~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 10, 2011

Aishah 5 Months Today!~

Alhamdulillah, sekejap je masa berlalu kan! Aishah dah masuk 5 bulan hari ni :) 8hb Feb baru ni kami pergi inject Aishah untuk 5 months kt Poliklinik Annur BTHO.. berat dia dah 6.5kg berbanding sebelum ni 5.25kg.. iskkss makin semangat!!!


Sekarang ni Aishah sangat rajin meniarap! meniarap sambil angkat2 punggung, tapi tak mara lagi, mengundur adala skit2..

Selain tu Aishah cukup suka mencapai barang! kekadang tu mama pegang Aishah masa makan, boleh dia capai pinggan mama sekali, hehehe.. tengok kita makan, mulut dia pun mengunyah gak, hehehe.. belum 6 bulan lagi nak bagi Aishah makan, sabar ye!! semua barang yg dia capai nak masuk mulut.. suka sangat hisap jari.. suka sangat tersenyum bila diagah!! suka bercerita, aaarr aaarr aaarr, hehehe.. Suka sangat main dengan Abanglong Ibrahim..

Alhamdulillah mama sangat syukur adanya Aishah & Ibrahim menceriakan hidup mama & babah, semoga anak2 mama menjadi anak yang soleh & solehah insyaAllah :)

Monday, January 10, 2011

Jom ke Aquaria KLCC!~

23/12/2010 (Khamis) yang lalu, kebetulan Auntie Lang cuti, so kami pun nak jalan2.. pagi sarapan di BTHO, then terus ke KLCC.. cadang nak bawa Ibrahim & Aishah tengok fishes!!


Boleh tahan ramaila juga, cuti sekolahla katakan.. Ibrahim dpt topi free sbb dah dekat Krismas.. ermm.. suka betul Ibrahim dpt tengok fish!! hehe.. sampai kt tangga nak turun bawah tu, kami turun lift yg disediakan dgn staff yg jaga kt situ sbb bawa stroller, so tak perlula risau!! ada lift disediakan utk pengguna stroller..


3 kali kami round underwater tunnel tu.. hehehe.. Ibrahim yang suka sangat!! itupun nak masuk lagi lepas 3 round, sabarjela!!


Aishah plak, waktu sampai tu tido.. bila dah kt dalam barula jaga.. suka juga dia tengok fish!! bulat je mata!! hehehe..


Antara haiwan2 yang sempat diambil gambar.. byk juga shark!


Ibrahim yang teruja tengok fishes yang banyak!! hehehe..


Bila nak keluar, kenala pujuk Ibrahim dengan colouring book! nasib baik ok.. suka betul dia mewarna buku tu.. mama pun dapat gak fridge magnet 1, ehehe..


Lepas tu kami solat zohor jap sebelum ke KLCC, jalan2 cari makan.. last2 decide nak makan kt Nandos.. Ibrahim apalagi, ice cream jela yang dicarinya!! hehe.. Lepas makan kami pun balik!

Tuesday, December 21, 2010

Aishah @ 3 months!~


Alhamdulillah, sekejap je kan masa berlalu.. Aishah pun dah 3 bulan lebih.. Antara beberapa aktiviti yang kami lakukan utk Aishah selepas pulang ke Malaysia :-

29/11/2010,

10.00am - Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya - pergi register Mykid Aishah.. sebab Aishah lahir di UK, kami kena pergi ke Kaunter Kewarganegaraan Tingkat 1, bukan di tingkat 3.. punyala penat kami dari Tingkat 2, ke Tingkat 3, last sekali kat tingkat 1 plak.. akhirnya dapatla buat Mykid.. insyaAllah siap sebulan dari tarikh buat, 29/12/2010

6.00pm - Sunatkan Aishah di Azzahra Bangi - alhamdulillah, nangis tak lama, jumpa doktor perempuan kt outpatient klinik je.. terus tanya utk BCG immunization sekali, tp sbb dah tutup, kenala pergi keesokan harinya..

30/11/2010, 10.00am - Immunization - BCG for at birth & HEP B 1st dose - Azzahra Bangi - yang BCG kena naik kt Ward nursery, nurse kt situ yg inject, yang HEP B 1st dose, di Outpatient klinik je, jumpa doktor lelaki plak..

09/12/2010, 11.00am - Immunization for 3 months - Poliklinik Annur BTHO, klinik ni dekat je dgn rumah, doktor lelaki, check perkembangan Aishah sekali, alhamdulillah semuanya ok- waktu ni berat Aishah dah 5.25kg

sekarang ni Aishah dah sibuk mengereng2, cuma tak pass lagi nak meniarap.. kekadang tido pun mengereng, hehehe.. senyum girang bila diagah, hehehe alhamdulillah semoga Aishah membesar dgn sihat sejahtera hendaknya, insyaAllah :)

Sunday, December 12, 2010

Alhamdulillah, selamat sampai di tanahair tercinta!~

Setelah 2 tahun 2 bulan 2 minggu & 6 hari kami di Manchester, alhamdulillah, selesaila segala urusan kami dibumi UK.. marilah sambung perjuangan di tanahair tercinta! hehe..


Kami selamat tiba di KLIA 26/11/2010 yg lepas sempena hari jadi babah! hadiah hari jadi yg paling bermakna! :) Kami naik Emirates airline, dari Manchester Airbus 380 & dari Dubai Boeing 777.. first time pula buat Aishah yg baru 2 bulan 1/2 menaiki kapal terbang, alhamdulillah, semuanya ok cuma, ada satu bag kami tertinggal kt Dubai masa transit, so dpt lambat sehari..


sekarang ni tempoh menyelesaikan segala urusan yg sepatutnya di sini, insyaAllah ada masa mama update lagi! :) terima kasih kepada semua Warga Manchester yg pernah mengenali kami, semoga semuanya success selalu! :)

Monday, November 22, 2010

Marhaban Aishah & Hadi!~

13/11/2010 yang lepas, Alhamdulillah, Helwa Manchester menganjurkan majlis marhaban Aishah & juga baby Hadi, berlangsung dari 2pm hingga 5pm..


Majlis diadakan di rumah Doktor Aini yang juga ibu kepada baby Hadi yang berada di Crumpsall.. Baby2 & ibu masing2.. baby Hadi tua sebulan je dari Aishah :)


Banglong Ibrahim & Aishah :), Aishah dalam Moses basket milik Helwa :)


Para hadirin yang hadir.. termasuk juga staff doktor Aini, orang2 putih semuanya :)


Majlis bermula dengan video & tazkirah : permulaan yang baik (perkembangan bayi dari alam rahim hingga keluar menurut perspektif Islam) & disusuli dgn selawat atas nabi..


Sambil berselawat, sambil bertahnik (memberi tamar & air zam zam kepada baby) & diakhiri dgn bacaan doa selamat, serta penyampaian cenderahati.. Sempat juga bergambar dgn AJK Helwa 2010/2011, gambar ke-4 dibawah :)


Selepas itu acara makan2.. ada nasi ayam panggang madu, kek coklat, tiramisu, puding buah, kuih muih & mcm2 lagi!! meriah!! :)


Sempatla kami bergambar sekeluarga.. alhamdulillah :) Terima kasih kepada Helwa Manchester & juga Doktor Aini diatas majlis yang diadakan!!

Saturday, November 20, 2010

Jalan2 lagi!~

3/11/2010 - kami ke Sainsbury's Heaton Park.. sebelum tu, pam tayar & cuci kereta dulu! hehe..


Dah lamanyala tak basuh kereta!! hehe.. Excited jugala Ibrahim.. Aishah, mcm biasa, relex jela :)

Dalam Sainsbury tak ambil gambar pun, tp yang bestnya tengah sales 20% off bahagian clothing.. dptla rembat skit baju Aishah :) Ibrahim plak dpt buku Thomas & Timmy Time, pun tengah offer..

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha!~

Selamat hari raya aidiladha utk semua umat Islam yang menyambutnya!! UK beraya hari ni.. Malaysia beraya esok kan!! semoga kita sama2 menghayati betapa besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim & anaknya Nabi Ismail dalam mematuhi perintah Allah.. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan juga diberkati oleh Allah..


Pagi ni, mama ada appointment kat hospital, so beraya di hospital ler nampaknya.. appointment habis tengahari.. nak kata ramai, boleh tahanla.. terpaksala menunggu nak jumpa doktor.. alhamdulillah blood count stable & hari ni dapat discharged dari Dr Hemotologist tu.. so mama dah tak perlu makan ubat tambah darah lagi lepas ni, alhamdulillah, syukur!!!

Friday, November 12, 2010

Aishah @ 2 months!~

2 hari lepas, 10/11/2010 genap usia Aishah 2 bulan.. dan pada 9/11/2010, mama bawa Aishah pergi first immunisation utk 8 weeks.. 2 cucuk terus.. 1 kt peha kanan & 1 lagi kt peha kiri.. sian anak mama.. tp alhamdulillah, nangis sekejap je masa masuk jarum, pastu relex je & zzZZzz, hehehe..


tp nampakla Aishah letih satu hari tu, tambahan pula kami bagi ubat demam sbb nurse cakap kemungkinan demam.. tp alhamdulillah Aishah tak demam..

Balik tu sempat lagi kami menyinggah Tesco, babah jaga Aishah & Ibrahim dlm kereta sementara mama bershopping.. habis mama shopping, babah plak masuk shopping! hehe.. ikut turnla plak..

Aishah sekarang dah pandai senyum2 & bersuara sesekali, mcm nak ajak borak je hehe.. rambut pun dah byk gak tumbuh cuma tak panjang lagi.. masih suka tido!! susu pun dah berubah ke nombor 2 utk hungrier baby, kuat minum betul!! Suka betul kalau keluar jalan2.. alhamdulillah semoga anak mama akan terus sihat & ceria selalu!! insyaAllah..

Tuesday, November 9, 2010

Jom jalan2!~

Jom gi Asda Manchester Fort!! hehe.. mana lagi nak pergi.. tempat ni je yg paling dekat ngan rumah.. dah lama gak ni 28/10/2010 aritu.. pergi Asda mencari baby carrier.. alhamdulillah dptla apa yg dihajati..



Then, 30/10/2010, kami pergi Arndale plak.. yg ni pun mmg tempat favourite bila ke bandar sbb senang nak parking.. pergi sini tak sah kalau tak singgah foodcourt.. Ibrahim yg beria nak makan ice cream.. tapi takdela plak.. takperla, makan je apa yg ada ye..



Pastu balik singgah plak Toy'sRus.. tempat ni pun favourite gak.. Ibrahim suka betul bila dtg sini.. tak lain tak bukan membelek Thomas n Friends trains toys!! peminat setiala katakan, hehehe..


Tp kali ni, suka plak dia naik kereta ni haa.. pusing2 kt dalam tu, sampai tak nak balik!! isk isk.. last2 nak juga balik.. tp nak naik Thomas dulu! hehehe..


Aishah mcm biasa, tido!! hehe.. dia jaga bila lapar je.. sejuk2 ni mmg best tido!! hehe..

Saturday, October 30, 2010

Fire!!~

Kejadian baru je berlaku tadi.. Mula2 kami pun tak perasan, tetiba je ada orang ring our bell.. then ketuk2 pintu.. ingatkan siapa yg datang.. bila babah buka pintu, tengok ada kebakaran kat luar!! Tadi masa kami keluar mmg ada nampak sofa merah kat luar tu ada orang buang.. tak sangka plak malam ni dah terbakar!!

Ermm.. almaklumla esokkan Halloween.. Orang2 kt sini bila ada sambutan camni, mulala main fireworks.. so kami assume sofa tu terbakar sbb kena fireworks.. tp yg paling kesian ada satu kereta ni park depan tempat kebakaran ni, habis bonet keretanya terbakar jugak.. nasib baikla org ni cepat2 alih kereta dia, kalau tak mau terbakar semuanya!!



Api punyala marak!! takleh nak curah air pun, sbb terlampau panas!!! so semua orang tengok je.. yang agak bagus.. pihak bomba dtg agak cepat!! sempatla masuk dalam video yg babah amik ni.. tapi sorryla kena teleng skit kepala nak tengok video ni, hehehe..

Saturday, October 23, 2010

New Thomas & Friends Collection!~

Last weekend, babah & Ibrahim pergi Tesco beli barang dapur.. biasanya bila gi Tesco, first tempat yg for sure singgah adalah tempat toys!! hehe.. Ibrahim la yg punya plan :) selalunya tengok2 je.. but this time, tengah sales!! so babah belikan Ibrahim Mega Bloks Thomas & Friends dapat half price discount..


Wah apalagi, punyala gembira Ibrahim!! balik2 je terus main.. yang bestnya, ada Cranky!! kira collection baru.. pastu, ada Thomas & James.. lagi riuhla Ibrahim bercerita!! hehe..

Saturday, October 16, 2010

Sepetang di Toys R Us!~

2/10/2010 - Saturday 2 minggu lepas.. babah ajak mama keluar.. so pergila Toys R Us.. mencari backpack utk Ibrahim pergi Nursery.. jumpala Thomas bagpack..


sambil2 tu sempatla Ibrahim & babah try Nintendo DSI baru kat sana, hehehe.. suka betul Ibrahim main Super Mario.. Mama & Aishah plak window shopping kt bahagian baby.. saja tengok2..


Dah nak balik, Ibrahim naik Thomas plak.. selalunya Ibrahim tak suka naik benda bergerak2 ni, tp this time hendak plak dia.. maybe sbb Thomas tu tak gerak kuat2 sgt! hehe.. time tu je Mama & Aishah keluar berjalan, pastu, dah tak dah.. tunggu jela lepas pantang :)