~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 31, 2009

Thanks Wan, I like it very much!~

Jumaat lepas, kitaorg pergi Manchester Fort lepas babah solat Jumaat, kali ni memang ada hajat.. nak belikan hadiah Ibrahim lagi special from Wan Penang.. mama & babah tolong belikan je, hehe.. so kitaorg pergi Sport Direct.. Lama gakla kat situ, mula2 bhgn kasut, pastu bhgn baju plak.. tgh sales skrg ni, so harga pun agak berpatutan gitu..


Ibrahim dapat sepasang kasut Nike, sehelai sweater Go Diego (Nickelodean) & sehelai jacket Airwalk.. Suka betul Ibrahim berposing dgn baju & kasut baru.. thanks bebanyak Wan ye!! :)

Monday, March 30, 2009

Jom buat Tart Kastard!~

Khamis lepas, mama buat Tart Kastard.. sebenarnya nak menghabiskan fresh milk yg masih berbaki dalam peti sejuk tu, sayang plak expired walaupun fresh milk kat sini murah je, hehe..


Dapatla 6 ketul tart yg agak besar, sampaikan babah cakap, nak abiskan pun tak larat hehe.. mama hias dgn nenas dlm tin, tu yg rasa masam2 manis.. rasanya memang sedap!! :) makan satu je dah kenyang.. seperti biasa mama skrg suka tengok myresepi.com, so amik resepi kat situla.. ada sesiapa ke nak try?? so mama pastela resepi kat sini ye..

Tart Kastad
Source: liana_pg@myresipi.com

Bahan-bahan ( satu acuan besar(saya guna acuan pai) )

PASTRI RAPUH::
2-3 sdb susu segar
250gm tepung gandum
1 sdb gula castor
1 biji telo
125gm mentega sejuk(potong kecil2)
sedikit garam

KASTAD FILLING::
500ml susu segar
2 biji telor
50gm tepung kastad
100gm gula castor
1/2 sdt esen vanilla
kismis hitam(optional) - mama letak nenas dlm tin

Cara-cara Pastry

satukan tepung n garam...(ayak)
gaul mentega bersama adunan tepung hingga sebati...
masukkan telor,gula,dan susu...adun hingga adunan lembut...
rehatkan adunan selama 30 min..then terapkan mengikut acuan yg dikehendaki...
bakar separuh masak..ketepikan dahulu... (mama bakar 160'c selama 10 -15 minit)

CARA MEMBUAT KASTAD FILLING::

Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga sebati...
masak di atas api yg perlahan hingga agak pekat...
kemudian tuang kedlm pastri tadi...dan taburkan dgn kismis hitam ...
bakar sekali lagi pada suhu 160 'c hingga masak.... (dlm 20-25 minit)

Sunday, March 29, 2009

Jom kita lumba!~

Baru2 ni babah ada belikan Ibrahim kereta baru! suka betul dia dapat kereta lumba baru.. warna merah tu.. so dah ada 2 la kereta ibrahim skrg ni, cuma yg lama tu tak nampak real sgt sbb bentuk lego, hehe..


So tunggu apa lagi, jom kita lumba siapa yg menang!!! hehe.. mama pun suka kereta baru Ibrahim ni, hehe..

Friday, March 27, 2009

Window Shopping at T.K.Maxx

Selasa baru ni, kitaorg pergi Manchester Fort lagi.. memula kitaorg masuk Argos, lepas tu kuar balik.. masuk T.K.Maxx plak.. ala2 Parkson la kalau kat Malaysia.. tgh sales skrg ni!! hehe.. tp sales pun takdela murah pun.. boleh tahanla.. tak semua barang yg ada discount.. kena pilih2 tp limited choice.. memula, kitaorg naik atas bhgn accessories rumah & baju lelaki.. lepas tu kitaorg turun bawah plak..

Byk giler handbag, hehe.. mama pun tengok2la.. uikss.. semuanya mahal2 belaka.. mcm2 brand ada.. pastu babah offer mama kalau nak beli.. so mama pun tengok2la kan, ada satu sling bag ni, babah yg pilihkan.. okla mama pun berkenanla juga, harga pun agak reasonable la..


Then kitaorg jalan2 lagi bhgn toy budak2, hehe.. biasalakan itu jela tempat yg dituju kalau gi window shopping.. tetiba mama ternampak fire engine riding car, hehe.. mama pun cakapla kat babah.. mcm bleh try je.. pastu babah suruh ibrahim duduk & ride car tu.. punyala suka dia, hehe.. sekejap tolak, sekejap duduk, macam2la aksi Ibrahim, hehehe.. tempat tu pun tak ramai org waktu tu, bermaharajalela Ibrahim memandu, hehe..

Yang mama plak suka tengok baju budak2, memang cantik2 & ada yg tgh clearance, tp tak jumpa plak ibrahim punya size, kalau ada pun tak berkenanla plak.. lama gak Ibrahim main benda alah tu, bila dah puas, kitaorg pun pergi cashire counter, nak bayar beg mama tu la.. fire engine car tu nak beli ke?? hehe.. takla, kitaorg pinjam kejap je bagi ibrahim main, pastu letakla balik.. hehehe..


Haa, ni la sling beg yg babah belikan tu.. amacam ok tak?? okla tu kan.. bleh tukar2 dgn beg skrg ni.. puas atila, hehehe.. thanks babah ye!! :)

Thursday, March 26, 2009

Jom pekena nasi tomato!~

Ahad baru ni, pepagi lagi dah buat sarapan lepas tu sempat plak masak nasi tomato, then kitaorg pergi tesco.. lepas balik dari tesco tu, barula mama masak ayam masak merah & acar timun carrot... yg nasi tu, mama guna perencah imam.. yg ayam masak merah plak guna rempah brahim's.. semuanya dari Malaysia.. sebab tula sekejap je dah siap, hehe.. acar timun mama masak guna resepi dari myresepi.com..


lepas masak je terus makan masa panas2 lg, berselera betul kami, hehe.. selalunya kami makan nasi sekali je sehari, tp hari tu petangnya kami makan nasi tomato lagi, hehe.. memang best!!

Wednesday, March 25, 2009

It's about him..

Tag dari Puan Tulip, jom kita mulakan..

1. He is sitting in front of the TV, what is on the screen?
Cbiebies, rancangan kegemaran Ibrahim.. nak tak nak kenala tengok sama ;)

2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Semua jenis pun boleh, janji sedap, hehe..

3. What is one food he doesn't like?
Yogurt

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Tuna Sandwich & hot chocolate

5. Where did he go to high school?
SAAS Kajang

6. What size shoe does he wear?
8 or 9

7. If he was to collect anything, what would it be?
Toy Ibrahim, ada je nak beli, hehe..

8. What is his favorite type of sandwich?
Tuna, Seafood

9. What would this person eat every day if he could?
Cheestring, hehe..

10. What is his favorite cereal?
Tak sukanya dia..

11. What would he never wear?
gelang & rantai..

12. What is his favorite sports team?
Tak minat pun..

13. Who did he vote for?
So, takdela vote sesiapa..

14. Who is his best friend?
Me & Ibrahim

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
Naik angin, hehehe..

16. What is his heritage?
Melayu..Lahir di KL, tp kampung kat N9

17. What is his favourite colour?
Hijau

18. What is his habit?
Membaca, membaca & membaca lagi...

19. What is he proud of?
Ibrahimla siapa lagi kan kan kan..

20. Lastly, do you think he will read this?
Yup, confirm!! hehehe

Monday, March 23, 2009

It's time to play!~

Sabtu baru ni, pepagi lagi kami dah bersiap, tak sarapan pun sbbnya kitaorg nak pegi bersarapan di Abraham Moss School.. Sebenarnya memang setiap sabtu di sinila Malaysian Community berkumpul bersarapan pagi disamping menghantar anak mereka utk menghadiri kelas bahasa Melayu di Sekolah Malaysia disini.. So this week first time mama & ibrahim dtg sini.. Babah dah pernah pergi sebelum ni, hehe..

Macam2 makanan yg dijual, nasi lemak, laksam, nasi hujan panas, nasi kerabu, kuew teow sup, mee rebus, roti canai, nasi minyak gulai kambing, popia goreng, karipap & bermcm2 lagi kuih muih.. punyala banyak sampai confius nak makan apa, hehe.. last2 kitaog makan laksam, nasi lemak & roti canai.. pastu beli karipap & mee rebus bungkus..


Lepas tu, babah bawa kitaorg pergi Heaton Park.. adalah dlm 15-20 minit perjalanan.. Kitaorg pergi playground yg kat Heaton Park tu, saja bawa Ibrahim.. ramai juga org yg bawa anak mereka disini.. Suka betul Ibrahim!! Memula Ibrahim main gelongsor.. lepas dah puas, kitaorg pusing lagi keliling playground tu.. siap ada gelongsor yg besar lagi, punyala tinggi, hanya budak2 yg berumur 7-14 thn je yg dibenarkan naik, tp kitaorg tengok siap bapak budak pun ada yg naik, hehe..


Tp yg ok nya, base dia agak lembut, so kalau budak2 jatuh pun tak sakit, tp minta dijauhkanla kan.. lepas tu nampak ada buaian kt bahagian hujung tu.. tryla dudukkan ibrahim atas buai.. mula2 ibrahim tak leh lagi imbang badan dia atas tu, babah pegang dia sambil buai perlahan2.. bila dah lama2 ibrahim dah boleh imbang sendiri, bolehla babah lepas sekejap, tp takleh lelama, takut dia terjatuh plak, hehe.. Aik, mama pun nak join jugak ke? yelakan last pergi playground dah berzaman dulu2, hehe..

dah puas main, kitaorg pun balik umah.. sampai umah bedal mee rebus & karipap, hehe.. bayangkan ibrahim bleh mkn karipap tu sengsorang je, dasyat tak?? hehe..

Sunday, March 22, 2009

Happy Mother's Day!~

Pagi tadi kitaorg pergi Tesco, ingat nak beli barang skit.. bila masuk tengok ramai org tengah beratur nak rapping bunga.. mama & babah pelik gak.. rupa2nya hari ni Mother's day bg org kat sini.. kalau tak silap kat Malaysia, bulan 5 kan.. so takperla, kitaorg pun meneruskan pencarian barang2 yg nak dibeli..


Bila nak balik, babah ajak balik ke tempat bunga tu, rupanya2 babah nak beli bunga!! hehe.. babah kata bunga tulip ni dedicated for mama, wan & nenek sempena mother's day ni from babah & Ibrahim.. amacam cantik tak bunga tulip ni??? macam2 jenis bunga yg dijual, tp yg ni plak yg berkenan, hehe.. Ibrahim pun suka sbb berwarna-warni.. Suka sangat bila dapat pegang bunga!!

Selain tu, mama juga nak ucapkan happy mother's day utk kawan2 mama yg telah pun bergelar ibu, mak, ummi & etc.. semoga gembira selalu disamping keluarga tersayang.. kasih ibu hingga ke syurga insyaAllah..

Hadiah for Ibrahim!~

Kita sambung balik cerita pasal birthday boy ya, lepas balik dari city.. kitaorg pun balik makan kek birthday!! Mama buatkan ibrahim Strawberry Cheese Cake, kali ni mama ikut resepi lain plak, mama buat kek ni hari Khamis malam, dah kul 9.30mlm baru mula.. sampaila ke pukul 1.00 barula settle semuanya.. pagi Jumaat barula hias dgn topping chocolate & buah strawberry..


Alhamdulillah menjadi & sedap!! Ibrahim pun memang suka, lagi2 ditopped with chocolate, bertambah lajula dia mamam, hehe.. Nak tau tak hadiah apa lagi yg kami bagi Ibrahim?? Card 2nd birthday, Igglepiggle & Upsy Daisy, siap dgn batch skali.. Ibrahim pun berposingla gak dgn batch & card tu, hehe..


Jom kita lihat "What a noisy Pinky Ponk", buku cerita bunyi2an Ibrahim yg terbaru tula.. cerita ttg pengembaraan character2 in the night garden (igglepiggle, upsy daisy, tumbliboos, makka pakka & pontipines) ni menaiki ballon terbang (pinky ponk) suka betul dia dengar mcm2 bunyi bila picit kat button tepi buku tu, hehe..

Dalam buku ni siap ada games lagi.. games macam snake & ladder tu tp character of in the night gardenla.. mama & babah plak yg mainnya, hehe.. Ok Ibrahim.. hopefully our birthday boy enjoy on his birthday!!

Saturday, March 21, 2009

Meraikan birthday Ibrahim!~

Semalam petang lepas babah balik solat Jumaat, kitaorg pun bersiap & makan dulu sebelum keluar.. kitaorg jalan2 round city dgn kereta.. babah nak tunjuk tempat2 yg babah selalu pergi bila pergi uni.. agak sesak juga city of Manchester ni..


Habis semua tempat kitaorg pusing, last2 kitaorg pergi Arndale.. sampai2 je kami round2 dalam Arndale tu la, pastu keluar depan Eye of Manchester, posing2 lagi, hehe.. Ibrahim suka tengok benda tu bergerak..


Lepas tu kitaorg masuk WH Smith, kedai buku.. round2 dalam tu, mama mencari hadiah utk Ibrahim, babah plak dgn Ibrahim pusing2 bhgn lain.. pastu bila jumpa balik mama nampak Ibrahim ada pegang something, apa agaknya?? oOOo, hadiah dari babah rupanya.. Buku Cerita In The Night Garden siap dgn bunyi2an lagi tu.. semuanya bunyi2 character In The Night Garden.. Suka betul Ibrahim, gelak sakan bila dia dengar :) sbb tula babah belikan!!


Lepas tu kitaorg jalan2 lagi dalam Arndale, pastu singgah Starbuck jap, pekena Hazelnut Hot Chocolate topped with cream & Raspberry blackcurrant ice blended, huhu.. Tengokla birthday boy ni, suka betul ice blended tu, pandai plak tu dia sedut, hehe.. sekejap jela, pastu dah kena sambar dgn babah, minum hot chocolate jela ye sayang!

Lepas tu kitaorg pun balik! Nanti cerita lagi pasal hadiah ye! To be continued....

Onde2@Buah Melaka!~

2 hari lepas, mama try buat onde2 plak utk minum petang.. tp gula melaka takde, so mama masakla gula merah dgn air skit.. wah, menjadila jugak, lembut & sedap!! Sekali hadap je, abis!! hehe.. So pada siapa2 yg nak try buat, silala ye copy resepi bawah ni..


Buah Melaka
Source: http://as-hajar.fotopages.com/?page=10

Tepung Pulut(mama buat 1 cawan je)
+ Sedikit Tepung Gandum (2 sudu besar)
+ Air Suam Secukupnya
+ Pewarna (mama letak warna hijau)
= Doh
Gula melaka - dipotong2 halus (masak 5 sudu besar gula merah + 1/2 cawan air)
Kelapa parut + Sedikit garam

1. Uli tepung pulut & tepung gandum dgn air suam sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg lembut sehingga tak melekat ditangan, pastu campur skit pewarna hijau..
2. Ambil sedikit doh, letakkan sedikit potongan gula melaka ditengah2nya, dan bulatkan doh. Buat sehingga habis doh tersebut.
3. Didihkan air, masukkan doh...apabila doh timbul, biarkan seketika, angkat.
4. Salutkan doh dgn kelapa parut.

Friday, March 20, 2009

Happy 2nd Birthday Ibrahim!~

Hari ni genapla usia Ibrahim yg ke-2 tahun, begitu pantas masa berlalu kan.. dah besar dah anak mama & babah ni.. Sempatla mama buat gambar perkembangan Ibrahim dari hari pertama hinggala sekarang..


memang byk perubahan kan, makin lama semakin pintar & hensem, hehe.. Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa merahmatimu anakku sayang, insyaAllah & menjadi anak yg soleh & taat kepada mama & babah ye..

Agak2 apa perkembangan Ibrahim sekarang ni ye?? Ibrahim sekarang, makin byk celoteh, suka bercerita, hehe.. cakap pun ada yg jelasla perkataan yg disebut, bolehla mama & babah faham.. bolehla disuruh, tp yg simple2 jela.. dah pandai pegang sudu nak makan sendiri.. boleh dah bagi salam (kum) & jawab salam (lalam), hehe.. dah bleh makan buah tp banana jela, yg lain lum lagi.. suka sangat makan sayur especially carrot..

Dengar cakap gakla Ibrahim ni, pandai dah dia, kalau kitaorg bawa keluar rumah nak gi memana terus masuk kereta & duduk atas car seat, pastu keluar kereta terus duduk atas stroller.. bagus2, tak yah paksa2 dah, hehe.. Masih lagi suka menonton rancangan kegemarannya Cbeebies, byk juga yg dia blaja dari rancangan2 tu!! So agak2 apa babah & mama bagi hadiah birthday Ibrahim?? tungguuu..

Thursday, March 19, 2009

Jom jalan2 ke Salford Quay!~

Semalam lepas sarapan pagi, babah ajak keluar.. tapi takde plan nak kemana, last2 kitaorg pergi ke Salford Quay, tak jauh pun dari rumah, dalam 15-20 minit je kalau naik kereta..


Sampai2 je terus parking di Lowry Outlet Mall, shopping complex 2 tingkat yg terdapat di sini.. pastu naik ground floor, round2 kat situ, lebih kurang jusco je, cuma takde supermarket, tp bykla kedai2.. ada kedai baju, barang2 kelengkapan rumah, pastu kitaorg pun keluar..


Opposite mall tu, ada Lowry Theatre, gift shop & cafe.. kitaorg pun masukla saja nak tengok.. ramai gak pakcik makcik mat salleh beratur nak beli ticket.. tengok senarai show, kebanyakannya start next week, tp kitaorg bukannya nak tengok pun..so kitaorg jalan2 jela dalam tu, masuk gift shop pastu kuar balik..


then, pastu ambil pict kat luar pulak.. kat tepi quay tu ada bridge(pict 1&2) yg membolehkan pengunjung melintas ke Imperial War Museum (pict4), jln kaki je boleh.. tp kitaorg tak pergi pun.. pastu kitaorg masuk balik Lowry Outlet Mall.. gi naik tingkat 1 plak.. kat atas ni pun sama, semuanya kedai, ada Vue cinema & food court.. okla tu kan..


Kitaorg pun singgah foodcourt, almaklumla dah tengahari, perut pun dah berkeroncong, hehe... 2 kedai ada tanda halal, the chicken cottage & the tandoori yg semestinya milik org paki, hehe.. yg lain tu Burger King, Subway & etc.. so mkn la kitaorg kat the chicken cottage, ayam goreng & ayam goreng bersalut bbq sos.. setiap satu meal sekali dgn kentang goreng & minuman bergas.. ibrahim plak sudah lena diulik mimpi, kesian anakku ini tak merasala dia.. bila dah nak balik sampai kat kereta barula dia jaga.. sabarjela kan, takperla lain kali kita dtg lagi ye, insyaAllah..

Wednesday, March 18, 2009

Makan malam yg simple!~

Ahad baru ni, kitaorg ada beli instant yorkshire pudding kat Tesco, so malamnya mama masakla dlm oven.. nak makan dgn yorkshire pudding ni, kena ada sosnya, mama pun buatla Seafood Blackpaper sos, ni main buat je.. resepi nya sama cam masak blackpaper chicken cuma tukar ayam kepada crabstick & squid, pastu tambahla mixed vege skit, jadila seafood blackpaper source hehe.. best mkn panas2!! Sekejap je licin..


Pastu, Isnin plak mama try buat popia goreng, selalunya kitaorg beli yg frozen, tinggal goreng je.. tp rasa nak buat plak.. tak tengok resepi pun.. intinya mama goreng sardin & tuna dlm tin, pastu letak crabstik & mixed vege.. kulit popia kat sini byk gak jual, so senangkan.. masuk inti dalam kulit popia pastu goreng.. dah siap.. dapatla dalam 10 batang.. mama tak buat pun sosnya, mkn dgn cili sos je, hehe..

Tuesday, March 17, 2009

Saturday's Activity!~

Sabtu baru ni, penuh gak activity.. pepagi lagi dah memasak, mana taknya, jemput jiran dekat kami makan tengahari dirumah.. family Bro Shahrin & Kak Siti Fatimah dgn anak mereka Danish & Sarah..


Masak biasa2 je, nasi putih, ayam blackpaper, sayur campur, buah apple & limau serta kek batik! berselera betul masing2, best agaknya makan ramai2.. Ibrahim pun suka bukan main, jumpa kawan dpt main sama2, hehe..

Malam plak, rumah mereka menjadi hos utk ceramah mingguan bersama warga2 MCCH, ceramah disampaikan oleh Ustaz Shah berkaitan niat, sedeqah, zakat & mcm2 lagi.. mama pergi dgn ibrahim dihantar oleh babah.. ramai juga yg hadir, penuh gak rumah..

Biasanya jika ada ceramah2 begini diadakan, port luck amat2 dialukan, so mama bawala kek batik tu, hehe.. Kak Siti sbg tuan rumah masak Laksa Johor, wah memang sedap!! pedas & enak, sampai ada gak yg tak dapat.. takperla yg tak dapat ada byk lg makanan lain, nasi goreng, muffin, tart buah2an & etc..

Ibrahim memula je behave, bila dah boring mulala start activity dia sendiri, hehe.. duduk pula dekat dgn makanan, asik nak makan je, sekejap kang nak biskut, pastu muffin plak, hehe.. bagus juga, time mama makan dia dah tak kacau dah, maybe sbb dah kenyang.. lepas mkn kitaorg pun call babah suh jemput nak balik..

Monday, March 16, 2009

Kek Batik yg yummyyy!~

Khamis lepas, mama teringinla plak nak buat Kek Batik.. so carik2la resepi kat net, memang byk!! dan mcm2 jenis.. so tryla satu.. memang simple & mudah! tp kan mama tak letak milo sbb takde so, gantikan dgn cadbury hot chocolate, biskut marie pun takde, gantikan dgn biskut rich tea mcvities.. kena pandai ubah2 skit, hehe..


okla memang sedap & enak!! rasa coklat yg sedap & tak manis sgt maybe sbb tak letak milo.. Ibrahim & babah pun suka!! bestla sbg desert lepas makan or utk minum petang.. so pada sesiapa yg nak try bolehla ambil resepi ye!

Kek batik biskut marie
Source: mrsdayat@myresipi.com

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )
1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..
gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara
patah2kan biskut
dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula.
Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut masukkan butter,kacau sampai butter cair
kecilkan api, masukkan telur.. kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat). padamkan api
masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.
(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

Sunday, March 15, 2009

Hot Chocolate yg best!~

Baru2 ni, kitaorg ada la pergi Manchester fort lagi, hehe.. tak abis2la gi tempat ni, nak buat camna.. memang dah dekat kan.. gi Argos, pastu gi Borders, saja tengok2 buku, adala jumpa malaysians family kat sini tengah belek2 buku gak, so berkenanlanla kitaorg, hehe.. pastu kitaorg kuar balik, ingat nak take away subway, tp dah tutupla.. so kitaorg masukla O'briens, tak jauh pun selang beberapa kedai je..

Memula ingat nak take away, last2 makan kat situ.. mama makan baked potato with cheese & coleslaw, babah plak makan seafood sandwich.. minum hot chocolate.. agak istimewa gak hot chocolate dia dalam cawan yg agak besar, so order satu pun cukup, hehe..


ibrahim punyala suka dapat makan kan.. tapi yg dia paling suka Hot Chocolate tu la.. tak menyempat2 nak minum.. kan ke panas, so kenala tunggu sejuk skit kan.. seboleh2 dia nak minum gak, hehe.. abis bising satu tempat tu.. babah pun bagila pakai sudu, pastu dah agak sejuk barula minum pakai cawan.. pastu ibrahim pandai2 sendiri amik cawan tu minum sendiri, hehe.. suka betul dia! amacam comot tak saya??!!

Saturday, March 14, 2009

Ibrahim kena jawab tag??!!~

Kali ni Ibrahim plak yg dapat tag dari Nabil.. Nabil ni anak auntie Zeaty, kawan sekolah rendah mama dulu, duduk pun belakang umah je.. Nabil, mama saya tolong taipkan utk saya tau, saya belum pandai taip laju2 lagi ;)

1. Anda rasa anda hot?
Kat sini tak sempat nak hotla, cuaca kat sini sejuk je memanjang sampai kena pakai baju berlapis2.. so saya ni sentiasa cool je, ahaks..

2. Upload gambar kegemaran anda.


Saya tengah tengok channel kegemaran saya Cbeebies..

3. Kenapa anda suka gambar ini?
Saya sukalah gambar nih. 1st time saya ambik gambar tengah relax2 camtu sambil main headphone, kalau tak saya tak pernah nak duduk diam, ada je benda yg saya nak buat, huhuhu..

4. Bila kali terakhir makan pizza?
Semalam malam, babah beli pizza kat tesco, pastu mama masak kat oven.. 4 cheese pizza, suitable for vegetarian tau, sedap tuuu.. murah pun murah.. saya memang suka 'pija'!! hehehe

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Mama baru je nyanyi tadi 'lailahaillah, muhammadurrasulullah' sbb saya nak tido, sekejap je saya lelap, best betul lagu tuh!

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
Saya tengah tido, mama saya yg tgh jawab tag ni utk saya, hehe..

7. Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Selain Ibrahim, babah & mama selalu panggil saya Baim, ni kira nama manjala tu, hehe..

8. Tag lagi 6 orang :

Saya nak tag...

1. Auntie Khas Lysha
2. Auntie Hernie
3. Auntie Ida Fadzliza
4. Auntie Intan (mama3hz)
5. Auntie Finee
6. Auntie Amrah

Friday, March 13, 2009

My new keyboard!~

Baru2 ni babah ada belikan toy lagi utk Ibrahim! suka betulla dia dapat toy baru.. sebenarnya ganti utk vtech tini tort driver yg dah rosak tu, sian plak tengok Ibrahim asik godek2 je benda alah tu supaya berbunyi, hehe.. kekadang ok kekadang tak, dah tukar battery pun sama gak, so rosakla maknanya tu..

Keyboard ni kitaorg beli kat tesco, memang byk mainan yg best2 kat tesco tu, tp mama berkenan plak yg ni, seronok betul ibrahim main dari kat tesco lg, so lekala dia, takdela asik nak turun je, hehe.. sampaikan nak bayar pun dia marah kitaorg amik kat tangan dia, sabarjela anakku ini, hehe..

Award from Finee (mamaadam)


Baru2 ni, mama dapat award lg yg diberi oleh finee or mamaadam, rakan blogger yg skrg ni di Melaka.. thanks bebanyak ye!!

Thursday, March 12, 2009

Lunch @ Kebabish

Isnin baru ni, pagi gi Tesco, beli barang dapur skit.. pastu balik, mama ingatkan nak masakla kan.. pastu babah cakap dah lapar sgt, so babah ajak kuar balik.. kitaorg makan kat Kebabish.. ewah2 untung betul restaurant ni, dah brapa kali dah kitaorg order kat dia, pastu gi makan lagi kat sini, hehe..


sampai2, memang takde org pun, so okla, mesti dia buat betul2 punya, hehe.. kita org order, nan cheese, baby chicken (spit roasted with peri2 source) & chicken briyani.. & memang skali dgn salad, sauces & plain water.. desert plak cheese cake..


makanla kitaorg dgn berseleranya, memang sedap!! punyala banyak sampai tak larat nak abiskan.. last2 cheese cake tu bungkus bawa balik, hehe..


tengokla gelagat Ibrahim ni, memang posing sakan, ehehe.. suka betul makan nan cheese tu..

Tag: Enam Terjunam!~

Kali ni tag dari Khas Lysha pasal enam..
.
1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

So inilah gambo nyer..


Gambar ni diambil waktu Ibrahim nak masuk 11 bulan, tak pandai jalan lagi, hehe.. masa kat rumah cheras, waktu ni mama memang tgh busy ambik gambar Ibrahim, susah betul!! dia tak nak stay, bergerak je, hehe.. gigi Ibrahim baru 4 btg waktu ni, 2 atas & 2 bawah.. cubby tak saya waktu ni??

so saya nak tag 6 kawan2 di bawah untuk buat tag ni:-

1) Finee (mamaadam)
2) Najwa
3) Tunfrida (Normi)
4) Kak Intan (mama3hz)
5) Zeaty (Tulip)
6) Kak Ayu

Tuesday, March 10, 2009

Berjalan sakan nampak?!

Masih lagi berkisah tentang hari Ahad, lepas je babah balik.. siap makan semua.. kitaorg pun kuar.. terus ke Halfords kat Manchester Fort, beli Autolock utk kereta.. mesti beringat sebelum kena, hehehe.. Pastu cari skali Satellite Navigation.. Susah kalau takde benda ni, lagi2 baru nak tau jalan, maunya sesat memanjang, haha.. kat sini signboard nya jauh2 belaka tak mcm kat Malaysia, sepanjang jalan asik berulang je, hehe..

Ibrahim & babah berposing dgn kereta
Tp kat Halfords tu, mahal betul, hehe.. last2 kitaorg pergi Argos je, beli yg paling murah, okla dah settle bab tu.. Cari baby buggy skali utk Ibrahim, sbb stroller skrg ni tak muat nak masuk kereta.. So beli yg simple je..

Lepas tu babah ajak round2 area Cheetham Hill & Crumpsall.. Sampai la kami ke North General Hospital, Okla first time tu.. pastu gi Tesco plak, tp dah tutup.. Ahad memang kebanyakan shopping complex tutup around 4pm.. agak pelikla kan.. kalau kat Malaysia, weekend lagi lambat tutup kan, ikutkan jela, hehe..


Pastu babah ajak ke Trafford Center, ala2 Sunway Piramid gitu, memang besar & cantik.. Akhirnya sampai pun!! tp waktu kitaorg sampai pun kedai semua dah tutup, cuma area food court je yg masih buka.. so perut memang lapar ni.. so kitaorg pun makanla.. Makan Chicken Tikka + Pilau rice & Chicken Briyani, Minum Pepsi.. Satu2nya kedai Pakistan yg halal, hehe.. yg lain tu cam biasala, KFC, Pizza, McD, Nandos & etc.. sabar jelakan, hehe.. Tengokla Ibrahim tu beria nak minum pepsi, hehe.. padahal dah abis!! Abis makan kitaorg pun balik, tak dapatla nak window shopping.. takperla lain kalila eh, insyaAllah..

Monday, March 9, 2009

Alhamdulillah, no more walking!~

Setelah 6 bulan kami disini, akhirnya semalam kami berjaya memiliki sebuah kereta second hand yg comel iaitu Nissan Micra 1.0, alhamdulillah.. rupanya lebih kurang kelisa je tp 3 pintu termasuk bonet.. agaknya dah tak tahan kot jalan kaki, hehe.. bukan apa, sebelum ni memang ada try cari gak, mcm2 dah buat.. search kat auto trader uk then ada gak malaysian yg nak jual kereta pada kami, tp semuanya tak menjadi.. Adala sebabnya.. Mostly berkaitan, MOT, tax & insurance..


Kereta ni sblm ni milik org pakistan, babah & bro fadil jumpa kat luar post ofis sabtu baru ni, so babah tryla call nak buat appoinment, punyala susah sbb janji pakistan ni lg teruk dr janji melayu, hehehe.. dari kul 2, akhirnya dpt jumpa kul 5 ptg kat rumah org tu.. test drive, check mana yg patut.. okla babah memang dah berkenan, maka jadila kitaorg beli..

So Ahad pagi baru babah gi amik sbb org paki tu nak kemas dulu kereta tu sblm diserahkan pd kami.. kul 1.30 baru babah sampai umah, punyala lama padahal bukannya jauh sgt rumahnya hehe.. lepas babah balik, kena settle insurance plak.. So amacam suka tak dah ada kereta?! Ibrahim punyala suka, asik jom je!! hehehe.. So kemana kita lepas ni?? tungggguuu!!!

Sunday, March 8, 2009

Lasagne for 2nd time!~

Semalam dah tngahr baru start masak lasagne.. terasa nak makan & bahan pun memang ada.. maka mama pun buatla.. masak sos daging, sos putih & rebus lasagne sheet pastu bakar.. kali ni mama nak share resepi.. yg sos daging & sos putih tu, caranya sama cam mama buat sos makaroni bakar hari tuh.. takper mama letak lagi sekali cara2 keseluruhan, hehe.. bagi sesiapa yg teringin nak buat tu, blehla try ye!


Lasagna
Sumber asal: http://mamawandiha.fotopages.com/

Bahan2
1 bungkus (225 gm) Kulit Lasagna kering
1 s/b marjerin
½ s/k garam
Air secukupnya , untuk merebus
125 gm mozarella cheese ~ guna yg dah siap parut

Bahan2 Sos Daging
2 s/b marjerin/minyak
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus-guna bawang besar biasa
500 gm Daging cincang
250 gm Tomato, kupas, parut (saya guna sos bolognese instant 500gm)
1 tin cendawan butang (saya tambah)
1 cawan mixed vegetable (saya tambah)
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air or (just sos bolognese instant). Bubuh garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.

Bahan2 Sos Putih
50 gm marjerin -3 sb
50 gm Tepung gandum - 3 sb
400 cc Susu Cair Evaporated } guna fresh milk
100 cc Air }
125 gm Keju Cheddar parut - guna 4 slice cheese
1 blok kiub pati ayam
¼ s/k serbuk lada putih

Cara Masak Sos Putih
1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, kiub pati ayam, serbok lada putih.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling, susun kulit lasagna pada dasar loyang.
2. Ratakan ½ bahagian sos daging diatasnya dan ½ bahagian sos putih. Ratakan perlahan. Susun kembali kulit lasagna diatasnya.
3. Ulangi proses sama spt tadi diakhiri dengan susunan lasagna di atas sekali menutup sos putih.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas.kalau nak senang potong lasagna biarkan sejuk sedikit.
*susunan;kulit lasagna-sos daging-sos putih-kulit lasagna-sos daging-sos putih-kulit lasagna-sos putih-tabur cheese.

Tak sesedap kali pertama!~

Khamis lepas, kitaorg order lg.. kali ni pun dari kebabish gak, teruja dgn nan cheese nya sbb tu la order lg... cuma lauknya je lain.. Szechwan Chilli Chicken & Sizzling garlic mushroom..


roti nan tu memang sedapla, cuma 2 lauk lg tu, yg chilli chicken tu punyala pedas, pastu isinya tak byk.. byk bawang dgn chilli je, sabarjelakan.. garlic mushroom tu blehla, biasa je.. tak terasa plak garlicnya.. Bila lauk dah abis, nampak gayanya, tinggal roti jela, hehe.. Last2 mama panaskan ayam kurma yg mama masak, pastu makan dgn roti nan.. lg best!!!


Ibrahim pun suka roti nan tu, dia panggil roti tu 'pija' (pizza = pelat) hehe..

Friday, March 6, 2009

Jom lukis!~

Baru2 ni babah ada belikan ibrahim toy lagi.. tp memang bagus kalau nak ajar ibrahim menulis & melukis.. Yelakan daripada conteng2 dinding dgn pen, hehe.. Ibrahim ni memang dah pandai amik pen babah pastu conteng2 dinding.. tp yg tak tahan tu, conteng tangan sendiri tuh, hehe.. sabar jela.. bukan tak bagi kertas, tp still kan susah nak control, ehehe.. So terpaksala kitaorg sorok segala pen yg ada..


Agak2 apa bendanya tu?? Fisher Price Doodle Pro Colour Magnetic Drawing.. 1 pack ada 3 marker, 4 drawing picture hidupan laut utk ditekap, & eraser.. okla, yg marker tu mmg tak bg ibrahimla, kang dia conteng2 plak tempat lain, hehe..


Tp ibrahim memang suka betul!!dah lukis padam, pastu lukis balik, hehe.. pastu padam balik.. Tp still sambil melukis mata dia tetap ke tv gak, hehe.. Agak2 apa ye yg ibrahim lukis tu?? pastu siap paksa mama & babah main sama2 lukis dgn dia, hehe..


Amacam?? cantik tak ibrahim lukis ni?! hehehe.. abis je lukis, ibrahim pun padam!! nasib baik sempat amik pict, hehehe..

Wednesday, March 4, 2009

Cream puff again!~

2 hari lepas, tetiba je rasa rajin nak buat cream puff.. maka project bermula pukul 7mlm.. memang remehla, haha.. nak makan punya pasal, buatla jugak.. ibrahim waktu ni tgh tdo.. sbb tula mamanya rajin skit.. tp tengah2 masak tu, dia bangunla plak.. hehe apalagi, jadi teman setiala ketika mama masak..


bukan apa, nak test nozzle baru babah belikan sbb tu tetiba rajin.. tp sbb baru nak try so puff mama jadi comel2 gitu, hehe.. maka dptla 2 bekas plastic ware cream puff, bagus jugakkan, senang nak makan.. babah & ibrahim pun suka.. sbb creamnya tak manis sangat.. best sbg desert lepas makan!! Kali ni nak tepek resepi, so pada sesiapa yang nak buat, silakan!!

Cream Puff Jagung
oleh: zaliana@myresipi.com
Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Bahan-bahan untuk inti jagung
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula

Cara-cara

Cara-cara untuk puff

Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Sejukkan
Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.
Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,
panaskan oven 25 minit sebelum bakar.
suhu 180'c lebih kurang 30 minit
Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

Cara-cara untuk inti

Kacau tepung kastad dan air.
Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.
Kacau hingga naik wap
Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.
Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

Tuesday, March 3, 2009

I like Juice!~

Skrg ni Ibrahim dah kurang minum susu.. tp still minumla pagi bila bangun tdo, selalunya mesti 2 botol punya.. & malam sebelum tdo.. skrg ni suka sangat minum juice!! jus buah yg kitaorg selalu beli skrg ni.. rubicon mango & enjoy guava.. selalunya mama bagi mango.. 2oz campur air masak 5-6oz, so takdela manis sgt, hehe..


so mama masukkan je dlm botol, senang!! sbb tak tumpah.. sambil menonton tv, sambil menikmati jus buah yg sedap! hehe.. kekadang tu memang 1 kotak tu, dia sorang je yg minum, hehehe.. takperla yg penting dia suka kan.. kalau gi memana skrg ni pun, selalu bekalkan jus je.. tp yg mama tak tahan tu skjp je dypers dia dah penuh! hehe.. kuat sangat minum ibrahim ni! ;)

Sunday, March 1, 2009

Makan best lagi!~

2 hari lepas, kitaorg order delivery from Kebabish.. ingat tak yg first time kitaorg makan kat luar tu.. kat restaurant nila.. tp kali ni just delivery je.. Kali ni babah order Roti Naan Cheese, Shanghai Chicken Wings & Fish Tikka.. Utk desert, American Choc Fudge Cake..


Alhamdulillah.. memang sedap!! roti naan cheese nya amat lembut & gebu, Shanghai chicken wings ni, rupanya ayam panggang biasa je, tp memang sedap!! Fish Tikka pun ok gak, terasala rempahnya.. Ibrahim pun suka!! lagi2 cake chocolate tula.. kan ke favourite dia, hehehe..