~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Thursday, October 29, 2009

Jom Dinner jap!~

Dinner kami Isnin baru ni.. :) Ada mcm makan kt kedai tak? hehehe.. takdela, ni makan kt umah.. bukan apa kira special skitla, tp still malas nak buat sos putihnya, Fish, Squids & Chips makan dgn mayonis & cheese je, tak lupa juga sos chili maggi, hehe..


Resepi camna nak buat coating utk fish fillet tu ada kat bawah bagi sesiapa penggemar fish n chip.. mama guna cod fish, pastu ada lebih, mama goreng skali dgn frozen squid guna resepi yg sama! makan dgn chip & salad, mmg sedap!!!

Resepi:
Fish n Chips Dengan Sos Putih

Bahan-bahannya:
Dowry fish fillet (beberapa keping)
2 biji telur
Serbuk roti (bread crumb)
Sedikit lada sulah
Sedikit garam

Bahan untuk sos putih:
2 s/b majerin
1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
1 s/b tepung gandum
1/2 s/t mix herbs
1 cawan susu segar
1/2 cawan air
Sedikit lada hitam
Secubit garam

Cara-caranya:
Pukul telur bersama lada sulah dan sedikit garam,
celupkan dowry fish fillet kedalam bancuhan telur tadi,
kemudian celupkan pula dengan bread crumb,
ratakan dan pastikan ikan disaluti sepenuhnya dengan bread crumb,
gorengkan ikan didalam minyak yang banyak,
goreng hingga garing,
angkat dan toskan minyaknya.

Cara membuat sos putih:
Panaskan majerin didalam periuk kecil,
tumiskan bawang besar sehingga layu,
masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
masukkan pula bahan2 yang sos yang lain,
masak sehingga menggelegak dan tutup apinya.

Cara menyediakan:
Ambil ikan yang telah digoreng tadi dan letakkan didalam pinggan, kemudian tuangkan sos putih diatas ikan tadi dan bolehlah dihidang.
Tambahkan dengan sayur-sayuran, kentang goreng/rebus dan lain2 jika mahu.

Source:
http://suejoshua.blogspot.com/2009/03/fish-n-chips-dengan-sos-putih.html

4 comments:

mamaadam said...

nabilah..rasa dowry fish ni kan same ke ngan ikan yang fish n chip kat kedai tu? memang diorang guna ikan dowry ni ke utk wat fish n chip ni?

unique1012 said...

mamaadam,
errmm.. nak kata mesti guna dowry tu, tak pastila saya.. tp kalau tengok rupa ikan tu mcm ye je, hehehe.. dah lama tak makan fish n chip kt kedai :)

gee ryder said...

erm mmg leh bukak kedai hehe..

kalo dori tu selalu akak ltk dlm bubur aqeel jer hehe..
bese kedai mmg guna dori fish utk fish n chip

unique1012 said...

kak gee,
bukak kedai dlm umah ni je, hehehe..

oo yeke, aqeel sukala makan dori ye.. bagus2, byk protein!
itula saya pun rasa begitu juga..