~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 31, 2009

Jom ke Car Boot Bowlee

Last Sunday, buat kali pertamanya kami pergi sendiri ke Car boot Bowlee, sebelum ni kitaorg ikut kawan2 kt sini sbb takde kenderaan, alhamdulillah kali ni kami mengexplore sendiri jalan ke car boot bowlee.. Pagi2 lg dah bangun around 6.00a.m, mama buat sarapan & kami bertolak jam 7.00pg ke arah Bowlee Community Park, Heywood Old road, Middleton..

Dalam 20 minit dah sampai, pagi2 memang jalan lengang tak byk kereta.. tp bila dah sampai terperanjat juga kitaorg sbb jam nak masuk parking, hehe.. mcm kt federal highwayla plak.. tak sangka plak camni, mulala mama call some of kawan2 kt sini mmg camni ke kalau gi carboot?? rupa2nya memang camtu, maybe sbb sampai awal, bertembung skali dgn org2 yg nak berjual skali.. alhamdulillah dekat 30 minit juga baru dpt masuk & parking..


Ramai betul orang, mahupun yg berjual & yg membeli, rasa2nya lebih 100 penjual, lenguh juga kaki berjalan, hehehe.. mcm2 jenis brg yg dijual, pakaian, buku, peralatan rumah, toy, elektrik & elektronik, dptla mengusha toy ibrahim yg memang dah lama kami nak beli, akhirnya jumpa juga.. Bead maze toy.. penat betul berjalan, cuaca punyala terik mcm dah tengahari.. ada juga jumpa ramai malaysian yg ke sini, sempatla bertegur sapa..


Pastu jumpa story book utk Ibrahim, Disney Enchanted Tales, terus berpusing2 lg sampaila ke hujung, babah plak berkenan nak beli sack chair, besar gak, nasib baik ringan blehla mama mengangkutnya, hehe.. puas betul berjalan sampai dah tak larat, berhenti jap beli juice orange, sebenarnya ibrahim yg nak, juicenya tertinggal dlm kereta.. ada disediakan gerai juga utk para penjual & pembeli..

Sambung jalan balik pusing lagi ke tempat yg kitaorg tak pergi lg.. dah abis semua tempat kitaorg pun berjalan balik ke kereta & balik rumah, penat sungguh hari ni!! hehe..

Saturday, May 30, 2009

Simple & yummy!~

Mama memang selalu buat dinner yg simple je, fish filet & mash potato yg memang menjadi kegemaran kitaorg ni.. tp kali ni mama teringin plak nak try buat sos mash potatonya, apa lagi, carila resepi kt my resepi.com.. jumpala satu resepi yg agak simple..


Alhamdulillah, memang best!! rasa mcm kfc punya pun ada, hehe.. so lepas ni blehla buat lg, insyaAllah.. makin selerala kitaorg makan, hehe.. kalau sesiapa yg nak try buat tu, blehla amik kt bawah ni ye :)

Sos kentang putar
oleh: daunpandan@myresipi.com
Macam kat KFC.

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam
Cara-cara
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.
Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.
Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat
(kicap utk bagi warna).
Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Thursday, May 28, 2009

Jalan2 city lagi!~

Sabtu lepas, kami ke city center lg, hehe.. seperti biasa, parking di Arndale, then jalan2la di Arndale & sekitar luar Arndale tu, tengah panas2 ni memang best!! pastu kitaorg ke lorong disebelah Selfridges n Co Shopping Centre, rupanya2 ada kedai2 kecil macam yg kami jumpa di sekitar Market Street dulu.. lebih kurang je barang yg dijual, kraftangan2, beg kulit, baju, food & mcm2 lg.. barangan african pun ada, hehhe..


Lepas tu kami tertarik plak dgn pakcik mat salleh ni buat persembahan, teringat sekejap kt pasar seni, kan dulu byk gak org buat persembahan kt tepi2 jalan cam ni.. kt sini pun ada yg cari mkn cara camni.. ramai juga org yg tengok, bleh tahanla suara dia..


Then kami pusing balik kt kedai2 kecil tu, tengok2 je, dibahagian sebelahnya plak, ramai betul org kalau weekend, semua org window shopping gak.. pastu kitaorg masuk selfridges n co.. saja2 nak tengok bhgn bawah, rupa2nya ada bhgn electronic & food court, singgah beli jus buah utk ibrahim yg dah abis jusnya, kuat betul minum, hehe.. pastu kitaorg keluar, masuk semula menuju ke Arndale parking, bayar & balik rumah..

Tuesday, May 26, 2009

Jom ke Sainsbury's Heaton Park!~

Jumaat baru ni, lepas babah solat jumaat.. babah ajak keluar jln2 lagi.. kali ni kami ke Sainsbury's Heaton Park.. supermarket macam tesco & asda yg ada disini.. dalam 15-20minit dari rumah.. dah 2 kali dtg sini, kali ke 3 ni baru amik gambar.. Sampai2 je hujan renyai, tp tak kira, nak amik picture gak!! hehe.. sbb tu Ibrahim tu pakai hood :) Mama pun amik gambar tertunduk skit sbb hujan :P hehe..


Selain Sainsbury, ada juga kedai2 yg lain seperti Currys (electrical shop), Wickes (Home appliances shop) & American Goft Shop.. Pernah masuk skali je dulu waktu first time dtg sini.. Bagus juga tempat ni, selain supermarket, ada cafe, pharmacy, dentist & petrol station, so sambil membeli belah boleh check gigi & mkn2, hehe.. Harga pun lebih kurang je mcm tesco & asda, adala pro & cons..


Habis shopping, sambung lg amik gambar, hehe.. rupa2nya dah 140 tahun juga Sainsbury's ni kt UK.. lama gak tu kan, kalau tak dtg sini, tak tau pun ada supermarket ni, hehehe.. Bila dah masuk supermarket, ada je barang yg nak dibeli, trolley pun mulala penuh, nasib baik muat bonet kereta comel kitaorg ni, hehe..

Sunday, May 24, 2009

Award Tag from Khas Lysha

Award ni saya terima dari Khas Lysha @ mama Naylie.. Rakan blogger yg tinggal dekat ngan umah my mum kt TPG, hehe..

Syarat tag ni seperti berikut..

1. Letakkan logo award ini di blog anda



2. Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra - boleh tak lebih, hehe..

3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ‘backlink’ dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.

4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka. - insyaAllah akan saya war2kan kepada penerima award..

Ok, so penerima award seterusnya adalah kawan2 sekolah, x-ofismate & rakan2 blogger yg saya amat suka skali melihat info2 & cerita2 yg best dari blog diorg ni....

1. Tun Frida @ Normi

2. Zeaty @ mama nabil

3. Dyla @ Ibu Inas

4. Mama Idzareef

5. Baiya @ mama Mariam Qistina

6. Mama3hz @ Kak Intan

7. Cikgu Anis

8. MummYaeesh

9. Kak Gee @ mama Aqeel

10.Idayu @ ummu Amin

11. Mas Alina

Friday, May 22, 2009

Masih ingat lagi ke??

Baru2 ni kami beli barang di Tesco lg, biasala kalau sampai sini, mama akan berpecah dgn babah & ibrahim, cari barang masing2, hehe.. kalau sama2, lambat jadinya.. selalunya bila jumpa balik, punyala suka Ibrahim memanggil mama, kuat2 plak tu, hehehe..

Tp kali ni, dia busy main drum, wah wah.. ada je mainan baru yg dibeli oleh babah.. mana taknya kami baru dpt tesco discount vouchers & coupons utk clubcard, sama cam kt Malaysia dulu pun ada dpt vouchers camni..


Musical spinning drum ni sebenarnya dulu Wan Penang pun ada belikan Ibrahim waktu kt Malaysia, agaknya Ibrahim masih ingat lagi ke mainan dia kt Malaysia tu??.. kalau dulu, dia tak pandai onn bila dah off drum ni, skrg ni pandai dia onn, off, spin, semua pun dia dah boleh, laju lagi tu!!, hehehe.. suka betul dia dengar musics drum tu, pastu suka tengok drum tu menyala2 bila berpusing, meriah sungguh!!

Wednesday, May 20, 2009

TAG - tugasan harian

Tag ni dari Kak Gee @ mama Aqeel...

ok mari kita mulakan..

1) BILA KALI TERAKHIR CUCI TOILET?
Basuh toilet tak tentu, sbb kat sini bukan macam kt Malaysia, tak basah sampai ke lantai.. selalunya lap2 je mana yg patut.. kalau basuh pun toilet bowl & bath tub bila nampak dah kotorla.. lantai pun bersihkan bila nampak dah berabuk..

2) PENCUCI APA YG DIGUNAKAN?
multipurpose cleaner jenama Dettol & Duck utk toilet bowl

3) DALAM 1 MINGGU, BERAPA KALI MOP LANTAI?
Mop ada tp jarang guna, sbb semuanya bercarpet, selalunya berus or vaccum je buangkan habuk..

4) APA TUGAS TERAKHIR ANDA SEBELUM MENJELANG MALAM?
Buat dinner utk babah & Ibrahim..

5) APA MENU HIDANGAN MAKAN MALAM PALING SIMPLE?
fish filet & mash potato

6) MINUMAN SELALU DIBUAT WAKTU PAGI
babah minum air kosong je.. kdg2 mama minum susu skimmed milk strawberry or chocolate or banana..

7) SEBELUM TIDO APA YG AKAN DILAKUKAN?
tutup pc, basuh pinggan, kemas bag susu Ibrahim, angkat Ibrahim tido kat atas kalau dah tdo kt bawah (semangat tau anakku ini, bleh sakit pinggang dibuatnya), pastu solat & tido, hehe...

8) HARUS JAWAB TAG
dyla
zeaty
mummYaeesh
mama idzareef
baiya
dan sesiapa jua yg nak buat ok..

Kak gee, harap puas ati dgn jawapan diatas :)

Monday, May 18, 2009

Jom kita gi Bury!~

Dari Manchester Fort, babah ajak jalan2 gi Bury, yelakan selama ni asik dengar je tp tak tau camna tempatnya, kitaorg pun pergila.. takla jauh sangat, dalam 20 minit gitu & kena lalu Prestwich & Broughton.. On the way tu, babah cakap laparla plak, ternampakla Mcd, hehe.. Kitaorg pun singgah.. Mcd ni area Prestwich..


Dah lama betul rasanya tak makan Mcd, tp biasala kan kalau dah gi sini, memang tak byk choicela.. Sampai2 je, kitaorg tengok ada ruang utk budak2, so lepas order kitaorg duk je kat situ, Ibrahim suka betul dapat crayon & kertas, mulala tak ingat nak makan, hehe.. kitaorg makan Filet-O-Fish, kentang goreng, air orange & Mcflurry with M&M's candies, alhamdulillah, selera betul, hehe..


Lepas tu kitaorg teruskan perjalanan, sebenarnya kitaorg tak singgah mana2 pun, just duk dalam kereta je, sempatla mama snap mana2 tempat yg agak menarik walaupun tak berapa jelas dlm gambar, hehe.. Bury ni tak sebesar Manchester city, tp okla agak menarik jugala.. so dah abis satu town kitaorg round, hehe.. nak gi mana lagi, balikla ye tak?? hehe..

Saturday, May 16, 2009

Bila Ibrahim dpt lepas!~

Baru2 ni kami ke Manchester Fort lagi, sini jela yg selalu dipergi sbb dekat, hehe..sempat lg tu masuk kedai Clarks, ;), tp tak lama pun, ngeri tengok harganya, huhuhuh.. time ni kitaorg saja tak dudukkan Ibrahim dalam stroller, tau tak apa yg dia buat??


Ibrahim dok busy menolak strollernya sendiri, hehe.. sampaikan tak nak kitaorg pegang langsung stroller tu, ditepisnya tangan kita, sabar jela.. sudahnya memang tak masuk dah kedai mana2, duk kejar Ibrahim dgn stroller je, hehe.. tak tau penat dia.. best agaknya dpt lepas.. last2 babah ajak balik, hehe.. tak tahanla tu, melayan Ibrahim yg active, mama pun tak larat gak, hehe.. tp kitaorg tak balik rumah lg, sambung lg ke destinasi seterusnya, tunggu next entry ye!!

Thursday, May 14, 2009

Let's try to make Brownie!~

Baru2 ni mama try buat Brownie, dah lama tak buat kek, so teringinla nak buat.. bahan2 pun ada so cari2 resepi kat net, jumpa kat myresepi.com.. alhamdulillah tak susah sgt & menjadi!! babah & Ibrahim pun suka!!


mama guna almond flakes, so tinggal tumbuk skit2 je.. kalau ikut masa utk membakar tu dalam 20 minit, tp mama bakar dekat 40 minit juga, eehehe.. maybe bergantung kepada oven masing ;) so siapa2 yg nak try tu, mama paste kan resepinya skali ok :)

Brownie

oleh: nure Brownie nure@myresipi.com
coklat+nuts dlm bentuk mudah pegang

Bahan-bahan ( 6~7org )
bhn diayak: 100g tepung gandum dan 1/4 sudu teh baking powder
100g gula halus
2 bj telur (suhu bilik)
150g coklat bar
100g butter
70g kacang (boleh campur almond, walnut dan lain2 ikut suka) dan potong kecil2
Cara-cara cairkn coklat dan mentega sekali dlm oven selama lbh krg 2 minit
dlm bekas lain, pukul telur dan gula sampai sebati
masukkn bahan yg diayak dan kacau dgn senduk sampai semua tepung rata.
masukkn coklat+mentega yg dicairkn td dan kacau.
bila coklat sudah rata, masukkan pula kacang dan gaul lagi.
dlm bekas 4 segi yg telah dialas dgn cooking paper, tuangkan adunan tadi dan ratakn.
bakar dlm oven pd suhu 170C selama 20 minit. Bila dh betul2 masak, biarkn sejuk( dlm bilik) baru keluarkn dr bekas. Potong bentuk 4 segi panjang.

Tuesday, May 12, 2009

Ibrahim & his new car!~

Sabtu lepas, dlm kul 11.30a.m, kak Intan @ mama3hz, dtg rumah kitaorg, bagi hadiah toy car utk Ibrahim :) waktu tu Ibrahim kat atas, cepat2 dia turun juga nak tengok siapa yg dtg, hehe..


Ibrahim punyala suka.. mula2 dia tarik tolak je car tu, test dulu ke?? pastu baru duduk, hehehe.. best toy car ni ada 3 button music lagi tu utk hiburan sambil naik car, hehe.. thanks banyak2 Hanie (anak kak Intan yg bongsu) bagi Ibrahim toy car ye..

Sunday, May 10, 2009

Jom ke Cardinal Playground!~

Khamis ptg baru ni, kami bawa Ibrahim ke Playground Padang Cardinal, tak jauh pun dari rumah, jalan kaki dalam 2-3minit dah sampai.. sampai2 je tak ramai org pun, alhamdulillah.. mula2 Ibrahim main buaian, pastu gelongsor plak.. hehe.. suka betul dia dpt main gelongsor..


mula2 diawasi oleh babah, pastu mama plak awasi, gelongsor ni agak tinggi juga.. then tangga tempat panjatnya pun agak susah utk Ibrahim naik, cara mudah, Ibrahim naik dari papan gelongsor, hehehe..


penat main gelongsor, Ibrahim jalan2 pusing2 then sambung balik main gelongsor.. pastu Ibrahim main jongkang jongket plak, tp style dia lainla dr yg kat Malaysia punya, boleh main 4 org skali & tak perlu risau terentak, hehe.. sbb dia just perlu goyang2 je.. best jugakla, hehehe..


playground ni tempatnya bersebelahan dgn padang cardinal yg agak besar juga!! ada 2 padang bola & 1 padang bola baling, ada tempat main basketball juga, lepas puas bermain, kami pun berjalan pulang..