Jumaat, 25 Sept kitaorg balik semula ke Cheras.. masa sampai dirumah, kami disambut oleh Awe, nenek babah.. kira pangkat moyangla bagi Ibrahim yg duduk kt Kuala Pilah..
waktu ni Ibrahim tengah lena diulit mimpi, hehehe...
Sabtunya dapatla beraya ke rumah saudara sebelah babah plak..
Tengahari kami ke Seri Kembangan, rumah ibu saudara babah, dptla Ibrahim jumpa Abg Ashraf, yg lagi 2 org, Abg Syafiq & Hafiz takde keluar.. pastu jumpa Abg Iqbal & bondanya Kak Intan.. kiranya diorg ni cucu2 ibu, panggilan utk ibu saudara babah tu..
Best betul Ibrahim dpt main car, helicopter & mcm2 mainan lg kt sini..
Malamnya kami ke PJ pulak, rumah nenek Hawa.. di sini kami jumpa skali dgn keluarga Auntie Uji, adik Wan..
Bila dah ramai2, memang syokla berborak sakan, hehe.. dekat kul 11 jugala kami bergerak balik.. on the way balik, Ibrahim pun lena.. suka betul tido dlm kereta :)
Monday, October 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment