~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Wednesday, February 24, 2010

Homemade Dadih & Jemput2 Pisang!~


Baru2 ni babah suruh mama buat dadih, jumpala satu resepi ni dalam Myresepi.com, okla mama pun try.. kalau ikut resepi ada 2 jenis dadih, tp mama buat sejenis je, guna susu strawberry Yazoo, kegemaran mama ni, hehe.. alhamdulillah memang menjadi!! masuk dalam bekas sederhana besar, okla tu yang penting sedap!! hehehe..

Yang ni plak, jemput2 pisang, buat hari yang lain, permintaan babah juga, hehe.. kebetulan pisang banyak & dah masak sangat, mama tryla buat jemput2 pisang, cari jugak resepinya..mama guna gula perang, mmg mengancam!! hehe.. walaupun hitam tp sedap!! rangup diluar, lembut didalam!! sekejap je licin!! tinggal tu je yg sempat nak ambil gambar.. sabar jela..

kalau nak resepi, blehla amik kt bawah ni ye, tak rugi try, memang best!!

Dadih Homemade
Source: Myresepi.com

Bahan-bahan ( 16 bekas -spt dlm gambar )

* 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
* 1 liter susu segar biasa
* 1 liter susu segar berperisa coklat
* 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
* 1.2 liter air
* 1 sudu teh garam
* 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
* 1sudu teh coklat emulco

Cara-cara

1. Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
2. Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
3. Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
4. Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
5. Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
6. Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
7. ** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )
8. **Saya harap kawan2 semua dpt faham kaedah yg saya maksudkan ini dan jika masih keliru bolehlah bertanya semula.

Jemput pisang sedap
Source: Myresepi.com

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 5-6 biji pisang berangan pisang lain pun boleh
* 1/2 cawan gula(kalau nak manis tambahlah gula lagi :) )
* 1 cawan tepung - bergantung atas besarnya pisang..(agak2 bila bancuh tepung tu jadi pekat dan tak cair oklah..mcm wat jemput pisang)
* 1 1/2 sudu kecil bikarbonat soda
* minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. satukan kesemua bahan di atas kecuali minyak lah ia.. dan perapkan selama 15-20 minit
2. selepas 20 minit tu sediakan kuali dan panaskan minyak utk menggoreng.. Gorenglah wat cam jemput2 tu sampai habissss...
3. sedia untuk dimakan.. sarapan atau waktu petang.. nyamnyam
4. Selamat mencuba... :)

7 comments:

a.z.i.l.a said...

kak, susu yazoo tu pon fevret sy jugak..tp kt sini mahal sket..but i like!!! hehehe

unique1012 said...

azila,

oo yeke, samala eh.. feverettt.. kt sini 1 litre dlm 80p so okla, tak sampai 1 gbp pun.. tp kalau compare dgn RM dah dekat RM5 la jugak, hehehe..

embun d tengah malam said...

wow

ninie's corner said...

rajin betol Nabila masak2 ye.....

unique1012 said...

embun & kak ninie,
alhamdulillah masih ada tenaga & bahan pun ada, hehehe..

gee ryder said...

kak gee pun baru ni asik menggoreng jemput pisang jer sbb pisang byk kt umh..pastu dh jemu, buat smoothies..pisang ni kan cpt buruk..xble biar lelama

unique1012 said...

kak gee,
itula kena pelbagaikan kalau dah jemu, hehehe.. tp selalu mmg tak beli byk pun sbb cepat busuk kan..