~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 30, 2010

Gambar Raya!~

Alhamdulillah, walaupun raya ni agak kecoh skit.. hehe.. tapi masih sempat kami sekeluarga bergambar berbaju raya!!.. waktu ni dah 21/9/2010 - 12 hari Syawal, Aishah pun 12 harila juga.. sbbnya menunggu Pakteh & Auntie Lang balik dari London, barula semua orang ada..


Sekarang ni, Wan, Atuk, Pak Teh & Auntie Lang semua dah balik Malaysia.. Tinggalla mama, babah, Ibrahim & Aishah.. terasa lain dah suasana kt rumah ni.. mana taknya, hampir sebulan Wan & Atuk melayan kerenah Ibrahim!! nasib baik Ibrahim dah start school.. kira okla tu.. takdela dia terasa sgt!! :) Ada Aishah ni bisingla juga rumah ni dengan tangisannya!! hehehe..

Monday, September 27, 2010

Thomas in Manchester!~

5/9/2010 - Ahad, sehari sebelum mama masuk ward, sempat lagi kami bawa ibrahim pergi tengok Thomas, Ibrahim's favourite train yg ada buat exhibition di Museum of Science and Industry (MOSI), Manchester. Alhamdulillah, kami tau pun sbb belek surat kabar lama, dan nak dijadikan cerita, hari yg kami pergi tu last day exhibition tu, nasib baik sempat lagi.. Tak perlula bawa Ibrahim ke Drayton Manor, Thomas Land kat Tamworth lagi, sbb dah jumpa Thomas kt sini..

Kami bertolak pagi dalam kul 9.00pagi, nak mencari lagi kt mana museum tu.. bila dah sampai, nak mencari parking plak, alhamdulillah ada parking tak jauh dari museum tu.. gembira betul Ibrahim!! terus nak naik Thomas, okla.. nasib baik sampai pagi.. so masih tak berapa ramai lagi.. dapatla naik Thomas, 2 round jugakla Thomas tu pusing..


Bila dah abis tu, pergi plak tempat permainan dia.. leka betul Ibrahim main kat situ.. semua nak main!! mcm2 ada.. sampaikan tak nak stop!! lama gak kami tunggu!! selain tu ada bilik tv, siarkan Thomas punya video.. then ada face painting, game utk budak2, treasure hunt, ada juga sourvenir, buku, batch Thomas & etc yang dijual kt situ..


Tapi yang paling best, Ibrahim dapat jumpa fat controller & minta sign utk Junior Engineer Certificate sebagai kenangan!! Bila kami nak balik, Ibrahim menangis2 tak nak balik!! last2 bila dapat ice cream baru senyap!! dalam tu ada cafe, so blehla berehat sekejap sementara tunggu Ibrahim makan ice cream.. bila dah abis, barula kami balik, itupun kena pujuk bebaik, punyala dasyat penangan Thomas ni!! :)

Friday, September 24, 2010

Jalan2 with Atuk & Wan Part 2!~

Masa ni masih lagi belum bersalin.. 4/9/2010 Saturday, kami pergi ke Manchester United Stadium.. saja bawa Wan & Atuk.. pergi MU mega superstore.. sebenarnya malam tu ada game kt stadium tu, so org dah mula ramai.. nasib baik ada parking utk visitor.. alhamdulillah..


Adala Atuk beli topi MU & Wan belanja Ibrahim beli jersi boleh tulis nama & number.. saja buat kenangan utk Ibrahim!! hari tu nak beli yg Liverpool tak dpt, MU pun jadila kan.. thanks Wan!!

Lepas tu kami ke Trafford Centre plak.. then ke Button Square.. Ibrahim still remember Manchester Legoland.. dia busy nak masuk, hehhe... bila tengok harga, wah wah dah naik 10gbp.. memang cekik darah!! tak jadila masuk.. sbb kami dah masuk pun arituh.. so jalan2 je kt luar tu.. siap ada bungee jumping atas trampoline & merry-go-round mcm kt funfair tu kt situ.. ingatkan nak bawa ibrahim naik kuda merry-go-round tu, tp tak nak plak dia!! hehe.. last2 jalan2 masuk kedai je kt situ.. pastu rehat jap kt bangku yg ada.. then balik! nak makan, tengah puasa kan.. so tak leh lama2 la..

Wednesday, September 22, 2010

Aishah ketika di SCBU!~

Lepas mama dpt balik rumah 12/9/2010, keesokannya 13/9/2010 - Monday 9.00am, mama ada appointment dgn pakar darah plak, sampaila 11.00 lebih.. then lepas tu baru pergi tengok Aishah kt SCBU.. Tp bila jumpa doktor, doktor kata Aishah dah boleh keluar tp diorang ingatkan yang mama masih di ward, so diorg ingat nak hantar Aishah naik ke ward mama utk observe one more day, tp mama cakap yg mama dah discharged..

So diorang minta mama stay utk jaga Aishah satu malam..okla.. mama pun balik dulu dgn babah berkemas apa yg patut.. pukul 6.00pm mama dtg balik dgn Wan, Atuk & Ibrahim... Dptla Wan & Atuk tengok Aishah plak..


Petang tu, mama mandikan Aishah & tidur di bilik yg disediakan.. Aishah minum susu ready made dari Cow & Gate sepanjang di hospital memandangkan susu mama tak cukup.. Okla, Aishah ni tak byk ragam.. tido je.. malam bangun pun sekali je..


Depan bilik tu, ada visitor room, ada mcm2 toys.. Ibrahim cukup suka.. sampai2 je main sampaila nak balik..

14/9/2010 - pagi.. doktor pakar check Aishah, alhamdulillah, semua ok.. dan dah boleh balik.. tp sebelum tu kena buat hearing test dulu.. so mama pun tunggu jela sampai kul 2.00 baru ada nurse dtg nak buat test tu.. tak lama pun.. dalam 10 minit je dah settle.. kul 3.00 lebih baru kami dpt bawa Aishah balik rumah..

Saturday, September 18, 2010

Pengalaman bersalin Aishah!~

Mama nak cerita tentang, camna bermulanya process bersalin mama kt sini..
Masuk hospital 6/9/2010 (Isnin) - 8.00pagi, mama & babah dah sampai.. then midwife buat CTG baby dulu before masuk ubat induces dalam 11.30pagi camtu.. tunggula mama & babah sampai petang.. tp takde apa2 pun, contraction tu adala tp tak kuat.. masuk ubat pun sekali je, sbb sebelum ni pun mama ceaser, so tak bleh lebih dari sekali..

Sempat lagi babah bawa mama gi makan2 kt cafe hospital tu, sbb dah bosan sgt!! hehehe.. mama jela yg makan, babah kan puasa.. sampaila kul 7.00 lebih malam, babah temankan mama then babah balik.. mama plak kena start puasa dari 12.00mlm utk bersedia sekiranya kena operation keesokannya..

hari ke-2,Selasa 7/9/2010, pagi kul 6.30, midwife kejut buat CTG baby sebelum doctor dtg check.. waktu tu contraction mmg dah kuat gak.. bila doctor check, tak buka lagi pun.. tp still bagi mama peluang sampai petang, sbb dia kata contraction kuat, so maybe ada peluang utk normal.. so mama bleh start mkn balik.. fuhh mmg lapar giler time tu.. terus gi pantry, mkn roti.. kat ward tu mmg disediakan pantry utk patient, siap ada mcm2 lagi, tp kena buat sendiri semua, okla, free la katakan..

petang, dlm kul 2.00 lebih, doktor dtg lagi check, dia kt baru buka 1cm, so dia kata boleh balik plak & dtg balik khamis.. tp tak jadi, sbb midwife suruh stay sampai Rabu, baru boleh balik.. tunggula mama lagi semlm..

8/9/2010 - Rabu pagi, doktor dtg check lagi.. bukaan masih 1 cm juga tak berubah.. so mama boleh balik, tp punyala lambat, kul 4.00ptg baru settle.. alhamdulillah, dpt jumpa Ibrahim!! rindu betul kt dia..

9/9/2010 - Khamis pagi, 7.30am kami dah sampai, tp tunggu sampai kul 10.00 lebih baru ada midewife dtg buat CTG.. Doktor dtg check, tp still masih 1 cm, so mmg mama dah confirm kena ceaser, dtgla doktor bius terangkan procedure semua, cuma kena tunggu darah je dari Liverpool, so sbb darah tu lambat, maka, ceaser pun postpone juga.. doktor gyne dtg ptg kul 3.00pm camtu ckp mama boleh balik rumah dulu & dtg balik pagi utk ceaser.. sementara nak tunggu balik, dalam kul 4.00ptg mama rasa mcm basah je, so mama dpt agak yg air ketuban dah pecah.. makin sakit jadinya.. tp midwife mcm tak percaya, siap suh mama pakai pad hospital & tunggu 1 jam.. ermm sabar jela kan.. tunggu 1 jam, tunjuk kt midwife, baru percaya, then midwife terangkan, kalau warna air ketuban, pink ok, tp kalau dah hijau maksudnya baby dah start berak.. then tak lama lepas tu, mama tukar pad, tengok air ketuban mama dah start hijau.. maksudnya baby dah berak dalam perut!! sangatla takut!! tapi bila CTG, movement baby still active, so kira okla..

Dah 9.00 mlm camtu, baru midwife start buat CTG & boleh ckp yg delivery suite penuh, so mama kena tunggu sebelum dibawa turun Labor Ward.. tunggula sampai 12.00 lebih, baru dpt turun, bila dah turun, badan mama dah rasa tak sedap!! bila check, mama dah fever.. then midwife ckp tak boleh dpt epidural sbb mama amik ubat tambah darah tu, so mama just boleh hidu gas je utk kurangkan sakit.. hidula gas tu setiap kali contraction kuat melampau.. punyala ngantuk!!!

10/9/2010 Jumaat - Dah kul 4.00pagi camtu, babah dah tak tahan tengok CTG baby, heartbeat baby up to 180.. maksudnya baby mmg stress yg teramat.. sbb kalau normal dalam range 130-150.. so babah suruh stop then go for ceaserean.. tengah2 sakit2 tu.. mama kena bangun pergi opreation theatre plak.. Allah je yg tau camna rasanya.. sampai situ, kena mkn ubat & hidu gas, pastu dah tak sedar langsung.. sampaila babah kejut kul 6.00a.m.. rasa sakit jela.. dah lahir rupanya Aishah kul 5.11am, tp mama tak dpt tengok sbb Aishah terus dimasukkan ke intubator di Neonatal Unit (Special Care Baby Unit) tkt 1..

Bila mama dah betul2 sedar, baru mama dipindahkan ke Postnatal unit tkt 3.. itupun mama asik tido je.. sampaila keesokan paginya.. barula mama ok, babah dtg suruh bangun.. petang dah segar skit.. babah tolak mama gi tengok Aishah..

11/9/2010 - Sabtu, Hari ke-2 Aishah, masih byk wire2 kt badan dia, so tak bolehla nak angkat suka2.. lagipun mama masih tak boleh kuat2 sgt.. so dtg pun dapat tengok jela.. malam tu mama kena pindah bilik lain..

12/9/2010 - Ahad, hari ke-3, babah dtg bawa Ibrahim.. Dptla Ibrahim tengok Aishah for the first time.. excited betul dia nak pegang Aishah.. tp mama agak risaula sbb tengok dia menggeram, hehehe.. then Ibrahim ikut Atuk balik..


Alhamdulillah, petang tu mama dpt balik.. adala souvenir dari hospital tajaan Bounty, mostly barangan utk baby.. cam wipe, dypers, pembasuh baju, nappy rash cream & coupon2 discount.. okla kan.. Semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik utk mama terus kuat, insyaAllah :)

InsyaAllah, nanti mama cerita tentang Aishah plak ok!!

Saturday, September 11, 2010

Welcome Aishah!~


Alhamdulillah, our 2nd baby, Aishah selamat dilahirkan pada 10/09/10 bersamaan 1 Syawal, jam 5.11am di North Manchester General Hospital setelah berhempas pulas selama 13 jam selepas air ketuban mama pecah pada pukul 4ptg hari sebelumnya..

Akhirnya Aishah keluar juga, jam 5.11am secara ceasarean, sbb mama boleh demam plak sbb tak dpt epidural, pakar bius tak bagi sbb mama on medication utk tambah darah, takut nanti vulnerable to spinal infection.. pastu heartbeat baby pun tinggi mencecah 180, takut betul babah tengok time tu.. rasa mcm dah tak nak tunggu utk normal delivery.. Tp akhirnya babah minta juga utk stop oxytocin, then go for ceaserean, at least dpt selamatkan baby..

Masa lepas lahir, Aishah dah biru & terlentang, kata doctor pakar baby yg standby masa tu.. babah pun tak dpt tengok mama operation sbb dah emergency, mama langsung tak sedar masa operation sbb kena amik general anaesthetic..

Begitula cerita mcm mana Aishah lahir.. mama disedarkan pukul 6.00am oleh babah, mama jaga tp masih mamai selama 15 minit camtu.. alhamdulillah, semuanya selamat, tp Aishah sedang di Neonatal Unit, tkt 1.. tak dpt mama tengok, hari ni 2nd day barula mama boleh bangun dan pergi tengok Aishah, babah tolong amikkan wheel chair and push mama turun tkt 1, insyaAllah esok nak tengok Aishah lagi..

InsyaAllah, nanti mama update lagi tentang dari mula masa dimasukkan di Ward sejak Isnin lepas..

Tuesday, September 7, 2010

Jalan2 with Wan & Atuk part1!~

Walaupun tengah berpuasa, alhamdulillah, masih boleh juga berjalan2 ke tempat2 yang menarik di Manchester ni bersama Wan & Atuk..


30/8/2010 - Arndale Manchester - W.H Smith, Aldi Supermarket dan juga Market Street


Sempat lagi makan ice cream Thorntons Ibrahim ni waktu di Arndale


1/9/2010 - Arndale Manchester lagi - T.K. Maxx, Market Street & Arndale Market.. time ni pun Ibrahim makan ice cream juga tapi kat food court Arndale Market tu, dia still ingat kedai pancake yg jual ice cream tu, sabar jela kan :)


2/9/2010 - University of Manchester, temankan babah ke uni jumpa postgraduate director sambil2 tu pergila melawat bilik babah & university precinct center..


Balik singgah Asda Hulme di town.. Ibrahim dah tido waktu kami sampai disini, terpaksala tido dalam troli sbb tak bawa stroller..

Sunday, September 5, 2010

Check up Update Part 11!~

Alhamdulillah, hari ni dah 2 tahun kami hidup merantau di bumi Manchester ni.. ermm susah senang dilalui bersama family tercinta.. moga diberkati Allah :)

So mama nak sambung balik cerita pasal check up kat sini..

16/8/2010, Monday - 9.00a.m - Ward J5, Hemotologist NMGH
Alhamdulillah, blood count stabil, naik skit dari masa dpt keluar ward haritu..

23/8/2010, Monday - 9.00a.m - Ward J5, Hemotologist NMGH
Alhamdulillah, blood count naik lagi, then doktor reducekan dose ubat tambah darah mama..

24/8/2010, Tuesday - 8.45a.m - Scan baby & see Gynecologist
berat baby naik skit je dari yg lepas 2.3kg.. then air dalam rahim plak low, so doctor nak monitor baby everyday (CTG), takut apa2 jadi kat baby, sebelum balik pun kena buat juga haritu..

25/8/2010, 26/8/2010 - 9.00am Antenatal clinic
CTG baby ok untuk ke tiga2 hari tersebut, alhamdulillah, baby active..

27/8/2010, Friday- 11.00am - CTG baby dulu sebelum scan utk dopler study - 12.00pm
Air dalam rahim makin low, then mama kena dtg CTG weekend juga.. so sbb weekend clinic tutup, kena dtg ward block C.. Alhamdulillah sempat habis sebelum kul 1.00pm, sempat babah gi solat Jumaat..

28/8/2010, Saturday - 10.00am Ward C3 Antenatal - CTG baby
29/8/2010, Sunday - 10.00am Ward C3 Antenatal - CTG baby
30/8/2010, Monday (Bank Holiday) - 10.00am Ward 3C Antenatal - CTG baby
Alhamdulillah, baby active je masa CTG ketiga2 tu, so takla mama risau :)

Depan Ward C, bangunan baru.. sempat lagi Ibrahim main2 kat depan ni sementara tunggu mama habis..

Ibrahim pun kena chickenpox juga dari 20/8/2010 dulu, tp tak teruk pun!! so taklehla dtg hospital, jadi babah & Ibrahim just hantar mama je, sementara tunggu Wan & Atuk sampai sini last week.. tp Ibrahim dah baik dah sekarang, alhamdulillah..

31/8/2010, Tuesday - 12.00pm - Scan (dopler study) & see Gynecologist
Alhamdulillah, masa scan, air dalam rahim normal balik.. tp masa jumpa gyne, dia advice utk induce sbb still ada risiko.. ermm punyala dia tengok slot ward, penuh minggu ni, then akhirnya, mama kena dtg for induce Isnin ni.. tp before that kena CTG baby selang sehari, Thursday di clinic & Saturday di Ward C..

2/9/2010, Thursday, 9.30am - CTG Antenatal Clinic
4/9/2010, Saturday, 10.00am - CTG baby - Ward C3 Antenatal
Alhamdulillah, CTG baby ok & makin active!!

6/9/2010, Monday, 7.30am - call the delivery suite utk confirm ada bilik dulu sebelum dtg for induce procedure.. harap2 semuanya berjalan lancar!! doakanla mama boleh beranak normal ye!! insyaAllah..

So dikesempatan ni kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam yang menyambut hari kemenangan ini.. semoga Ramadhan & Syawal tahun ni amat bermakna kepada kita semua!! :)

Friday, September 3, 2010

Wan & Atuk is here!!~

Ahad lepas, 29/8/2010, Wan & Atuk sampai di Manchester jam 9.00am, alhamdulillah.. suka betul Ibrahim!! tidur pun nak ngan Wan, hehe.. insyaAllah mereka disini sampai end pun Sept ni..


Next week, Auntie Lang & Pak Teh plak akan sampai.. Bestla tahun ni, ramai yg beraya dgn kami disini.. Sempat juga kami jalan2 masa Ramadhan ni, hehehe.. ke town & juga membeli barang keperluan harian..