~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 24, 2010

Homemade Dadih & Jemput2 Pisang!~


Baru2 ni babah suruh mama buat dadih, jumpala satu resepi ni dalam Myresepi.com, okla mama pun try.. kalau ikut resepi ada 2 jenis dadih, tp mama buat sejenis je, guna susu strawberry Yazoo, kegemaran mama ni, hehe.. alhamdulillah memang menjadi!! masuk dalam bekas sederhana besar, okla tu yang penting sedap!! hehehe..

Yang ni plak, jemput2 pisang, buat hari yang lain, permintaan babah juga, hehe.. kebetulan pisang banyak & dah masak sangat, mama tryla buat jemput2 pisang, cari jugak resepinya..mama guna gula perang, mmg mengancam!! hehe.. walaupun hitam tp sedap!! rangup diluar, lembut didalam!! sekejap je licin!! tinggal tu je yg sempat nak ambil gambar.. sabar jela..

kalau nak resepi, blehla amik kt bawah ni ye, tak rugi try, memang best!!

Dadih Homemade
Source: Myresepi.com

Bahan-bahan ( 16 bekas -spt dlm gambar )

* 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
* 1 liter susu segar biasa
* 1 liter susu segar berperisa coklat
* 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
* 1.2 liter air
* 1 sudu teh garam
* 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
* 1sudu teh coklat emulco

Cara-cara

1. Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
2. Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
3. Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
4. Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
5. Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
6. Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
7. ** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )
8. **Saya harap kawan2 semua dpt faham kaedah yg saya maksudkan ini dan jika masih keliru bolehlah bertanya semula.

Jemput pisang sedap
Source: Myresepi.com

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 5-6 biji pisang berangan pisang lain pun boleh
* 1/2 cawan gula(kalau nak manis tambahlah gula lagi :) )
* 1 cawan tepung - bergantung atas besarnya pisang..(agak2 bila bancuh tepung tu jadi pekat dan tak cair oklah..mcm wat jemput pisang)
* 1 1/2 sudu kecil bikarbonat soda
* minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. satukan kesemua bahan di atas kecuali minyak lah ia.. dan perapkan selama 15-20 minit
2. selepas 20 minit tu sediakan kuali dan panaskan minyak utk menggoreng.. Gorenglah wat cam jemput2 tu sampai habissss...
3. sedia untuk dimakan.. sarapan atau waktu petang.. nyamnyam
4. Selamat mencuba... :)

Friday, February 19, 2010

Hadiah hari jadi!~

Alhamdulillah, memang setiap kali hari jadi kami, Wan Penang akan masukkan duit sbg hadiah.. so mama pun dpt juga!! terima kasih Wan!! maka Khamis baru ni babah bawa mama & ibrahim ke KFC Manchester Fort.. Ye!! KFC yg kt MF tu sekarang ni dah dpt sijil halal HFA (Halal Food Authority License).. kami pun baru je tahu, hehe.. alhamdulillah dapat juga hajat mama nak makan KFC..


Kami keluar rumah 12.30tghr lepas solat Zohor, terus menuju ke KFC.. mmg tengah lapar!! hehe.. ada juga kawan Malaysian sekeluarga yang juga makan KFC masa kami sampai.. so adala geng! hehe..

rasanya memang sama je, cuma meal menu dia tak sama mcm kt Malaysia.. kami makan variety meal (2 ketul original, 2 hot wings (hot & spicy) & 1 boneless fillet, kentang goreng & minuman bergas), kalau kt malaysia sure ada wipped potato, coleslaw & bun.. so macam tak lengkap je kan menu tu, tak seimbang, hehe.. satu lagi kt sini takde sos cili, hanya ada tomato ketchup shj, so kurang ummpphh, kena bawa cili sendiri la nampaknya, hehhee.. Apapun alhamdulillah, yang penting kenyang!! harga pun agak berpatutan..

Model Hot cup hot water dispenser :)

lepas tu kami jalan2 di Asda & Argos.. sampai di Argos, kami membeli hot cup hot water dispenser.. ni kira hadiah hari jadi mamala.. senang & mudah!! hanya dgn tekan button, air akan dimasak & auto keluar ke dalam mug, jimat air & juga electric.. Thanks again Wan for the birthday gift!! :)

Monday, February 15, 2010

Jom makan best!~

Sempena hari jadi mama baru ni, mama masak nasi briyani, rendang daging & ayam goreng ala KFC, hehe.. Nasi briyani guna rempah briyani mix maggi, dulu pernah buat mama tambah ayam, kali ni mama tambah daging plak.. masak sebentar diatas dapur rempah briyani dengan daging lepas tu masuk je dalam rice cooker gaul sebati dgn beras yang telah dibasuh & ditos..


Manakala rendang daging guna rempah Brahims.. masak rempah Brahims dalam periuk dgn daging & masukkan 1 cawan air, masak hingga daging empuk & hampir kering... memang sedap & mudah!! Ayam goreng plak gaul sebati dgn satu biji telur sebelum dilumur dengan tepung ayam goreng Adabi & digoreng garing.. babah kata sedap!! macam makan kat rumah orang kawin, hehe.. Ibrahim pun suka!! hehe..

sbb takde sayur, mama potong timun je sebagai ulam, kira ok la tu kan, ehehe.. laju je masing2 menjamu selera.. alhamdulillah kenyang!! ;)

Friday, February 12, 2010

It's my birthday!~

Diam tak diam, bertambah lagi usiaku hari ini.. alhamdulillah, semoga bertambah matang, insyaAllah, hehe.. semoga Allah tambah rezeki, panjangkan lagi umur supaya dapat memperbaiki diri ini, hidup bahagia disamping family yang tersayang..


Celebrate tak?? ermmm.. dua hari lepas babah belanja mama & ibrahim makan.. takeaway dari kedai pakistan.. babah beli 2 fish burger, ayam goreng ala kfc & mushroom pie.. sedap!! dah lama kami tak beli dari luar, ni kira celebrate jugala, hehe.. sbb mama teringin nak makan kfc, dapat ayam goreng ala kfc pun jadila, hehehe..thanks babah!!

Tahun ni mmg bermakna dalam diri ini dan juga family ku.. insyaAllah segala doa dan harapan kami dimakbulkan oleh Allah.. hajat nak tambah keluarga :) hehe.. Ye agaknya semua dah dpt agakkan..

I'm pregnant, insyaAllah.. yang hari tu asyik batuk & selsema tu rupanya kira tanda gak tu, cuma mama yg tak perasan sbb bila check, negative.. sbb tu bila kawan2 tanya tak berani lagi nak ngaku, hehhe.. then about half month Jan yg lalu, mama check lagi, alhamdulillah.. barula positive..

Sekarang ni, selalu rasa letih & tak bermaya.. agaknya sbb 1st trimester, hormon berubah, hehe.. tp gagahkan juga bangun masak, kalau tak kebulurla semua.. hehe.. nak keluar pun rasa malas je.. tp keluarla juga sbb nak beli barang..

25 Jan 10 aritu, babah & ibrahim hantar mama pergi klinik, dahla 2 jam menunggu then receptionist tu bleh plak bagi jumpa salah doktor.. jumpa doktor family planning, memula mama pun pelik, tp malas nak argue.. tp kira ok gak.. jumpa doktor terus nak confirm betul2 pasal pregnancy ni.. then alhamdulillah mmg confirm lepas amik urine test & doktor tu buatkan surat lagi utk gp.. kira bagus gakla dpt jumpa doktor ni..

rupa2nya kena call dulu buat appointment yang mama ni main pergi je, hehehe.. insyaAllah 16 february 2010 ni my first check up dgn midwife/doctor.. semoga semuanya berjalan lancar!! insyaAllah doakan ye..

Sunday, February 7, 2010

Jom tengok baby Rayan!~

Hari Khamis baru ni 4/2/2010, kami dijemput makan tengahari oleh kawan babah, bro Zamhar datang kerumahnya di city center.. lebih kurang 15 minit perjalanan dari rumah kami.. sambil tu juga, melawat wife bro Zamhar yang baru selamat melahirkan second baby end of December baru ni.. so masih dalam pantang :)


Kami sampai dalam 12 tghr, berborak sakanla sampaila makanan ready, hehe.. hasil masakan mak bro Zamhar, yang datang December lepas untuk menjaga Iman & cucunya yang first, Arif yg muda setahun dari Ibrahim.. Ibrahim pun busy main dgn Arif, Arif ni pun suka Thomas & Friends collection, so bleh gengla dgn Ibrahim, hehehe..

lauknya punyala byk!, ada ayam goreng, ikan bilis + kacang berlada, sotong campur masak rempah, masak lodeh, daging kurma & puding caramel.. memang sedap!! tengah lapar pun ye, hehehe..


Inila baby Rayan!! beratnya ketika lahir 4.3kg.. besar kan!! bila tengok baby Rayan teringat Ibrahim dulu pun suka menoleh satu arah je, sampaikan nenek letak sapu tangan supaya Ibrahim tengok tegak ke depan je takla asik menoleh je satu arah.. tp insyaAllah, dah besar nanti ok kan.. Kami balik dari rumah bro Zamhar dalam kul 2.30 ptg.. terima kasih byk2 ye bro Zamhar sekeluarga!!

Tuesday, February 2, 2010

Jom mewarna with Thomas!~

Sabtu lepas babah bawa Ibrahim pergi Tesco.. biasanya kalau gi memana, Ibrahim ni mesti dpt something dari babah dia.. tak magazine, toys la kan.. tp kali ni, babah belikan Ibrahim set colouring Thomas & Friends dgn drawing pad yg agak besar.. suka betul la Ibrahim.. tambah lagi activity Ibrahim kt rumah...


Memang sudah dijangka.. balik2 je terus bukak & colour!! hehe.. ada 3 type colour tu, pencil colour, crayon & magic colour.. ermm.. kalau crayon & pencil colour tu okla kan, for sure takde apa2 kalau terkena kt tangan, tp yg magic colour tu, habisla kotor tangan ibrahim dibuatnya.. nasib baik senang hilang, hehehe..

Boleh dikatakan semua pages kt drawing pad tu habis sudah diwarna oleh Ibrahim walaupun ikut suka dia je, hehe..