~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha!~

Dikesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada our family, sanak saudara yg berada di Malaysia, tak lupa juga kawan2 & seluruh umat Islam tak kira dimana jua berada..


Pagi ni, kami agak terlewat nak hadiri solat hari raya bersama rakyat Malaysia di Cheetham Hill Comunity School, hehe.. tp kami tetap keluar juga dgn hari yg hujan agak lebat, kami menuju ke Khezra Mosque yg tak jauh dari rumah.. namun sampai2 memang semua org dah abis solat.. takperla, amik gambar jela.. di sini takde upacara qurban macam kat Malaysia.. tp still ada kutipan oleh committee MCCH utk mereka yg ingin buat Qurban untuk rakyat miskin di Malaysia & Indonesia..


Setelah itu, kami terus menuju ke Crispy Fried Chicken, hehe.. hanya restaurant ni sahaja yg buka pada hari ni.. sempatla amik pic babah & Ibrahim ketika di sini sblm makanan siap..

Setelah itu kami menuju ke rumah Kak Lin & Bro Fadhil yg tak berapa jauh dari situ, namun tiada siapa di rumah, mungkin kami agak terlepas pandang yg hari ni ada jamuan hari raya di Waterloo Center sbb tak baca email malam semalam, :(.. takde rezeki kami utk jumpa sahabat2 di sini.. Kami pun terus ke Manchester Super Store utk beli barang dapur & pulang ke rumah.. Agak keletihan kerana meredah hujan, kesian Ibrahim, moga tak demam ye anakku!

2 comments:

sW33tdARLiNG said...

kat mesia pun hujan di pagi raya... huhuhuhu HUJAN RAHMAT ler kalo gitu kan...?

unique1012 said...

afkar'z,
hujan rahmat membawa berkat ;)