~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 29, 2009

Resepi Aneka Muffin

Atas permintaan Lieya, disertakan resepi utk aneka muffin yg mama buat sebelum ni.. Lepas ni blehla cuba ye! Bahan2 pun tak susah nak cari..


MUFFIN STRAWBERY / BLUEBERRY

Bahan2 :

1/4 cawan minyak canola (mama gunakan minyak masak)
1/2 cup milk (mama tambahkan lagi kuantiti susu segar dekat 1 cup)
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 cawan gula
1 3/4 cawan tepung serbaguna
1 cawan strawberry dicincang kasar (mama hanya masukkan jem strawberry/blueberry)

Cara2 :

1. Panaskan ketuhar kepada 180 C. Alaskan tin muffin dengan kertas muffin.
2. Di dalam mangkuk yang kecil, satukan minyak, susu dan telur. Kacau perlahan agar sebati.
3. Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, garam dan serbuk penaik. Masukkan gula dan kacau rata. Masukkan pula buah strawberry.
4. Tuangkan kesemua cecair ke dalam adunan tepung dan kacau rata.
5. Sudukan bancuhan ke dalam muffin cup. Sekiranya menggunakan jem strawberry, sudukan separuh bancuhan, letakkan sesudu kecil jem, dan tutupkan dengan bancuhan.
6. Bakar selama 25 minit. Biarkan selama 10 minit sebelum muffin dikeluarkan dari tin.

Source: Mamafami fotopages

2 comments:

tulip said...

cam sedap la nabilah.
syoknya kalau umah aku ada oven. kalo pakai microwave sama gak ke aa?

unique1012 said...

zeaty,
microwave biasa ke?? ishh lain jadinya kang, hehe.. tak pernah lak aku try.. tp ada gak resepi yg kukus, cuba ko try cari.. pengukus ada kan..