~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 13, 2009

Sheffield, here we come!!~

Jumaat lepas, alhamdulillah kitaorg dapat hire kereta Vauxhall Corsa from Enterprise Car Rental Company yg direcommend oleh bro Fadil, kawan kami di sini.. Sewa 3 hari dari Jumaat sampai Ahad.. saja nak try dulu.. kitaorg siap pinjam tom2(GPS navigation) drpd bro Fadil lg, thanks bebanyak ye!!.. takut sesat.. memang bagus tom2 ni.. so takdela risau sgt tak jumpa jalan, yg penting tau postcode or nama tempat yg nak pergi.. kena prepare gakla sebelum pergi ;)


Babah ajak kitaorg pergi Sheffield, bertolak pun dalam 10 lebih lepas babah amik kereta, mama siapkan bekal apa2 yg patut.. bertolakla kitaorg ke Sheffield, Ibrahim pun excited! siap bawa Ducky lagi, hehehe.. Perjalanan amik masa dalam 1 jam 1/2.. Ibrahim sempat tdo lg on the way tu.. Pemandangan dalam perjalanan tu punyala cantik!! Tp jalan dia masyaAllah, mcm Bukit Putus kat Kuala Pilah tu.. jalan yg agak sempit & byk kabus..


Sheffield, tempatnya agak tenang & lebih sejuk lagi dari Manchester, maybe sbb kawasannya yg berbukit2.. sampai2 je kitaorg terus gi umah lama babah dulu waktu Wan (my MIL) amik PhD kat Sheffield.. Singgah amik gambar je, hehe..


Pastu, ingat nak gi sekolah lama babah, tp tak jumpa plak.. last2 kitaorg gi Morrisons Shopping Complex, bangunan dia memang unique mcm istana lama.. Gi toilet je, hehe.. ingatkan nak gi makan kat situ, tp takleh bawa masuk outside food, so kitaorg makan dalam keter jela..


Pastu mama ingat nak call kawan2 serumah Aty dulu, so mama pun tryla satu2, tp semua tak pick up, kitaorg fikir, takde rezeki kot nak jumpa diorg, yela nak dtg tak cakap, sbb ingatkan nak gi Ahad, tp Jumaat dah sampai, sorry to Aty gak sbb tak inform tukar plan last minit.. Tp kitaorg still gi gak lalu dekat kawasan rumah diorg tu.. dekat je dari Uni of Sheffield..


Pastu, babah cakap nak gi Meadowhall, shopping mall gak.. so kitaorg terus ke Meadowhall, agak jauh gak dari situ, dalam 20 minit, kena lalu town dulu.. Dapatla tengok town Sheffield...


Sampai Meadowhall, barula shopping, belila barang2 yg perlu.. masa kat Poundland, tetiba ada call dari Kak Mai, kawan serumah Aty, so mama bagi tau yg kitaorg dah sampai kat Sheffield, alhamdulillah diorg ada kat rumah, so bolehla dtg amik barang yg Aty tinggalkan utk kitaorg..

Lama gak kat Meadowhall, lepas sejam kitaorg pun bertolak ke rumah lama Aty, sampai2 je dapatla jumpa Kak Mai, Ezati, Shim, Hadiza (dtg nak tengok Ibrahim) & Sha jumpa waktu kitaorg dah nak kuar rumah.. Semuanya ramah2 & baik2 belaka.. Siap dinner lagi sebelum balik, hehe.. Tp terlupa plak nak bergambar, asik borak je.. Terima kasih banyak2 ye semua.. Yg paling best Ibrahimla, dapat jumpa Aunty Lang punya kawan2 ye?!


So kami bertolak balik dalam kul 6pm.. Agak2 apa barang yg Aty tinggalkan utk kitaorg?? Banyak juga.. Ada satu beg kecil & 4 plastic beg include periuk nasi, set cadar & sarung duvet, sejadah, stationary, iron, mangkuk, piring, uk book map & stuff for Ibrahim (story books, hat, snowman & dino).. penuh gakla keter, hehe.. Thanks bebanyak Aty!! Lepas ni, kemana kita ye??!! Tungguuuu...

2 comments:

tulip said...

seronoknya... pastu pegi liverpool pulak. jumpa jiran tetangga. hehe

unique1012 said...

zeaty,
tula.. hehe.. insyaAllah, suatu hari nanti..