~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 14, 2009

Jom kita lunch!~

Lunch kitaorg baru2 ni, Tomyam Ayam & sambal ikan bilis, nak kata istimewa tu biasa je, tp yang lainnya adalah mama buat sendiri pes tomyam tu sbb perencah tomyam sudah lama abis kt rumah ni, hehe.. babah teringin plak nak makan tomyam, so mama tryla cari resepi pes tomyam ni..


Alhamdulillah, menjadila tomyam mama tu!! memang puas ati.. babah cakap memang ada umpphh, hehe.. kalau tengok resepi pes tomyam ni agak simple, memang senang, cuma mama tak letak belacan je sbb takde, so waktu nak masak tomyam tu yg kena tambah lg lain2 bahan, mcm serai, air limau & etc.. so nak sharela dgn kawan2 yg teringin nak try buat pes ni ok, sila2la mencuba kalau rajin ye :))

PES TOMYAM
Source: http://hanieliza.fotopages.com/?entry=894696

Bahan

3 s/b cili kering kisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara

1. Campurkan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Nota Tambahan
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.

9 comments:

ninie's corner said...

wow.....nmpk sedap la lauk2 tu semua.....tiba2 lapar la plak.....

unique1012 said...

ninie's corner,
mmg sedap, mknn kegemaran ni, ;) mesti tak makan lg ni ye, hehe..

A.H.A.D said...

kalo kt msia, biasa jer lauk tu tapi disbbkn kt uk tu yg jd marvellous tu kan heheh

Ummu Auni said...

akak mmg pernah buat paste tomyam tu, tapi masya Allah, banyak betul jadinya. haha/ last-last dah berkulat...kena buang separuh

p/s suami awak sambung phd ek?

unique1012 said...

kak gee,
hehe.. a'ahla kak, kt sini sbb buat sendiri tu yg memang appreciate sgt2 segala benda walaupun simple :)))

Kak Aini,
saya buat dpt 2 kali masak je tu, tak sempat nak berkulatla jawabnya, hehe..

p/s a'ah kak, tgh buat phd..

Khas Lysha said...

sedapnyer.... berkeroncong balik perut ni.. huhu

unique1012 said...

Khas Lysha,
jawabnya, nak kena isi balik perut yg dah menyanyi keroncong tu!! hehehe.. takper kak gerai depan tu dekat je kan :P

watie wyyn said...

sian uols kan..sume kena wat sendiri..yelah nak dpt makan tomyam kat sana mesti la payah kan..tp yg bagusnye terus uols pandai masak!

unique1012 said...

mummYaeesh,
nak kata pandai tu takla sgt, masih lagi kena blaja byk ni :) tp sbb nak makan terpaksala gak cuba, tp yg bestnya puas ati sgt kalau menjadi, hehehe..