitaorg makan, hehe.. kalau sesiapa yg nak try buat tu, blehla amik kt bawah ni ye :)

Sos kentang putar
oleh: daunpandan@myresipi.com
Macam kat KFC.

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam
Cara-cara
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.
Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.
Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat
(kicap utk bagi warna).
Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Thursday, May 28, 2009

Jalan2 city lagi!~

Sabtu lepas, kami ke city center lg, hehe.. seperti biasa, parking di Arndale, then jalan2la di Arndale & sekitar luar Arndale tu, tengah panas2 ni memang best!! pastu kitaorg ke lorong disebelah Selfridges n Co Shopping Centre, rupanya2 ada kedai2 kecil macam yg kami jumpa di sekitar Market Street dulu.. lebih kurang je barang yg dijual, kraftangan2, beg kulit, baju, food & mcm2 lg.. barangan african pun ada, hehhe..


Lepas tu kami tertarik plak dgn pakcik mat salleh ni buat persembahan, teringat sekejap kt pasar seni, kan dulu byk gak org buat persembahan kt tepi2 jalan cam ni.. kt sini pun ada yg cari mkn cara camni.. ramai juga org yg tengok, bleh tahanla suara dia..


Then kami pusing balik kt kedai2 kecil tu, tengok2 je, dibahagian sebelahnya plak, ramai betul org kalau weekend, semua org window shopping gak.. pastu kitaorg masuk selfridges n co.. saja2 nak tengok bhgn bawah, rupa2nya ada bhgn electronic & food court, singgah beli jus buah utk ibrahim yg dah abis jusnya, kuat betul minum, hehe.. pastu kitaorg keluar, masuk semula menuju ke Arndale parking, bayar & balik rumah..

Tuesday, May 26, 2009

Jom ke Sainsbury's Heaton Park!~

Jumaat baru ni, lepas babah solat jumaat.. babah ajak keluar jln2 lagi.. kali ni kami ke Sainsbury's Heaton Park.. supermarket macam tesco & asda yg ada disini.. dalam 15-20minit dari rumah.. dah 2 kali dtg sini, kali ke 3 ni baru amik gambar.. Sampai2 je hujan renyai, tp tak kira, nak amik picture gak!! hehe.. sbb tu Ibrahim tu pakai hood :) Mama pun amik gambar tertunduk skit sbb hujan :P hehe..


Selain Sainsbury, ada juga kedai2 yg lain seperti Currys (electrical shop), Wickes (Home appliances shop) & American Goft Shop.. Pernah masuk skali je dulu waktu first time dtg sini.. Bagus juga tempat ni, selain supermarket, ada cafe, pharmacy, dentist & petrol station, so sambil membeli belah boleh check gigi & mkn2, hehe.. Harga pun lebih kurang je mcm tesco & asda, adala pro & cons..


Habis shopping, sambung lg amik gambar, hehe.. rupa2nya dah 140 tahun juga Sainsbury's ni kt UK.. lama gak tu kan, kalau tak dtg sini, tak tau pun ada supermarket ni, hehehe.. Bila dah masuk supermarket, ada je barang yg nak dibeli, trolley pun mulala penuh, nasib baik muat bonet kereta comel kitaorg ni, hehe..