~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Sunday, April 11, 2010

Let's go to Manchester Legoland!~

Rabu, 31/3/2010 yang lepas babah ajak mama & Ibrahim ke Manchester Legoland yang baru dibuka pada 22/3/2010 lalu.. lepas Zohor kami keluar dari rumah.. Legoland ni terletak di Button Square, bersebelahan dgn Trafford Center.. kami park di Trafford Center & berjalan ke Button Square menyeberangi fly over yg bersambung antara Trafford Center & Button Square..


First time juga kami ke Button Square ni, tempatnya agak besar juga & cantik, Manchester Legoland Discovery Center terletak di tengah2 antara kedai2.. tak besar sgt pun & indoor, so boleh dtg bila2 je, tak kisahla tentang cuaca.. bayaran standard13.95gbp dewasa & kanak2 10.95gbp utk 3 thn ke atas..

Lepas bayar, kami terus masuk naik lift ke tingkat 1, ramai juga yg dtg masa tu.. kt tingkat 1, kami kena tunggu sampai pintu buka, bila dah ramai sampai agak2 20 org, barula pintu dibuka.. masuk2 je kena jumpa sainstis di Lego Factory, ni kira berlakonla.. sainstis ni bagi penerangan skit mcm mana lego dibuat, so adala budak2 yg diminta utk press buttonla, supaya machine utk buat lego tu bergerak.. masa kt sini kami dpt sourvenir lego seorg satu..


Lepas tu kena beratur utk ke Kingdom Quest, kt sini naik kereta utk pusing dalam Kingdom Quest ni, kena tembak monster utk selamatkan puteri... kami bertiga kena share kereta dgn 1 couple ni.. so waktu kt sini, akan ada gambar candid yg diambil masa main tu, bila dah abis, kami pun tengokla gambar tu kt counter, memang kelakar betul!! hehe.. babah pun cakap nak beli utk kenangan, harganya 7gbp utk 8R..

Lepas tu masuk plak bahagian Miniland, kat sini ada semua bangunan2 yg famous kt UK ni dibuat dgn lego, mcm big ben, London Eye, Bullring & mcm2 lagi.. memang cantik!! then akan ada suasana pada waktu malam, dapatla tengok bila bangunan2 mini tu bercahaya!


Lepas tu kami ke Lego studio plak.. kena tunggu dalam 10 minit jugala utk masuk.. kira mcm 4D cinemala.. kena pakai spek utk dpt effect gambar 4D & rasa suasana cerita tersebut.. ceritanya tentang Bob the builder yang nak bina roller coster, bestla juga!! Ibrahim behave je, dari mula sampai abis!! tak pernah lagi kami bawa Ibrahim ke cinema, this is the 1st, kira okla ceritanya pun tak lama pun..


Selain tu, ada Fire academy, yg ni kira mcm tempat main panjat2 & gelongsor mcm kt Trafford Centre tu, tp kami tak bagi Ibrahim naik, sbb susah nak kawal, tempat tu tak muat utk dewasa.. Then kami ke Lego Racers: build & test, kt sini ada banyak sgt mini lego, boleh buat kereta utk main kt track yg disediakan.. memula beria gak mama nak buat satu utk Ibrahim, tp tak siap pun, hehee.. sebelah tu ada lego cafe, ramai gak org makan sambil tunggu anak2 bermain..

Lepas tu kami pun keluar, ada lagi satu tempat, Princess Palace, tp kami tak masuk, dah tak larat rasanya.. kami pun cari lift keluar utk turun bawah.. sebelum keluar kena lalu shop dia dulu.. tp tak beli apa pun.. mahal2 belaka semuanya, hehehe.. ingatkan nak cari Thomas lego, tp takde plak, so takdela beli apa2.. 2 jam lebih jugala jalan kt situ..


Then kami ke Trafford Centre, solat Asar & makan di Food Court.. makan donner chicken kebab & briyani ayam yang sgt sedap!! siap ada sambal belacan lagi, hehehe.. lepas makan kami pun balik..


itula lego yang kami dpt masa di Lego Factory & gambar yg kami beli masa di Kingdom Quest.. okla berbaloila juga!! enjoy!! alhamdulillah :)

8 comments:

aida said...

wah dah pergi? akak siap book ticket online.. pergi bulan 5, tak berani nak redah.. sebab taknak take risk takut tiket tak dapat. dia dalam trafford centre ek?

unique1012 said...

kak aida,
a'ah tak sempat nak tunggu summer, hehehe.. oo book online murah skit kan.. tak kak, kt button square opposite trafford centre, building sebelah, tp bleh parking kt trafford centre..

cahaya memelihara said...

Assalamualaikum Warahmatullah
Nabilah, apa khabar? lama tak dengar berita ya..
Alhamdulillah jumpa Nabilah melalui blog..good stories to share :)
Take Care ya..

unique1012 said...

Hafizah,
waalaikumsalam warahmatullah.. alhamdulillah kita sihat2 je kt sini, harap Fizah pun sihat ye :)
insyaAllah, you too take ok :)

gee ryder said...

mcm best je tmpt tu

unique1012 said...

kak gee,
okla.. bawa Ibrahim jalan2, hehehe..

missFridaNorm said...

wooww...bestnya!

legoland kita lambat lagi nak buka, khabarnya 2012.

seronok tengok ibrahim happy!

unique1012 said...

missFridaNorm,
alhamdulillah, enjoyla juga!! :)
oo kt Malaysia pun nak buka ye, bagusla tu :)

thanks auntie, Ibrahim mmg happy selalu kalau dpt jalan2 :)