~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 31, 2008

Sekadar Renungan...


Gadis melampau menerima padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua?

Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah digubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir & MANAR ISLAM
Source: Email from a friend

Thursday, October 30, 2008

Let's try new recipes

Semenjak duk Manchester ni, memang byk belajar memasak, segala rempah yg tak pernah masak dulu pun semua dah try kat sini, hehe.. mana taknya kat Malaysia dapur berasap time weekend je, itupun yg simple2 je, hehe.. Kat sini nak tak nak kena masakla, kalau tak mati kelaparanla 3 beranak ni..

Dalam sebulan ni je dah try buat puding karamel, kek coklat, kek pisang & kek pear, semuanya kukus je, sbb tak reti lagi nak bakar dalam oven.. Pengukus plak jenis yg elektrik, beli dgn member kat sini yg nak balik Malaysia, so dapat beli murah...


Oven ni plak, tak tau guna sebenarnya, ada gakla google nak tau camna nak guna, tp kebanyakannya cakap tak bagus guna, sabar jelakan, so satu malam tu teringin gak nak tau camna oven ni operate, apalagi panggil hubby turun tolong teman hehe, nasib baik ibrahim dah tdo.. apa yg kitaorg buat?? main try je cucuh api, alhamdulillah menyala gak apinya.

Pastu tryla buat biskut cornflakes, hehe adala rasa tapi agaknya terlebih butter, jadi kembang cam pie, bedal jela, nasib baik buat sikit je.. Ibrahim suka betul dapat makan kek & biskut ni, tak nak berhenti sampai bekas kosong, sabar jela anakku ini.. Tak sampai seminggu dah abis!! Gemukla dia nanti! hehe

Tadi baru try masak ayam madu, tp tak bakar, goreng je, hehe nasib baik jadi! Sbb apa tak nak bakar, oven ni kalau nak grill kena buka, bahaya plak kalau Ibrahim tengok mesti nak pegang punya..

Resepi semua amik kat internet je, tp yg jenuhnya nak kena tulis sbb takde printerla nak print resepi, hehe.. Memula buat Kek Coklat, jumpa resepi yg agak remeh gakla - bahan2nya pun banyak & nak kena masak kat periuk dulu, pastu jumpa resepi lain utk buat Kek Pisang, amat mudah dan simple, pastu guna resepi ni gak buat kak Pear tu, pasni nak try buat kek lainla plak, hehe..

Banyak gak resepi yg dah diusha di internet tu, insyaAllah ada bahan & kelapangan akan kucuba juga.. tungguuuuu..

Wednesday, October 29, 2008

Yeyyyy! I love it..

Semalam pagi, sampai 2 parcel skali gus, satu untuk Ibrahim, satu untuk Babah.. Yang paling best untuk Ibrahimla.. agak2 apa yg Ibrahim suka sangat ni?? In The Night Garden Inflatable Ball!! Buy 1 get 1 Free from eBay UK.. hehe


Memula sampai tuh biasala kan belumla diisi angin lagi, mama ingat nak tiup je.. MasyaAllah punyala susah, pastu mama teringat arituh kan kitaorg ada beli bed Ibrahim yg merah tu ada skali pengepam utk isi anginnya.. Mama pun tryla pakai pengepam angin tuh, alhamdulillah ok..

So dapatla Ibrahim main bola baru ni.. bertambah lagi koleksi bola Ibrahim.. Bola yg ni lagi ringan & besar! Memang best! tapi sambil main, mata Ibrahim tak lepas gak nak tengok tv.. hehehe

Satu lagi parcel ni untuk babah, buku from Amazon UK yg sangat murah! 1 pence je.. tp still kena byr postage around 2pound over.. tp still berbaloi gakla utk references subject babah yg kena amik skrg ni..

Tuesday, October 28, 2008

Let's learn to write!!

Tengokla apa anak mama, Ibrahim ni buat?? Dia duk sibuk tengok babah dia study, then tulis notes kan.. dia pun busy nak menulis gak!!.. Selalunya takde plak dia nak menulis bila dapat pen, tp kali ni nak menulis plak.. So babah pun bagila pen & kertas skali.. hehe.. khusyuk betul mama tengok Ibrahim menulis, mama pun apa lagi amik peluang take piccas!


Bagusla Ibrahim ada minat nak blaja menulis, setakat ni memang mama belum ajar Ibrahim menulis pun, tak sangka plak dia pandai pegang pen tuh.. :) Pastu lepas Ibrahim dah tulis, siap nak tunjuk kat mama & babah tu.. hehe..

Monday, October 27, 2008

Weekend activity...

Semalam bermulala day light saving, so waktu di UK kena lewatkan se-jam, jadi beza waktu Malaysia & UK bertambah 1 jam menjadi 8 jam berbanding sebelum ni 7 jam..

Around 10.30a.m kami didatangi oleh Penghulu MCCH, bro Zaini.. Tak tahu kisah, beliau bagi tau kami tentang robohnya lantai toilet rumah Kak Sabariah dalam pukul 4.00a.m semalam, innalillah.. amat terkejut kami mendengarnya, kami pun siap2 nak pergi rumah Kak Sabariah yg hanya selang 3 rumah je dari rumah kami..

Sampai rumah Kak Saba, ramai gak org.. tuan rumahnya pun ada, tgh berkemas papan2 yg jatuh kat dapur dari atas.. kesian betul.. sbb ada tetamu 1 keluarga dari Portmouth keluarga Kak Fazlina dgn suami & anak2 5 org, saja dtg beraya.. So kami pun pinjamkan toilet utk diorg mandi & buang air.. yela susahkan kalau takde toilet, dahla satu je..

Mama & Ibrahim, duk kat umah kak Saba, sementara babah gi kat umah tunggu diorg guna toilet, Ibrahim apa lagi, best betulla dia, dapat main wooden bead-wire maze, setiap kali dtg sini, benda ni la yg dicari, memang suka betul, pastu semalam ada plak kereta mainan, lagi la bertambah busy.. Mainan ni memang banyak kat UK ni, kat klinik ada, kat hospital ada satu ruang lg.. penuh dgn mainan ni..

Inila wooden bead-wire maze, skrg kitaorg tgh usha2 kat eBay Uk, kat umah kak Saba lebih kurang camni tp lagi besar, tak sempat nak snap pic pun
Tak taula bila boleh betulkan toilet tu, tp tuan rumah tu janji nak pasang tiles kat toilet tuh sementara waktu, maybe siap arinih, kak Saba pun nak try cari rumah lain, sbb risau gakkan kalau jadi lagi.. Setakat ni tak tau lagi pindah kemana.. tak bestla kitaorg takde jiran dah lepas ni.. tp semoga mereka dpt rumah yg lebih baik, insyaAllah..

Malamnya plak, kami dapat call dari Kak Saba bagi tau yg mereka dah ambilkan Stokin Khuff dari bro Wan M.Tarmizi, memang ada order tapi tak sempat lagi nak gi rumah beliau, alhamdulillah, semalam Kak Saba pergi rumah beliau ambilkan sekali utk kami, saiznya besar 1 saiz dari kasut kita.. bolehla guna masa winter nanti, amik air wudu' atas stokin ni je, salah satu sunnah Rasulullah gak..


Inilah stokin Khuff yg telah dipakai oleh Babah

Leather Socks (Khuffain) Azad Brand

These are the “Azad Brand” Leather Socks (Khuffain), “Azad” is delivering high class products since 1986, Azad is a renowned name in Local & International market famous for Perfect design and comfortable Fittings.

You can wear these socks house or mosque, true alternative of shoes best for use in winter. These leather socks have a zipper and snap closure. It is just like socks, you have to wear shoes with them if you are outside home or mosque. Each pair comes individually packaged in plastic bag.

Tips to size selection: if you want a tight fit select the same size as your shoe size, if not select the next larger size than your shoe size. We recommend you to wear normal socks inside these socks for better results. Due to hygienic reasons, this product is not entitled for refund or exchange.

Source:http://www.idara.com/store/index.php?act=viewProd&productId=635

Thursday, October 23, 2008

Parcel oOOo parcel!~

Minggu ni je byk gakla dapat parcel.. Sbb skrg ni kitaorg tengah meng-explore eBay & Amazon UK, so banyak gakla yg kitaorg try beli.. Kalau di eBay, utk dapat product yg murah, kena bid depends on seller punya harga.. Selalunya kitaorg bid start dari 1 pence.. Kalau di Amazon UK, cam biasa takde bid2, tp harga bleh tahan murah.. Bayar plak guna debit card + solo or maestro or visa any bank di sini.. Amat mudah kan.. Selain membeli, boleh juga menjual, setakat ni tak try lagi..

21st Oct 08, Pagi2 sebelum ke primary care center bawa Ibrahim, sampai 1 parcel.. mama tak buka pun, balik dari primary care baru buka, barangnya adalah Lindam food & bottle warmer, yg ni dapat 1st bid terus.. Ingatkan nak beli Avent punya brand, tp semua mahal.. Okla dah try guna, amat berguna utk memanaskan susu Ibrahim yg kekadang tak habis diminum, nak buang sayangla plak..



Petangnya, lepas balik dari Hospital, dapat lagi satu parcel, kali ni DVD cara memandu di UK ni, ada 3 DVD.. abis blaja ni blehla amik lesen UK.. keretanya takde, busy plak nak amik lesen, mana taknya lesen Malaysia valid 1 year je lepas sampai di sini, lepas tu dah kena amik lesen UK.. kalau nak hire kereta sewa pun kena ada lesen yg valid.. so bolehla buat2 menambah ilmu.. satu lagi kelebihan lesen UK ni, tak payah nak renew lepas dapat lesen UK ni, pastu valid sampai bila2 dan bleh guna di EU country gak.. blaja je dulu, tak taula bila nak amik lesennya..


22nd Oct08 - pepagi dalam kul 10.00 sampai lagi 1 parcel.. Yang ni best punya jauh dari Malaysia.. Atuk & nenek TPG yang kirim.. Macam2 ada, kuih raya 3 jenis, serunding ayam & daging, perencah2, beehoon, ikan bilis, maggi pun ada, hehe mewah betul dgn makanan.. insyaAllah takla kelaparan kitaorg kat sini.. Terima kasih bebanyak ye atuk & nenek!



Petangnya plak, dapat lagi 1 parcel.. kali ni memang yg ditunggu2 oleh Ibrahim, hehe.. agak2 apa dia?? Iggle Piggle, one of character In The Night Garden.. Ingatkan besar, rupa2nya kecik je.. takperla kan yg penting Ibrahim happy!



Tengokla apa babah dia buat kat Iggle Piggle pada Ibrahim.. Ibrahim tak perasan lagi tuh, :) Kitaorg gelak, Ibrahim pun ikut gelak!



Hari ni dapat parcel lagi.. Yang ni baru je order semalam, hari ni dah sampai, cepat betul kan.. Computer microphone, bolehla guna untuk skype dgn wan, atuk & nenek nanti.. selama ni diorg selalunya tak clear dgn suara kitaorg kat sini.. InsyaAllah lepas ni okla kan..




So lepas ni ada lagi ke parcel yg sampai?? Memang ada benda yg nak beli lagi, insyaAllah.. Tungguuuu....

Wednesday, October 22, 2008

Al-kisahnya Ibrahim..

21 Oct08, Semalam pagi, memang cukup 4 minggu lepas first injection harituh disini.. so mama pergi bawa Ibrahim ke Cheetham Hill Primary Care Center.. Babah plak ada class full day hari ni.. Kami keluar pagi dalam kul 10.00 selepas sarapan, bila buka pintu, hujan lebat! Kitaorg redah je.. haha kesian Ibrahim basah seluar skit walaupun ada baju hujan utk strollernya.. sampai tengah jalan, hujan dah mula reda.. alhamdulillah..

Sampai lebih kurang 10.20a.m.. register terus masuk ruang menunggu.. Tunggu tak lama, dalam 20 minit.. pastu Ibrahim dah kena panggil.. kali ni kena inject Pneumococcal ~"This vaccine, also called Prevnar, protects against pneumococcal (pronounced new-m'COCKL) infections, which mostly strike children under age 5 and can lead to some of the worst childhood diseases. Kids under 2 years old are most at risk."Source:www.babycenter.com

Kali ni kena inject kat lengan plak, barula mama faham nurse tu terangkan, kalau 18 months n below, diorang inject kat peha, more than 18 months dah start kat lengan, mcm kita kena inject bcg tuh.. Alhamdulillah, Ibrahim nangis sekejap je, maybe sbb jarumnya pendek.. Pastu nurse tu suruh rehat jap 10 minit kat luar sblm balik..

Ibrahim pic selepas kena injection, itula ruang menunggu yg disediakan di sini, selain tu ada tempat duduk yg tengah mama duduk ni, muatla 4 orang..
Kitaorg pun balikla lepas 10 minit, alhamdulillah kat luar tak hujan, tp dah dekat sampai rumah hujan mula nak turun balik! Cepat2 mama tolak Ibrahim supaya sampai rumah cepat! Sampai2 je biasala Ibrahim tengok tvla dia.. Pastu nak dijadikan cerita Ibrahim sibuk nak amik barang atas meja tepi sofa dalam bilik tv ni, dia pun berdirila atas sofa, pastu tetiba je terjatuh meniarap, mama ingat takde apala.. rupa2nya bila Ibrahim bangun, banyak betul darah kat kening dia!

Mama pun panic, memula amik wipe byk2 pastu tekap kening Ibrahim.. Tak mau berhenti gak darah! pastu mama teringat kitaorg ada bawa kain kasa & plaster waktu fly arituh, mama pun pegila amik kat atas.. Ibrahim dah menangis kuat2 tak berhenti, sakitla tuh, pastu asik nak lap muka je, sbb byk darah keluar! Sabar jela anakku ini.. Mama pun lekap kain kasa dgn plaster kat kening Ibrahim, luka tak dalam cuma agak lebar dalam 1cm.. Alhamdulillah darah dah tak keluar banyak tp still ada skit2.. Mama pun sms babah kat uni, nak bawa gi klinik ke? babah call suruh gi klinik.. So siap2 nak bawa Ibrahim gi klinik balik.. alhamdulillah kat luar dah tak hujan.. On the way to klinik, Ibrahim dah terlelap, mana taknya mama bagi paracetemol lepas balik inject tadi sbb takut Ibrahim demam..

Masih tido ketika sampai di Klinik sambil menunggu uncle Fadil, kesian dia
Sampai2 klinik, mama gi terus kat receptionist cakap yg Ibrahim punya kening berdarah! tp dia boleh cakap klinik dah tutup, suruh pergi hospital.. sabar jela.. nak menangis je rasa.. mana taknya, dok fikir camna nak gi hospital ni.. pastu mama call babah, cakap klinik dah tutup, then babah try minta tolong hos kami yg ke-2, bro Fadil.. alhamdulillah bro fadil tak busy, so bleh hantar Ibrahim gi Booth Children Hospital.. sblm bro Fadil sampai, receptionist tu tengok gak luka Ibrahim, dia kata tak teruk, pastu minta mama try tanya Pharmacist kat building sebelah.. Bila mama tanya Pharmacist plak, diorang suh bawa Ibrahim pergi hospital gak.. ermm so mama pun masuk balik Primary Care Center, tunggu bro Fadil datang..

Dalam kul 1.15pm, bro Fadil sampai.. Ibrahim still tdo lg.. tp bila mama angkat nak masuk kereta dah terjaga.. so pergila kitaorg ke Booth Children Hospital untuk dapatkan rawatan kecemasan.. sampai2 je mama terus register Ibrahim, walaupun tak bawa card NHS, alhamdulillah dia still bleh traced nama Ibrahim.. pastu masuk ke ruang menunggu, dalam 5 minit masuk jumpa nurse, timbang berat, pastu nurse tukar plaster kat kening Ibrahim dgn kain kasa & plaster yg lebih besar & tanya apa yg berlaku, mama pun terangkanla.. Selain Ibrahim, ramai gak budak2 lain yg datang untuk rawatan..

Ibrahim yg still active nak main kat hospital ni walaupun tengah sakit2..
Pastu tunggu doktor plak.. lama gakla dalam 1 jam.. nasib baik ada ruang tempat bermain untuk kanak2.. Ibrahim seronok betul dapat main! Sakit2 pun masih active.. Sampaikan, doktor panggil masuk pun tak nak, mama tarik je dukung dia masuk dalam.. nasib baik dalam bilik doktor ada mainan lagi.. Main lagi.. Pastu doktor just tanya mama berkenaan incident tersebut.. Doctor check mata Ibrahim & minta kitaorg duduk kejap.. Then tunggu lagi utk diglu oleh attendant hospital.. Menangis Ibrahim masa tgh diglu, pedih agaknya.. Attendant hospital tu nasihat supaya tak kena air selama 5 hari kat tempat luka tu.. Pastu settle, kitaorg pun bertolak balik..

Nampak tak kat kening kiri Ibrahim tu bertanda 1 cm? Itula tempat luka yg telah diglu
Penat sungguh mama hari ni, mana taknya ulang alik gi klinik, pastu gi hospital plak, alhamdulillah semuanya ok.. terima kasih bebanyak pada bro Fadil sbb tolong bawa Ibrahim pergi hospital.. Harap semua dapat doakan Ibrahim cepat sembuh ye, insyaAllah..

Monday, October 20, 2008

Hari ni saya setahun 7 bulan

Alhamdulillah, hari ni genap usia Ibrahim setahun 7 bulan.. sekejap betul masa berlalu.. Ibrahim bertambah active & pintar.. Ada je benda baru Ibrahim belajar, makin tambah akal & makin faham apa yg kita cakap.. Gigi pun dah tambah sebatang lagi! hehe.. Cakap pun dah berabuk dah, :) Dan Ibrahim dah boleh bezakan mana yg dia nak & tak nak, kalau dulu semua nak je..


Your 19-month-old's development

A more adult view of the world

At around 19 months, your toddler will begin to understand when things don't conform to grown-up ideas. She'll laugh at something that's obviously wrong -- like calling a giraffe a zebra or calling a brother a sister. She'll also recognise when something isn't how it should be, like a stuffed bear with an eye missing or a new stain on the carpet.

Growing vocabulary

Advertisement

Although you're probably still understanding less than half of what your toddler says, she's beginning to understand most of the words you use around her. She's also having a vocabulary spurt and putting together pairs of words, like "Me go" or "You put."

Bossiness and negotiation

To reduce power struggles as your toddler strives for independence, make sure you treat her the way you'd like to be treated. Try compromise instead of commands. Instead of "you can't go outside now," you might say, "we can read a book now and go outside later." Instead of "you must pick up the blocks before dinner," you could make it into a game: "I'll pick up the puzzle pieces while you pick up the blocks."

Socialising

Your toddler will get all the stimulation she needs from unstructured play, so you can steer clear of formal lessons until she's at least three. Mother and toddler groups and playing in friends' houses give her a chance to play near other children, but don't expect children to play with each other at this age.

Source: www.babycentre.co.uk

Hari ni juga birthday my mama or nenek TPG for Ibrahim, Happy birthday mama & nenek! Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki selalu, insyaAllah..

Friday, October 17, 2008

A good story with a good lesson

Two Choices What would you do?....you make the choice. Don't look for a punch line, there isn't one. Read it anyway. My question is: Would you have made the same choice?

At a fundraising dinner for a school that serves children with learning disabilities, the father of one of the students delivered a speech that would never be forgotten by all who attended. After extolling the school and its dedicated staff, he offered a question: "When not interfered with by outside influences, everything nature does, is done with perfection. Yet my son, Shay, cannot learn things as other children do. He cannot understand things as other children do. Where is the natural order of things in my son?"

The audience was stilled by the query.

The father continued. "I believe that when a child like Shay, who was mentally and physically disabled comes into the world, an opportunity to realize true human nature presents itself, and it comes in the way other people treat that child."

Then he told the following story:

Shay and I had walked past a park where some boys Shay knew were playing baseball. Shay asked, "Do you think they'll let me play?" I knew that most of the boys would not want someone like Shay on their team, but as a father I also understood that if my son were allowed to play, it would give him a much-needed sense of belonging and some confidence to be accepted by others in spite of his handicaps.

I approached one of the boys on the field and asked (not expecting much) if Shay could play. The boy looked around for guidance and said, "We're losing by six runs and the game is in the eighth inning. I guess he can be on our team and we'll try to put him in to bat in the ninth inning."

Shay struggled over to the team's bench and, with a broad smile, put on a team shirt. I watched with a small tear in my eye and warmth in my heart. The boys saw my joy at my son being accepted. In the bottom of the eighth inning, Shay's team scored a few runs but was still behind by three. In the top of the ninth inning, Shay put on a glove and played in the right field. Even though no hits came his way, he was obviously ecstatic just to be in the game and on the field, grinning from ear to ear as I waved to him from the stands. In the bottom of the ninth inning, Shay's team scored again. Now, with two outs and the bases loaded, the potential winning run was on base and Shay was scheduled to be next at bat. At this juncture, do they let Shay bat and give away their chance to win the game? Surprisingly, Shay was given the bat. Everyone knew that a hit was all but impossible because Shay didn't even know how to hold the bat properly, much less connect with the ball.

However, as Shay stepped up to the plate, the pitcher, recognizing that the other team was putting winning aside for this moment in Shay's life, moved in a few steps to lob the ball in softly so Shay could at least make contact. The first pitch came and Shay swung clumsily and missed. The pitcher again took a few steps forward to toss the ball softly towards Shay. As the pitch came in, Shay swung at the ball and hit a slow ground ball right back to the pitcher.

The game would now be over. The pitcher picked up the soft grounder and could have easily thrown the ball to the first baseman. Shay would have been out and that would have been the end of the game.

Instead, the pitcher threw the ball right over the first baseman's head, out of reach of all team mates. Everyone from the stands and both teams started yelling, "Shay, run to first! Run to first!" Never in his life had Shay ever run that far, but he made it to first base. He scampered down the baseline, wide-eyed and startled.

Everyone yelled, "Run to second, run to second!" Catching his breath, Shay awkwardly ran towards second, gleaming and struggling to make it to the base. By the time Shay rounded towards second base, the right fielder had the ball ... the smallest guy on their team who now had his first chance to be the hero for his team. He could have thrown the ball to the second-baseman for the tag, but he understood the pitcher's intentions so he, too, intentionally threw the ball high and far over the third-baseman's head. Shay ran toward third base deliriously as the runners ahead of him circled the bases toward home.

All were screaming, "Shay, Shay, Shay, all the Way Shay"

Shay reached third base because the opposing shortstop ran to help him by turning him in the direction of third base, and shouted, "Run to third! Shay, run to third!"

As Shay rounded third, the boys from both teams, and the spectators, were on their feet screaming, "Shay, run home! Run home!" Shay ran to home, stepped on the plate, and was cheered as the hero who hit the grand slam and won the game for his team

"That day", said the father softly with tears now rolling down his face, "the boys from both teams helped bring a piece of true love and humanity into this world".

Shay didn't make it to another summer. He died that winter, having never forgotten being the hero and making me so happy, and coming home and seeing his Mother tearfully embrace her little hero of the day!

Source: Email from a friend

Wednesday, October 15, 2008

Parcel dah tiba! Yeyyyyy!!

14th Oct08 - Alhamdulillah semalam parcel ke-2 tiba from mama Penang tapi di pos dari KL, target sampai hari ni tapi tercepat plak sehari.. babah takde, so mama je yg buka pintu amik parcel..


Semuanya barang2 makanan kering yg tak jadi bawa masa nak fly arituh sbb terlebih 6kg, macam2 ada, ikan bilis, udang kering, perencah ayam & tomyam, cili kering, cucur udang & ikan bilis adabi & etc.. tambahan jubah, telekong & ubat mama, kain pelekat babah, sejadah & serunding.. pastu recorder babah, yg ni memang mama terlupa masukkan dalam beg.. sabar jela kan.. abis kena marah dgn big boss, ;P.. then surat mama pun ada, bank islam, bil celcom & takaful statement..

Agak2 lepas ni ada lagi tak parcel yg tiba??? Tungguuuu!

Tuesday, October 14, 2008

Boiler Heater dah ok, alhamdulillah, tapi.....


12 Oct08 - Tunggu punya tunggu.. tak sampai2la Uncle Khan ni.. Last2 kul 5.00 lebih baru kelihatan, sambung paip yg belum bersambung.. akhirnya kul 9.00 mlm baru settle, alhamdulillah.. tp ada lagi yg belum settle, barang uncle ni tak di pick up lagi sampai la hari ni..

13 Oct08 - semalam kata nak datang lagi, kononnya nak check heater ok ke tak ok, kira cam post moterm la.. Tp malam tadi, mama saja2 belek2 heater boiler baru tuh, macam ada yg tak kena je.. rupa2nya ada satu lagi paip tak bersambung lagi, paip sambung ke luar utk buang air yg berlebihan.. patutla tak berkemas lg barang uncle ni.. tak siap lagi keje rupanya..

Sudahnya berkejar2 la kami semalam, membeli barang2 dapur di Manchester Super Store, sbb dah berjanji dgn uncle ni nak dtg tengok heater kami.. sepatutnya weekend arituh, tp sbb kerja2 ni tak selesai, dah bertangguh.. alih2 jumpa uncle ni kat situ, hehe.. dalam 1/2 jam selepas kami balik ke rumah datang uncle ni tapi tak buat apa2 pun, cuma check air kat sinki panas ke tidak.. pastu tanya lagi bila lagi babah free, nak dtg tengok lagi, maybe nak sambungkan paip yg masih belum bersambung.. tak taula bila bleh settle abis problem ni kan.. sabar jela..

Sunday, October 12, 2008

Bila la nak ok nih??

Semalam bro Khan, merangkap juruteknik tuan rumah kami.. pembaiki serba boleh datang ke rumah kami utk menukar boiler heater yg lama kepada yg baru.. sepatutnya start kul 1.00pm tapi bro Khan sampai lebih kurang 3.00pm.. banyak gak barang2 utilities yg dibawa.. pastu tengok2, check2, dalam 1/2 jam lepas tu, bro Khan kata nak keluar, tak tau gi mana.. rupanya gi makan, balik semula dalam kul 4.00pm & bawa brg2 baru, maybe ada yg tak cukup kot.. and then berjaya membuka boiler yg lama.. Yeyyy!


Beginilah tempat boiler yg telah dibuka.. Agak2 ke mana perginya boiler yg telah dibuka?? Dah dihumban ke belakang rumah bersama barang2 lain yg rosak, hehe..


Lepas tu, dalam kul 4.45pm, keluar balik.. tak taula buat apa plak.. kul 5.30pm tak datang lagi, last2 dekat kul 6.00pm baru datang balik.. punyala kitaorg ni risau bila la nak siap kalau camni?? So agak2 dalam pukul baper siap pasang boiler baru?? Mama pun tak tau, sbbnya kul 7.00pm mama dah bawa Ibrahim naik atas sbb tak tahan asik nak mengacau je Ibrahim ni.. haha.. Ibrahim memang suka tunjuk skills..

Siap dah tdokan Ibrahim, mama terjaga balik kul 12.30pm, tengok babah masih berjaga buat kerja babah, mama tanya dah siap pasang ke? babah cakap belum, sambung balik esok tengahari, maknanya, rumah ni takde heaterla malam ni.. ishh, sabar jela.. terpaksala mama masak air sbb nak air panas.. nak tdo plak, nasib baik ada duvet, takdela sejuk sangat time tdo..

Pagi ni, kena masak air lagi, byk kali gakla, bila turun bawah tengok memang boiler dah pasang.. Cantik lagi! Alhamdulillah..


Tapi tak siap pasang abis.. paip penyambung ke boiler tak pasang lagi.. sbb tu takde air panas.. Sabarjela kan..


Tak taula arinih start bila.. kita tengok jelakan.. alhamdulillah ada heater electric, bolehla pasang nak mengurangkan kesejukan dalam bilik tv ni.. kalau tak, mahu beku dibuatnya, Ibrahim pun tengah lena skrg ni..


Ni la gambar Ibrahim semalam waktu bangun dari tdo.. Baru senang uncle tu nak buat keje time Ibrahim lena, kalau tak lagi la lambat siap, hehe.. tak taula sbb apa Ibrahim nangis, nak susu ke?? Jom mama buat susu kegemaran Ibrahim..


Dah dapat susu, senang hati! Babah plak tgh busy baca buku.. Sepatutnya harinih babah ada discussion kat uni, tp sbb ada problem ni babah settlekan part babah je kat umah dan antar pada group mate, so tak yahla dtg discussion lagi.. alhamdulillah.. Doakan kami supaya semuanya settle hari nih ye..

Saturday, October 11, 2008

Apa Ibrahim buat di dapur??

Semalam lepas makan malam, selalunya lepas kitaorg makan malam dalam kul 7.30pm Ibrahim terus ikut babah ke atas, tp semalam Babah saja dudukkan Ibrahim atas kitchen kabinet..


nak tau apa Ibrahim buat?? main penyeduk periuk nasi & tempat keluar wap kat periuk nasi tuh.. hahaha.. mama pun apa lagi snap la piccas!! macam2 aksi Ibrahim buat.. kemain lagi.. bestla tuh!

Pastu bila dah naik, busy plak main bola.. sblm ni memang bola ni hilang ntah kemana dlm rumah ni, tp semalam jumpa balik, apalagi syokla dia dapat main.. mana taknya lepas makan, kenala exercise! hehe


Bila dah penat main, ngamuk2 nak susu.. mama buat susu bagi Ibrahim, tak lama lepas tuh sekejap je dah tdo! penat sangatla tuh.. Enjoy!!

Friday, October 10, 2008

Tabiat Bawa ke Neraka..


Assalamu'alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.

Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :


1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham isteri.

Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak". (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:

"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata / percakapan yang baik.

Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum
sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Source: Email from a friend

Wednesday, October 8, 2008

3rd Trip to Cheetham Hill Primary Care Center

Hari ni pagi dalam kul 9.00, kitaorg bertiga pergi ke Cheetham Hill Primary Care Center, tujuannya utk menemani babah yang ada appoinment first check up.. sampai2 je takla ramai sangat, ibrahim macam biasa terus nak main kat meja permainan dia..

Then tak lama lepas tu, dtg 1 family malaysian pun bawa anak gak, tp girl.. borak2, bro Min yg study ACCA kat sini, wifenya Kak Rod just follow dgn anaknya Mia Sofia.. Then, dalam 10 minit, nama babah appear at board kena masuk room 16, pastu babah pun masuk.. mama pun borak2la dgn diorang..


Ibrahim & Mia main kat tempat mainan, pastu memasing busy plak pusing2 kat tempat kitaorg borak, sempat makan crips lg.. sabar jela anak ku ini, suka makan sampai minta makanan orang, haha.. bukan tak makan kat rumah tadi.. dah kenyang sblm keluar lg..

Mia pun sama baya dgn Ibrahim cuma, tua Ibrahim seminggu je..Diorang pun kira baru gak sampai kat Manchester, sebelum puasa arituh, kira awal skit dari kitaorg.. cuma baru pindah rumah kat area opposite Manchester Fort, sblm ni duduk rumah kawan diorang kat sini..

Dalam 15 minit, babah pun keluar.. So kitaorg still borak2 lagi.. Kak Rod ni arkitect waktu kat Malaysia, cadang nak cari kerja kat sini, kebetulan harituh, babah ada berkenalan dgn sorang Malaysian yg also architect kerja kat Manchester ni, so babah bagi no contact En Ghazali tuh pada bro Min.. kami pun bertukar phone number gak..

Then dah lama borak, pastu kami minta diri.. Agak2 kemana lepas ni?? Nak balik ke? alang2 dah sampai sini, apalagi.. gi Manchester Fortla.. dah tak jauh kan, hehe.. Lama mama & Ibrahim tak kuar rumah, sekali keluar nak gak jenjalan kan..

Sampai Manchester Fort kemana agaknya kitaorg? Mula2 pergi Asda Living, window shopping je, pastu kuar balik.. masuk Argos plak, ada je benda nak beli ye tak?? Ni je tempat yg kira boleh afford kalau nak beli barang yg berquality skit, tp reasonable price..


Babah belikan mama deep fat fryer, boleh guna untuk goreng chips & ayam, skrg ni tengah promotion, dapat harga murah.. pastu tgh fikir nak belikan ibrahim apa.. so kami belikan single air bed utk Ibrahim, bleh letak depan tv utk Ibrahim lepak2, hehe.. pastu kami pun balikla.. jam pun dah dekat 12.00pm..

Tuesday, October 7, 2008

Let's watch CBeebies!!

Setiap hari memang Ibrahim tak pernah lepas menonton CBeebies channel, bayangkan dari bukak tv sampaila tutup tv.. channel ni je, takde channel lain, melainkan kekadang babah nak tengok, barula tukar..

Apa yang best sangat kat channel ni?? Macam2 ada.. Start 6.00a.m until bedtime hour diorang 7.00p.m.. nak tau apa character yg ada dalam channel ni?? stay tuned! Diorang ni bagi mama memang creative & menyeronokkan.. ada story, ada creative time, ada menyanyi, menari & macam2 lagi.. So memang tak bosanla Ibrahim tengok.. tp bagi kita org dewasa agak bosan gakla, sbb diorang akan ulang 2 kali certain rancangan yg sama satu hari.. Tp bebudakkan memang suka ulang2..

Antara rancangan yang Ibrahim suka sangat tengok!

Yang ni Andy Pandy, yg tengah tu.. comel je character cartoon dia kan..


64 Zoolane, bedtime story yg diceritakan oleh binatang2 kat zoo ni untuk budak pompuan ni..


Yang ni plak, Charlie & Lola.. character adik beradik yang suka bergaduh tapi kekadang saling bantu membantu..


Pastu, Get's Squiggling, kucing ni ajar camna melukis & akan ada cerita disebalik character yg dia lukis tuh..

Tikkabilla, lebih kepada story, nyanyian & kekadang sudut kreative oleh pengacara rancangan ni..


In The Night Garden, rancangan ni kegemaran Ibrahim, suka tengok Upsy Daisy & Iggle Piggle yang kelakar.. setiap hari ada 2 kali siaran tengahari & 6.20ptg..

Pingu, Ibrahim memang suka tengok sejak dari Malaysia..

Teletubbies pun Ibrahim suka tengok sejak dari kat Malaysia.. Ibrahim suka dgn LaLa & Baby yg dalam matahari tuh, hehe..


Balamory, setiap hari story yg berlainan, berkaitan dgn nursery kat Balamory ni.. yang ni memang org betul yg berlakon, bukan cartoon.. ada menyanyi & bercerita.. 2 kali ulang gak sehari..


Space Pirate, ni pun Ibrahim suka tengok.. banyak nyanyian gak & agak kelakar..


Bob the Builder, pun Ibrahim suka.. macam kat Malaysia kan..

Lazy Town, pun Ibrahim suka tengok, campur character manusia & cartoon.. Yang ni pun asik menyanyi je & bersukan..


Secara keseluruhannya, channel ni memang berjaya membuat Ibrahim leka satu hari, memang tak boleh tak tengok.. Selain tu ada gak dokumentari haiwan yang agak menarik, barula mama perasan Ibrahim ni memang suka haiwan, hehe..

Source: www.bbc.co.uk/cbeebies/

Monday, October 6, 2008

5th Day Raya

Last Saturday, 4th Oct08, hari ni pagi2 lagi babah dah suh mama siap.. kemana kita nak pergi ni?? :) Pergi beli barang kat kedai Pakistan.. mcm2 nak beli sbb arituh kedai banyak tutup, so beli skit je.. bertolakla kami pukul 9.00a.m ke Manchester Super Store.. sejuk betul pagi ni.. sebelum ni kitaorg dah belikan baju hujan utk stroller Ibrahim, sbb takut hujan mcm hari tuh.. so insyaAllah Ibrahim dah tak kena hujan lepas ni..


Sampai kat Manchester Super Store, mama pun pilih sayur, buah, amik fresh milk, ikan & seafood(frozen), roti & mcm2 lg.. Terjumpa hos kami yg first dulu, bro Mokhriz nak beli ayam, ajak kami ke rumah sewa baru beliau di Crumpsall, dah 3 minggu pindah.. Thanks for undangan, memang byk undangan open house hari raya.. minta maafla bebanyak bukan tak mau pergi, nak menapak tu yg berat skit.. hehe.. lagipun tak familiar lg area sini.. jgnla marah ye kengkawan.. insyaAllah ada kesempatan berjumpa gak nanti..

Pastu dah abis membeli, balikla kami ke rumah.. Sampai rumah, babah cakap nak pergi Argos kat Manchester Fort plak.. nak beli apa? so masuk rumah dulu.. makan roti + coklat jem, tukar dypers Ibrahim, siapkan susu Ibrahim.. kemas barang2 yg dah dibeli, keluar balik kul 10.45a.m ke Manchester Fort..

Sampai Manchester Fort, pergi Comet (barang2 electric & electronic) tujuannya nak tengok barang yg kitaorg nak beli.. nak belek2 dulu sbb kat Argos tak leh belek2 dulu, kena terus beli.. So jumpala barang yg diidamkan.. fikir2 okla bolehla nak beli benda ni, compare harga, memang Argos lagi murah.. so kuar balik

On the way to Argus, terjumpa 3 Malaysian.. bro Zamri & wife Kak Hana dgn kawan diorang, bro Jefry, kak Hana & bro Jefri, Master degree student from Salford Uni.. diorang ni keje kat Bank Negara.. borak2.. dekat depan tempat kitaorg borak tu, ada charity sales, macam2 barang2 ada, iron, toaster, bola boling + pin dia skali, mainan, dresses & mcm2 lagi.. sempat tengok je, tak membeli pun, Ibrahim busy betul nak pegang bola boling.. puasla mama bawa Ibrahim pusing2 kat tempat tu, tak nak diam gak.. agaknya kesian tengok Ibrahim yg bising, one of the sales person tu bagi ibrahim belon, yeyyyy! bestla Ibrahim, terus diam.. thanks ya!


Agak2 apa benda yg kitaorg beli tuh.. Portable electric heater.. nak letak kat bilik tv.. sbb skrg ni heater boiler kat rumah kitaorg ni still problem, tak boleh nak set heat paling kuat, setakat medium je, so kesejukanla kitaorg 3 beranak bila time hujan.. minggu ni baru tuan rumah nak fix..


so kira heater ni blehla nak panaskan skit bilik ni sbb most of the time we all duk kat bilik tv ni.. pilih yg reasonable & kira murah gakla.. Then beli indoor airer (penyidai baju dalam rumah) sbb yg sedia ada kat umah ni tenant lama punya, balik dari M'sia nanti diorang nak amik balik, so kena beli sblm diorang balik sini.. 2 barang ni je beratnya kemain, nak balik camna ni? so kitaorg pun panggil taxi untuk balik umah..

Sunday, October 5, 2008

Genap sebulan di bumi Manchester

Hari ni 5th Oct 08, genapla sebulan kami di sini.. Banyak benda yg berlaku dalam masa sebulan ni.. semoga Allah memberi kemudahan kepada kami disini.. Doakan kami ye semua..

Perkembangan Ibrahim setakat hari ni..


1) Makan makin kuat - tak kisah makan apa pun kecuali buah
2) Minum susu pun kuat gak.. kadang2 sampai 2 round sekali
3) Pandai bercerita, tp bahasa diala.. yang kita paham pun byk gak
4) Suka tengok Cbeebies channel, tak pernah jemu..
5) Pandai bergurau.. Main cak2, suka kalau org geletek dia..
6) Pandai nak basuh tangan & mulut bila lepas makan
7) Suka gosok gigi..
8) Suka kalau kita bawa dia keluar, naik stroller..
9) Suka tak nak pakai baju & seluar, kena paksa baru nak pakai..
10) Suka main air dalam bath tub bila mandi..
11) Tido tak nak pakai selimut, maybe dah terbiasa dari Malaysia lagi..
12) Suka buang barang ke bawah dari tingkat atas - tak kisahla apa2 je yg dia nampak, kononnya berkemas la tuh..
13) Suka tido, time sejuk2 ni..
14) Suka tengok majalah argos, pastu koyakkan..
15) Paling suka main bola & goft stick
16) Kalau cakap nak makan je, dah tau terus gi bilik makan tunggu sampai semua ready..
17) Tak sabar kalau nak apa2.. :)
18) Suka panggil babah kuat2, hehe.. babah selalu dok kat atas..
19) Suka menyendel kat mama bila tengok tv..
20) Suka amik mana2 kertas or plastic yg tak pakai pastu gi dapur buang dalam tong sampah..

Alhamdulillah, Ibrahim la penyeri mama & babah di sini, kalau takde mesti mama dah boring!

Friday, October 3, 2008

2nd Day Hari Raya

1st Oct 08, hari ni siang memang tak beraya ke mana2.. cuma tghri tu, babah ajak kuar pergi cybercafe, nak copy document & nak pergi beli barang skali, nak dijadikan cerita, semua groceries tutup, nasib baik ada satu je yg buka, tp mahal skitla.. nak buat camna, beli gakla skit.. Terlupa plak, yg orang Pakistan ni raya sehari lewat dari UK, diorang ikut negara diorang.. Yg kitaorg ni ikut je org UK ni.. so sbb tu semuanya tutup.. tp ada gakla yg bukak..

Sementara tunggu babah photostat, kitaorg dudukla kat luar kedai yg tutup.. punyala sejuk sbb tgh hujan renyai, dgn angin yg kuatnya.. sbb nak tunggu ujan berhenti tak taula bila.. redah je..


Ibrahim plak excited tengok burung, sbb ada burung plak seekor berteduh kat tempat kitaorg tunggu tu.. agaknya burung tu pun kesejukan!!! :) So menjerit2la Ibrahim panggil burung tu, nasib baik tak nak kuar stroller, kalau tak payah gak.. Sampaila babah settle pun burung tu still kat situ..

Lepas tu kitaorg lintas jalan nak pergi, singgah plak kedai utilities & barang2 rumah, pastu terus ke groceries, nak beli ayam, jus, sayur & buah.. pastu hujan lebat balik, terpaksala tunggu kejap sampai hujan berhenti.. pastu kami pun balik..


Malamnya lepas Maghrib, penuhi jemputan kak Sabariah kerumah beliau.. kali ni dah 2 kali kami pergi.. hehe.. ramai gak yg datang, kami jumpa keluarga Dr Zuraina yg dah tinggal kat UK ni 12 tahun.. lama tuh!.. banyakla kami tanya tentang pengalaman diorang duduk kat sini.. pastu adala lagi 3 keluarga yg hadir.. Kak Na & anaknya, yang pernah duduk di rumah kitaorg duk skrg ni.. kami pun berborakla sampai kul 9.30pm, then kitaorg pun minta diri nak balik.. Makanan memang best! pulut panggang oven, kari ayam & daging, rendang daging, kek lapis masam manis, kuih2 raya & teh panas.. memang happening!! Tapi tak sehappening macam kat Malaysia!! Kat Malaysia sampai tak larat nak makan.. :)