~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Friday, July 3, 2009

Jalan2 Oxford part 1!~

Jumaat last week, hari ke2 nenek & atuk sampai di sini, kami dah ajak diorang jalan2, hehe.. kesiankan.. masih jet lag lg, tentu penat kan.. tp nak buat camna kitaorg dah plan lama dah, so takperla, kalau nenek & atuk penat leh tdo je dlm kereta ye tak?? Bertolak dlm kul 8.00pg dari rumah menuju ke Oxford..


Memang jauh gakla dlm 2 jam setengah camtu, on the way tu sempat lagi kami singgah di Warwick service, kira mcm tempat rehatla, minum pagi di Coffee Primo Cafe, mkn sandwiches, hot chocolate & coffee.. Suka betul Ibrahim dpt keluar dr stroller waktu makan tu :)) Perjalanan diteruskan lg ke Oxford city centre..


Sampai2 di Oxford terus kami parking di Westgate Shopping Centre, kt sini memang antara parking yg paling strategic kalau nak jalan di Oxford City Center ni.. lepas tu kitaorg pun berjalan di sekitar Oxford City Centre.. masuk Clarendon Centre, shopping complex juga, pastu keluar balik, pergi lagi ke depan, dapatla tengok sebahagian bangunan University of Oxford yg mmg ada disekitar Oxford city ni.. masuk kedai, keluar kedai.. tengok2 je, semuanya mahal2 belaka..


Then lepas tu, pergi ke 'The Bridge of Sigh' (gambar ke3 bhgn atas ni) lalu jalan belakang plak sampaila ke sini, kiranya attraction yg famous di sini sbb sama mcm kat Venice.. Lepas tu pergi plak Radcliffe Camera (gambar ke4 diatas) dekat je kt situ, bangunan yg bersejarah kt Oxford ni dgn bentuknya yg unik..


Wah, memang penatla berjalan disekitar Oxford ni, sbnarnya boleh kalau nak naik bas, tp susahkan sbb bawak stroller, so kitaorg pun jalanla perlahan2, yg penting enjoyyy kan.. Penat berjalan kitaorg singgah sekejap kt AMT Coffee, pekena chocolate & strawberry milk shake, memang sedap!!!


Lepas tu, kitaorg jalan balik ke Westgate Shopping Centre, barula jalan2 dlm shopping centre ni, dah puas window shopping, kitaorg pun bergerak ke destinasi seterusnya.. kemana?? balik ke hotella, mana lg.. bolehla berehat sebentar sambil makan2 bekalan yg dibawa.. Alhamdulillah dgn bantuan GPS navigation, tak sesat waktu nak sampai di Oxford ni..

5 comments:

-ummu amin- said...

nabilah, parents awak dah blk msiake? baru ingat nak pesan belikan avent warmer tuh.. murah sket n tak kena shipping charges :). anyway, mesti sonok dpt jmp parents awakkan?

Khas Lysha said...

happynyer ibrahim jln2 dgn atuk n nenek. ;)

unique1012 said...

Kak Ayu,
belum balik lg, next khamis ni.. ok insyaAllah, nanti saya email private kt akak ye pasal ni..

Khas Lysha,
mmg happy Ibrahim kak, hehe.. ada org melayan dia, :))

DYLA said...

suka ibrahim dpt jalan2 ngan atuk & nenek.

mesti atuk nenek rindu sgt ibrahim

unique1012 said...

Dyla,
mmg nenek & atuk happy sangat dpt jumpa Ibrahim, melepas rindula katakan, hehe.. Ibrahim pun suka!! :)