~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 4, 2010

Check up update part 10!~

Sambungan dari check up2 mama yg lepas! :) yang kebanyakannya rutin follow up je..

20/7/10 - 8.45a.m - 4th scan - NMGH & jumpa doktor sekali.. alhamdulillah, semua ok.. berat baby dalam 1.5kg at 32 weeks..

27/7/10 - 9.45a.m - NMGH - Hemotologist, ambil darah & jumpa doktor utk tahu result darah tu, ermm.. dan doktor nak jumpa every Monday starting next week nya until labor.. mcm serius je kan! :)

2/8/10 - 9.00a.m - NMGH Heamotologist, cuma yang ni agak berbeza dari yg lain.. kali ni kena ambil darah & jumpa doktor di ward J5, NMGH juga.. cuma di tingkat 2.. sebelum ni di Outpatient A clinic, ground floor.. memandangkan mama ada 2 appointment dalam 1 hari.. so doktor advise dtg amik darah dulu, then go for next appointment dgn midwife di Cheetham Hill Medical Centre..

2/8/10 - 9.50a.m - Midwife, Cheetham hill medical center. Tak lama pun, rutin check up gak, so check urine & perut oleh midwife.. pastu kena pergi hospital balik, jumpa doktor pakar darah..


Tapi sementara menunggu mama, babah sempat gak bawa Ibrahim ke Comet, Manchester Fort, hehehe.. siap urut badan lagi tu :)


Lepas tu, kami ke NMGH semula, kali ni baru babah parking, sebelum ni tunggu dlm kereta je sbb nak amik darah sekejap je.. car park charges pun dah naik ke 2gbp for 3 hours.. kali ni kena jumpa doktor semula, tengok result darah yg mama ambil pagi tu.. ermm.. sbb darah mama makin turun dari minggu lepas, so doktor subscribe ubat utk naikkan semula level darah sbb dah dekat nak labor.. so insyaAllah, doktor nak monitor every week, tengok ubat yg mama makan tu berkesan ke tak..


Lepas tu, kami ke pharmacy utk ambil ubat yg telah di prescribe oleh doktor pakar darah tu.. so mama dah kena start makan keesokannya.. byk giler 9 biji sekali makan, tak masuk lagi supplement yg lain, iskkk.. sabar jela..


Kemudian, tak balik rumah terus, ke Worldwide beli ayam, daging & barang dapur yg lain.. balik rumah simpan semua barang & keluar semula, ke Wing Yip plak.. amboii.. busyla plak ye.. membeli kicap, big huge mussles (kegemaran babah) & lain2 yg perlu, hehe.. lepas tu barula balik rumah! penat!!

3/8/2010 - 8.30a.m - 5th Baby Scan & jumpa doktor pakar bersalin.. alhamdulillah semuanya ok, baby makin besar.. lebih kurang 2.1kg at 34 week.. so next scan would be at 37 week, insyaAllah.. semoga semuanya berjalan lancar!! harap semua dpt doakan ye!! :)

Lepas tu, tak balik terus, gi ke Harpurhey plak.. saja jenjalan ke market & masukla B&M & Wilkinson.. pastu balik rumah..

Thursday, July 29, 2010

Weekend at Trafford Centre!~

17/7/2010 - Sabtu 2 minggu lepas, kami ke Trafford Centre.. saja jenjalan bawa Ibrahim.. suka betul dia!! sampai2 je tengah hujan renyai2.. dapat parking plak kt open area.. nasib baikla ada payung, takdela Ibrahim & babah kebasahan, hehehe..


ramai betul orang time weekend ni.. puas gakla berjalan.. Ibrahim sibuk nak ice cream.. bila dah dpt baru dia cool!! :) kami sempatla makan kat food court mengisi perut setelah puas berjalan, hehehe.. kali ni makan fish & chip plak.. memang sedap!! tengah lapar pun ye.. 'Harry Ramden's Fish & Chip', harga pun agak berpatutan..

so lepas tu kami pun balikla.. sebelum tu singgah Tesco dulu beli barang..

Friday, July 23, 2010

Hari penyampaian hadiah SKMM & AGM MCCH!~

10/7/2010 - Sabtu bertempat di Abraham Moss High School Canteen, pihak sekolah mengadakan hari penyampaian hadiah bagi sessi persekolahan Sekolah Komuniti Melayu Manchester 2009/2010.. majlis bermula 10 pagi selama sejam.. dengan itu berakhirla sessi persekolahan SKMM bagi sessi 2009/2010..

Setelah itu, majlis disusuli dgn Annual General Meeting MCCH serta perlantikan AJK baru bagi sessi 2010/2011 bagi MCCH, Helwa & SKMM secara mengundi..


Memang meriah!! ramai jugala yg hadir.. kami pun sempatla makan nasi lemak 1gbp sebelum majlis bermula.. alhamdulillah, walaupun tak berapa formal, tp masih lagi berjalan dgn lancar.. tahniah diatas perlantikan baru MCCH, Helwa & SKMM yg dilantik!! :) majlis diakhiri dgn makan tengahari.. lepas makan kami pun balik!

Monday, July 19, 2010

Nursery Registration Day!~

7/7/2010 - Rabu 2 minggu lepas, kami bawa Ibrahim pergi register nursery kat Temple Primary School yang akan bermula Sept ni.. session kami kul 10.50pagi selama satu jam.. so bolehla Ibrahim tengok2 dulu sebelum sekolah bermula nanti..


Lepas register, kami melawatla class roomnya & bleh plak main kt playground diluar kelas tersebut.. alhamdulillah kira okla.. besar juga kelas tu.. dan lebih kurang 4 guru yg mengajar nanti.. suka betul Ibrahim!! ramai kawan.. boleh dikatakan main jela semuanya!! Kami juga ada beli sweater uniform sekolah ni, walaupun tak wajib, sesaja nak buat kenangan, hehhee.. Tak sampai satu jam, kami dah balik.. semoga Ibrahim suka pergi sekolah nanti, insyaAllah :)

Wednesday, July 14, 2010

Jom Tempura!~

Tetiba teringinla plak nak makan tempura, so apalagi.. alang2 ke Win Yip, carila sekali tepung tempura.. mudah je kan.. mama pun buatla tempura mussle, udang, crab stick & sayur kacang buncis.. errmmm.. yum yum!!! sekejap je licin..


pastu cecahnya, sambal kicap pedas!! barula terangkat!!hehe.. berselera sekali kami makan.. memang puas!! :)

Wednesday, July 7, 2010

Aktiviti Hujung Minggu!~

Dah lama gak ni.. 12/6/2010 - Sabtu, sementara mama mengajar kat sekolah, babah bawa Ibrahim pergi service kereta.. Tempat ni agak jauh juga dari rumah kami, sbb tempat biasa tutup.. tp agak bagus sebab ada ruang menunggu, so dptla babah & Ibrahim berehat2 sementara menunggu kereta diservice..


Kemudian sementara menunggu mama habis kelas di Abraham Moss, babah bawa Ibrahim ke Abraham Moss Leisure Centre ada aktivity utk anak2.. so apalagi, Ibrahim pun joinla sekali.. sampaikan mama dah abis kelas pun diorg tak habis lagi.. mama pun pergila juga mencari babah & ibrahim, tp sbb tak tau dimana, mama main redah je sampaila ke swimming pool, hehehe.. tp tak jumpa juga babah & ibrahim.. rupa2nya lain bilik... last2 jumpa ibrahim & babah di car park.. wah exercise betul mama haritu!!




Cerita hujung 2 minggu yg lepas.. 26/6/2010 - Sabtu, mama ada kelas seperti biasa, minggu tu ada ulangkaji utk peperiksaan akhir tahun 3/7/2010.. lepas babah pick up mama, kami bertiga ke Manchester Arndale.. dah lama gakla tak ke Town.. ramai betul manusia, maklumla weekend.. sampai2 je jalan2la kan, masuk kedai keluar kedai..

kemudian ke Arndale Market, mengisi perut!! hehehe.. Kt sini ada byk kedai makan juga.. lebih kurang food court jugala cuma sekali dgn market, jual ikan, buah2an & sebagainya.. Adala beberapa kedai yg halal.. Ibrahim yg beria nak makan ice cream!! kami makan fish n chip & grilled cheese chicken paninis..


Lepas makan sambung lagi jalan2 dalam Arndale.. ingatkan nak keluar ke Market Street, tp tak jadi sbb dah agak lewat, solat Zohor pun belum lg.. kami decide balik rumah jela.. mama rasa dah tak larat!! hehehheh..

Thursday, July 1, 2010

Check up update part 9!~

banyak juga appoinment bulan ni.. so mama summarykan jela kat sini.. sbb follow up je semuanya..


8/6/10 - 10am - NMGH outpatient A
Appoinment dgn doc pakar darah lagi.. alhamdulillah masih darah masih stable tak perlu tindakan lanjut, jumpa balik 3 minggu utk pantauan.. time ni ramai gak org.. & cuaca pun hujan, tengokla ibrahim posing dgn snow cap babah, hehehe..

15/6/10 - 12pm - Ultra Sound department, NMGH
Scan appointment utk kali ke 3, kira dah 27 week.. baby ok & makin membesar!! hehehe.. then lepas tu jumpa gyneacologist plak.. alhamdulillah dpt lagi scan baby on July nanti..

21/6/10 - 9.30am - Cheetham Hill Medical center
appointment with Jennifer, Midwife.. time ni babah & ibrahim hantar mama je pergi check up.. dan tak lama pun.. check heartbeat baby & akan ada follow up meeting lg next August..

29/6/10-9.05 - NMGH Outpatient A
Appointment dgn pakar darah lagi.. alhamdulillah darah ok.. akan jumpa lagi on July on next follow up check up...

Begitula rutin check up mama kt sini, sampaila nak beranak nanti.. semoga dipermudahkan semuanya insyaAllah..

Sunday, June 27, 2010

Jemputan kenduri lagi!~

Dah lama dah kenduri ni, awal June arituh.. 6/6/2010.. Kenduri kesyukuran ni diadakan oleh keluarga ex-penghulu MCCH tahun 2008/2009, bro Zaini sempena kejayaan isterinya Kak Nazian meraih PhD bulan May yg lalu.. alhamdulillah, tahniah ye!!!


Majlis bermula jam 2.00ptg, kami sampai dalam 2 lebih camtu.. makanan punyala best, ayam kicap, masak lemak labu, sayur campur & yg paling best ikan bakar cecah air asam.. kaum wanita duduk kt bhgn dalam & kaum lelaki diluar.. gambar ni semua diambil oleh babah, manakala gambar mama, ibrahim & kak intan serta anak bongsunya Hanie diambil dari blog kak intan, thanks kak! :)

Majlis bacaan yassin & doa selamat oleh pihak lelaki diluar, manakala pihak wanita hanya makan2 & bersembang je kt dalam, serta mengaminkan doa! kami balik hampir kul 4.00ptg juga.. terima kasih kepada keluarga bro Zaini & kak Nazian, selamat meneruskan perjuangan di Malaysia nanti, insyaAllah..

Thursday, June 24, 2010

Ice cream time!~

Panas2 ni mmg best makan ice cream!! sekarang ni, bolehla dikatakan panas!! ibrahim hari2 makan ice cream.. suka betul dia!! time ni masa kami ke Manchester Fort.. kami tryla beli ice cream ni kat Thorntons, kedai coklat.. ni pun rekomen dari jiran, so kitaorg pun try.. mcm2 flavor ada & suitable for vegetarians..


memang sedap!!! bolehla setanding dgn baskin robin.. harga pun sedap!! hehehe.. 2 scoop ice cream strawberry & coklat dalam con besar bersalut coklat harganya gbp2.50.. puas makan!! sbb banyak.. tp berebutla gak dgn ibrahim, hehehehe..

Sunday, June 20, 2010

Happy Father's Day & Family Day MCCH!~

Happy father's day to all father in this world!! especially to my hubby, atuk2.. semoga sentiasa dirahmati Allah selalu!!

Hari ni, kami rehat2 je kt rumah, sbb semalam dah enjoy sakan ke Family day anjuran MCCH utk semua Malaysian komuniti kt sini.. tempat pun tak jauh dari rumah kami, kt Padang Cardinal je.. so mmg jalan kaki jela dari rumah..


Pepagi, mama & ibrahim pergi dulu ke padang.. start kul 9.00 pagi, tp kami pergi lewat 1/2 jam.. sampai2 je, tak ramai lagi.. siap dapat lagi early bird prize untuk 20 keluarga terawal, alhamdulillah.. then 2 botol mineral & sebungkus biskut rich tea as breakfast.. nasib baik mama bawa bekal makanan gak utk ibrahim, so takla kelaparan sgt..


Lepas tu terusla mama pergi berborak2 sakan dgn rakan2 disini yg dah sampai sementara menunggu lagi mereka yg lain..cuaca plak, agak mendung & sejuk!! nasib baik, pakai jacket.. acara start pun agak lewat, dalam 10.00 lebih.. Baru nak tengok acara pertama, Ibrahim sibuk nak gi playground, so mama bawala dia.. main slide, swing & jongkang-jongket, ramai gak anak2 family yg lain pun main kt situ..


tengah main, babah sampai.. dah puas ibrahim main, kami bertiga duk plak under khemah MCCH, tengok diorg main dari jauh.. borak2 dgn budak2 lain yg tengah mewarna, ibrahim pun busy gak nak mewarna.. so bagila dia mewarna pinjam budak2 tu punya warna..


sepanjang acara berjalan mmg mama, babah & ibrahim duk kt khemah tu dgn budak2 lain, tak lama tu babah balik rumah kejap & dtg balik masa lunch.. mama plak duk kt atas alas yg mama bawa dari rumah dgn ibrahim, sbb AJK nak prepare food under khemah tu.. borak2 lagi dgn makcik kawan kt sini sementara tunggu lunch.. lunch start waktu acara dah nak abis, mama amik awal gak sbb tak nak beratur, hehehe.. terus makan dgn ibrahim, lauknya ayam goreng, gulai kambing masak hitam & acar timun, buah pisang & jus mango.. makanan punyala byk, sampaikan boleh tambah banyak kali, hehhe..


sambil makan, ada cabutan bertuah & penyampaian hadiah.. alhamdulillah, nombor kami terpilih antara 30 cabutan bertuah yg disebut.. walaupun tak dpt hadiah utama, jadila kan :) sebelum balik, budak2 dpt goodie bag, ibrahim pun dptla skali.. then akhir sekali bergambar beramai2 sebelum beransur pulang!! sungguh penat walaupun tak join pun acara2 tu, hehehe..

Antara family yg hadir memeriahkan Family day tahun 2010..

Wednesday, June 16, 2010

Let's go play!!~

3.6.2010 - Khamis, 2 minggu yg lepas.. cuaca agak panas!! tp still udaranya sejuk.. summer pun mcm tak summer, hehehe.. kejap panas, kejap sejuk!! so petang dalam 5.30 tu, babah ajak gi playground dekat ngan rumah kami ni.. apa lagi, gembirala Ibrahim!! hehehe..


mainan yg paling digemari.. slide!! hehe.. ada 2 slide kt sini, tp yg ni je ada jaring2 tu, so paling senang ibrahim nak naik sendiri!! selain tu ada jongkang-jengket & swing.. mmg ramai budak2 main kt sini.. dalam 1 jam gakla ibrahim main, lepas tu kami menyinggah plak ke rumah jiran sebelum balik rumah..

Saturday, June 12, 2010

Check up update part 8!~

1.6.2010 - Selasa, 9.30am, mama ada pregnancy check up dengan gyneacologist di North Manchester General Hospital.. pagi lagi dah keluar rumah, bawa breakfast nasi goreng.. sampai2 je kami parking, register kt receiptionist & makan sebelum dipanggil utk urine test & menunggu jumpa doktor..

alhamdulillah tak ramai patient.. tp still kena tunggu gakla dalam 1/2 jam camtu..
Ibrahim mcm biasa, sentiasa aktif, tak reti nak duk diam, hehehe.. ada je yg dia nak buat.. almaklumla dah banyak kali datangkan.. bila mama dipanggil, tak dpt jumpa gyneacologist sbb busy, so dpt jumpa registrar je.. registrar ni kira doktor yang tengah buat specialist..

Mula2 kena jumpa registrar lelaki, so kami mintala nak jumpa woman registrar, then kena tunggu balik, tak lama lepas tu baru dpt jumpa woman registrar, semua ok, alhamdulillah, tak yah nak request, mama dapat scan baby skali lagi next week.. yayyyy!! then lepas tu doktor check heartbeat baby, pastu settle..


bila keluar kena buat appointment baru utk scan & follow up kt receiptionist.. gambar ni masa tengah tunggu surat utk next scan appointment, ibrahim dpt crips babah belikan, sukala dia!! hehehe.. dan seperti biasa balik mesti gi tesco dulu beli barang.. sekarang ni kan musim 2010 FIFA world cup, sampai kt tesco pun ada hias gelanggang bola!! tu yg amik gambar tu, walaupun kami bukanla peminat bola :)