~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 3, 2010

Beraya ke London?!~

21/9/2010 - Alhamdulillah, birth cert Aishah settle pagi di register office di Manchester.. petangnya kami bertolak ke London.. tujuannya nak register kelahiran Aishah sbg rakyat Malaysia & buat passport sekali kat High Commission Malaysia London.. Tak rancang pun, sementara ada Wan & Atuk ni, kira senangla skit nak bawa Ibrahim & Aishah sekali..


Kami sewa kereta kawan kami disini, alhamdulillah Wan ada license Uk, so insurances pun tak mahal sgt nak top up.. perjalanan pergi yg agak lama sbb tersalah masuk jalan A, dekat 3 jam juga Mr GPS bawa kami sampai ke Stoke On Trent lagi.. sempat singgah Morisson, hehe.. lepas tu baru dpr keluar highway.. terus ke Travelodge Heathrow Terminal 5.. kami pernah menginap kt sini Summer last yr masa bawa nenek & atuk.. hotel ni pun kami booking 3 days before.. tak dptla murah sgt, 2 family room utk 2 malam kira okla drpd menginap dlm London..


Sempat berhenti sekejap kt service, makan malam & isi minyak.. Sampai hotel pun dah malam, memang tinggal tido je..


Pagi, kul 8 lebih dah bertolak ke High Commssion Malaysia London, pepagi semua org nak gi keje, jam le juga.. sampai dekat kul 10.00.. ramai gak org tengah menunggu.. tp tak ramai nak register baby.. kena amik gambar Aishah dulu, alhamdulillah Aishah jaga time ni, so dpt amik gambar dia buka mata, itu requirement dia.. pastu isi form yg original kt situ walaupun kami dah isi form yg download dari internet.. okla tak lama pun.. yg penting document semua cukup lengkap!! alhamdulillah.. 2 counter kena pergi, birth registration & juga passport..


Lepas tu, kena tunggu nak pick up plak, kul 3.00 hingga 4.00 ptg.. kt situ siap ada gerai mkn lagi, mmg mudah, makanla kt situ je.. pastu sementara nak menghabiskan waktu.. kami pun pergila Hyde park.. tak jauh pun dari situ.. cuma nak kena carila, hehe.. mmg besar park ni.. jenuh gakla berjalan nak sampai ke lake dia tu.. Ibrahim suka betul dpt tengok duck!! Aishah plak, mmg tido je kerjanya, hehe..


Lepas tu, kami dtg semula ke HiComm, sempatla solat qasar Zohor & Asar skali, dont worry ada prayer room kt situ.. then kami menunggu lagi nak pick up birth registration & passport Aishah.. selepas tu kami ke Malaysian Hall London, di Bayswater.. nak jumpa abang Wan yg dah menetap lebih 35 tahun kt London tu.. dptla jumpa Uncle Omar.. alhamdulillah masih sihat lagi!! kami makan2, borak2.. Ibrahim plak dah lena!! dah nak balik baru bangun..


Then, bila dah keluar dari Malaysian Hall, ingatkan nakla pergi ke London Eye, semua pun dah kepenatan.. tengok jela dari dalam kereta.. hehehe.. jalan2 di kota London mencari jalan keluar nak pulang ke hotel!! :)


Alhamdulillah semua settle, so next day dlm kul 11 camtu, baru kami keluar.. menuju pulang ke Manchester.. sempat singgah ke Oxford services, mengalas perut.. sampai rumah kul 4.00ptg jugala..

6 comments:

A.H.A.D said...

whoaa! nabilah dlm pantang pun leh bejalan ke london lg..huhu best gile hehe..

oo parents nabilah ada dtg yer jaga kt sana. bgsla camtu

unique1012 said...

Kak gee,
terpaksa kak, dah takde masa lain.. Okla walaupun TTY pantang, hehe..

Parent in law yg dtg, alhamdulillah :)

tulip said...

nabilah, tak sakit ke perut berjalan? aritu aku terbaring jer.. nak bangun pun payah huhu..

unique1012 said...

Zeaty,
mmgla sakit, tp nak buat camna kuatkan je semangat! Hehe.. Kalau tak, tak taula bila bleh pergi..

Unknown said...

aah la nabilah, k ija baru teringat nabilah bersalin ceaser, kalu beranak normal, insyaAllah lepas beranak dah tak sakit, tp kalau ceaser sampai 2 minggu kan.

huhu, as long as jaga makan, ok kot, jgn angkat berat2 tau

unique1012 said...

Kak Ija,
a'ah dah 2 kali ceaser ni, hehehe.. ermm.. insyaAllah, kak, jaga tetap akan jaga, kalau tak sendiri gak yg merana :)