~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 7, 2010

Snow in new year!~

Baru2 ni, hari Selasa (5/1/2010) & Rabu (6/1/2010) snow turun lagi, kali ni yang paling tebal pernah turun sejak kami di sini.. sampaikan ada kawan kt sini yang dah duduk 7 tahun kat sini pun kata, snow ni la yg paling tebal pernah turun kt Manchester ni.. sekolah & university pun terpaksa tutup, public transport pun stranded..

nak keluar pun, kereta telah ditimbun oleh salji yang tebal!! so duduk jela kt rumah.. babah je yg keluar sbb nak bersihkan kereta & hidupkan enjin.. ibrahim pun apalagi, ikut jugala.. suka sangat main salji! hehehe.. bila tengok dari dalam rumah, memang putih bersih je semua jalan! tapi sejuknya sangatla tak tahan! mama tak keluar pun, tengok dari dlm je.. selsema pun baru je baik..


sampai tenggelam kaki ibrahim.. nak jalan pun susah.. ibrahim siap bergambar lagi dgn jiran pakistan depan rumah kami, hehhe.. diorg pun keluar jugak main snow.. babah siap bawa pembaris lagi, nak ukur berapa tebal snow tu, hehehe.. lebih kurang 15cm, sama panjang dgn pembaris pendek tu! pastu babah dudukkan ibrahim atas kereta, sukala dia dpt duduk atas snow tu..


tapi lepas tu setiap kali masuk lepas main snow mesti nangis kesejukan, minta hot water nak celup tangan dia biar panas, ehehe.. pastu kena tukar seluar & stokin sbb dah basah! siannya anak mama.. suka sgt main snow, nak buat camna! :)

Friday, January 1, 2010

Happy New Year 2010!~

Hari ni dah masuk tahun baru, kami takde plan apa2 pun.. ingatkan nak beli barang, tp memandangkan hari cuti, takut kedai tutup.. memang pelik kan.. bila cuti yg besar2, kt sini semua kedai tutup.. tak macam kt Malaysia, hari cutila lg meriah nak bershopping! :)

Tahun ni dah masuk tahun ke-2 kami di sini.. Semoga babah dpt teruskn perjuangan utk mencapai matlamat yg diinginkan.. mama dan ibrahim sentiasa memberi sokongan padu..

Ibrahim pun tahun ni, insyaAllah dah boleh nak masuk school bulan 9 nanti.. kami ingat nak register waktu ibrahim dah masuk 3 tahun Mac ni.. semoga semuanya berjalan lancar!! :)

sekejap je masa berlalu kan.. umur pun makin meningkat, semoga dikurniakan kesihatan yg baik utk kita semua termasuk keluarga & sahabat handai.. winter kali ni memang mencabar skit bagi mama, dah 2 minggu masih selsema dan batuk, tapi beransur pulih, insyaAllah.. semoga mama cepat sembuh! doakanla ye :)

Semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya! Alhamdulillah, rezeki tahun baru, sate dari jiran kami, kak Siti..


terima kasih byk2 kak Siti, sedap!!! :)

Sunday, December 27, 2009

Jom main snow!~

Selasa (22/12/2009) baru ni, turun lagi snow! lagi tebal lagi dari sebelum ni.. kali ni mmg nak duk dlm rumah je, takde plan pun nak main snow kt luar... tp dlm kul 1.00 tghr camtu, kak siti jiran kami ketuk pintu.. ajak main snow.. kitaorg pun siapla skjp.. ada kawan best skit ye tak, ibrahim pun excited "nak play snow!" heheehe..


bila keluar rumah, mama dan ibrahim pergi depan rumah kak siti, rupa2nya diorang tengah buat snowman, boleh dikatakan hampir siap, cuma tinggal nak hias2 je.. besar jugala! hehe.. babah plak pergi start engine kejap, lepas tu baru dtg bergambar..


dah puas main kt luar, ibrahim, danish & sarah main plak kt dlm pagar rumah kak siti tu, nak buat castle plak.. macam2la budak2 ni, hehehe.. ibrahim punyala susah nak suruh posing, asik ke hulu ke hilir mencedok snow, hehehe.. suka betul dia!! nasib baik ada penyodok, kalau tak mesti kesejukan tgn ibrahim!

tak lama tu, snow turun lagi, isk isk.. kitaorg pun masuk rumah kak siti kejap minum teh panas & kek coklat.. ermmm memang sedap panaskan badan!! hehe.. thanksla kak siti buat susah2 je! kul 3.00pm kitaorg pun balik..

Tuesday, December 22, 2009

Snow datang lagi!~

Ahad (20/12/09) baru ni bangun pagi tengok kat luar, salji dah memutih memenuhi luar rumah! patutla sejuk semacam je! apalagi kitaorg pun keluarla sekejap.. masa keluar tu snow masih turun lagi dengan lebatnya.. makin teballa jadinya!! sampaikan babah kena bersihkan kereta dengan spatula sebelum sembur deicer supaya cermin kereta bersih dari snow..


ibrahim plak sangatla excited!! hehehe.. ke hulu ke hilir main pijak2 snow.. sampai basahla seluar dia.. jom kita tengok betapa excitednya Ibrahim main snow! hehe..



puas jalan2 atas snow tu, dia berhenti plak, ingatkan apala yg Ibrahim buat terbongkok2, rupanya bersihkan kasut.. pastu bersihkan tangan, heehheheh.. tak lama tu, mama dah tak tahan, tangan rasa macam dah beku, terus masuk rumah.. ibrahim plak sibuk tak nak masuk, mama paksa gak masuk, bila dah masuk tu plak ckp sakit2.. dah bekula tu tangannya.. terus rendam tangan dengan hot water, barula ok..

itula pengalaman kami masa winter ni, nampak memang best, tp tak tahanla terlampau sejuk!! cepat2la abis winter!! hehehe..

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431!~

Dikesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam kepada semua umat Islam tak kira juga dimana berada, alhamdulillah masih lagi bernafas untuk meneruskan perjuangan hidup ini..

Sekarang ni dah masuk Winter kat UK ni.. kebetulan hari ni first time snow turun sejak winter, punyala sejuk!! walaupun tak tebal tapi masih dpt merasai kesejukannya kt dlm rumah..


Kami bertiga pun tak berapa nak sihat dua tiga hari ni, batuk & selsema sedang melanda! bermula dari Ibrahim sampaila mama & babah.. dugaan sungguh! semoga Allah sihatkan kami insyaAllah, doakanla kami ye semua..

Friday, December 11, 2009

Open house lagi!~

Weekend baru ni kami dijemput lagi makan2, rajin betul la diorang kan.. mula2 kami ke rumah Kak Siti RedTulip & bro Rofzi, tak jauh pun, kami keluar kul 12.30 tghr lepas solat zohor.. waktu kami sampai ada 2 family yg dah sampai, so berborakla lepas tu sambil makan..

makanan plak ada macam2 seperti nasi warna warni, gulai ayam, acar taugeh, rojak buah, cendol & tepung pelita.. punyala banyak kan! semua mama rasa, hehehe.. memang sedap2 belaka!! tp sayang takde gambarla nak tunjuk..


Lepas tu kami balik rumah dulu solat Asar plak.. then keluar balik ke rumah kawan Babah kt city, family kak Hana.. diorg tinggal kt Manchester university house.. sampai2 je kamila orang pertama! hehehe.. nasib baik husbandnya & anak2 ada kt bawah masa kami sampai, terus je tuju ke rumah, kalau tak kenala mencari sbb diorg rumah jenis apartment..


waktu kt sini barula babah amik gambar, byk juga makanan kt sini.. ada laksa johor, pulut kuning dan rendang ayam, kek coklat, agar2, cocktail & buah limau.. lepas kami sampai barula ramai yang datang.. kebanyakannya semua yg duduk kt city, berborak sakan lagi, hehehe.. sebelum maghrib kami pun balik..

Sunday, December 6, 2009

Kunjungan tetamu dari Leeds!~

Sabtu (21/11/09) yang lepas, kami terima kunjungan dari kawan mama waktu kt MMU dulu, Ayuni dengan husbandnya Amirul n anak mereka Ameera yg tinggal kt Leeds skrg ni.. sempat gakla mama masak nasi lemak & spaghetti bolognese untuk jamu mereka..

Suka betul ibrahim dpt jumpa Ameera yang baru 5 bulan, suara dia punyala kuat!! hehehe.. mula2 ibrahim pun takut, hehehe tp lepas tu dah ok siap posing2 lg dgn Ameera..


bukan setakat Ibrahim n Ameera je yg posing, kami semua pun sama, tengokla camera abah Ameera ni, berat tau!! tak larat mama angkat ni, ehehehe.. n gambar dia memang superb!! :)

Thanks ye Ayuni n family sbb sudi datang ke rumah kami.. InsyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa lagi :)

Tuesday, December 1, 2009

Ke Majlis Hari Raya Aidiladha & open house!~

Sabtu (28/11/09) baru ni, kami dijemput ke Majlis Hari Raya Aidiladha yang diadakan di Waterloo Center, Cheetham Hill.. memang meriah!! majlis bermula dlm pukul 10.30 sampai 1.30 tghr.. kami sampai dalam 12 lebih, memang tengah ramai! nasib baik ada gak tempat nak duduk makan..


alhamdulilah, makanan punyala sedap!! ada gulai daging, sambal udang, ayam goreng ala 'kfc', salad, nasi impit & kuah kacang, siap ada birthday cake lg! hehehe.. sambil makan tengok upin & ipin d'movie! pasang dgn projector lagi, heehee.. Ibrahim plak, very behave! sepanjang masa duduk je berpangku makan dgn babah, tak nak plak dia join main2 dgn budak2 kt situ! hehehe.. dia leka tengok upin & ipin :) terima kasih kepada semua kakak2 & abang2 yg mensponsor majlis ni.. memang best!!

petang plak dalam 3 lebih kami ke rumah kak Sabariah & bro Arif, buat rumah terbuka juga sempena Aidiladha ni.. makan kambing plak!! huhuhu.. alhamdulillah, sedap!! thanks ye!! akhir kata, meriah gakla raya kurban tahun ni :)

Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha 1430H @ 2009

Sempena hari yang mulia ni, kami sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat menyambut hari raya Aidiladha" kepada semua umat Islam tak kira dimana jua berada..


Apa agaknya yg mama masak utk hari raya ni ye?? takde apa yg grand pun.. bihun soto je utk kami makan bertiga, hehehe.. alhamdulillah, memang best!! makan sampai bertambah2 ;)

Thursday, November 26, 2009

Happy Birthday Babah!~

Mama & Ibrahim ucapkan "Selamat Hari Lahir" untuk babah pada hari ni 26/11/09 yang ke??? ermm.. muda lagi kan!! semoga babah panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik & dimurahkan rezeki selalu ye insyaAllah..


Mama & Ibrahim sentiasa mendoakan kejayaan babah! semoga berbahagia selalu disamping kami :) Luv you so much!!!!

Monday, November 23, 2009

Ibrahim and His Thomas and Friends Collection!~

Thomas collection Ibrahim semakin bertambah, busy betul dia dari bangun pagi sampaila ke malam nak tido! hehehe.. tak busy main Thomas n Friends train, baca & menyanyi dengan buku Thomas, sambil busy tengok DVD Thomas, sampaikan tido pun dengan Thomas, babah belikan Ibrahim bedsheet Thomas, suka betul Ibrahim!! ;)


Sekarang ni dah ada Jeremy (kapal terbang) & Harold (helikopter) dalam Thomas collection.. bila train dah byk nakla ada railnya kan.. mana muat nak main kat rail yg kecik je.. ermm apa lagi, dptla rail besar plak.. makin busyla Ibrahim nak manage Thomas & friends nya, hehehe..


Yang paling best, bila kawan2 dtg pun boleh main sama.. ramai ke kawan2 yg dtg?? ermm.. adala juga.. Ibrahim memang suka kalau ada kawan2 dtg, suka betul dia main sama2 dgn kawan2.. kawan2 pun suka bila dtg sini!! hehe..

Friday, November 20, 2009

Kunjungan tetamu dari Cardiff!~

31/10/09 yang lalu, sempena Autumn break, kami terima kunjungan tetamu dari Cardiff, keluarga Bro Azhan & Kak Zubaida, bersama 3 orang anak mereka, Aisyah, Humaira & Ziyad serta adik bro Azhan yg dtg berkunjung ke UK, sampai Jumaat malamnya, tapi Sabtu pagi baru dtg ke rumah kami, alhamdulillah dptla mama masak2 skit untuk menjamu tetamu..


Sampai2 je, isi perut dulu, nasi briyani, ayam masak kurma, bergedil, keropok & buah2an.. lepas tu kami bawa mereka ke Manchester Arndale, kemudian keluar.. sambil2 tu dptla mereka naik The Eye of Manchester.. kami ber3 tunggu je kt bawah, hehe.. mama jaga stroller manakala babah busy melayan Ibrahim tak berhenti naik turun tangga, isk isk.. memang aktif!!


then ke Piccadily Garden.. Tengok air pancut & anak2 busy mengejar burung2! heehe..Lepas tu kami semua makan di Rice Restaurant tak jauh dari situ.. alhamdulillah kenyang! thank bro Azhan sbb belanja! :)


Lepas tu jalan2 semula dlm Arndale, ke T.K.Maxx & Sport Direct.. kemudian balik semula ke rumah kami utk solat & keluar semula.. Ingatkan nak ke Manchester Stadium, tp bila sampai sana, rupa2nya ada game hari tu, punyala ramai orang, nak parking pun susah, last2 tak jadi pergi.. akhirnya ke Manchester Fort sahaja.. best jugala kan.. macam2 ada!! Takper, esok ada lagi! hehe.. memang kena singgah stadium sebelum balik, kalau tak rugila kan dah sampai sini, ehehe..

Kemudian, balik semula ke rumah kami utk Dinner & rehat sebentar sebelum mereka balik semula ke Hotel.. alhamdulillah, semuanya dah keletihan!! tp memang seronok sesekali ada tetamu, terima kasihla kepada keluarga Bro Azhan & Kak Zubaida kerana sudi singgah ke rumah kami yg tak seberapa ni.. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi nanti jumpa lagi ye :)