~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Saturday, November 8, 2008

Argos ~ Shopping

Kali ni nak try plak shopping online kat Argos, sbbnya barang yg nak dibeli tu berat gakla.. semenjak 2 menjak ni sejuk bukan main time memalam, nak bukak heater gas, mahalla plak kang, so babah decide nak beli electric heater lagi satu.. Tp kali ni kitaorg beli yg kecik je, nak letak kat bedroom, 500watt je so tak makan byk electric sangat, bleh pakai lama skit..

Delonghi Electric Heater, 500watt

Tp mama plak teringin nak toaster, tgh ada promotion so belila gak, boleh buat roti bakar lepas ni!! Yeyyyyy..

Cookworks 2 slice toaster
Experience dgn Argos shopping online, not so convenience sbbnya dia takde confirmation order kat web dia tu, pastu confirmation dalam email pun cam tak meyakinkan langsung! So kami pun tak berharap sangatla benda ni sampai cepat.. Then Rabu lepas, babah saja call Argos nak tanya sbb memang kitaorg minta hantar hari Rabu, tak sangka plak dia kata on the way, tak lama lepas tu, sampaila barang2 ni.. Tp yg tak puas ati, ada lagi barang tak dapat.. Jam dinding! saja nak menambah jam kat umah ni, sbb jam kat sini semuanya mahal2, kat Argos je yg murah & besar, tp tak sampaila plak. So babah call balik cakap tak dapat, then minta refund balik, takperla takde rezeki!

2 comments:

gee ryder said...

wah byknye shopping...mcm² beli...

unique1012 said...

kak gee,
shopping yg perlu je, hehe..