~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 31, 2008

Selamat Hari Merdeka!!!



Alhamdulillah, sempat gak nak berblog hari ni, sorryla semua banyak benda nak buat this week, so tak sempatla nak update, takperla later i tell u all ok..

Dikesempatan ini, nak ucapkan Selamat Hari Merdeka to all rakyat Malaysia walau dimana anda berada, insyaAllah we are proud to be Malaysian!!!


So what Ibrahim do on hari Merdeka?? Just play at home with family & his friends!!

So nila friends Ibrahim, Yoshi, Sid, Teddy(Favorite), Jumbo & Kanggaroo..

Monday, August 25, 2008

Weekend oh Weekend! Yayyy!


Sabtu lepas, kami bertiga pergi KLCC Convention Center pagi around 11.30am, sebabnya ada briefing from Uni of Manchester tentang pre-departure student information, sampai awal around 12.15pm, so apalagi tempat takde orang, suka betul Ibrahim.. ke hulu ke hilir, siap landing lagi.. :) penat sungguh mama Ibrahim, tak terkejar dibuatnya..



Petang plak ada kunjungan dari Kak Sue dan Erin ke rumah BTHO, thanks for coming, diorang ni ex-housemate time study kat Melaka dulu.. Risau betul mama tengok Ibrahim yang sesuka hati dia je amik digital camera Kak Sue, yela manala tau kang dibuatnya dia baling cam main bola, dah sudah.. Nak amik gambar mama ye sayang..hehe. Bestnya jumpa korang sebab dah lama sangat tak jumpa, selalu calling2 je.. Bilala agaknya nak jumpa lagi kan! InsyaAllah ada rezeki, adala kan..



Ahad plak, we all balik kampung mama, kat mana?? Mana lagi, TPG la.. balik jumpa nenek & atuk Ibrahim tersayang! Petang plak, pak cik, makcik , sepupu mama datang nak tengok Ibrahim, diorang kata dah lama tak jumpa Ibrahim, rindu sangat nak tengok anak mama ni.. :) Terlupa plak nak snap gambar, ni amek dari gambar yang lama2..Enjoyyy!

Friday, August 22, 2008

Lawatan ke Klinik Kita, CP

Semalam petang, lepas amik Ibrahim kitaorang pergi Klinik Kita at CP, masuk kali ni dah 3 kali pergi, sebabnya Ibrahim asik demam je sepanjang 2 minggu ni. 2nd time pergi, just amik ubat je, kali ni gi jumpa Doc Salmi lagi untuk consultation.

Rupa2nya Ibrahim kena Tonsils tekak, doktor kata ni penyakit keturunan, agak2 dapat dari gene siapa eh? :), patutla tak baik2 demam anak mama ni.. Tapi active dia bukan main lagi.. best betul Ibrahim dapat main gelongsor.. Semoga Ibrahim cepat2 sembuh ye, insyaAllah.. Enjoy the piccas!


Some info about Tonsils

The tonsils are areas of lymphoid tissue on either side of the throat. An infection of the tonsils is called tonsillitis. Most commonly, the term "tonsils" refers to the palatine tonsils that can be seen in the back of the throat.

Like other organs of the lymphatic system, the tonsils act as part of the immune system to help protect against infection. In particular, they are believed to be involved in helping fight off pharyngeal and upper respiratory tract infections.

Thursday, August 21, 2008

Let's Create Your Own Avatar @ Manga!

Tengok2 blog member sorang ni, jumpala sesuatu yg best! You'll can create your own avatar@manga at this web for free.. So try la eh?! Saja suka2..


Dan hasilnya, inila muka anak mama, Ibrahim! Nampak seiras tak? Bolehla kan, cuma nampak matured skit! :D

Wednesday, August 20, 2008

Today i'm 1 Year 5 Months


Hari ni genap usia Ibrahim 1 Tahun 5 Bulan, semoga panjang umur & dimurahkan rezeki selalu, insyaAllah..

How your toddler's growing

She's becoming much easier to understand now that she often combines pointing with a word or two. And her growing independence is asserting itself in numerous ways. She can undress herself (dressing will come much later), have a go at brushing her hair and feed her dolly -- but you'll need to continue to clean her teeth for a long time yet.

She may be able to sort things by colour, shape and type now, which makes toys that encourage these skills particularly popular. If "no" hasn't already become her favourite word, she'll begin using it with a vengeance. She's gradually easing towards one nap each day, which means this is a transition period that's potentially hard on you both. If she needs more than one sleep during the day but won't give in to a second sleep, try cuddling up with her on the sofa to see if she drops off.

Source: Baby Centre UK

Pesanan Semasa Mendengar Azan...


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya

Source: Email from a friend

ps: Semoga kita sentiasa muhasabah diri kita selalu, insyaAllah..

Tuesday, August 19, 2008

TV Time!


Seperti biasa, lepas amik Ibrahim di nursery, beli makanan & lepakla kitaorang depan tv sambil makan2.. kebetulan semalam ada cerita Ayyad, 7.30pm di TV3. Sebelum ni pun dah perasan memang Ibrahim suka sangat tengok citer ni, kita pergi solat pun dia tak perasan, kalau tak asik ikut je mana mama dia pergi.

Pastu, satu lagi perkara yang agak terkejut dibuatnya, Ibrahim boleh bersihkan hidung dia sendiri! SubhanAllah! Alhamdulillah! bagus anak mama ni, selama ni asik mama je yg bersihkan hidung dia sampai merah2 dibuatnya! :)

Tengokla dia, sambil mata masih menatap ke kaca tv, sambil dia buat aktivity ni.. hehe.. Harap2 anak mama akan menjadi lebih independent lagi, insyaAllah.. Enjoy!!!

Monday, August 18, 2008

Let's Play with Friends!


Last Saturday, kitaorg gi umah makcik hubby kat Serdang yg kitaorang panggil dia Ibu, kat sana jumpa la anak hubby's cousin bertiga yg masing2 tengah active juga.. Apalagi suka betul Ibrahim.. mula2 malu2.. pastu dah ok.. siap boleh minta mknn lg kat Hafiz.. :) sabar jela anakku ini.. Enjoy the piccas!

Friday, August 15, 2008

Marilah berdoa!


Semoga Allah sentiasa permudahkan segala urusan kita di dunia & di akhirat, insyaAllah..

Tuesday, August 12, 2008

7 Ayat Cinta Yg Patut Diamalkan

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquataillahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.
Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Source: Email from a friend

Monday, August 11, 2008

Saja Suka2





Macam tak percaya je kan! Jangan percaya sangat.. Saja suka2.. :)

Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat Selangor



Enjoyyyy!! :) Sabtu lepas berkesempatan untuk kami sekeluarga, pergi ke family day anjuran RRM (Revenue & Receivable Management) di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, perjalanan dari rumah cuma mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tapi tak dapat lamala duk kat sana, tak sempat nak tunggu sampai cabutan bertuah. Lebih kurang 1/6 sahaja yg hadir daripada overall staff RRM, namun memang ramai & amatla meriahnya.. Jom tengok pic Ibrahim, jumpa kawan baru lagi..


Penat betul nak layan kerenah Ibrahim yang sangatla aktif nya.. sebab tu tak tunggu lama.. Agak2 lepas ni nak pergi mana plak? Tungguuuuu!!

Sunday, August 10, 2008

Ayat-ayat Cinta



bidadariku
namamu tak terukir dalam catatan harianku
asal-usulmu tak hadir dalam diskusi kehidupanku
wajah wujudmu tak terlukis dalam sketsa mimpi-mimpiku
indah suaramu tak terekam dalam pita batinku
namun kau hidup
mengaliri pori-pori cinta dan semangatku
sebab
kau adalah hadiah agung dari Tuhan
untukku
bidadariku
- Ayat Ayat Cinta, Habiburrahman El Shirazy



Dah lama betul rasanya tak baca novel..
Baru ada kesempatan nak baca buku ni, selama ni baca je orang lain komen,
bila dah baca sendiri, memang best!! sangat menyayat hati..
tapi movie dia tak tengok lagi.. nak tau kisahnya?? silala baca sendiri.. yang pasti, memang menginsafkan diri ini..

Tuesday, August 5, 2008

The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor


First time tengok citer ni, yang dulu2 tak pernah tengok pun, kira okla.. Ada kelakar, mendebarkan, terkejut pun ada.. hehe.. Kalau sesiapa yang belum tengok bolehla tengok.. tak rugi punye! Sian anak mama tak ikut ye.. Wan bagi can mama & babah gi dating tengok wayang.. :)

Friday, August 1, 2008

HARGA SEBUAH IMAN

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut."Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Source: Email from a friend