~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 27, 2008

Sepetang di Cheetham Hill!~

Petang semalam, selepas babah balik dari solat Jumaat, tunggu solat Asar jap.. Dalam 2.30ptg kitaorg pun keluar ke arah Cheetham Hill Road.. Hari ni cuaca agak cerah & sejuk! Kemana kita agaknya? Mestila ke arah Manchester Super Store, supermarket kegemaran kitaorg, hehe.. beli barang dapur..

Kitaorg plak lupa nak bawa Ibrahim punya glove, kan ke baru beli.. nasib baikla mama memang pakai glove, pakaikan Ibrahim glove mama, hehe.. kesian dia sejuk ye.. tp nampak kelakarla, hehe.. Bila dah sampai tu, legala skit, sbb kat dalam supermarket tu agak panas..


Dah habis membeli barang, kitaorg pun melintas jalan.. jalan cheetham hill road hari ni agak sesak! pastu singgah jap Punjab Tandoori Fast Food Restaurant, babah nak beli briyani & pizza, sambil tunggu babah order sempat gakla mama amik gambar Ibrahim depan restaurant tu.. tp biasala Ibrahim mana nak pandang bila amik gambar :)


Pastu kitaorg gi top up meter elektrik, pastu patah balik ke Punjab Tandoori Fast Food sbb tunggu makanan siap plak.. lama gakla.. Ibrahim dah mulala meragam, nak kuar dari stroller.. pastu mama pun bawala pusing2 sampai babah settle, pastu kitaorg pun balik..

No comments: