~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 30, 2010

Fire!!~

Kejadian baru je berlaku tadi.. Mula2 kami pun tak perasan, tetiba je ada orang ring our bell.. then ketuk2 pintu.. ingatkan siapa yg datang.. bila babah buka pintu, tengok ada kebakaran kat luar!! Tadi masa kami keluar mmg ada nampak sofa merah kat luar tu ada orang buang.. tak sangka plak malam ni dah terbakar!!

Ermm.. almaklumla esokkan Halloween.. Orang2 kt sini bila ada sambutan camni, mulala main fireworks.. so kami assume sofa tu terbakar sbb kena fireworks.. tp yg paling kesian ada satu kereta ni park depan tempat kebakaran ni, habis bonet keretanya terbakar jugak.. nasib baikla org ni cepat2 alih kereta dia, kalau tak mau terbakar semuanya!!



Api punyala marak!! takleh nak curah air pun, sbb terlampau panas!!! so semua orang tengok je.. yang agak bagus.. pihak bomba dtg agak cepat!! sempatla masuk dalam video yg babah amik ni.. tapi sorryla kena teleng skit kepala nak tengok video ni, hehehe..

Saturday, October 23, 2010

New Thomas & Friends Collection!~

Last weekend, babah & Ibrahim pergi Tesco beli barang dapur.. biasanya bila gi Tesco, first tempat yg for sure singgah adalah tempat toys!! hehe.. Ibrahim la yg punya plan :) selalunya tengok2 je.. but this time, tengah sales!! so babah belikan Ibrahim Mega Bloks Thomas & Friends dapat half price discount..


Wah apalagi, punyala gembira Ibrahim!! balik2 je terus main.. yang bestnya, ada Cranky!! kira collection baru.. pastu, ada Thomas & James.. lagi riuhla Ibrahim bercerita!! hehe..

Saturday, October 16, 2010

Sepetang di Toys R Us!~

2/10/2010 - Saturday 2 minggu lepas.. babah ajak mama keluar.. so pergila Toys R Us.. mencari backpack utk Ibrahim pergi Nursery.. jumpala Thomas bagpack..


sambil2 tu sempatla Ibrahim & babah try Nintendo DSI baru kat sana, hehehe.. suka betul Ibrahim main Super Mario.. Mama & Aishah plak window shopping kt bahagian baby.. saja tengok2..


Dah nak balik, Ibrahim naik Thomas plak.. selalunya Ibrahim tak suka naik benda bergerak2 ni, tp this time hendak plak dia.. maybe sbb Thomas tu tak gerak kuat2 sgt! hehe.. time tu je Mama & Aishah keluar berjalan, pastu, dah tak dah.. tunggu jela lepas pantang :)

Wednesday, October 13, 2010

Aishah dah 1 month!~

10/10/2010 - Ahad baru ni, Aishah dah sebulan, alhamdulillah.. sekejap je kan.. sekarang ni, Ibrahim pun makin sayang dengan adik dia.. bila Aishah nangis je terus bagi tau mama "Baby crying mama!! sambil menjerit kuat2!! hehe" senangla skit kalau mama nak buat keje, dah ada Ibrahim bleh tengokkan Aishah..

latest picture of BangLong Ibrahim & Aishah.. Aishah pun makin bam bam.. tak byk ragam!! alhamdulillah.. tidur je siang malam.. nangis nak susu je.. immunisation pun takde lagi, kt sini start 2 bulan baru dia nak inject, kalau kt Malaysia, lahir2 je dah kena kan.. so nak bawa Aishah keluar pun agak bahaya, so mmg duk je kt rumah.. adala keluar sekali dua..

Tp ada lagi latest cerita tentang Aishah, kami dah botakkan Aishah, hehehe.. Tp sbb pencukurnya tak berapa nak bagus, jadinya takdela licin sgt.. adala lagi rambut Aishah skit2.. kira okla tu kan.. sian dia dah takde rambut!! takperla, insyaAllah nanti tumbuh lebat lagi!! :)

11/10/2010 - Isnin, petang dalam kul 6.00pm, Auntie Aida sefamily dtg berziarah Aishah.. borak sakan sampai lupa nak bergambar.. thanks Auntie for the present!! :)

Sunday, October 10, 2010

Ibrahim @ Temple Primary School!~

30/9/2010 - Thursday last 2 weeks first day Ibrahim at school.. suka betul Ibrahim.. tak takut langsung dia!! hehe.. first day just 1 hour je & babah kena tunggu.. 2nd day plak, 1 hour juga, tp babah tak payah tunggu.. Ibrahim ok je, sampaikan tak nak balik bila babah jemput dia, sabar jela!! :)


Handsome tak Ibrahim beruniform?? hehe.. merah menyala!! Time kat school, Ibrahim sampai2 je suka betul main sand!! bykla mainan lagi.. suka betul Ibrahim dpt gi school..


Tapi ada cerita tak best skit pasal school ni.. Rabu lepas, first day Ibrahim full time from 9.00am to 3.20pm, sebelum tu hanya 2 - 3 jam je.. so hari ke 5 tu, Ibrahim kena ketuk dgn kawan dia.. sampai benjol!! kesian Ibrahim.. mula2 masa babah ambil Ibrahim dari school langsung tak tau pasal tu, cikgu dia langsung tak bagi tau, senyum je masa tu.. padahal Ibrahim waktu tu sampai tertidur dalam keseduan!! terukkan!! bengang betul kami.. kami tau pun sbb ibrahim mengadu sakit!! pastu mama pelik, sakit kt mana, bila mama check, rupa2nya benjol kt belakang kepala..


Terus babah bawa Ibrahim gi Accident & Emergency NMGH, doktor cakap agak serious juga, so dia advice Ibrahim tak pergi school selagi tak baik, tapi doctor tu tak nak plak keluarkan medical report utk Ibrahim sbg bukti, sabar jela.. so sekarang ni Ibrahim duk kt rumah je.. kami dah hantar complaint letter pada headteacher pasal cikgu dia kt school, then kami baru terima call dari headteacher dia Jumaat baru ni .. so skrg ni tgh tunggu response diorg pasal hal ni.. selagi takde apa2 tindakan & reply in black & white dari pihak sekolah yg jamin bahawa perkara ni takkan berlaku lagi, kami tak hantar Ibrahim ke school ni selagi tak dapat jaminan.. kang tak pasal2, benda lain plak yang berlaku pada Ibrahim, nauzubillahiminzalik.. kalau takde apa2 jaminan in black & white, kami nak forward pada children service centre under Manchester City Council..

Ibrahim yang suka sekolah pun boleh cakap tak nak pergi sekolah dah, trauma!!.. nampak sangat cikgu tu tak responsible, tak ambil tindakan masa kejadian berlaku sampai benjol teruk.. patutnya kena letak ice supaya benjol tu tak teruk.. then bagi tau kami tentang kejadian tu, supaya boleh ambil tindakan yg sepatutnya.. then cikgu kena monitor all the time, pastu kena nasihat budak2 ni jgn bergaduh, bukan biar je.. don't care attitude mmg bahaya!! itula apa yg berlaku kt UK ni.. bukan sekolah je, boleh dikatakan semua tempat camtu..

Wednesday, October 6, 2010

Akikah Aishah @ Majlis Hari Raya MCCH & SKMM!~

25/9/2010 - Sabtu di Abraham Moss High School, Cheetham Hill Manchester telah diadakan majlis hari raya MCCH & SKMM.. kami berpeluang menyumbangkan seekor kambing bagi tujuan Akikah Aishah.. alhamdulillah :)


Tp masa majlis ni, Babah, Wan, Atuk & Ibrahim je yang pergi.. meriah jugala!! dptla mereka merasa kambing tu, hehehe..


Tengahari tu, Auntie Intan sefamily dtg tengok Aishah.. dan petang pula, Auntie Ina sefamily pula dtg tengok Aishah.. thanksla Auntie2 atas hadiah yg diberi!! :)

*Piccas Mama & Aishah from FB Kak Intan, thanks kak!! :)

Sunday, October 3, 2010

Beraya ke London?!~

21/9/2010 - Alhamdulillah, birth cert Aishah settle pagi di register office di Manchester.. petangnya kami bertolak ke London.. tujuannya nak register kelahiran Aishah sbg rakyat Malaysia & buat passport sekali kat High Commission Malaysia London.. Tak rancang pun, sementara ada Wan & Atuk ni, kira senangla skit nak bawa Ibrahim & Aishah sekali..


Kami sewa kereta kawan kami disini, alhamdulillah Wan ada license Uk, so insurances pun tak mahal sgt nak top up.. perjalanan pergi yg agak lama sbb tersalah masuk jalan A, dekat 3 jam juga Mr GPS bawa kami sampai ke Stoke On Trent lagi.. sempat singgah Morisson, hehe.. lepas tu baru dpr keluar highway.. terus ke Travelodge Heathrow Terminal 5.. kami pernah menginap kt sini Summer last yr masa bawa nenek & atuk.. hotel ni pun kami booking 3 days before.. tak dptla murah sgt, 2 family room utk 2 malam kira okla drpd menginap dlm London..


Sempat berhenti sekejap kt service, makan malam & isi minyak.. Sampai hotel pun dah malam, memang tinggal tido je..


Pagi, kul 8 lebih dah bertolak ke High Commssion Malaysia London, pepagi semua org nak gi keje, jam le juga.. sampai dekat kul 10.00.. ramai gak org tengah menunggu.. tp tak ramai nak register baby.. kena amik gambar Aishah dulu, alhamdulillah Aishah jaga time ni, so dpt amik gambar dia buka mata, itu requirement dia.. pastu isi form yg original kt situ walaupun kami dah isi form yg download dari internet.. okla tak lama pun.. yg penting document semua cukup lengkap!! alhamdulillah.. 2 counter kena pergi, birth registration & juga passport..


Lepas tu, kena tunggu nak pick up plak, kul 3.00 hingga 4.00 ptg.. kt situ siap ada gerai mkn lagi, mmg mudah, makanla kt situ je.. pastu sementara nak menghabiskan waktu.. kami pun pergila Hyde park.. tak jauh pun dari situ.. cuma nak kena carila, hehe.. mmg besar park ni.. jenuh gakla berjalan nak sampai ke lake dia tu.. Ibrahim suka betul dpt tengok duck!! Aishah plak, mmg tido je kerjanya, hehe..


Lepas tu, kami dtg semula ke HiComm, sempatla solat qasar Zohor & Asar skali, dont worry ada prayer room kt situ.. then kami menunggu lagi nak pick up birth registration & passport Aishah.. selepas tu kami ke Malaysian Hall London, di Bayswater.. nak jumpa abang Wan yg dah menetap lebih 35 tahun kt London tu.. dptla jumpa Uncle Omar.. alhamdulillah masih sihat lagi!! kami makan2, borak2.. Ibrahim plak dah lena!! dah nak balik baru bangun..


Then, bila dah keluar dari Malaysian Hall, ingatkan nakla pergi ke London Eye, semua pun dah kepenatan.. tengok jela dari dalam kereta.. hehehe.. jalan2 di kota London mencari jalan keluar nak pulang ke hotel!! :)


Alhamdulillah semua settle, so next day dlm kul 11 camtu, baru kami keluar.. menuju pulang ke Manchester.. sempat singgah ke Oxford services, mengalas perut.. sampai rumah kul 4.00ptg jugala..