~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 20, 2008

Everyday, I'm Play!!!!


Nak tau tak apa yang Ibrahim buat setiap hari selain watch TV?? Tentulah main!!! Hari tuh, bila dah masuk umah, alhamdulillah Hos kitaorg yg first, bro Mokhriz bagi Ibrahim mainan lego yang banyak!! bolehla Ibrahim main puas2..


Selain tu ada gak kitaorg belikan Ibrahim mainan 1 pound cam bola & tiny tort driver.. dan yg terbaru Ducky..

bolehla menambah koleksi yang ada, Mr Catterpillar & goft stick + 2 goft balls yg dibawa dari Malaysia


Tapi yg lagi tak tahannya Ibrahim ni suka main benda ni.. nak tefon siapala agaknya dia ye? rindu kat Atuk2, Nenek, Wan, Pakteh & Aunty Lang ke?

Thursday, September 18, 2008

First Week In Manchester

6th Sept 08, setelah 1 malam tdo di rumah 2nd Hos, Bro Fadhil & Kak Lin, pagi tuh kitaorg pergi beli barang lagi, langsir, hanger, makanan ringan, cookies & etc.. pergi kedai 1 pound, semua barang dia 1 pound, bolehla cari yg betul2 nak, sbb kira murahla.. pastu balik rumah kak lin balik..

Petang tu hubby pergi pasar ramadhan, diorang first time buat kat Cheetham Hill Community school, pergi takla lewat tp byk mknan dah abis.. adala kuih muih 2 jenis.. Kalau tengok gambar tuh, memang meleleh air liur, hehe.. terasa macam kat Malaysia plak..

Malam tu, berbuka kat rumah Kak Lin, iftar kat sini lewat dalam 7.40mlm, sahur plak 4.45a.m dah abis, tp makin lama makin awal la berbuka & sahur lewat abis.. terasa lama giler berpuasa.. tak cam kat Malaysia, 5.30a.m masih leh makan, rindunya kat Malaysia!

Setelah solat2 semua, dalam 10.30mlm, kami pun berpindahla ke rumah sewa, sampai je rumah sewa, kemas mana yg patut, sbb dah penat giler + ngantuk lg, almaklumla, jet lag sbb baru hari ke-2, Ibrahim memang dah lama tdo sejak dari rumah Kak Lin lagi..

Esoknya, 7th Sept08 pagi2 lagi Bro Mokhriz dtg amik kitaorg dgn keluarga Kak Lin, hajat hari ni nak gi car boot sale yang besar dekat2 sini, tp hari tu semuanya tutup, padang basah, so tak dapatla pergi, last2 kitaorg pergi kat car boot Salford je.. dapatla beli baju & jaket Ibrahim, 1 pound je sehelai, jaket mama & babah, vakuum cleaner.. semua nya ok.. pastu masuk kat supermarket beli lg apa2 yg belum dibeli..

Petang tu, mama dah start masak untuk babah & Ibrahim.. adala bawa rempah2 dari Malaysia, so tak kekok la nak masak.. tp kata babah mama kena biasakan guna apa yg ada kat sini, pelbagaikan ingredients.. Paling tak sangka, petang tu bro Fadhil hantar nasi ayam plak.. rezeki2.. Terima kasihla ye..

8th Sept 08, babah pergi Uni, so mama duk ngan Ibrahim kat umah.. alhamdulillah, rumah ni sebelum ni Malaysian duduk, diorang nak balik Malaysia 3 bulan, so dah tak nak sewa umah ni, balik sini nanti diorang nak cari rumah lain, so punyala baik hati bagi pinjam kitaorg tv, so dapatla Ibrahim tgk tv, rancangan kegemaran CBeebies, memang khas utk baby cam Ibrahim, suka betul dia!

Susah betul nak suruh dia jauh dari tv takut rosak mata.. Sampai letak something kat depan pun tak jalan gak!

9th Sept 08, Babah bawa mama & Ibrahim pergi beli makanan halal di Cheetham Hill Road, okla banyak kedai gak kat sini, semua Pakistanian yg punya.. dapatla beli ayam, sayur2an, buah2an, ikan & macam2 lg.. Petang tu ada jiran Malaysian, Kak Sabariah yg dah 9 bulan duk sini bagi ikan bakar + agar2, murah rezeki betul.. Terima kasih Kak Saba!

10th Sept08, pagi Kak Saba ajak dtg umah dia, saja2 nak borak2 kenal2, pastu dia ajak lagi pegi tengok kedai makanan halal, so bolehla tanya serba skit pasal masakan kat dia, sbbnya dia ni berniaga ayam percik kat sini.. pastu dia ajak berbuka kat umah dia esok.. Petang tu kitaorg pergi Curry & Worldworth kat sebelah Manchester Fort, hajat di hati nak cari microwave yang murah je, alhamdulillah dapatla beli, susah kalau takde microwave nak panaskan lauk, takkan asik nak guna gas je kan.. Petang tu kami ajak tenant lama, Bro Shahrin berbuka di rumah, dia balik Malaysia lewat skit dah nak dekat raya nanti.. Wife & anak2 dah balik dulu.. Mama masak sup ayam & sayur campur..

11th Sept08, tak gi memana duk umah je, kemas2, tak masak pun hr ni, almaklumla kak Saba dah ajak berbuka, kul 7.30p.m pergila kami ke rumah Kak Saba yg terletak hanya selang beberapa buah rumah.. memang sedap! macam2 ada, ayam percik, kari daging, sayur sawi, daging bakar, dasyat sungguh! Kuih seri muka.. Ibrahim plak tengah tido time kitaorg pergi tuh, terpinga2 dibuatnya, mkn pun mcm tak bermaya, hehe.. tp lepas tu dia sedar, asik nak makan je kerjanya! Sabar jela..

12th Sept08, pagi dalam kul 11.00a.m pergi Cheetham Hill Care Center, nak register NHS untuk kitaorg satu family, setiap family yg baru dtg memang kena register & boleh pilih clinic, kira cam panel la, so kena rush sbb hari ni babah nak Solat Jumaat, pastu balik...

13th Sept08, kami dijemput hadir ke Majlis Berbuka Puasa postgrade student MCCH di Cheetham Hill Community School, so dapatla kenal2 dgn akak2 kat sini, ramai yg beranak kecil rupanya.. Ramai betul kawan Ibrahim!, Tengokla aksi dia.. punyala selamba, macam dah selalu pergi je.. Tp kami tak tunggu sampai abis terawih, tak larat! Lagi2 dgn adanya Ibrahim, payah nak jaga.. balik minta tolong orang hantar, almaklumla takde keta.. malam tu mama masak ayam sweet sour utk sahur plak.. Ibrahim? Sekejap je dah lena, penat main tadi!


14th Sept08, tak kemana pun, babah je yg kuar beli barang dapur, hari ni jemput Kak Lin sekeluarga berbuka disini, masakla ayam kurma & sayur campur, Kak Lin plak bawa kupang sambal, keropok & kuih bingka pandan.. Dapatla Ibrahim jumpa Irfan, anak Kak Lin dah 4thn umurnya.. Dah pergi sekolah kat sini, cakap omputih berabuk abis! Main lagi malam ni ye Ibrahim!

Transit at Dubai

5th Sept 08 - around 3.30a.m alhamdulillah, dah sampai Dubai setelah 6 jam perjalanan dari KLIA, sampai2 je, macam pelik mana pergi nye stroller kitaorg, camna nak bawa Ibrahim ni? nampak stroller bebenyak kat tempat keluar tu, tp tak pastila boleh ambil ke tak? rupa2nya memang kena guna stroller diorang sediakan, stroller kitaorg dah antar terus ke Manchester..


Lepas solat subuh, kitaorg pun berjalan2 kat Duty Free Dubai, masyaAllah macam2 kedai ada, pergila tengok kedai perfume, pastu tengok kedai emas plak, bleh tahan mahal gakla.. sempat gak bergambar kat depan kedai2 tuh.. :) Masa kat sini, sempat gakla Ibrahim berkenalan dgn Malaysian yang kebetulan pun naik plane yg sama dgn kitaorg, Musadiq & Aishah, anak Dr Murni yg berkerja di Sheffield.

Sementara nak tunggu masuk tu, sempat lg dgn sukahatinya Ibrahim join budak2 India ni main keta diorang, sabar jela.. Pastu around 7.55a.m beraturla kitaorg balik nak naik plane ke Manchester, masuk2 je terus duduk kat tempat yang telah di booked. Perjalanan 7 jam ke Manchester, kali ni waktu siang, so dapatla tengok luar.. Pemandangan yg sungguh indah, betapa besar kuasa Allah menjadikannya. Ibrahim pun tak banyak ragam, syukur sgt.. time makan, kitaorg pun makanla, nak buat camna kan, dah dalam musafir..


Pastu Pramugara Emirates ni ambil gambar Ibrahim pakai instant camera & bagi kitaorang terus gambar tu dgn cover skali, memang kenangan yang bestla utk kami.. Servis ok, pasni bleh naik lagi Emirates, ye tak? Cewah macam promote la plak.. hehe

So sampaila kami ke Manchester dalam pukul 1.30tghr waktu tempatan, sampai2 je terus pergi tempat immigration, beratur punya la panjang, dengan Ibrahimnya yg asik nak berjalan je, memang menguji betul.. last2 babah je yg beratur, mama jaga Ibrahim, dah sampai turn kitaorg baru mama bawa Ibrahim terus ke counter, punyala kena bersabar! Alhamdulillah, takde problem, terus pergi amik beg2 then, pergi ke rumah Hos dgn limo Airport Carz..

Wednesday, September 17, 2008

Tibala Sangat Tika & Waktunya!

4th Sept 08, pagi2 lagi dah bangun, bersemangat nak settlekan kemas baju & benda2 lain dalam beg yang nak dibawa, bayangkanla, hari dah nak pergi pun beg belum settle2 lagi.. keluar masuk, keluar masuk.. serba tak kena, last2 betul2 settle nak tau bila? pukul 6.00ptg.. sabar jela.. alhamdulillah, kira punya kira tak lebih 60kg..


Pagi tu, sempat lagi pegi Tesco beli barang nak masak, sebab hari ni pasti ramai yang dtg dari kampung hubby.. Sempat lagi Ibrahim main kat Tesco! Balik2 je ramai yg dah tiba, Awe (nenek), Pak Lang, Mak Lang, Mak Long, We Chik (Nenek Saudara), dan ramai lagi tiba sebelum berbuka, anak2 Pak Lang & Mak Lang..

Pukul 9.00mlm bertolakla kami ke KLIA membawa 3 beg besar + 1 kotak, stroller & 2 hand luggage.. kira banyak gakla barang kan.. Sampai2 je terus wrap beg2 yang nak di check in.. takut pecah dicampak2 nanti..

Ramai gak yg ikut hantar, termasukla mama & abahku dari TPG dgn pakcik Alias & anaknya Emilia.. Beratur kat line M untuk Emirates Airline, nasib baikla dah check in online, takla panjang sangat sebab dah ada lane yang khas untuk online check in.. Check in beg & dapat 2 sets boarding pass dari KLIA ke Dubai & Dubai ke Manchester untuk kami bertiga..

Pastu berkumpul beramai2, borak2, sekejap betul masa berlalu dah pkl 11.00 malam.. Maka tibala untuk kami masuk ke dalam untuk terus ke tempat menunggu naik plane.. Sebak betul rasanya tak terkata, mana taknya, lama gak nak tinggalkan family kat Malaysia.. Ibrahim plak excited betul, siap babai2 lagi, macam tau2 je dia nak pergi tinggalkan semua orang..

Pastu terus ke balai berlepas, naik train, Ibrahim still excited, tak nak duduk kat stroller, asik nak jalan je.. penat sungguh! sampaila nak naik plane.. alhamdulillah nasib baik dah booked tempat dalam plane so terus je pergi tempat yg telah tersedia.. Maka berlepasla Emirates plane pukul 12.55a.m 5th Sept08..

Dalam plane, maybe sbb malam, alhamdulillah Ibrahim tak meragam sangat, asik tido je.. tak bangun langsung, mkn pun tak bangun, so mama simpan je mknn dia, nanti bleh bagi bila dia dah bangun.. Tapi Ibrahim bangun pun tak makan, just nak susu je..

Tuesday, September 16, 2008

Farewell High Tea with RPA Staffs

30th Aug 08 - Around 11.30a.m bertolakla kami 3 beranak ke Hilton PJ, untuk memenuhi jemputan pihak unitku RPA, farewell high tea, start dalam 12.30 tghr, alhamdulillah, sampai on time, waktu sampai jumpa kat Yati dgn anaknya Atan, Kak Gayah & Kak Emy satu keta..

Yang lain semua jumpa kat lobby infront the restaurant, En Midi & wife.. Dan ada yang sampai sedikit lewat, kitaorg dah start makan, Maisarah, Mas Alina, Kak Sham & 2 anaknya, En Pakri & Puan Norliza.


Makanan semua sedap2 belaka, Ibrahim pun suka, asyik betul makan dgn babah dia.. Abis makan tuh, kitaorg pun bergambarla beramai2.. Sampaila masa penyampaian hadiah dari seluruh RRM, tak sangka plak dapat hadiah. Agak2 apa hadiahnya? Backpack Timberland pink color lg tuh.. Terima kasih pada seluruh warga RRM.. buat susah2 je..

Seorang lagi yg masih tak sampai2, Fadzil yg masih dalam perjalanan setelah 2 jam kami makan2 tuh.. tak sempat nak jumpa dia waktu kitaorg balik.. Ibrahim dah meragam, biasala kan budak2 mana bleh lama2..

Walau apapun harap perkenalan ini tak abis camni je, insyaAllah ada rezeki kita akan jumpa lagi ye.. All the best for all warga RPA & RRM keseluruhannya! Doakanla kami di sini ye..

Monday, September 15, 2008

Journey to the North!

26 Aug 08 - dah mula cuti hari ni, apalagi, pagi2 lagi dah kuar, tp hari ni still hantar Ibrahim kat Nursery sbb banyak benda nak selesaikan pagi ni.. mula2 sarapan kat CP, pastu terus ke Putrajaya, urusan hubby dgn MOHE, then straight to my office again, amik barang tertinggal semalamnya.. pastu pergi Celcom, terminate line HP office. Then terus balik umah, kemas2 baju, solat Zohor pastu terus amik Ibrahim kat Nursery & mamaku kat TPG.

Bermula perjalanan kami ke Penang, nak pergi melawat rumah my MIL yang sekarang ni tgh keje di Penang. First time bawa Ibrahim jalan jauh2 ni.. MasyaAllah, mula2 je ok, bila dah lama tak boleh duk diam dalam keta, asik nak gi depan, pastu gi belakang balik, sabar jela.. Perjalanan mengambil masa dalam 5 jam campur berhenti makan & solat, sampai je dah kul 9 lebih.. Penat sungguh!! Tp Ibrahim masih boleh main bola lagi tuh! Mana taknya dia dah tido dalam keta..

Second day, pagi2 sebelum kuar, jalan2 tengok sekeliling rumah tu.. luas betul, ni rumah quarters kerajaan dalam Penang Free School, MIL duk rumah ni sementara je dgn adik ipar yang second, Islah tgh amik Medic kat PMC, adala teman MIL.. Rumah yg sepatutnya MIL duk tak siap lagi, tengah dalam binaan..
So agak2 pergi mana kita hari ni?? Jom pergi Penang Butterfly Farm!!! Perjalanan dalam masa 1/2 jam dari rumah ke Teluk Bahang.. Okla, banyak betul butterfly kat sini.. bukan setakat butterfly je, lain2 serangga pun ada.. Untuk yg belum pernah ke Penang, bolehla masukkan dalam senarai tempat yg ingin dilawati di Penang.

Balik dari Penang Butterfly Farm, sampai kat Batu Feringgi, singgahla kitaorg kat gerai Asam Laksa, apalagi, perut tengah lapar.. mkn asam laksa & air kelapa muda.. memang best!! selain tu ada gak makanan bergoreng yg lain.. Pas makan, gi plak tepi pantai, first time Ibrahim dapat gi tepi pantai!! suka betul dia..
Sekejap betul masa berlalu, dah nak balik! 28hb Aug 08, pagi2 lagi kitaorg dah bersiap nak bertolak balik KL, dalam perjalanan singgah Tapah, makan tengahari & solat Asar, sempat gakla beli buah-buahan & yang paling best, Ibrahim dapat makan Baskin Robin!! Best best.. Lepas ni tak taula bila bleh makan kan?! Enjoy the piccas!

Sunday, September 14, 2008

Last Day Work

25th August 2008, tarikh akhir me bekerja di sini, pasni dah start abiskan cuti, sedihnya rasa.. tp nak buat camna kan, takde rezeki lagi kat tempat ni. InsyaAllah, mesti ada hikmahnya.. So sebelum balik, kami 1 unit, walaupun ramai yg takde, either bercuti or training, apalagi bergambar sakan ler kami sebelum balik..
Unitku ini bukannya ramai, 11 org je, tp hari ni, ramai takde kat ofis, cuma 7 org je yg ada termasuk diriku, Kak Sham, Mas Alina, Maisara, Kak Gayah, Kak Yati & En Midi, 4 orang lagi bercuti & training, bos, Puan Liza gi training, Fadzil, En Pakri & Kak Emi bercuti, almaklumla kan ke cuti sekolah.. Diorang ni semuanya baik2 & sangat supportive.. InsyaAllah ada rezeki nanti kita jumpa lagi..

Thursday, September 11, 2008

The Journey Begin!

Alhamdulillah, 5th Sept 08, 1255am bertolakla kami from KLIA International Airport naik Emirates, perjalanan 6 jam ke Dubai untuk transit 4 jam dan kemudian bertolak ke Manchester selama 7 jam.. Memang penat, lagi2 kena jaga Ibrahim.. Nasib baikla tak puasa sbb dalam musafir, kalau tak memang lagi teruk..

Sampai Manchester, alhamdulillah tak delay.. ikut seperti yg dijadualkan 1.30ptg, time org tengah solat Jumaat, nasib baikla committee kat sini dah bookkan limo (Airport Carz), memang besar, boleh muat semua beg.. cuaca plak, hujan renyai, sejuk giler!

Terus ke rumah Hos pertama, Bro Mokhriz & Kak Zai.. Tak sempat rehat, terus pergi tengok rumah sewa, kira okla, cuma kena bersihkan skit2, then terus pergi ASDA beli brg2 keperluan asas yg perlu cam beras, gula, garam, susu Ibrahim, dypers & etc, nasib baikla diorang bagi tunjuk ajar camna nak shopping kat sini, sbb semuanya mahal..

Lepas tu, hantar brg kat rumah sewa balik, pergi balik rumah bro Mokhriz, buka puasa.. pastu pergi rumah Hos ke2, Kak Lin & Bro Fadhil untuk tido.. memang penat tak terkira, pagi plak nak bangun sahur.. pastu start puasa..

Hari ni, 11.09.08 barula siap set up internet + phone kat rumah ni, alhamdulillah.. barula boleh nak update blog ni.. insyaAllah will update more soon tentang minggu terakhir di Malaysia sblm ke Manchester & our journey piccas from KLIA to Dubai & this week in Manchester.. Harap semua doakan kami dipermudahkan segala urusan disini, insyaAllah..

Wednesday, September 3, 2008

Salam Ramadhan AlMubaraq!


Hari ni hari ke-3 umat Islam berpuasa.. Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam diseluruh dunia.. semoga ramadhan kali ini lebih barakah & lebih dimanfaatkan sebaik2nya daripada sebelum ini..

Some updates for Ibrahim: lebih aggressive sejak duduk kat umah ni & lebih manja..

Gambar Ibrahim tengah main bola kat Jusco CS sehari sebelum Merdeka

Sunday, August 31, 2008

Selamat Hari Merdeka!!!



Alhamdulillah, sempat gak nak berblog hari ni, sorryla semua banyak benda nak buat this week, so tak sempatla nak update, takperla later i tell u all ok..

Dikesempatan ini, nak ucapkan Selamat Hari Merdeka to all rakyat Malaysia walau dimana anda berada, insyaAllah we are proud to be Malaysian!!!


So what Ibrahim do on hari Merdeka?? Just play at home with family & his friends!!

So nila friends Ibrahim, Yoshi, Sid, Teddy(Favorite), Jumbo & Kanggaroo..

Monday, August 25, 2008

Weekend oh Weekend! Yayyy!


Sabtu lepas, kami bertiga pergi KLCC Convention Center pagi around 11.30am, sebabnya ada briefing from Uni of Manchester tentang pre-departure student information, sampai awal around 12.15pm, so apalagi tempat takde orang, suka betul Ibrahim.. ke hulu ke hilir, siap landing lagi.. :) penat sungguh mama Ibrahim, tak terkejar dibuatnya..



Petang plak ada kunjungan dari Kak Sue dan Erin ke rumah BTHO, thanks for coming, diorang ni ex-housemate time study kat Melaka dulu.. Risau betul mama tengok Ibrahim yang sesuka hati dia je amik digital camera Kak Sue, yela manala tau kang dibuatnya dia baling cam main bola, dah sudah.. Nak amik gambar mama ye sayang..hehe. Bestnya jumpa korang sebab dah lama sangat tak jumpa, selalu calling2 je.. Bilala agaknya nak jumpa lagi kan! InsyaAllah ada rezeki, adala kan..



Ahad plak, we all balik kampung mama, kat mana?? Mana lagi, TPG la.. balik jumpa nenek & atuk Ibrahim tersayang! Petang plak, pak cik, makcik , sepupu mama datang nak tengok Ibrahim, diorang kata dah lama tak jumpa Ibrahim, rindu sangat nak tengok anak mama ni.. :) Terlupa plak nak snap gambar, ni amek dari gambar yang lama2..Enjoyyy!

Friday, August 22, 2008

Lawatan ke Klinik Kita, CP

Semalam petang, lepas amik Ibrahim kitaorang pergi Klinik Kita at CP, masuk kali ni dah 3 kali pergi, sebabnya Ibrahim asik demam je sepanjang 2 minggu ni. 2nd time pergi, just amik ubat je, kali ni gi jumpa Doc Salmi lagi untuk consultation.

Rupa2nya Ibrahim kena Tonsils tekak, doktor kata ni penyakit keturunan, agak2 dapat dari gene siapa eh? :), patutla tak baik2 demam anak mama ni.. Tapi active dia bukan main lagi.. best betul Ibrahim dapat main gelongsor.. Semoga Ibrahim cepat2 sembuh ye, insyaAllah.. Enjoy the piccas!


Some info about Tonsils

The tonsils are areas of lymphoid tissue on either side of the throat. An infection of the tonsils is called tonsillitis. Most commonly, the term "tonsils" refers to the palatine tonsils that can be seen in the back of the throat.

Like other organs of the lymphatic system, the tonsils act as part of the immune system to help protect against infection. In particular, they are believed to be involved in helping fight off pharyngeal and upper respiratory tract infections.