~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 30, 2009

Bila Ibrahim tido!~

Sekarang ni, ikut keadaan, bila dah penat sangat, barula Ibrahim tdo siang dalam 1-2 jam.. Kekadang tak tdo siang pun, tp tdo malam awal la.. Tp kalau siang dah tdo, malam punyala lambat dia tdo.. nak main je! hehe.. Dari baby sampaila skrg, nak tdo mesti nak susu.. Dah dapat susu, memang cepat lena, hehe..


Ni sempat mama & babah amik gambar Ibrahim masa tdo siang beberapa hari yg lalu.. Ibrahim memang suka tdo dgn kawan2 dia tu.. pastu mama pun kumpul la semua kawan Ibrahim, tp tak lengkap plak sbb ada yg kat atas, takde dalam pict (dragon & igglepiggle).. Banyak betul kawan Ibrahim kat sini kan!

Thursday, January 29, 2009

Resepi Aneka Muffin

Atas permintaan Lieya, disertakan resepi utk aneka muffin yg mama buat sebelum ni.. Lepas ni blehla cuba ye! Bahan2 pun tak susah nak cari..


MUFFIN STRAWBERY / BLUEBERRY

Bahan2 :

1/4 cawan minyak canola (mama gunakan minyak masak)
1/2 cup milk (mama tambahkan lagi kuantiti susu segar dekat 1 cup)
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 cawan gula
1 3/4 cawan tepung serbaguna
1 cawan strawberry dicincang kasar (mama hanya masukkan jem strawberry/blueberry)

Cara2 :

1. Panaskan ketuhar kepada 180 C. Alaskan tin muffin dengan kertas muffin.
2. Di dalam mangkuk yang kecil, satukan minyak, susu dan telur. Kacau perlahan agar sebati.
3. Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, garam dan serbuk penaik. Masukkan gula dan kacau rata. Masukkan pula buah strawberry.
4. Tuangkan kesemua cecair ke dalam adunan tepung dan kacau rata.
5. Sudukan bancuhan ke dalam muffin cup. Sekiranya menggunakan jem strawberry, sudukan separuh bancuhan, letakkan sesudu kecil jem, dan tutupkan dengan bancuhan.
6. Bakar selama 25 minit. Biarkan selama 10 minit sebelum muffin dikeluarkan dari tin.

Source: Mamafami fotopages

Wednesday, January 28, 2009

Muffinku menjadi! Yeyyy!~

Sebenarnya, lama dah nak buat muffin ni.. tapi takde energy, hehe.. banyak alasan plak!! asik browse je resepi kat internet, tp tak jumpa yg berkenan.. so baru2 ni adala jenguk fotopages mamafami, memang byk resepi muffin.. so mama tryla buat satu..


Resepi muffin strawberry, tp mama buat 2 jenis, strawberry & blueberry.. adunan tu dapatla dalam 10 biji.. Alhamdulillah menjadi, memang sedap & lembut!! abis je bakar, tak sempat sejuk, babah dah rasa! nasib baik sempat amik gambar, hehe.. makan panas2 memang best!! Ibrahim pun suka!!

Sunday, January 25, 2009

First time join Program Helwa Manchester!~

Semalam pepagi lagi babah dah kuar gi uni, byk keje nak dibuat sebelum discussion ptgnya, pastu Kak Siti, jiran dekat ngan rumah call ajak mama join program Helwa yg diadakan di rumah Dr Nur Hafizah, dekat area Appleton Gardens.. Babah bagi, so dalam 2.30pm mama pun pergila dgn Kak Siti & 2 anaknya, Danish & Sarah.. tak jauh pun, jalan kaki je..

Rumah baru, amatla cantik.. 3tkt lagi tuh.. sampai2 je gi tingkat 1 ruang tamu, adala 3-4 org kakak2 yg dah sampai tgh solat Asar.. pastu sembang2 sementara tunggu yg lain tiba.. Ada gak yg dah kenal muka, tp sbb dah lama tak jumpa, maka lupala nama, hehe.. Ramai gak yg datang, dekat 20 org gakla campur dgn anak2..


First pict, Ibrahim sampai2 je terus dah nak main,, excited betul dia!! macam rumah dia plak, hehe.. pastu yg tudung purple tula, tuan rumah, Dr Hafizah.. Acara bermula dgn ucapan pengerusi majlis, Puan Mastura merangkap chef kita hari ni (Pict2).. Lepas tu kitaorg semua kena turun ke dapur sbb acara masak memasak akan bermula, menu kita arinih, Lasagne & Soup Carrot.. Pict ke-4 semua kakak2 yg berminat nak tengok camna cara nak buat lasagne..


Mama plak duk bersembang dgn Kak Ku, pict-2 tu anak diala, baru nak masuk setahun.. Ibrahim bila dah penat, barula dtg kat mama, nak susu.. pastu dah tak main dah sampaila waktu makan.. Pict-4, 2 chef kita, Kak Mastura utk Lasagne, Kak Ina utk Carrot Soup & itula jiran saya Kak Siti & Sarah..


Inila Carrot Soup & Lasagne yg dah siap dimasak, memang sedap!! Lepas ni blehla try ye, insyaAllah.. Ada gak makanan lain, kuew teow goreng, karipap, muffins, cup cakes & etc..Semuanya sedap2 belaka..Lama gak kat sana, sbb demo & makan2 lagi, pastu ada tazkirah.. tp kitaorg tak sempat tunggu tazkirah, sbb Sarah tak sihat sgt, so mama & Ibrahim ikut Kak Siti balik awal, yelakan pergi sama2, balik pun mestila sama2 kan.. Lagipun dah maghrib, lambat2 gelap..

*Pict makanan tu mama amik dari facebook Kak Nazean, tq ye kak.. tak sempat snap pict makananla..

Friday, January 23, 2009

Jom keluar!~

Rabu lepas gak, after sarapan cekodok tu, mama ingat nak rehat2la jap kan, lepas solat zohor.. pastu babah ajak kuar gi beli barang la plak.. tak plan pun, sbb Khamis babah dah start busy dgn kelas & assignment, so sementara belum start ni, kita shopping dulu!, hehe..

Kelam kabutla mama bersiap mana yg patut & siap2kan Ibrahim, kali ni Ibrahim pakai glove baru, beli kat Asda arituh, barula ok, ngam2 je masuk tapak tangan.. Ibrahim pun suka!

Keluar rumah dah kul 1.00pm, alhamdulillah, cuaca cerah, sejuk pun dah kurang, tp still masih terasala.. Kemana kita?? mestila ke Manchester Super Store, wajib! hehe.. beli sayur, buah, frozen food, ayam & etc..


Pastu kitaorg terus menghala balik, on the way tu babah gi top up electric, mama plak tunggu ngan Ibrahim kat luar kedai.. waktu ni sempatla amik gambar.. nak tau camana rupa top up tu?? haa yg babah tunjuk tu la..

Thursday, January 22, 2009

Sarapan yg menyelerakan!~

Semalam pagi mama buat sarapan yg simple je.. cekodok kentang & sambal ikan bilis.. dah lama betul tak makan cekodok & sambal ikan bilis.. memang terangkat!! membangkit selera betul, hehe..


Sekejap je dah tinggal separuh.. tp kesian kat Ibrahim, takleh makan sambal, sbb pedas skit.. So Ibrahim makan cekodok jela sambil main.. Dah faham dah dia kalau kita cakap pedas, tak usikla dia! hehe..

Ibrahim dengan legonya

Wednesday, January 21, 2009

Salji turun lagi!~

Isnin lepas, bila mama kat dapur, mama perasan yg salji turun, so mama pun bagi tau babah, kitaorg pun bersemangatla buka pintu rumah, nak amik gambar, tp tak nampak sgtla dalam gambar kan.. still punyala sejuk!! jiran2 pun ada yg kuar nak tengok, hehe..


lepas tu kitaorg masukla balik.. dalam 1/2 jam lepas tu, mama intai lagi kat tingkap dapur, makin lebat hujan salji tu, so mama pun naik atas tengok dari bilik study babah.. barula nampak jelas dalam gambar kan.. kali ni memang lebat!! Ibrahim kat mana plak?? hehe.. Ibrahim mama tinggalkan kat bawa kejap, jgn marah!! Tak lama pun, sekejap je, pastu turunla bawah balik..

Tuesday, January 20, 2009

Menjawab Tag Puan Anis: 'Bila Aku Mengandung'

Waktu ni first time mengandungkan Ibrahim, alhamdulillah.. memang takde alahan, morning sickness pun takde, sbb tu org tak perasan pun.. Puasa pun bleh cukup sebulan, best tul!! Tp tak byk bergambar la plak, adala skit2.. bolehla kan..

Bergambar dgn Azura di Ofis TM Cyberjaya, waktu ni dah masuk 5 bulan.. muka pun dah kembang, dah start sakit pinggang semua, hehe..

Yang ni plak, waktu majlis perpisahan yg dibuat oleh warga TM Cyberjaya utkku & En Nazri pada bulan Feb07, time ni dah start keje kat HQ, dalam gambar ni Kak Ila, Me, Kak Nisah, Kak Aida & Najwa.. Waktu ni dah 8 bulan, dah sarat gakla..

*Sila abaikan tarikh pada gambar yg tidak diupdate, suppose 2007, hehe..

bercerita pasal berat bdn, masa awal2 mengandungkan Ibrahim , berat dalam 52kg. Lepas 9 bulan jadik 65kg.. naik gak dalam 13kg.. byk tu!! Mana taknya, makan selera je, tetiap hari mesti minum susu sekotak, pastu sarapan lg kat ofis, tengahari makan lg, hehe.. alhamdulillah, takdela mengidam nak makan yg pelik2, semua bedal je..

bercerita pasal baju pregnant, start dari 4 bulan dah tak muat nak pakai kain baju kurung, kebetulan dapat byk kain kosong sulam dari MIL dari Indonesia, so tempahla buat jubah pregnant dari adik Kak Nisah, ofismate dulu.. Pastu ada gak beli dari butik2 melayu yg byk kat Bangi & Seri Kembangan..

kasut plak, pun suka jenis crocodile, suka pakai sandle je.. takdela sakit nak berjalan kan.. So harap Anis berpuas ati dgn citer pregnant kiter ni ye..

Sunday, January 18, 2009

Jom gi University of Manchester!~

Ahad lepas, pepagi lagi cam biasa, mama prepare food sbg bekalan.. babah nak bawa mama & Ibrahim gi Manchester Business School (MBS), tempat babah study.. sblm bertolak, mama practise bawa keta dulu, hehe.. kali ni bawa jalan jauh skit, adala confident skit, tp still have to make more practise!!


Pastu bertolakla kami ke The University of Manchester, tak jauh pun, around city gak.. Sampai2 je startla berposing, hehe.. memula jenjalan kat bhgn luar MBS west, babah tunjuk kat mana selalu babah gi kelas.. bangunan atas tu la.. Dari awal lagi Ibrahim dah tak nak duk dalam stroller, puasla kitaorg pujuk..


Lepas tu kitaorg lintas jalan.. ingatkan nak naik gi cafe tempat babah selalu gi, tp susah skit sbb kena naik tangga, takde lift kat bhgn ni, lagipun kebanyakannya tutup hari Ahad, semuanya berkunci.. so just jalan2 kat luar jela.. lalula sblh Kilburn building, pastu terus ke Crowford House bhgn east, tempat dimana study room babah terletak.. nak masuk ni kena ada password, sempat lagi bergambar dalam lift, hehe..


Sampai kat atas, babah lupa code password utk masuk, call la kawan2 dia yg sama2 study kat situ.. dah dapat, masukla kitaorg ke bilik study babah.. ingatkan takde org, ada 2 org kawan babah tengah study, hehe.. Dapatla mama & Ibrahim jumpa diorg, Wan Nur dari KL & Kong dari Vietnam, suka plak Ibrahim dgn Kong ni, hehe..


Tengokla gelagat Ibrahim, suka betul dapat jalan2 kat school babah, pas bergambar kitaorg makan kat pantry , diorg ni baik2 belaka, siap jamu biskut & coklat lg tuh utk Ibrahim..


Sebelum balik, sempat lg posing kat depan MBS building, lepas tu kitaorg balik umah jap, solat & kuar balik gi Manchester Fort, gi Asda Living & Argos.. Then terus ke Worldwide, halal supermarket, agak ke atas lagi ke arah Bury Old Road, beli barang2 dapur, alang2 ada kereta jalan2 la tempat lain plak kan.. Lepas beli barang, kitaorg pun balik rumah..

Friday, January 16, 2009

Let's go to Manchester United Stadium!~ Part2

Tour group kami bermula pd pukul 2.40pm, ramai gakla, dalam 20 org gak, dipimpin oleh Aunty Mat Salleh.. waktu ni memang tak bawa stroller, tinggal kat muzium sbb susah nak bawa naik turun tangga.. Ibrahim memang excited betul, asik nak jalan je, hehe.. dukung pun tak nak..


Memula skali, kitaorg dibawa ke tingkat satu, bhgn penonton.. duduk sekejap sementara tour guide tu bercerita..kira bhgn tepi dekat tempat penjaga gol.. mulala amik gambar segala, tak concentrate pun dgn apa yg tour guide tu cakap, hehe..


Pastu turun ke bawah tp still tempat yg sama.. lg dekat la ke bhgn tepi padang.. pastu pergi ke tempat dimana semua disabled ditempatkan, memang bagus ada bhgn tempat kerusi roda, diorg ni amat prihatin dgn disabled..


Lepas tu kitaorg turun lagi satu tingkat, bhgn bawah skali.. kali ni kena lalu dulu bhgn store2 yg jual makanan ringan pastu ke arah vip lounge, kira macam lorongla, kat tepi2 dinding banyak gambar & sejarah2 lampau MU Team..


Pastu naik atas balik, bhgn lounge tempat pemain berehat, kat sini gak ada Internation Honours Board & juga gambar2 pemain MU, waktu ni susah tul nak kawal Ibrahim, naik atas mejala, seronok betul dia, memang kitaorg tunggu semua org gi dulu, biar kitaorg jalan last skali, hehe..


Bhgn sebelahnya plak pemain punya changing room, so dlm keadaan Ibrahim yg tak duk diam tu, sempat gak kitaorg amik gambar, pastu kitaorg kuar tunggu kat luar sementara tour guide tu bercerita.. kat luar bilik, amik gambar plak dgn nenek Mat Salleh tu, suka betul dia kat Ibrahim, hehe..


Lepas tu turun bawah balik, gi bhgn tempat pemain nak kuar waktu perlawanan.. berhenti lagi dengar tour guide bercerita.. Ibrahim busy nak berjalan..


pastu lalu tepi padang betul2, Ibrahim suka betul.. tak nak berpegang pun.. sabar jela anakku ini.. macam faham je dia bila tengok padang tu..


Then jalan ke depan lagi, dah sampai tempat duduk pemain lawan or visiting team.. posing2 kat situ, Ibrahim plak busy turun naik tangga, ada je yg dia nak buat, hehe..

Kira tempat ni yang last skali kitaorg pergi, pastu kitaorg naik balik.. last2 keluar kat bhgn kedai balik, ingatkan masuk balik muzium.. dahla babah kena amik stroller balik kat muzium, bleh tahan jauh gak, hehe.. sian babah.. sementara tunggu babah amik stroller, mama & Ibrahim tunggu kat dalam kedai.. lama gak tour ni, hampir 2 jam gak..


so nak tau tak apa yg kitaorg beli kat MU store ni?? Takde apa sangat, t-shirt MU sepasang & bola utk Ibrahim, key chain & fridge magnet.. & juga MU visitor passcard sbg kenangan.. Pastu kitaorg pun terus balik rumah, penat tul hari tu :)

Thursday, January 15, 2009

Let's go to Manchester United Stadium!~ Part1

Sabtu lepas, babah nak bawa kitaorg pergi Stadium Old Trafford or lebih glamer dgn nama Manchester United Stadium.. Teruja abis, hehe.. padahal nak kata minat bola tu takla jugak.. Sbb dah ada kat sini, so pergi jela kan..


Sebelum pergi amik gambar dulu dgn keta sewa tu, hehe.. pastu babah suh mama bawa pusing2 area ni beberapa pusingan, kena praktis bawa keta, sementara ada keta ni.. almaklumla manual, memang terkial2, mana taknya dah lama tak bawa keta manual.. selama ni auto je memanjang, hahaha..


Pastu barula kitaorg bertolak ke Manchester United Stadium, takla jauh sangat, dalam 20 minit je.. sampai2 je terus masuk kedai dia, besar gakla.. sebelum bershopping sempat lagi bergambar dalam kedai..semuanya barangan berjenama MU.. so kitaorg pun pilihla mana yg patut, tp mostly utk Ibrahim... Ramai betul org yg dtg, maybe sbb weekend.. sampaikan nak bayar pun beratur panjang..


Lepas tu kitaorg jalan2 kat bhgn dalam stadium, nampak org beratur panjang, kitaorg pun ikut beratur gak sbb nak beli ticket utk muzium & tour stadium.. ramai betul org.. dah beli ticket, naik tkt 3 bhgn muzium tanya counter, turn kitaorg utk tour stadium tu dalam 2 jam.. terjumpa adik from Malaysian dari Birmingham, tunggu kawan tgh tour stadium..

Babah ajak gi tempat lain dulu, kitaorg ingatkan nak gi Trafford Center dulu, pastu nanti dtgla balik.. Tp terpergi City Park, memang just opposite area stadium tu, hehe.. last2 pergi Curry je, haha.. Makan dlm keter, pastu dtg balik stadium..

Sebelum gi tour, kitaorg jalan2 dulu kat muzium..


Tak concentrate sangat, sbb busy dgn Ibrahim yg tak nak duk dalam stroller dah, asik nak berjalan je.. excited betul dia!! hehe.. Kitaorg plak yg risau.. Tp memang byk piala2, history2 & gambar2 tentang team MU..


Siap ada permainan lg utk pengunjung bermain bola, tp kena masuk duitla siapa yg nak main.. Tengokla Ibrahim tu, bukan nak duk dalam stroller, dia plak yg tolak stroller, hehe..

Tuesday, January 13, 2009

Sheffield, here we come!!~

Jumaat lepas, alhamdulillah kitaorg dapat hire kereta Vauxhall Corsa from Enterprise Car Rental Company yg direcommend oleh bro Fadil, kawan kami di sini.. Sewa 3 hari dari Jumaat sampai Ahad.. saja nak try dulu.. kitaorg siap pinjam tom2(GPS navigation) drpd bro Fadil lg, thanks bebanyak ye!!.. takut sesat.. memang bagus tom2 ni.. so takdela risau sgt tak jumpa jalan, yg penting tau postcode or nama tempat yg nak pergi.. kena prepare gakla sebelum pergi ;)


Babah ajak kitaorg pergi Sheffield, bertolak pun dalam 10 lebih lepas babah amik kereta, mama siapkan bekal apa2 yg patut.. bertolakla kitaorg ke Sheffield, Ibrahim pun excited! siap bawa Ducky lagi, hehehe.. Perjalanan amik masa dalam 1 jam 1/2.. Ibrahim sempat tdo lg on the way tu.. Pemandangan dalam perjalanan tu punyala cantik!! Tp jalan dia masyaAllah, mcm Bukit Putus kat Kuala Pilah tu.. jalan yg agak sempit & byk kabus..


Sheffield, tempatnya agak tenang & lebih sejuk lagi dari Manchester, maybe sbb kawasannya yg berbukit2.. sampai2 je kitaorg terus gi umah lama babah dulu waktu Wan (my MIL) amik PhD kat Sheffield.. Singgah amik gambar je, hehe..


Pastu, ingat nak gi sekolah lama babah, tp tak jumpa plak.. last2 kitaorg gi Morrisons Shopping Complex, bangunan dia memang unique mcm istana lama.. Gi toilet je, hehe.. ingatkan nak gi makan kat situ, tp takleh bawa masuk outside food, so kitaorg makan dalam keter jela..


Pastu mama ingat nak call kawan2 serumah Aty dulu, so mama pun tryla satu2, tp semua tak pick up, kitaorg fikir, takde rezeki kot nak jumpa diorg, yela nak dtg tak cakap, sbb ingatkan nak gi Ahad, tp Jumaat dah sampai, sorry to Aty gak sbb tak inform tukar plan last minit.. Tp kitaorg still gi gak lalu dekat kawasan rumah diorg tu.. dekat je dari Uni of Sheffield..


Pastu, babah cakap nak gi Meadowhall, shopping mall gak.. so kitaorg terus ke Meadowhall, agak jauh gak dari situ, dalam 20 minit, kena lalu town dulu.. Dapatla tengok town Sheffield...


Sampai Meadowhall, barula shopping, belila barang2 yg perlu.. masa kat Poundland, tetiba ada call dari Kak Mai, kawan serumah Aty, so mama bagi tau yg kitaorg dah sampai kat Sheffield, alhamdulillah diorg ada kat rumah, so bolehla dtg amik barang yg Aty tinggalkan utk kitaorg..

Lama gak kat Meadowhall, lepas sejam kitaorg pun bertolak ke rumah lama Aty, sampai2 je dapatla jumpa Kak Mai, Ezati, Shim, Hadiza (dtg nak tengok Ibrahim) & Sha jumpa waktu kitaorg dah nak kuar rumah.. Semuanya ramah2 & baik2 belaka.. Siap dinner lagi sebelum balik, hehe.. Tp terlupa plak nak bergambar, asik borak je.. Terima kasih banyak2 ye semua.. Yg paling best Ibrahimla, dapat jumpa Aunty Lang punya kawan2 ye?!


So kami bertolak balik dalam kul 6pm.. Agak2 apa barang yg Aty tinggalkan utk kitaorg?? Banyak juga.. Ada satu beg kecil & 4 plastic beg include periuk nasi, set cadar & sarung duvet, sejadah, stationary, iron, mangkuk, piring, uk book map & stuff for Ibrahim (story books, hat, snowman & dino).. penuh gakla keter, hehe.. Thanks bebanyak Aty!! Lepas ni, kemana kita ye??!! Tungguuuu...

Saturday, January 10, 2009

Nenek , cepat sembuh ye!~

Nenek or my mum masuk hospital lagi last Thursday, ward 3A baru comfirm tadi with my abah.. suspect ada batu dalam hempedu.. sedih & rasa sayu, dapat doa je dr jauh, harap semua yg baca ni pun dpt doakan juga je.. semoga cepat sembuh ye! Luv you so much..

Wednesday, January 7, 2009

Jalan2 to Post Office!~

Semalam pagi bila mama turun, ada dpt kad plak dari royal mail, cakap ada barang yg perlu di pick up dari post office, padahal tak dengar plak bell bunyi, selalu siap diorg ketuk pintu kuat2 lg..

So kitaorg pun bersiap2la nak kuar gi post office, kebetulan hari Isnin arituh, snow ada turun, so mama excited lagi nak amik gambar dgn snow, hehe.. cuaca pun cerah & sejuk!! seperti biasa tak lupa pakaikan Ibrahim glove mama, hehe..


Jauh gakla nak gi post office kat Waterloo Road.. sampai2 je tanya org yg kat kedai tu kat mana royal mail punya counter, rupa2nya tempatnya kat belah belakang.. takde org pun, bagus!! sbb dlm post office tu punyala panjang org beratur!!! alhamdulillah.. tak payah beratur.. So agak2 apa barang yang kitaorg dapat?? Nantila mama citer..


Pastu kitaorg pun berjalan terus menuju ke Manchester Superstore.. mana lagi nak dituju.. alang2 keluar, beli barang terusla.. nanti tak tau lg bila bleh kuarkan... On the way tu, lalula Goldenstone Park, terujala gak nak amik gambar kat sini.. Ingat lg tak entry dulu yg Ibrahim tengok burung byk kat park ni?? skrg ni takde burung, tp byk snow!!

Waktu ni, Ibrahim dah start cranky!! mesti sbb sejuk kot.. cepat2la kitaorg masuk Manchester Superstore, nak panaskan badan, hehe.. sian anak mama ye.. Sampai MSS, kuarkan Ibrahim dr stroller, terpaksala mendukungnya.. takut nanti Ibrahim usik brg2 kat situ..

Pastu babah cakap, nak gi beli kebab, so mama & Ibrahim tunggu kat MSS.. sambil dukung Ibrahim, mama pusing2 cari barang.. penatnya bukan main! agak2 dah berapala berat anak mama skrg ni ye??!! Sakit pinggang mama dibuatnya, hehehe.. Lepas babah dtg, barula kitaorg bayar then terus berjalan balik.. Sampai rumah jom kita tengok apa yg ada dalam box tu??


Power Ball!! babah beli kat Amazaon Uk. Ibrahim punyala suka, dia ingatkan ball baling2 tu, hehe..

Info: Explosive, dynamic, exciting... addictive!
NSD Powerball is a revolutionary new Gyroscope which literally explodes with mind numbing inertial forces once you activate its internal rotor!

How fast can you spin it?
An inbuilt speed meter makes it impossible to put down because you'll always want to beat your own high score or those of your friends, making NSD Powerball a seriously entertaining & fiendishly addictive way to exercise and get stronger!

Source: http://www.powerballs.com/

Monday, January 5, 2009

Amboi! Berani nampak?!~


Sejak Ibrahim pandai duduk sendiri atas kerusi ni, bukan sahaja duduk, bahkan berdiri lagi! Suka betul! Sabar jela, nasib baik pegang baik2, dgn botol susunya yg tak pernah tinggal.. Dengan mata yg tak pernah lepas ke kaca tv.. tak tau takut anak mama sorang ni.. Bleh tahan lama gak dia beraksi.. Risau mama dibuatnya! Dia buat dek je, bila mama suh turun..

Saturday, January 3, 2009

Jumaat yang Cerah!~

Hari ni seperti minggu lepas gak, kitaorg kuar lepas Asar.. Alhamdulillah, cuaca agak cerah tp still sejuk!~ Kali ni mama tak lupa pakaikan Ibrahim glove dr dalam rumah lagi, hehe.. Punyala besar, hari tu beli tak jumpa yg kecik.. takperla yg penting bleh tahan sejuk kan..


Sempat lagi bergambar masa kat luar rumah, waktu ni Ibrahim masih tak duduk dlm stroller lagi.. suka betul Ibrahim dapat jalan kat luar rumah.. Pastu kitaorg menuju ke Pharmacy tak jauh dari rumah ni, tp still kena lintas jalan dulu baru sampai.. Tujuannya nak cari multivitamin utk kitaorg.. adala jumpa tp utk adult je.. Ibrahim punya takdela.. tp takper Ibrahim punya still ada lagi.. Pharmacy ni tak besar sangat & terletak bersebelahan dgn Collegiate Medical Centre.. Sempatla gak bergambar kat sini, tp kat luar jela..

Ibrahim baik je waktu kat dalam pharmacy tu.. duk diam2 dalam stroller, tengok budak2 pakistan yg sibuk main kat dalam tu, hehe.. pastu mama & Ibrahim kuar sementara tunggu babah bayar..

Pastu kitaorg terus menuju ke HSBC atm, sblm tu sempat lg babah order kebab & pizza kat Punjab Tandoori Fast Food Restaurant.. then terus lintas jalan ke Manchester Superstore.. beli barang dapurla apalagi, hehe.. Hari ni agak ramai dtg berbelanja disini, panjang betul beratur nak bayar kat kaunter.. Lepas bayar kitaorg lintas jalan balik, amik kebab & pizza yg dah diorder tadi.. Terus ke kedai top up electric, org kedai tu pun sampai dah kenal mama, hehe..

On the way balik, lepas lintas jalan, baru mama perasan yg glove Ibrahim sebelah sudah takde di tangan.. sudah, mana plak cicirnya.. ermm.. mesti sebab longgar, baru sekali pakai, dah ilang eh.. lain kali kita cari yg lainla ye.. Balik umah, kita makan dulu!~

Friday, January 2, 2009

Buat kek coklat lagi!~

Last Tuesday, mama buat kek coklat Moist lagi sbb baru je abis coklat fudge yg buat arituh.. saja buat lagi sbb Ibrahim suka! Buat cam biasa adunan utk 2 kali masak sbb tempat bakar tak besar.. Tp dapat gak simpan 2 plastic ware.. Tp sekejap je dah abis 1 plastic, hehe..


Ibrahim skrg dah pandai memilih makanan.. biskut pun dah kurang makan, asik nak makan kek coklat je.. suka sgt coklat, sabar jela.. nasi pun ikut mood, kekadang nak, kekadang tak nak.. nasib baikla Ibrahim suka sangat makan sayur.. so bila kitaorg makan, kalau ibrahim tak nak nasi, kitaorg bagi sayur je.. tp kekadang bg je sayur dgn nasi, kira paksala ni, hehe.. kira adala compliment dgn kek coklat tu.. so takdela Ibrahim sembelit, hehehe..

Thursday, January 1, 2009

Snow datang lagi!~

Semalam waktu lepas makan malam, babah saja jenguk keluar, pastu terus jerit kat mama, ada salji kat luarla! Patutla semalam bukan main sejuk lagi kat rumah ni.. selalunya memang tak sejuk sangat, kira biasa2 je.. Tp semalam, pasang heater pun masih terasa sejuk bukan main lagi..


Mama pun apalagi, excitedla nak tengok snow, tak sempat lagi abis basuh pinggan, tangguh dulu, hehe.. bukak pintu dukung Ibrahim, pastu babah amik gambar.. tp sebab gelap tak nampak sangat saljinya..

Bila dah naik atas, mama sambung lg amik gambar dari dalam bilik.. kali ni blehla nampak salji yg ada dibawah cahaya lampu jalan depan rumah kitaorg ni.. hehe.. Puas hati!