~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Thursday, November 12, 2009

Kisah 2 hari sebelum berangkat pulang!~

Isnin (12/10/09), mama dah mula berkemas apa yg patut.. tghr kami makan di Carrefour foodcourt, sambil2 tu jalan2 di Carrefour yg baru dibuka di Bandar Tun Hussein Onn..

Malamnya, Auntie Lang nak belanja makan lagi, yeyyyy.. thanks auntie.. tak tau nak makan kt mana, kami ke KFC Carrefour, BTHO.. wah wah.. makan KFC lagi ye.. sambil mama & auntie abiskan makanan, babah & ibrahim yg dah kenyang, pergi beli dypers & susu Ibrahim..


Bila babah dah selesai, kami ingat nak balikla.. Auntie ajak plak gi Mines, katanya nak belanja San Francisco Pizza, rasanya mcm baru je ada kt Mines tu.. sbb dah kenyang, kami makan pizza sederhana 1 & sup je.. okla tak besar pun pizza nya, sekejap je habiss, hehehe.. ibrahim plak makan sup dgn auntie.. Lepas tu, kitaorg pun balik!


Esoknya (13/10/09), malam lepas makan malam & solat isyak, nenek & atuk sampai di BTHO, then kami semua bertolak ke KLIA 2 kereta sbb barang byk jugala.. sampai2 kt KLIA terus ke tempat online check in counter , alhamdulillah.. takde orang pun, lepas tu kami duduk kt depan kedai gift & souvenir tu sebelum makan kt McD sebelahnya.. punyala mahal kan harga McD kt KLIA tu berbanding kt luar..


Dalam pukul 11.30, Auntie Lang & Atuk Cheras pun balik sbb esoknya kan auntie nak kerja.. then pukul 12.00pagi, kami pun masuk, atuk & nenek tunggu sampai kami masuk.. Ibrahim punyala menangis!! sbb dia ingat atuk & nenek ikut jugak, errmmm.. sampai kt kaunter imigresen, masih lagi nangis, tak taula nak pujuk camna, nasib baik encik kat kaunter tu saja tegur ibrahim, ermm.. diam gakla dia akhirnya..


Alhamdulillah, kawalan imigresen kt KLIA tu sgt ok, kalau dulu waktu kami di Manchester on the way balik ke Malaysia, habis dibuangnya air panas & segala air yg ada dlm beg kami, even dah ckp utk baby still tak boleh, sabar jelakan.... tp selepas tu boleh minta air panas kt restaurant2 yg ada dlm airport tu, kira lecehla juga..

Ada 2 jam lagi masa nak berlepas.. so kami terusla menuju kt tempat diluar balai menunggu, lepas tu babah bawa ibrahim jalan2 dalam airport tu.. agak2nya kemana?? babah bawa ibrahim naik bahagian atas, ada tempat duduk yg siap boleh baring lagi, then ada golden lounge utk business & first class penumpang, punyala best kan.. tapi harga pun best!! hehe..


mama pulak tunggu hand luggage kt bawah, sampaila babah datang baik dalam 1.30a.m. waktu tu dah ramai penumpang yg beratur.. kami antara penumpang yg akhir beratur nak masuk balai menunggu tp terus dapat naik first dalam plane sbb ada ibrahim & sbb tengah berjalan time tu terus dilambai oleh crew emirates, alhamdulillah senang! so dudukla kami dlm plane selama 7 jam menuju ke Dubai utk transit 3 jam sebelum ke Manchester..


Ibrahim awal2 dah lelap! waktu makan pun tak bangun, mama just simpankan je makanan ibrahim.. penat betul duduk dlm plane lelama.. Ibrahim bestla siap baring lagi, hehe.. sampai di Dubai, kena naik bas pulak dari terminal 1 ke terminal 3, Airport Dubai yg baru.. then kena scan lg, pastu amik stroller utk ibrahim tp tak duduk pun jadi tempat letak hand luggage... solat subuh, then terus ke ruang menunggu yg disediakan.. seperti biasa, babah bawa ibrahim jenjalan dulu sebelum tiba waktu masuk.. bila dah masuk, naik bas semua ke terminal 1, memang penatla..


pukul 10.30pagi bertolak dari Dubai ke Manchester, bila masuk plane balik, tak lama tu ibrahim pun tido, lama jugala.. lama lagi nak sampai 7 jam lagi, memang penat sungguh!! bila ibrahim bangun, tengokkan dia mickey mouse & friend, disney channel, sukala dia!! hehe.. akhirnya kami sampai di Manchester 12.30 tghr (14/10/09) waktu tempatan..

lepas imigresen & ambil beg, babah call airportcarz & kami tunggu kat terminal 1.. sampai rumah kul 1.30ptg.. alhamdulillah..cuaca punyala sejuk!! kami ambil kunci kereta & rumah kt jiran kami, kak siti yg tolong tengok2kan rumah & jaga kereta semasa ketiadaan kami, terima kasih byk2 ye kak siti & bro shahrin.. then kami keluar beli barang dapur..

itula kisahnya semasa di Malaysia, sebulan memang rasa sekejap je.. alih2 dah nak balik.. tp memang best!!! alhamdulillah! :)

4 comments:

isya said...

mmg rs sekejap je kn..
tup tup dah balik sana balik..
apa2 seronok baca perjalanan nabilah ke manchester.. ;p

unique1012 said...

isya,
a'ah.. hehe.. thanksla sudi baca :)

az1ra said...

Baca pun dapat bayangkan betapa penatnya duduk dlm plane tu

unique1012 said...

az1ra,
hehe.. memang penat!! kalau dpt baring dgn selesa alangkah bestnya :)