~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 18, 2010

Enjoy in Weekend!~

Sabtu 10/4/2010 yang lepas, kami ke Manchester Fort, lepas parking terus ke Boots, nak mencari vitamin Ibrahim yang kehabisan, sambil2 tu jalan2la dlm Boots tu.. Ibrahim sekarang dah pandai nak beli barang, kita busy nak tengok vitamin, dia pun busy gak.. siap ambil & letak dalam bakul lagi, konon2nya nak beli la, heheehe. sabar je..


pastu, pandai dia pergi tempat specticals, tengok2 mcm nak beli je gayanya, hehe.. dah abis kt situ, pergi tempat card plak.. mencari card Thomas, pastu sibuk nak beli!! hehehe.. susah betul nak ajak dia pergi dari tempat tu.. last2 bila kami cakap bye Ibrahim, mama & babah nak pegi, barula dia cepat2 nak ikut skali.. Lepas bayar kami ke tempat main..


Masa kami sampai memang dah nampak, so babah cakap nak bawa Ibrahim main kt dalam Trampoline tu, okla... suka betul Ibrahim!! lompat2, hehehe.. selain tu ada keretapi juga, bila dah penat lompat2 Ibrahim nak naik train plak, Ibrahim cakap nak naik Thomas, hehe.. so kenala babah temankan, dua2 tu je berharga 1.50gbp seorang, so sbb babah nak teman, kenala bayar gak.. tp lama gk dia pusing, dalam 2-3 minit gitu.. sempat gak mama amik video diorg naik keretapi! :) tp video tak leh nak load plak kt sini :(

Lepas dah abis, kami pun balik.. tp sempat lagi menyinggah ke rumah jiran kami sebelum masuk rumah, hehehe.. rumah kak Siti, Ibrahim mmg suka datang sini, sbb ada abang Danish & kakak Sarah.. Ibrahim main tangkap fish & ketuk2 drum, hehehe..

tengah borak2 datang pula Hakim & ibunya Kak Zai.. bawa kek punyala banyak!! siap ada juga utk kami, hehe.. terima kasihla byk2 ye kak.. dalam kul 6.00 kami pun balik..

Thursday, April 15, 2010

Jemputan ke Kenduri Kesyukuran!~

Isnin 5/4/2010 yang lepas, kami ke kenduri kesyukuran keluarga bro Fadil & Kak Lin tak jauh dari rumah kami ni.. sampai dalam 12.30tghr, masih tak ramai lg warga MCCH yg hadir.. tunggu hingga lebih kurang pukul 1.00, tahlil & doa selamat pun bermula..


Ibrahim plak suka betul bila ada org ambil gambar, dia pun posing sambil senyum, sabar jela anakku itu.. kejap duduk atas sofa, kejap hilang gi naik atas main dgn anak tuan rumah & budak2 lain.. dah pandai nak berkawan.. kalau dulu, kat mana mama kt situla dia..

Habis tahlil dalam 30 minit, pastu time makan.. wah memang sedapla!! ada rendang ayam, gulai kambing, acar timun, teh panas & agar2.. sempat gak mama suap Ibrahim, tau plak dia time makan, dia pun turun.. dah kenyang terus hilang balik naik atas sambung main! isk isk.. sampaikan babah & mama kena naik atas nak ajak Ibrahim balik! hehhe.. kul 2.00 lebih kami pun balik.. terima kasih bebanyak pada keluarga bro Fadil & Kak Lin sebab jemput kami :)

Sunday, April 11, 2010

Let's go to Manchester Legoland!~

Rabu, 31/3/2010 yang lepas babah ajak mama & Ibrahim ke Manchester Legoland yang baru dibuka pada 22/3/2010 lalu.. lepas Zohor kami keluar dari rumah.. Legoland ni terletak di Button Square, bersebelahan dgn Trafford Center.. kami park di Trafford Center & berjalan ke Button Square menyeberangi fly over yg bersambung antara Trafford Center & Button Square..


First time juga kami ke Button Square ni, tempatnya agak besar juga & cantik, Manchester Legoland Discovery Center terletak di tengah2 antara kedai2.. tak besar sgt pun & indoor, so boleh dtg bila2 je, tak kisahla tentang cuaca.. bayaran standard13.95gbp dewasa & kanak2 10.95gbp utk 3 thn ke atas..

Lepas bayar, kami terus masuk naik lift ke tingkat 1, ramai juga yg dtg masa tu.. kt tingkat 1, kami kena tunggu sampai pintu buka, bila dah ramai sampai agak2 20 org, barula pintu dibuka.. masuk2 je kena jumpa sainstis di Lego Factory, ni kira berlakonla.. sainstis ni bagi penerangan skit mcm mana lego dibuat, so adala budak2 yg diminta utk press buttonla, supaya machine utk buat lego tu bergerak.. masa kt sini kami dpt sourvenir lego seorg satu..


Lepas tu kena beratur utk ke Kingdom Quest, kt sini naik kereta utk pusing dalam Kingdom Quest ni, kena tembak monster utk selamatkan puteri... kami bertiga kena share kereta dgn 1 couple ni.. so waktu kt sini, akan ada gambar candid yg diambil masa main tu, bila dah abis, kami pun tengokla gambar tu kt counter, memang kelakar betul!! hehe.. babah pun cakap nak beli utk kenangan, harganya 7gbp utk 8R..

Lepas tu masuk plak bahagian Miniland, kat sini ada semua bangunan2 yg famous kt UK ni dibuat dgn lego, mcm big ben, London Eye, Bullring & mcm2 lagi.. memang cantik!! then akan ada suasana pada waktu malam, dapatla tengok bila bangunan2 mini tu bercahaya!


Lepas tu kami ke Lego studio plak.. kena tunggu dalam 10 minit jugala utk masuk.. kira mcm 4D cinemala.. kena pakai spek utk dpt effect gambar 4D & rasa suasana cerita tersebut.. ceritanya tentang Bob the builder yang nak bina roller coster, bestla juga!! Ibrahim behave je, dari mula sampai abis!! tak pernah lagi kami bawa Ibrahim ke cinema, this is the 1st, kira okla ceritanya pun tak lama pun..


Selain tu, ada Fire academy, yg ni kira mcm tempat main panjat2 & gelongsor mcm kt Trafford Centre tu, tp kami tak bagi Ibrahim naik, sbb susah nak kawal, tempat tu tak muat utk dewasa.. Then kami ke Lego Racers: build & test, kt sini ada banyak sgt mini lego, boleh buat kereta utk main kt track yg disediakan.. memula beria gak mama nak buat satu utk Ibrahim, tp tak siap pun, hehee.. sebelah tu ada lego cafe, ramai gak org makan sambil tunggu anak2 bermain..

Lepas tu kami pun keluar, ada lagi satu tempat, Princess Palace, tp kami tak masuk, dah tak larat rasanya.. kami pun cari lift keluar utk turun bawah.. sebelum keluar kena lalu shop dia dulu.. tp tak beli apa pun.. mahal2 belaka semuanya, hehehe.. ingatkan nak cari Thomas lego, tp takde plak, so takdela beli apa2.. 2 jam lebih jugala jalan kt situ..


Then kami ke Trafford Centre, solat Asar & makan di Food Court.. makan donner chicken kebab & briyani ayam yang sgt sedap!! siap ada sambal belacan lagi, hehehe.. lepas makan kami pun balik..


itula lego yang kami dpt masa di Lego Factory & gambar yg kami beli masa di Kingdom Quest.. okla berbaloila juga!! enjoy!! alhamdulillah :)

Wednesday, April 7, 2010

Check up update part 5!~

29/3/2010 - 1.45pm at North Manchester General Hospital.. Kali ni ada appointment dengan doktor pakar darah.. Kami bertolak dari rumah lepas Zohor dalam 1.30pm, cuaca plak tengah hujan gerimis.. so sampai2 je babah drop mama pastu cari parking.. kali ni di block J, Outpatient A.. bleh tahan ramai juga.. sampai kena beratur jugala nak jumpa receptionist..

Then, mama kena tunggu di ruang menunggu depan receptionist sampaila nama dipanggil.. tak lama pun dalam 5 minit je pastu dah kena panggil.. ada assistant akan bawa ke ruang menunggu seterusnya, depan bilik doktor.. lama jugala.. dekat 30 minit jugala, baru nama dipanggil.. tp sbb babah & Ibrahim tengah beli something utk Ibrahim yg merengek2 sbb bosan menunggu, so mama pun minta doktor tunggu sbb mama nak panggil babah, hehe.. nasib baik ok..

Then jumpala kami dgn doktor pakar darah tersebut, bincang2, tanya2.. then nak examine bahagian lengan & leher mama, so kami minta kalau ada lady doktor or nurse yg bleh buat, sbb dia lelaki, takkanla nak suruh check kan.. so dia pun cakap akan refer lady doktor, so mama just tunggu je surat dari hospital utk appointment yg lain.. itu jela, tak lama pun dalam 15 minit je..

Pastu kami keluar ke receptionist balik bagi surat dari doktor then ke bahagian darah plak.. mama kena amik darah lagi!! kat sini siap kena amik nombor giliran sebelum kena amik darah, tak ramai waktu tu.. mama orang ke 3.. bila nombor dah keluar baru masuk dalam.. 2 botol lagi darah diambil, nasib baik org yg amik darah tu expert, sekejap je & tak sakit!!! alhamdulillah..


Gambar ni diambil masa dah nak balik, masa ni baru keluar lepas ambil darah nak ke tempat parking.. Ibrahim sibuk dgn coklat, gembira tak terkira, hehehe.. lepas tu kami pun ke Tesco beli barang skit..

Monday, April 5, 2010

Surprise birthday present!~

Isnin 29/3/2010 baru ni, Ibrahim dapat surprise birthday present dari jiran kami, Auntie Siti.. terima kasih byk2 auntie, buat susah2 je.. Ibrahim punyala suka!! sebab Thomas la kan, apalagi, hehehe..


Dapat2 je terus suruh mama buka, terus excited nak colour!! sebenarnya hadiah tu adalah set Thomas & friends badge yang belum berwarna, ada sekali dgn magic colour, so ibrahim pun busyla mewarnakan badge tu!! hehe.. tapi ikut suka dia jela.. then lepas tu masukkan gambar Thomas & Friends yg dah berwarna ke dlm badge2 yg telah tersedia.. taraaa.. dah siap dah badge Thomas Ibrahim, hehe.. ada mcm2 size, kecil, sederhana & besar..

Jangan tak caya, Ibrahim kalau dah dpt magic colour habis muka, tangan, seluar pun dia nak warnakan, sabar jela!!! nasib baik senang hilang!! :)

Saturday, April 3, 2010

Jemputan ke rumah kawan di Old Trafford!~

Last week, Sabtu 27/3/2010.. kami ke Old Trafford memenuhi jemputan kawan babah, bro Saiful & Farah.. sampai sana tengahari.. rumahnya memang dekat dgn bandar.. dekat juga dgn muslim community, so senang juga nak cari makanan halal..


Pengantin baru mereka ni, Farah baru sebulan sampai di sini.. memang borak2 sakan dgn mereka.. Waktu tu, ada kawan Farah yang sedang belajar di Birmingham, Atikah juga baru tiba pagi tu.. so dapat2la berkenal2an juga.. kami dijamu makan tengahari!! alhamdulillah.. babah sempat pergi ke masjid berdekatan dgn bro Saiful utk solat Zohor tak jauh dari rumah mereka..


Ibrahim punyala suka!! yelakan pergi tempat baru, so sukala dia mengexplore!! hehehe.. sempat ambil gambar diluar je waktu kami baru sampai, bila dah masuk terus lupa!! sabar jela kan.. kami beransur pulang dalam kul 3.00 lebih, terima kasih byk2 ye bro Saiful & Farah!! insyaAllah lain waktu bertemu lagi..

Tuesday, March 30, 2010

Menyambut kedatangan rakan dari Malaysia!~

Dah nak setengah bulan baru sempat update pasal ni! hehe..

17/3/2010 yang lalu, senior mama masa MMU dan juga rakan sekerja dulu di TM sambung ACCA di Manchester, kak Aida, husband, 4 orang anak mereka dan ayah kak Aida selamat sampai disini, alhamdulillah.. sempatla mama masakkan utk mereka sekeluarga.. selain mama, Baiti juga turut sama membantu masa kak Aida sampai.. Baiti ni tengah buat PhD di sini.. kira rakan bloggerla ni, hehe..


Dalam kul 12.00tghr camtu, kami sampai rumah sewa kak Aida di Crumpsall.. Ibrahim pun mmg suka kalau jumpa kawan ramai.. borak2 sakan dan kami decide nak keluar beli barang keperluan yang masih tak mencukupi lepas solat Zohor.. sbb semua letih, hanya husband kak Aida je yang pergi serta kami & Baiti.. kali ni Baiti bawa kami ke Home Bargain, Regent Park, area Eccles, Salford.. first time pergi ni.. mcm2 la beli.. penuh gakla trolley!! hehe..


Lepas tu kami ke ASDA Trafford pula, mencari heater & microwave serta barang2 lain.. tp takde plak heater, so beli microwave + food je.. habis shopping terus bergegas balik ke rumah kak Aida balik, solat Asar.. sempat lagi Ibrahim, anak2 Baiti & anak2 Kak Aida main sama2, hehehe.. lepas tu kami pun beransur pulang..

Keesokannya, 18/3/2010 kami pergi lagi rumah kak Aida, antar lauk skit.. waktu tu, kak Aida takde, gi register kt uni dgn Baiti, so kitaorg pun decide nak carikan heater utk mereka di Argos.. so kami bawa anak kak Aida yang 1st, Amni sekali.. pergi Argos Manchester Fort, tp takde stock juga heater tu, then kami balik rumah kejap.. sbb Ibrahim poo poo plak..


Then lepas Asar keluar balik, pergi Argos kt Central Retail Park, kat city, still takde stock, so call kak Aida balik, then option lain, beli portable fan heater.. so okla.. settle bab heater.. Ibrahim dgn Amni sempat lagi main kejar2 dalam Argos tu, hehehe.. then abis membeli kami terus ke Worldwide plak beli groceries utk kak Aida, ayam halal, buah2an & etc sbb tak sempat nak beli sebelum ni.. abis tu hantar barang semua, singgah jap.. then kami pun balik..

semoga Kak Aida & family dapat menyesuaikan diri disini ye, insyaAllah :)

Wednesday, March 24, 2010

Check up update part 4!~

Isnin 15/3/2010 yang lepas, mama ada appoinment lagi dgn midwife kul 11.20am.. kebetulan babah ada seminar plak kat uni tengahari tu, so mama & ibrahim ikut babah keluar kul 11.. then babah just drop us kt Cheetham Hill Medical Center..

bawa Ibrahim ni agak mencabar skit, lainla kalau ada babah.. nasib baik ada mainan kt dalam tu, kira okla.. leka skit ibrahim main.. bila ada appoinment, sampai kt receptionist dah senang, diorg akan suruh masuk terus dalam.. masuk2 je ruang menunggu kt dalam kena take urine oleh assistant midwife & tunggu sampai midwife panggil..

sebelum mama dah ada 3 orang yg menunggu, so lama gakla baru kena panggil.. dalam 12.15 camtu baru masuk, dan jumpa Jennifer, dapat result segala test darah yang dulu.. alhamdulillah ok cuma HB mama rendah.. so kata Jennifer maybe kena jumpa doktor & amik iron pil, so mama kena tunggu panggilan dia hari tu gak.. lepas tu dia check heartbeat baby kt perut.. alhamdulillah ok juga.. then dapat date utk next appoinment on June.. pastu settle dalam 12.30pm..

then mama pun jalan kaki balik rumah dgn ibrahim, cuaca pun agak mendung & sejuk.. alhamdulillah.. ibrahim ok tak byk ragam, hehehe.. gambar takdela, lupa plak nak amik sbb selalu babah yg amik :)


Selasa 16/3/2010 - pagi pukul 11.00 camtu, Jennifer datang.. katanya nak amik darah utk test lagi dan mama kena amik prescription iron pil kt gp.. semalamnya, punyala mama tunggu dia call, tapi takde, rupanya pagi ni datang rumah plak.. so mama ambil la darah.. kali ni 2 botol lagi, punyala sakit!! sampai bengkak tangan mama.. sabar jela..

lepas lunch, kitaorg keluar terus ke gp, tp sbb waktu lunch, presription pun takde, so receptionist tu suruh datang balik kul 2.00pm.. so kitaorg pun pergila Harpurhey market & Asda.. saja jalan2 pastu beli groceries skit.. then balik singgah gp again.. akhirnya dapatla 2 botol iron pil, mama kena makan 3 biji sehari selepas makan.. insyaAllah semoga HB mama naik balikla ye!! hehehe.. itula jela cerita this check up.. semoga semuanya baik2 saja, insyaAllah..

Register Ibrahim kt nursery..

Balik tu, kami pergi ke Tarbiyah nursery tak jauh dari rumah.. ingatkan nak register Ibrahim utk session yang free 2 hours Mon-Fri.. tapi bila diorg check based on postcode yg government bagi, kami punya postcode tak entitled untuk dapat that free service, so alternativenya, kenala amik private package.. tp bila tengok harga, punyala mahal!!! ehehe.. so kami amik je brochure dulu..

then lepas tu kami ke Temple Primary School plak, alang2 dah dekat terus jela pergi ke sekolah ni.. sampai2 je terus register Ibrahim utk start September ni.. so kerani tu cakap diorg akan response bulan May nanti.. so tunggu jela, semoga Ibrahim bleh masuk sekolah ni sbb dekat dengan rumah! insyaAllah :)

Monday, March 22, 2010

Menjawab Tag from Azila!~

These are the rules:

1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.

2. Select the 8th photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.

4. Then challenge 8 blogging friends to do the same!



tag ni dari kawan masa kerja kt TM, Azila yg skrg ni berada di Dhoha bersama familynya :)..

gambar ni, adalah gambar makanan yang dijual dan juga suasana pasar ramadhan di Manchester tahun 2008.. kebetulan folder pun MCCH, so semua gambar tentang MCCH, hehe.. takperlakan..

tag ni pun pernah buat dulu, tapi folder 6.. so rasanya nak tag sesiapa yang nak buat ok! :)

Saturday, March 20, 2010

Happy 3rd birthday Ibrahim!~

Jom nyanyi!! :)

~Happy birthday to you~
~Happy birthday to you~
~Happy birthday to Ibrahim~
~Happy birthday to you~

Alhamdulillah.. genapla usia Ibrahim 3 tahun hari ni.. makin keletah anak mama ni.. riuh je tak kirala kat mana, hehehe.. suka bercerita, pandai amik hati, dan banyak juga kerenahnya kekadang! sangat menghiburkan mama & babah! semoga Ibrahim panjang umur & dimurahkan rezeki selalu hendaknya & menjadi anak yang soleh, insyaAllah.. mama & babah sayang sangat kt Ibrahim!!!


Hari ni, mama masak best skit.. nasi ayam untuk lunch then kami beli birthday chocolate cake utk ibrahim kt tesco.. nampak tak ibrahim suka sgt kek tu sampai menjilat!! hehehe.. malam plak, kami makan laksa, Ibrahim mmg suka laksa! hehe..


Selain tu Ibrahim dapat hadiah in advanced from babah, tambah lagi collection Thomas n Friends, hehehe.. kami beli di Sainsbury, waktu tu tengah offer less 20%, so Ibrahim bila dah nampak apa yg dia suka, mmg rembat terus, hehe.. ingatkan nak beli 1 je.. tp dia dah pegang 3 skali.. so pujuk2 letak balik pun tak jalan! so takperla, babah cakap, dah lama pun ibrahim tak tambah collection, so kira hadiah hari jadila, hehehe.. Ibrahim punyala suka!!! :)

Wednesday, March 17, 2010

Happy Mother's Day!~

Rasanya tak terlambatla lagi nak ucap "Selamat Hari Ibu" untuk semua ibu, mama, ummi, mak, mummy & etc utk semua ibu2 di seluruh dunia, kat UK ni sambut hari ibu pada 14 Mac baru ni..

Tahun ni Helwa ada buat event untuk hari ibu kat Padang Cardinal, tp mama & Ibrahim tak dpt nak join macam tahun lepas.. seronok tengok gambar diorg jela, :) tahun ni mama dpt hadiah dari babah!! hehe.. sampai 2 plak tu..

First, Omron Digital blood pressure monitor, bagus utk monitor tekanan darah, yang ni mmg bagus utk mama & bagus juga utk babah, hehehe..


Second plak, BT broadband & telephone line.. kami dah tukar ke BT plak setelah Virgin ada problem dgn telefon line.. alhamdulillah BT punya service setakat ni bagus & alat dia pun canggih!! hehe.. wireless telefon & broadband Hub tu pun kami dapat free of charge.. cuma mahal skitla dari virgin.. its ok, yg penting service bagus!! insyaAllah.. tengokla setahun ni camna, hehe.. Kira hadiah yg best la tu, sbb mama kan online je kerjanya!! hehehe.. Ibrahim pun suka!! ;)

Friday, March 12, 2010

Check Up Update part 3!~

Isnin 8/3/2010 - Crumpsall Children Center.. kali ni walk in je.. takde temujanji, midwife mama, Jennifer yang suruh datang utk Urine Test & Glucose.. so mama kena puasa dari malam Ahad sampaila ambil darah, baru boleh makan, minum bolehla, makan je tak boleh..


Kami sampai pukul 9.00pagi, tempat ni ada nursery juga.. so ramaila ibu bapa yg hantar anak masa kami tiba, waktu kami sampai, dah ada orang lain yang sampai lebih awal lagi, so kenala tunggu turn utk jumpa midwife yg bertugas.. mama pun tengok2la papan kenyataan yg ada kat situ.. bila sampai kt carta aliran staff, ternampak plak gambar midwife mama, so apa lagi suruhla babah amik gambar, hehehe.. dapatla mama tunjuk kt sini.. rupanya Jennifer tu community midwife kt center ni..


sambil tunggu tu, ibrahim pun busy main, nampak aje mainan yg ada kt situ, apalagi mengangkutla dia semua track tu nak main.. sabar jela.. babah panggil nak amik gambar pun tak nak pandang.. busy sungguh!! hehe.. mama dipanggil masuk kul 9.30pagi.. rasa dah tak larat sbb tak makan pagi.. tp tahan jela.. bila dah amik darah & urine, kira settle la, alhamdulillah, bleh makan!! :)


kami pun terus ke Worldwide beli daging & ayam halal.. sambil2 tu belila makanan lain.. then balik rumah hantar barang sekejap, lepas tu keluar balik pergi Manchester Fort plak.. mentang2la pagi lagi ye tak!! hehe.. jgn tak caya babah ajak makan KFC lagi, hehehe.. katanya nak jamu mama yg puasa, alhamdulillah!! mama ikut je, perut mmg tengah lapar!! hehehe.. kami sampai ke KFC, takde orang pun, so best!! lepas tu kami ke Poundland & terus balik rumah..