~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 10, 2011

Aishah 5 Months Today!~

Alhamdulillah, sekejap je masa berlalu kan! Aishah dah masuk 5 bulan hari ni :) 8hb Feb baru ni kami pergi inject Aishah untuk 5 months kt Poliklinik Annur BTHO.. berat dia dah 6.5kg berbanding sebelum ni 5.25kg.. iskkss makin semangat!!!


Sekarang ni Aishah sangat rajin meniarap! meniarap sambil angkat2 punggung, tapi tak mara lagi, mengundur adala skit2..

Selain tu Aishah cukup suka mencapai barang! kekadang tu mama pegang Aishah masa makan, boleh dia capai pinggan mama sekali, hehehe.. tengok kita makan, mulut dia pun mengunyah gak, hehehe.. belum 6 bulan lagi nak bagi Aishah makan, sabar ye!! semua barang yg dia capai nak masuk mulut.. suka sangat hisap jari.. suka sangat tersenyum bila diagah!! suka bercerita, aaarr aaarr aaarr, hehehe.. Suka sangat main dengan Abanglong Ibrahim..

Alhamdulillah mama sangat syukur adanya Aishah & Ibrahim menceriakan hidup mama & babah, semoga anak2 mama menjadi anak yang soleh & solehah insyaAllah :)