~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Wednesday, April 7, 2010

Check up update part 5!~

29/3/2010 - 1.45pm at North Manchester General Hospital.. Kali ni ada appointment dengan doktor pakar darah.. Kami bertolak dari rumah lepas Zohor dalam 1.30pm, cuaca plak tengah hujan gerimis.. so sampai2 je babah drop mama pastu cari parking.. kali ni di block J, Outpatient A.. bleh tahan ramai juga.. sampai kena beratur jugala nak jumpa receptionist..

Then, mama kena tunggu di ruang menunggu depan receptionist sampaila nama dipanggil.. tak lama pun dalam 5 minit je pastu dah kena panggil.. ada assistant akan bawa ke ruang menunggu seterusnya, depan bilik doktor.. lama jugala.. dekat 30 minit jugala, baru nama dipanggil.. tp sbb babah & Ibrahim tengah beli something utk Ibrahim yg merengek2 sbb bosan menunggu, so mama pun minta doktor tunggu sbb mama nak panggil babah, hehe.. nasib baik ok..

Then jumpala kami dgn doktor pakar darah tersebut, bincang2, tanya2.. then nak examine bahagian lengan & leher mama, so kami minta kalau ada lady doktor or nurse yg bleh buat, sbb dia lelaki, takkanla nak suruh check kan.. so dia pun cakap akan refer lady doktor, so mama just tunggu je surat dari hospital utk appointment yg lain.. itu jela, tak lama pun dalam 15 minit je..

Pastu kami keluar ke receptionist balik bagi surat dari doktor then ke bahagian darah plak.. mama kena amik darah lagi!! kat sini siap kena amik nombor giliran sebelum kena amik darah, tak ramai waktu tu.. mama orang ke 3.. bila nombor dah keluar baru masuk dalam.. 2 botol lagi darah diambil, nasib baik org yg amik darah tu expert, sekejap je & tak sakit!!! alhamdulillah..


Gambar ni diambil masa dah nak balik, masa ni baru keluar lepas ambil darah nak ke tempat parking.. Ibrahim sibuk dgn coklat, gembira tak terkira, hehehe.. lepas tu kami pun ke Tesco beli barang skit..

No comments: