~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 18, 2010

Pengalaman bersalin Aishah!~

Mama nak cerita tentang, camna bermulanya process bersalin mama kt sini..
Masuk hospital 6/9/2010 (Isnin) - 8.00pagi, mama & babah dah sampai.. then midwife buat CTG baby dulu before masuk ubat induces dalam 11.30pagi camtu.. tunggula mama & babah sampai petang.. tp takde apa2 pun, contraction tu adala tp tak kuat.. masuk ubat pun sekali je, sbb sebelum ni pun mama ceaser, so tak bleh lebih dari sekali..

Sempat lagi babah bawa mama gi makan2 kt cafe hospital tu, sbb dah bosan sgt!! hehehe.. mama jela yg makan, babah kan puasa.. sampaila kul 7.00 lebih malam, babah temankan mama then babah balik.. mama plak kena start puasa dari 12.00mlm utk bersedia sekiranya kena operation keesokannya..

hari ke-2,Selasa 7/9/2010, pagi kul 6.30, midwife kejut buat CTG baby sebelum doctor dtg check.. waktu tu contraction mmg dah kuat gak.. bila doctor check, tak buka lagi pun.. tp still bagi mama peluang sampai petang, sbb dia kata contraction kuat, so maybe ada peluang utk normal.. so mama bleh start mkn balik.. fuhh mmg lapar giler time tu.. terus gi pantry, mkn roti.. kat ward tu mmg disediakan pantry utk patient, siap ada mcm2 lagi, tp kena buat sendiri semua, okla, free la katakan..

petang, dlm kul 2.00 lebih, doktor dtg lagi check, dia kt baru buka 1cm, so dia kata boleh balik plak & dtg balik khamis.. tp tak jadi, sbb midwife suruh stay sampai Rabu, baru boleh balik.. tunggula mama lagi semlm..

8/9/2010 - Rabu pagi, doktor dtg check lagi.. bukaan masih 1 cm juga tak berubah.. so mama boleh balik, tp punyala lambat, kul 4.00ptg baru settle.. alhamdulillah, dpt jumpa Ibrahim!! rindu betul kt dia..

9/9/2010 - Khamis pagi, 7.30am kami dah sampai, tp tunggu sampai kul 10.00 lebih baru ada midewife dtg buat CTG.. Doktor dtg check, tp still masih 1 cm, so mmg mama dah confirm kena ceaser, dtgla doktor bius terangkan procedure semua, cuma kena tunggu darah je dari Liverpool, so sbb darah tu lambat, maka, ceaser pun postpone juga.. doktor gyne dtg ptg kul 3.00pm camtu ckp mama boleh balik rumah dulu & dtg balik pagi utk ceaser.. sementara nak tunggu balik, dalam kul 4.00ptg mama rasa mcm basah je, so mama dpt agak yg air ketuban dah pecah.. makin sakit jadinya.. tp midwife mcm tak percaya, siap suh mama pakai pad hospital & tunggu 1 jam.. ermm sabar jela kan.. tunggu 1 jam, tunjuk kt midwife, baru percaya, then midwife terangkan, kalau warna air ketuban, pink ok, tp kalau dah hijau maksudnya baby dah start berak.. then tak lama lepas tu, mama tukar pad, tengok air ketuban mama dah start hijau.. maksudnya baby dah berak dalam perut!! sangatla takut!! tapi bila CTG, movement baby still active, so kira okla..

Dah 9.00 mlm camtu, baru midwife start buat CTG & boleh ckp yg delivery suite penuh, so mama kena tunggu sebelum dibawa turun Labor Ward.. tunggula sampai 12.00 lebih, baru dpt turun, bila dah turun, badan mama dah rasa tak sedap!! bila check, mama dah fever.. then midwife ckp tak boleh dpt epidural sbb mama amik ubat tambah darah tu, so mama just boleh hidu gas je utk kurangkan sakit.. hidula gas tu setiap kali contraction kuat melampau.. punyala ngantuk!!!

10/9/2010 Jumaat - Dah kul 4.00pagi camtu, babah dah tak tahan tengok CTG baby, heartbeat baby up to 180.. maksudnya baby mmg stress yg teramat.. sbb kalau normal dalam range 130-150.. so babah suruh stop then go for ceaserean.. tengah2 sakit2 tu.. mama kena bangun pergi opreation theatre plak.. Allah je yg tau camna rasanya.. sampai situ, kena mkn ubat & hidu gas, pastu dah tak sedar langsung.. sampaila babah kejut kul 6.00a.m.. rasa sakit jela.. dah lahir rupanya Aishah kul 5.11am, tp mama tak dpt tengok sbb Aishah terus dimasukkan ke intubator di Neonatal Unit (Special Care Baby Unit) tkt 1..

Bila mama dah betul2 sedar, baru mama dipindahkan ke Postnatal unit tkt 3.. itupun mama asik tido je.. sampaila keesokan paginya.. barula mama ok, babah dtg suruh bangun.. petang dah segar skit.. babah tolak mama gi tengok Aishah..

11/9/2010 - Sabtu, Hari ke-2 Aishah, masih byk wire2 kt badan dia, so tak bolehla nak angkat suka2.. lagipun mama masih tak boleh kuat2 sgt.. so dtg pun dapat tengok jela.. malam tu mama kena pindah bilik lain..

12/9/2010 - Ahad, hari ke-3, babah dtg bawa Ibrahim.. Dptla Ibrahim tengok Aishah for the first time.. excited betul dia nak pegang Aishah.. tp mama agak risaula sbb tengok dia menggeram, hehehe.. then Ibrahim ikut Atuk balik..


Alhamdulillah, petang tu mama dpt balik.. adala souvenir dari hospital tajaan Bounty, mostly barangan utk baby.. cam wipe, dypers, pembasuh baju, nappy rash cream & coupon2 discount.. okla kan.. Semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik utk mama terus kuat, insyaAllah :)

InsyaAllah, nanti mama cerita tentang Aishah plak ok!!

8 comments:

Srikandi said...

Assalamualaikum...
salam aidilfitri..tahniah sbb dapat baby baru.Saya tumpang sronok..hehe..teringat dulu-dulu lahirkan anak saya yang keempat.Sama kes baby dh berak dalam perut.Kesian dia..

unique1012 said...

MysDear,
Waalaikumsalam, salam aidilfitri :)
Thanks!! itula kan.. pengalaman yg susah dilupakan :)

S-N-B said...

salam,
Tahniah yer, baby girl pulak :)

unique1012 said...

siti nurbaiya,
wassalam,
thanks bolela gang dengan maryam lepas ni :)

aida said...

tahniah... akak boleh lupa nak gi jenguk awak. isk kena beli hadiah kat aishah dulu ni :D

unique1012 said...

kak aida,
thanks! oo yeke, takper, no problem.. tak yah susah2 kak :)

Unknown said...

Nabilah,

Congrates!! :) bila baca cerita pasal bersalin nie rase cam tak puas hati plak sbb doktor2 tu tunggu lama sgt baru nak react, tu pun sbb your hubby suh pi emergency ceaser.

Takpe la, yang penting seme dah selamat :) take care and jgn lupa berpantang!!

unique1012 said...

Kak ija,
itula, mmg semua lambat kt sini.. tp okla kan, alhamdulillah selamat dah :)

insyaAllah berpantang mmg sudah tentu :)