~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Sunday, January 25, 2009

First time join Program Helwa Manchester!~

Semalam pepagi lagi babah dah kuar gi uni, byk keje nak dibuat sebelum discussion ptgnya, pastu Kak Siti, jiran dekat ngan rumah call ajak mama join program Helwa yg diadakan di rumah Dr Nur Hafizah, dekat area Appleton Gardens.. Babah bagi, so dalam 2.30pm mama pun pergila dgn Kak Siti & 2 anaknya, Danish & Sarah.. tak jauh pun, jalan kaki je..

Rumah baru, amatla cantik.. 3tkt lagi tuh.. sampai2 je gi tingkat 1 ruang tamu, adala 3-4 org kakak2 yg dah sampai tgh solat Asar.. pastu sembang2 sementara tunggu yg lain tiba.. Ada gak yg dah kenal muka, tp sbb dah lama tak jumpa, maka lupala nama, hehe.. Ramai gak yg datang, dekat 20 org gakla campur dgn anak2..


First pict, Ibrahim sampai2 je terus dah nak main,, excited betul dia!! macam rumah dia plak, hehe.. pastu yg tudung purple tula, tuan rumah, Dr Hafizah.. Acara bermula dgn ucapan pengerusi majlis, Puan Mastura merangkap chef kita hari ni (Pict2).. Lepas tu kitaorg semua kena turun ke dapur sbb acara masak memasak akan bermula, menu kita arinih, Lasagne & Soup Carrot.. Pict ke-4 semua kakak2 yg berminat nak tengok camna cara nak buat lasagne..


Mama plak duk bersembang dgn Kak Ku, pict-2 tu anak diala, baru nak masuk setahun.. Ibrahim bila dah penat, barula dtg kat mama, nak susu.. pastu dah tak main dah sampaila waktu makan.. Pict-4, 2 chef kita, Kak Mastura utk Lasagne, Kak Ina utk Carrot Soup & itula jiran saya Kak Siti & Sarah..


Inila Carrot Soup & Lasagne yg dah siap dimasak, memang sedap!! Lepas ni blehla try ye, insyaAllah.. Ada gak makanan lain, kuew teow goreng, karipap, muffins, cup cakes & etc..Semuanya sedap2 belaka..Lama gak kat sana, sbb demo & makan2 lagi, pastu ada tazkirah.. tp kitaorg tak sempat tunggu tazkirah, sbb Sarah tak sihat sgt, so mama & Ibrahim ikut Kak Siti balik awal, yelakan pergi sama2, balik pun mestila sama2 kan.. Lagipun dah maghrib, lambat2 gelap..

*Pict makanan tu mama amik dari facebook Kak Nazean, tq ye kak.. tak sempat snap pict makananla..

No comments: