~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Friday, December 5, 2008

Our First Trip to Manchester City Center!~ Part 2

Lepas puas naik The Wheel of Manchester, terus masuk Selfriges & Co... Sebelah tu je, masuk2 je terus bahagian perfume & cosmetic, ala2 Parkson kat Malaysia.. meriah betul sbb skrg ni kan dah dekat krismas, tak meronda sepenuhnya pun, sekadar lalu je.. pastu terus kuar masuk Mark & Spenser plak, teruja gak tengok jacket2 dia, memang cantik2 belaka, tp harganya 4X ganda dari kedai biasa, hehe.. memang window shopping jela ;)


Pastu keluar ke Market Street, sepanjang jalan ni memang semuanya kedai.. macam2 kedai ada, Boots, Tesco, Mobile, Sports, Kedai Buah, etc.. Jalan ni gak bleh tembus dari Arndale Shopping center tu.. So kitaorg pun masuk Arndale plak, separuh jalan, sampai kedai Buku, pusing balik, kuar,hehe..


Babah cakap nak kuar duit.. So berhenti sekejap kat depan Barclays Bank Atm, masa ni sempatla mama snap gambar Ibrahim.. Ibrahim dah tdo dgn jayanya.. Biasala anak mama ni, kalau gi memana, tak sah kalau tak tdo.. Best agaknya tengah sejuk2 ni, hehe.. Lepas tu kitaorg terus jalan lagi ke depan, masuk Primark plak, kedai ni bleh tahan murah gak, tp kitaorg tak beli apa2, mana taknya tengok org beratur nak bayar je punyala panjang, hehe..


Pastu kuar balik, terus tembus ke Piccadilly Gardens, central station untuk bas & tram.. Amik gambar kat tengah2 area tu, nampakla bas yg selalu babah naik gi uni.. Pastu babah cakap selalunya kat tengah2 tu ada air pancut, tp skrg ni dia tutup tgh buat Snow Slide untuk krismas ni.. blehla org2 kat sini main ski.. macam best je kan! pastu kitaorg pun pusing2 area kat situ, masuk kedai, keluar kedai.. penat gakla..

Babah plak lapar, nak makan something, so kitaorg masuk balik Arndale, tak tau kat mana tempat makan, adala nampak dari luar KFC, Pizza Hut, hehe.. mana halal.. so tryla call Kak Lin, tanya dia kat mana tempat makan, dia cakap dekat area kedai New Look, so jalan2 lagi sambil mencari, jumpa plak ada kakak Malaysian ni, so kitaorg pun tanyala dia.. last2 nampak gak Arndale Market kat tingkat 1, memang ada food court kat area tuh.. macam2 makanan ada.. Tp kena cari yg halal kan, last2 babah beli sandwich Tuna & Orange Juice kat kedai Pakistan.. makanla kitaorg bertiga.. masa ni Ibrahim baru je bangun dari tdo, tak sempat plak nak snap piccas waktu tengah makan, hehe..


Lepas makan, kitaorg pun balik.. naik taxi lagi, tp tak balik rumah terus, berhenti kat cheetham hill road, pastu gi top up meter elektrik, babah plak gi potong rambut, mama bawa Ibrahim ke Manchester Super Store, beli barang dapur skit, pastu baru balik ke rumah.. Tengah jalan balik tu, mama tengok ada lagi saki baki snow yg masih belum cair kat tepi jalan nak ke rumah kitaorg tu, apa lagi amik gambar lagi! hehe.. Sampai rumah nak kena prepare makan malam plak.. asik makan je kan! hehe..

4 comments:

tunfrida said...

seronoknya dia g jalan-jalan. and SNOW!!
nak shoping tunggu Boxing Day, murah-murah belaka...orang kata. tak tahulah 'poket' kata apa. hehehe

unique1012 said...

normi,
hehe.. alhamdulillah, merasala gak kan.. betul tu, org sini pun cakap, time boxing day memang murah.. tp mesti ramai kan!!

sha said...

Seronoknya jalan2.
akak jiran kat TPG, akak nampak blog awak kat blog zeaty.

unique1012 said...

kak sha,
hehe.. baru ni dapat berjalan, alhamdulillah, memang seronok! saya add blog akak ye kat blog saya, tq..