~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Wednesday, December 10, 2008

Rumah Terbuka di Hari Raya!~

Semalam babah ada kelas pagi.. Tak rancang pun, petang babah call bagi tau yg hari ni rumah Kak Sabariah & Bro Arif ada rumah terbuka, so babah suh mama siapkan Ibrahim & terus pergi ke rumah beliau.. Kak Sabariah kan jiran lama kitaorg dah pindah ke Birkdale street, berhadapan dgn rumah Kak Lin..

Mama pun siapkan Ibrahim & brg2 yg perlu dibawa, mcm jauhla plak kan, hehe.. memang camtu, setiap kali nak kuar kemana2 mesti bawa termos air panas, air putih & susu Ibrahim, kira bekal Ibrahim la ni.. pastu kena buat susu Ibrahim dulu, hehe.. senangkan..

Kuar rumah sebelum kul 4.00pm, sbb dah nak masuk maghrib takut gelap plak.. tengah jalan jumpa babah & kak Lin yg tengah tunggu kitaorg, diorg baru balik dari uni.. so terus ke rumah kak Sabariah, ramai gakla kawan2 yg datang.. Keluarga Kak Nurul berempat, Kak Mona bertiga, Kak Mastura berenam, Kak Lin berdua dgn Irfan & adala lagi, tak ingatla nama, hehe..

Mama & Ibrahim bergambar dgn tetamu yg masih ada, ramai yg dah balik..
Rumah kak Sabariah yg baru ni, memang besar & cantik!! Ruang tamu yg luas, bilik air ada 2, 5 bilik (attic, bilik bawah tanah, bilik solat & 2 bilik tdo).. Kami tumpang solat Maghrib disana, dapatla tengok bhgn atas, hehe.. Makan pun sedap! Ada nasi biryani kambing, dalca & acar timun, agar2, biskut raya, buah limau, jus mangga & air teh panas..

Babah & Ibrahim bergambar dgn Hj. Farid & Bro Arif..
Ibrahim punyala active, susah betul nak menjaganya.. ada je activity yg nak dibuat, hehe.. pantang tengok benda bulat, buah limau diingatkannya bola, mulala nak main baling2.. sabar jela anakku ini..


Dalam kul 5 lebih, kami pun mohon mengundur diri.. Kat luar dah gelap walaupun baru pukul 5 lebih, ni la winter, memang malam panjang..

3 comments:

aFkaR'z said...

ibrahim dah macam anak mat salleh, pipi merah menyala.... CUTE!!

gee ryder said...

comelnye ibrahim pipi merah...mesti sejuk sgt sbb tu jd camtu

unique1012 said...

afkar'z & k.gee,

hehe, Ibrahim ni memang muka dia cepat merah time sejuk or panas!~ mcm mama dia gak ;)